Wednesday, July 8, 2009

sukaneka

tataw sejak bila ketagihan aku terhadap blog semakin berkurangan
nak menaip satu entry satu hari pun dah payah sekarang
hari tu main sukaneka dengan budak-budak camp neh..

sukaneka start pukul 2.30
aku sampai pukul 3 petang..
so, dah terlepas beberapa acara lah..
masa aku sampai tu, tengah main 'lari guna tempurung'
yang urusetia pelajar pulak
kerjanya main tepung, main air
elok sangat, aku campak lam kuali buat cucur kang baru korang taw ;p
kerja asyik nak meranjau aku je, cit..
korang tengok!
dah macam antu tepung anak murid aku oiiiilepas tu acara musical chair
memang kecoh dan meriah gila lah
ada video sikit..
sapa rajin bulih click play
sapa tak rajin sila scroll terus ke bawah..


pas layan musical chair..
kita layan apa pulak yer?
ye!! acara kopek durian..
weee huu!
durian neh kalau makan ramai-ramai..
kesedapan berganda ;p

malas nak upload gambar peserta
upload gambar kami aje lah ye ;p
okey, sekian acara sukaneka.

lepas tu, dalam pukul 6 gitu
aku nak beransur lah balik rumah dulu
mandi dan selesaikan apa yang patut dulu
sebab malam tu aku nak tidur sekolah

tapi..
nak dijadikan cerita,
tiba-tiba ada budak saket
gastrik sampai kejang lepas tu tak boleh bangun
kelam kabut lah aku dengan cikgu neh bawak dia pergi hospital
sebab masa tu cikgu perempuan lain semua dah balik umah
duk kat ward sampai pukul 8
memang penat gila..

takpe, takpe.
pengalaman kan
mana pernah ada pengalaman menemankan budak saket pergi hospital
(kau pernah ada anak murid ke before neh cik izza oi?)

lepas tu, nak balik rumah confirm tak sempat
sebab pukul 9 jap lagi ada malam kebudayaan
ujung-ujung aku balik asrama
mandi dengan bebudak neh
haha
aku teringat zaman sekolah asrama dulu

;D









Monday, July 6, 2009

malam pertama

yer, update adalah secara merangkak-rangkak

ini adalah malam pertama perkhemahan tahunan
aku sampai malam tu dalam pukul 9 malam..
diorang tengah berkumpul dengar taklimat aktiviti
aktiviti pada jumaat malam ialah explorace..
ada 7 check points semuanya
tak sempat nak ambil gambar di semua check points
kesian para peserta kena dera di setiap check points ;p
yang neh kena main petanque and shoot dalam keadaan gelap
ini tali kusut nama dia
tangan peserta disilang-silangkan
lepas tu diorang kena usaha untuk membentuk bulatan tanpa terputus
ini aktiviti paling bestspider web

sungguh-sungguh diorang neh memanjat
aku lak yang takot bumbung koridor tu runtuh..dua orang students bersama dua orang guru (:
semangat taw budak-budak neh main explorace
semua berusaha nak menang
berlari sana sini
budak-budak berlari ke sana sini
cikgu dan urusetia pelajar buat apa???
YA BETUL!!!
kami layan bbq chicken ;p
meor punya secret ingredients marinate ayam tu
sedap woh..
sambil-sambil tu siapkan banner..
baru nak naik banner kan?
bagus perangai ;p

aku tak sempat tunggu sampai aktiviti neh habis
sebab masa tu pun dah pukul 11.15 malam..
nak tidur sekolah pulak, barang-barang tak bawak..

ok.esok sambung lagi.
tata









monday blues

selamat hari isnin semua!
aku nantok.. not enough cleep and rest ):







Sunday, July 5, 2009

camping - day 1

wuhuu.. aku masih kepenatan :|
kejung tangan edit gambar-gambar neh
semua orang dah taw kan..
merujuk kepada entry di bawah,
saya telah menyertai perkhemahan tahunan unit beruniform sekolah..
sebagai guru pembimbing.. phewitttt ;p

okey, macam biasa..
pictures can tell a thousand words kan..
mari-mari kita lihat gambar..
antara guru-guru yang terlibat
takpe ke aku letak gambar diorang neh?
kira halal la ek?

kak midah ; kak aini ; kak ida ; kak fad ; kak maya

semua sudah berpunya yer wahai pembaca..peserta-peserta perkhemahan
seramai 60 orang..
pengetua sedang memberikan pesanan kepada para peserta

eh, cop!!
korang taw kan camping neh dibuat kat kawasan sekolah saja
tak keluar pun, but still enjoy (:ini encik zaki..
selaku kem komanden..lagi guru-guru yang terlibat..

cikgu azmi ; meor ; kak haida ; cikgu mizi ; kak ilya ; usoppembahagian kumpulan sedang dijalankan..
ada 6 unit beruniform yang join perkhemahan neh
setiap unit akan hantar 10 orang wakil..
masa neh ustaz kamel tengah mix kan mereka..
supaya takdelah kumpulan tu ikut geng unit masing-masing aje
dah start pasang khemah..
tapak perkhemahan ialah di gelanggang petanque..

gelagat di tapak perkhemahan..
ahaha.. tiba-tiba tersesat ada gambar teacher ;p
takpe, saya kan guru kesayangan.. ;p
bluwekkk!
the boys..
(gambar terpaksa dicencoredkan)
masa pergi kat tapak perkhemahan peserta lelaki
masing-masing dah bertowel aje
naik segan aku dibuatnya
tapi dah namanya kerja aku jadi photographer sepanjang program
buat tataw aje lah
haha
mintak mahap ye murid-murid
teacher uploadkan gambar neh
usop dengan meor duk uruskan buluh untuk aktiviti peserta
SMKRMM..
aku taknak bagitau nama penuh sekolah neh apa ;p
5 orang budak neh antara urusetia pelajar yang terlibat
rajin-rajin woh diorang nehsesi fotografi bersama pengetua di atas bukit ;p
told ya..
saya kan guru kesayangan ;p
hahaha
mereka suka sangat nak ajak saya bergambar (:
oh, im gonna miss them..

ok, dari tapak perkhemahan kita ke khemah memasak pulakorang penting neh
ustaz marzuki dan pakcik lemancikgu hartini dan zara
masak sayur kobis..serius budak-budak neh memang rajin
seronok tengok diorang menolong tanpa merungut (:ha.. kalau yang baju biru tu,
memang dah taw sangat rajin
tak payah diceritakan lagi ;p
team membancuh air
dah cakap budak baju biru tu memang rajin
masak pun dia tolong, buat air pun dia tolong
;p

time neh dah pukul 7.30 petang..
aku tak tidur sekolah jumaat malam tu
so, pergi balik menyiapkan diri..
sebab malam kena datang sekolah balik (:

ok, esok sambung cerita ye anak-anak..
gdnite. tata.










Friday, July 3, 2009

saya nak pergi berkhemah!

woooo wooo..
aku rindu sama ini blog..
hari neh hari jumaat..
hari yang memang ditunggu sejak isnin lagi ;p
hihihi
dasarrrr nak cuti aje kan..

tapi,
hujung minggu ini tidak bermaksud boleh bersenang-lenang berehat ):
kerana aku harus menyertai kem unit beruniform sekolah la pulak
bukan sebagai peserta k.. ;p

ok.. ok!
cerita je lah terus terang kan
duk beli sana, belit sini
hihi, tabiatttt ;p

3, 4 dan 5 Julai 2009
akan diadakan perkhemahan unit beruniform
sek men keb dot dot dot (rahsia ;p)

di mana?
gelanggang petanque sekolah aje
kui kui kui ;p

nasib baik aku tak kena tidur sekolah
tapi kena ada jugak kat sekolah la bila ada program tuh
jap g pukul 3 neh nak kena ada kat sekolah dah

okeylah, sekian info terkini tentang diri cik izza ;p
nak kena bersiap pergi sekolah neh

tata all.

ha.. reminder,
sementara aku nak kena bz pergi sana sini neh
sapa-sapa jangan berdengki kat tanaman aku kat FB tu ye
pantang tinggal sikit
habis korang curik tanaman aku ek
pastu siap letak rumput lah, kumbang lah..
ha.. kerja sapa?
kalau tak kerja zaty, kerja shaf..
kalau tak dorang berdua neh, kerja dakjaat ;p
ahaha.. eh, ade ke dakjaat buat gtu eh?
(orang baru belajar main barn buddy.. haha)

ha.. sudah.
tata semua.











Wednesday, July 1, 2009

mummy, i love u

(gambar diambil pada tahun lepas, jenuh kelebet cari gambar bersama mummy.. hihi
mak macam nak terpejam mata aje.. ;p)


hari ini, 1 july 2009..
merupakan hari ulang tahun kelahiran ibuku.. (:
yang ke? hihi.. yang ke 48..

aku terlupa hari neh dah 1 july rupanya
pagi tadi dahla pergi sekolah lambat
nak salam, cium pipi pun tak sempat
aku jerit dari depan je bagitaw mak dah nak gerak pergi kerja..
lepas tu dah sampai sekolah,
tengok kalendar, baru lah sedar..

ingatkan balik rumah nanti nak tampal kad kat meja solek mak..
tapi rupanya mak cuti hari neh
so, plan tidak berjalan dengan lancar ;p

tadi dalam pukul 3.30 mak call..
mak tanya still kat sekolah ke,
aku cakap lah dah nak balik dah..
mak ajak pergi kedai beli baju kurung..
ngee.. aku suka ;D
dan-dan terus aku wish happy birthday to mummy..

mak, i love u so much..
semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik..
nak mak happy selalu..

sayang kat mak sangat-sangat..
u are my everything..










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...