Thursday, November 19, 2015

Hampir Kena Ragut - Parents Out There, Please Be Extra Careful !!

Pagi ni berdepan kejadian menakutkan, since aku dah tulis panjang lebar di Facebook maka aku copy paste saje lah di sini.

*****

Perhatian kepada parents yang hantar/ambil anak dekat taska/nursery/sekolah.

Pagi ni, dekat area rumah aku di Subang Bestari, masa on the way nak hantar Kasih ke taska di Desa Subang (dekat je, dalam 10 minit, masih dalam kawasan tu jugak), saya perasan ada dua orang India naik motor, bawak motor slow je. Hati dah rasa tak sedap. Takpelah, potong diorang, perasan yang diorang macam tengok keadaan dalam kereta. Then tengok dari side mirror, tengok diorang asyik tertoleh toleh je, hati dah terdetik jugak ada orang kejar diorang ke apa ? Tak lama kemudian, nampak ada satu lagi motor, sorang India ikut diorang.

Aku lajukan sikit kereta nak cepat sampai ke taska Kasih. Aku belok masuk kawasan perumahan Desa Subang, motor motor tu pun belok masuk. Taska Kasih ni corner lot. Aku parking kereta mengadap pagar taska. Matikan enjin, tunggu sekejap dalam kereta nak tengok India tu ke mana. Yang berdua naik motor tu parking depan sebuah rumah, bukak pagar then masuk. Yang sorang lagi aku perasan berhenti tepi jalan sekejap (ini jalan dalam kawasan perumahan).

Kemudian ada sorang lagi mak budak parking dekat seberang jalan, aku perasan dia tak matikan enjin. Then masa tengah tunggu cikgu turun jemput anak anak ni, kitorang boraklah. Dia bagitau tak sedap hati nampak India tadi. Aku pun cepat cepat bagitau dia aku pun sama tak sedap hati sebab India tu ikut je, baik awak pergi matikan enjin kereta awk cepat ! Kelam kabut dia keluar ke arah kereta, elok pulak masa tu India sorang tu tengah pusing motor dekat dengan kereta dia, rapat ke kereta dia tengah jenguk dalam. Berlari mak budak ni ke arah kereta dia, sempat selamatkan handbag dia. India tu pulak bila kena sergah macamtu terus dia pecut keluar dari kawasan perumahan.

Aku rasa India tu memang berniat ragut. Kebetulan mak budak ni pulak turunkan cermin kereta dia, enjin pun tak matikan. Memang ada la silap dekat situ, kecuaian berlaku. Tapi yang aku nak tekankan dekat sini, korang sila berhati hati kalau hantar anak. Make sure matikan enjin, cabut kunci, kunci kereta tu walaupun depan pagar je. 

Gigil rasanya jari ni menaip. Tak habis lagi nervous. Tadi pesan banyak kali dekat cikgu taska, kunci pintu elok elok. Lepastu aku pun report polis mintak dorang ronda kawasan tu sebab masa tu kejadian baru je berlaku. Tapi aku tak sempat nak tengok sangat no plet dia, polis pulak tanya banyak details. Aku punya panik nama taska Kasih pun tak ingat tadi. Nasib dapat recall nama Desa Subang. Aku syak India dua orang yang duduk situ yang lead kawan dia ke situ. Sebab mak budak tu bagitau masa dia otw, dia nampak diorang pusing pusing dekat area taska lain dekat area situ jugak. Takpelah yang penting lepas ni kena lebih berhati hati.

Take care kawan kawan, jaga anak anak kita baik baik. Semoga Allah lindungi kita semua. Amin.

*****

Tuesday, November 17, 2015

Busy Bags Idea - Aktiviti Kasih di Rumah

Hi hi wah jangan terkejut 3 entry dalam masa dua hari, bravo sangat ni !!!

Jangan lepas tu setengah tahun menyepi kahkah

Sebenarnya dah lama nampak idea untuk busy bags ni duk melintas dekat Facebook. Dah lama ni aku pasang niat nak buat untuk Kasih. Tapi yang selalu lintas tu yang kena jahit guna felt tu alahai mak belum cukup rajin nakkkk

Lepas tu google lagi idea idea lain. Sekali banyak je yang printable version. Yahooo, inilah yang mak mahu ! Senang dan tenang. Punya gigih aku nak buat sendiri untuk Kasih, siap beli printer dengan laminator tu :D :D :D



Semangat Mama kan ?



Simple game je pun, macam ni matching game. Kasih dah pandai kenal bentuk warna semua tu. Game ni simpan dalam satu beg, simpan elok elok. Saya plan nak punch dia dan simpan guna ring file. Nak keluar, kita angkut je beberapa busy bags ni.




Ni pun matching game. Sticks tu dah lama beli, guna untuk ajar warna je tapi tak berkenan sangat la sticks yang beli dekat DIY ni. Warna dia turunlah, me don't like. Kalau tangan kita basah pegang stick tu, habislah. Game ni best, Kasih suka tapi biasalah dia cepat bosan. Baru main satu page dah, Mama lah main !

Ish budak ni kan !

Kalau hari cuti atau hari minggu, aku banyak sikit masa nak melayan. So biasanya ajak dia buat art. Simple art, takdenya Mama nak ajak dia main water color lagi sekarang. Malas ;D

Ada satu buku aktiviti ni beli dekat BBW haritu. Best jugak, tak sia sia husband saya berebutkan buku tu haha. Katanya dia tengok mak mak lain semua beli buku tu, dia pun ikut beli. Haha. Good job darling !



Buat paper string. Mama yang gunting, Kasih gamkan. Ada beli gunting for kids tapi tetap tak berani jugak nak bagi dia pegang gunting lagi. Err adalah sekali dua bagi, tapi macam tak boleh harap lagi je HAHA.


Guna kotak kotak terpakai untuk lekatkan material supaya sturdy sikit.

Sebenarnya yang gigih sangat ni bukan apa. Tak suka nak bagi dia main handphone sesaje. Tapi kadang tak boleh nak elak. Time nak buat kerja, dia main sekejap je mainan ni lepas tu bosan. Dah bosan, kacau Mama. Biasalah nak perhatian kan. Kadang tak larat nak layan, suruh je dia punggah bakul mainan dia tu. Takpelah nanti Mama kemas T_____T


Monday, November 16, 2015

Breakfast at IKEA

Sabtu lepas, keluar rumah awal pagi sebab nak bawak Kasih ke klinik. Batuk teruk pulak dia sekarang. Risau sebab dia tak boleh tidur malam sebelum tu, so esok paginya cepat cepat bawak Kasih ke klinik. Pergi klinik doktor check dada macam berat sikit, banyak kahak so dapat ubat cairkan kahak dan selsema. So far, nampak beransur pulih. Tapi ubat ubatan tu memang buat mengantuk agaknya. Kerjanya tidur je sampai makan pun tak mahu, risau jugak dibuatnya. Aku rasa dia lapar sangat kot semalam makan tengah hari je lepas tu makan ubat terus tidur sampai malam, bangun sekejap sekejap je lepas tu mamai balik, bangun pagi tadi terus mintak nak makan mi. Nasib baiklah memang dah siap masak untuk bekal pergi taska dia kan, so pujuk dia untuk makan dekat sekolah dengan cikgu sebab pagi pagi tak sempat nak layankan dia makan.

Oh, sebenarnya nak cerita lepas jumpa doktor terus ke IKEA. Nak bawak adik breakfast dekat IKEA, lagipun rasa dah lama pulak tak makan karipap IKEA yang super lazat tu. Sampai IKEA pukul 10 lebih macam tu, WOW rasa kagum pulak dengan diri sendiri haha tak pernah pernah sampai mall seawal itu. Aku ni bukan morning person orangnya. Pagi pagi memang malas nak bersiap dan keluar. Suka keluar petang ataupun malam.

Jadinya bila dah sampai mall awal macam tu, rasa bahagia je nak makan dekat cafe dia. Orang tak ramai, beratur pun kejap aje. Tempat duduk pun tak payah berebut. Kalau aku pergi dengan suami, kitorang memang takkan punya ke IKEA di hari minggu. Sebab IKEA tu dekat je, kalau nak pergi memang pergi waktu malam weekdays. 
 

Bawak Ciktin makan meatball. Kasih makan pasta. Mama pulak kekonon eat clean, makan salad dengan raw salmon. Yummy sangat rasanya dah lama tak makan sashimi ni.  Sedapnya, teringat sashimi dekat Zanmai Sushi tapi dah lama tak ke sana since orang share mereka ada guna mirin dalam sesetengah makanan. 

Kebetulan tengah makan tu, Kak Ana pun bagitau dia pun nak ke IKEA. Sempat lah jumpa Kak Ana sekejap hari tu. Aku dah habis makan, Kak Ana masih beratur lagi. Berseri seri sangat time pregnant tau !!

Tak sempat tunggu Kak Ana nak jalan sekali sebab orang dah semakin ramai, kitorang pun nak pusing pusing cuci mata tengok barang barang dalam IKEA kejap.


Jumpa Cik Ely, Kasih berkenan sungguh nak angkut bawak balik haha tapi mahal laa plush toys ni RM 60 kot lain kali je lah Kasih ye. Nasib awak pun tidur kan, Mama pun letak le balik Cik Ely tu. Cuba bodek Papa kot kot Papa nak belikan haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...