Friday, December 20, 2013

Mari Kurus Dengan Shaklee !

Assalamualaikum,

Sebelum teruskan, mohon klik sini dulu --> Hilang 20 Kg Dalam Masa 8 Bulan !!

Haaa, dah klik barulah tahu hujung pangkal cerita saya ni. Ada yang tanya betul ke saya hilang 20kg dalam masa 8 bulan ? Betullahhhhh, apa tak betulnya. Sungguh boleh tau. Nak seribu daya, taknak beribu ribu alasan boleh bagi kan.

So, kuncinya kat sini. KORANG NAK ! Kalau taknak, tak payah buang masa lah ye.

Saya share produk Shaklee yang khas untuk kuruskan badan. Ada beberapa pilihan bergantung kepada budget korang.


Refer gambar, konsep dia cenggini. 

1. Bakar

Mula mula kita kenalah ambil produk untuk bakar segala lelemak dalam badan ni. Pilihan produk antara Lecithin atau Omega Guard (psstttt, bulan ni promosi Omega Guard ok !!)

2. Buang

Dah lemak dibakar, takkan nak simpan ? Kenalah keluarkan dari badan. Mari kita detox dengan Lecithin ataupun Herblax. Kalau nak lagi POWER, ambil dua dua.. No problem.

3. Bina

Bila berat badan dah kurang, kenalah bina otot untuk elakkan dari kulit kita menggelebeh ye. Kurus tapi kulit terbuai buai, sangat tak cool kan. Atasi masalah ni dengan ESP (mmg hot produk sangat ni !) atau Cinch !

Kalau ada budget lebih, memang disarankan ambil full set untuk kesan yang optimum. Kalau nak cari yang murah, less than RM100 pun ada. Tanyalah poket korang hehe. Tapi diingatkan ye, nak kurus ni kena disiplin tinggi. Tak bolehlah bergantung dekat supplement semata mata lepastu makan macam dinasour, lepas tu dahla ambil pun bukan full set kan.. lepas tu bila tak berjaya kurangkan berat badan, komplen Shaklee tak bagus. Takmau macam tu tauuu ! Yang penting, semangat kena kuat, disiplin kena tinggi.

PM/Whatsapp saya 019.668.3098, saya akan guide korang sampai kurus k. Dengan syarat, disiplin tinggi dan mendengar kata !

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Thursday, December 19, 2013

30 Kebaikan Omega Guard Shaklee

Assalamualaikum,

Entry sebelum saya ada share tentang kenapa Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik dunia, kan ? Sekarang jom kita tengok pulak bukan 1, bukan 2.. tapi 30 kebaikan Omega Guard Shaklee !!

  1. mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS golongan wanita
  2. berfungsi melicinkan kulit dan kulit tampak kemerah-merahan
  3. menghalang salur darah dari tersumbat
  4. mencegah strok
  5. mengawal tekanan darah pada kadar normal
  6. mengurangkan ketegangan urat leher
  7. merendahkan serangan sakit kepala
  8. mengawal kolestrol dalam badan
  9. mengelakkan pembekuan darah pada tubuh badan
  10. mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  11. menurunkan berat badan
  12. mencegah masalah obesiti
  13. risiko sakit jantung berkurangan
  14. mengelakkan serangan jantung bagi pesakit jantung
  15. membantu tumbesaran dan perkembagan otak bayi di dalam kandungan ibu
  16. menambah sistem imun tubuh badan, terutamanya kanak-kanak
  17. menyihatkan paru-paru
  18. meningkatkan kadar memori seseorang
  19. mengurangkan masalah kulit seperti ekzema, proriasis dan lain-lain
  20. mengelakkan risiko demam hay, bronkitis, asthma, hepatitis dan SLE
  21. memperbaiki masalah buah pinggang
  22. menghalang kanser payudara, prostat, kolon dan paru-paru
  23. meningkatkan kesihatan hati selepas menjalani pembedahan
  24. meningkatkan fungsi pankreas bagi pesakit kanser
  25. menyokong kesihatan sendi-sendi badan
  26. mengelakkan penyakit gout
  27. memperbaiki masalah autism
  28. mengelakkan insomnia
  29. mengawal emosi
  30. memelihara kesihatan jantung

Terbukti Omega Guard Shaklee ni bukan terhad kepada golongan tertentu sahaja tapi adalah untuk seisi keluarga ! Dari emak, ayah, baby, atok, nenek semuanya boleh guna.

Promosi Omega Guard buy 6 free 1 masih ada. Normal price RM136. Boleh dapat penjimatan lebih 25% ! Kalau nak beli 1 pun aci je, saya tetap bagi diskaun untuk korang, ok ?

PM/Whatsapp
019.668.3098

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Wednesday, December 18, 2013

Kenapa Omega Guard Shaklee Adalah Minyak Ikan Terbaik ??

Assalamualaikum,

Haaa, gituuuuuu. Tajuk entry berunsurkan soalan aje.. Jom kita tengok kenapa !



Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
Sumber : Shaklee Malaysia

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkatsecara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. 

Apa manfaat Omega Guard??

Antaranya:
1. Membantu mengawal paras kolesterol dalam darah
2. Membantu pengecutan otot mereka2 yg mengalami buasir
3. Membantu mengatasi masalah asma dikalangan kanak2 kerana ia membantu menggalakkan kesihatan peparu
4. Kombinasi Omega dan meal shakes baik untuk anak2 yg ada masalah asma, selsema dan batuk berkahak
5. Baik utk perkembangan saraf, mata dan otak bayi
6. Membantu meningkatkan memori dan kesihatan saraf serta mata
7. Membantu meningkatkan paras hormon Leptin dlm tubuh, so membantu mereka yg ingin kurus
8. Untuk kesihatan kuku, kulit dan rambut

Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

 Kanak-kanak

  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke

Jom kita dapatkan Omega Guard Shaklee ini untuk kegunaan sekeluarga!

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Kredit : http://superbvitamin.blogspot.com/2013/02/kebaikan-dan-keistimewaan-omega-guard.html


Tuesday, December 17, 2013

Constipation | Sembelit

Assalamualaikum,

Korang pernah mengalami masalah baby sembelit tak ? Lately ni kerap pulak Kasih ni kena sembelit. Dah cuba bagi prune, pir, pumpkin tapi tak jalan. Dah dua kali saya tengok dia poo poo ada darah. I is takuit tahu tak. Worried to the max, feel like crying seeing her in pain Y_____Y

Malam tadi, worst. Dia tak boleh tidur. Memang dah tak poo poo dua hari. Saya pun dah pesan pada BS yang Kasih tak berak dua hari. Masa jemput dari taska semalam, tanya BS dia kata Kasih ada berak. Keras sikit je mula mula. Then ok lah. Saya pun legalah Kasih dah berak untuk hari semalam. Tapi bila tiba malamnya, dari pukul 11 Kasih asyik merengek. Dia tak boleh tidur. Ingatkan panas, bukak baju. Merengek lagi, bukak seluar. Kipas kipas, bagi susu. Lastly bukak aircond sebab ingatkan dia panas. Saya malas nak pasang aircond sekarang sebab Kasih sedang batuk selsema walaupun tak serius tapi nak cuba elakkan jadi serius la tu. Jap lagi pukul 1 dia terbangun, menangis. Pujuk pujuk dodoi OK tidur. Pukul 2 lebih terjaga lagi. Saya dah mati akal dah. Kesabaran pun makin nipis lah. Anak menangis tak tahu punca kan. Baby bukannya reti bagitau pun sakit tang mana. Dok sapu jugak minyak dekat perut semua. Urut urut sikit, tidur balik. Pukul 3.30 dia terjaga lagi, menangis lagi kuat. Saya duduk atas katil. Kasih datang baring kat riba saya, urut urut badan dia. Lepas tu terdetik dalam hati, Kasih nak berak ke ni. Saya pun buatlah senaman yang kayuh basikal tu, kan elok untuk sembelit kan. Bantu dia nak berak. Lepas tu kan, saya tengok Kasih terus pappp lena. Tak sedarkan apa dah. Check pampers dia, poo poo dia keras :( Siap ada darah lagi. Takutnya iols. Sedih dan kesian dengan Kasih :( memang betul dia sakit perut tak boleh tidur dari awal tu. Manalah mama dengan papa tahu. Memang lepas berak tu terus lena dia tidur, lega rasa.

Tapi Mama dengan Papa dah macam panda O__O mengantuk yang amat. Pagi ni amik time slip, bawak Kasih jumpa paed. Dah check semuanya ok, dapat ubat Lactolase. Actually saya ada baca blog Dr Zubaidi memang ada bagi cadangan beli Lactolase ni sebab boleh beli over the counter aje, tak perlukan prescription. Tapi to be safe, takpelah kita jumpa jelah paed. 

#ootd ke Pakar Kanak Kanak Dr Meghana :P

Doktor nasihatkan pantau dia punya diet lah. Apa apa pun, puncanya mesti dari makanan kan. So lepas ni kena lebihkan lagi sayur hijau dalam diet dia. Biasa bubur saya akan letak pumpkin, brokoli, sweet peas, carrot. Depends apa yang ada kat rumah lah. Doktor suruh bagi bayam hari hari. Ada hari harinya yang saya tak sempat nak masak bekal Kasih, akan mintak tolong BS dia masakkan. Mulai hari ini saya berazam no more skip masak bekal Kasih. Hari hari MESTI akan masak.

Lagi satu, saya baru tahu rupanya kalau kurang makan pun boleh menyumbang pada masalah baby sembelit ni. Sebabnya bila makan sikit, tak cukup 'isi' nak membuang. Dan kalau kurang minum air pun sama, boleh bawak ke masalah ni. Doktor suruh beli probiotics untuk Kasih. Tunggu lepas Kasih setahun, saya akan bagi. Oh anyway, lagi 2 minggu saja Kasih nak setahun ! How time fliesssssssssssss..


Monday, December 16, 2013

Limit in Following Up Your Potential Customer(s)

Assalamualaikum,

2-3 months back, when husband and I were going to our weekly routine of groceries shopping at Giant, we stopped by at one water dispenser kiosk. That is Coway. We were really interested in getting the information about the product since we intended to install one at our place. But the constrain is - THE BUDGET.

We are not sure do we have enough budget to install Coway at our place. So we keep on holding this, and waiting for the right time to do it. At that time, I did gave my phone number to the salesman and I acknowledged that by giving my phone number to him, I allowed him to do a follow up with me about this matter.

1 week after that visit, he called. I answered and told him that we are not ready yet. Later, when we want to buy we will inform you. I thought we already done after that.

But it's not. Just about 2 weeks later, he called again. Asking about the product. The dialog is about the same everytime he called :

Hi Puan, ni saya dari Coway.

Ye.

So macam mana ye dengan Coway tu ?

Takpelah, saya tak berminat sekarang. Nanti saya nak saya akan call.

Ke Puan dah ada satu dekat rumah ?

Tak, belum lagi. Saya nak nanti saya bagitau. Ok, bye.

Every single freaking time, man ! Until only last week (12/12/13) I received a text from him ;

Assalamualaikum Puan, Coway product less 20% per unit. Instalment 12 bulan = RM 213. Ikut harga cash. Reply jika Puan setuju untuk saya follow up - Hisham

I definitely didn't reply that message. Hoping that he will understand that he should stop following up with me. Fullstop.

Yesterday, one private number called in. I picked up and I heard someone said,

Salam Puan, ni saya dari Coway. Puan dah makan..

Before he continue the conversation, I cut in and said.. Saya memang tak berminat dah, kalau saya nak saya akan bagitau.

I hung up.

I really really hope that he won't call me again. NEVER.

**************************************************************

My husband used to work as a sales person before. When I told him about the story, he said that he never do follow up more than 2 times. I myself, a Shaklee Independent Distributor also. Never push people to buy things like this.

What say you ?


Friday, December 13, 2013

Promo Disember 2013 - Omega Guard !

Assalamualaikum,


Ada lagi 18 hari sebelum promosi buy 6 free 1 Omega Guard berakhir ! Omega ni memang best, ada macam macam kelebihan. Banyak digandingkan dalam set set Shaklee, contohnya macam Set Ibu Hamil, Set Gout, Set Sakit Sendi etc.

Jom baca !


26 kelebihan Omega Guard untuk semua orang?

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandungan DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.


SUMBER OMEGA 3


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee.

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita.
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan.
3. Mencegah salur darah dari tersumbat.
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok.
5. Mengekalkan tekanan normal darah.
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher.
7. Mengurangkan sakit kepala.
8. Merendahkan kolestrol.
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan.
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL.
11. Mengawal masalah obesiti.
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin.
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak.
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak.
16. Membantu menyihatkan paru-paru.
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang.
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan.
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik.
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi.
24. Mencegah penyakit gout.


Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

1. Mencegah insomnia.
2. Mengurangkan tekanan emosi.
3. Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan.
3. Membantu memperbaiki masalah autism.
4. Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive.
5. Mengurangkan masalah schizophrenia.
6. Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus


Izzatul Azma | ID 918626
SMS/Whatsapp/Wechat | 019.668.3098
Facebook | Izzatul Azma
Email | izzatul.azma@gmail.com

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Thursday, December 12, 2013

Hilang 20 kg Dalam Masa 8 Bulan !

Assalamualaikum,

Jeng jeng, saya nak share cerita ni :D

Tahu tak, berat akhir saya sebelum bersalinkan seketul Kasih Safiyya ialah 79 kg !



Heheee gambar gambar maternity photoshoot saya yang saya tak pernah sharekan di mana mana. Ekslusif ni kihkihkohh

Sekarang, 57 kg uols !



Hahaha gambar gambar poyo setelah berjaya menguruskan semula diri ini. Kalau ada yang tanya macam mana boleh kurus, banyak sebabnya. Selain dari bila breastfeeding, berat memang senang turun.. Saya pun ada amalkan supplement Shaklee. Memang membantu. Pasal supplement, saya share kemudian k !!

Tak percaya bila boleh sarung balik skinny jeans Levis size 26 uhuk uhukkk. Saya kannnn, dah lama kannnnnn.. Taruh impian nak pakai printed and candy color pants. Mak teringin uols. Tapi sebelum ni tak confident langsung, takut nampak gemuk. Sekarang bolehla try tengok tengok printed / candy color pants :D 


Brown PANTS by MiL

Cantik kan, RM39 je uols.


Black Garden Skinny Pants by R+ by Radioactive


Blue Printed Long Pants from R+ by Radioactive

Ching !! Cantik kan korang. Kekonon ahkak dah confident ni nak pakai printed pants :P Ada banyakkkkkkk dan macam macam lagiiiii dekat butik online Zalora tau, nanti pergi tengok ye ? Janji tau !

K bai.






Thursday, December 5, 2013

Etika Menjual Preloved Items

Assalamualaikum,

Terpanggil nak tulis entry ni. Dah lama saya simpan dalam draft. Mencari masa nak mengarang ayat. Punyalah susah sekarang ni nak cari masa. Busy betul. Busy dengan kerja. I really hate my current job. Kerja saya ni banyak yang terpaksa saya korbankan. Korbankan waktu tidur di pagi hari sebab kena bangun awal. Paling saya kesalkan terpaksa korbankan masa dengan Kasih dan suami bila mana waktu hujung bulan kerap kali saya terpaksa balik lewat siapkan kerja. Pukul 8 malam adalah normal. Pukul 10 malam paling lewat. Kerap bawak balik kerja ke rumah bila saya dah tak sanggup duduk di ofis siapkan kerja sampai lewat malam. Balik kerja tak dapat nak free mind. Bencilah. Waktu interview macam macam janji manis ditabur T____T takpe, I'm waiting for THAT right time to tell my boss this thing :D

Huaahua nak cerita pasal etika berniaga barang preloved melalut ke kerja pulak ye. 

Ceritanya macam ni, adik saya belikan preloved shoes untuk Kasih. Biasalah makcik yang pemurah, memang rajin belanja Kasih macam macam hihi. Adik saya beli sebab tuannya kata,

"Condition tip top. 9/10"

"Tak pernah pakai. Pakai sekali masa test aje"

Harganya murah pulak tu. RM 10 aje. Memang murah pun. Tapi bila dapat kasutnya, saya terkejut.




Ni ke keadaan kasut never been worn wahai kawan kawan tersayang ? 

Ni ke condition tip top 9/10 bintanggg kau kasik ?

Terus saya bagitau adik saya, next time jangan beli barang dari dia lagi. Tak jujur, saya tak suka. Harganya memanglah murah. Tolong faham ye isu kat sini, bukan masalah harga. Isu kat sini saya geram apabila dia cakap kasut ni tak pernah dipakai, pakai sekali untuk test aje sedangkan bila kita tengok keadaan kasut tu, kita pun tahu kan. 

Tapi apapun, terima kasih dekat Maktin (hahaha) sebab rajin sangat belanja Kasih macam macam. Kasih pun elok dah pakai kasut tu pergi jalan jalan :) Nanti mama Kasih belanja Maktin aiskrim ye ? 

Sedikit ingatan untuk kawan kawan yang rajin menjual barang preloved :

1. Tolonglah jual barang yang keadaannya masih BAIK / TIP TOP saja. Kalau dah lenjan barang tu sampai puas, takyah jual lah. Bagi sedekah aje pada yang memerlukan. Tak gamak tau nak jual kalau barang tu pun dah lusuh walaupun keadaannya masih elok, masih boleh pakai lagi pada kita.

2. Terus terang dengan pembeli. Kalau barang ada defect, bagitau. Kita pun tau bila beli barang preloved / used, sendiri pun faham memang bukan barang baru. Tapi kalau ada defect tu bagitau lah supaya pembeli tak letak expectation yang tinggi.

3. Harga tu kalau boleh takpayah la tinggi sangat. Bukan nak buat untung pun kan. Ramai yang jual barang ni sebab nak clearkan rumah kan, dah tak ada tempat simpan kan.

K bai.


Tuesday, December 3, 2013

Tips Kupas Labu

Kasih selsema. Kerap sangat selsema, susah hati jugak dibuatnya. Tapi selsema sikit sikit ajelah, tak teruk. Saya ni nak kata pro natural remedy sangat tu tidaklah tapi memang saya prefer natural remedy untuk Kasih. Seboleh boleh nak elakkan makan ubat terutamanya ubat selsema dan batuk.

Jadi saya nak cuba natural remedy untuk selsema Kasih. Apa apa pun tak kiralah baby ke adult ke, nak repair badan memang kena melalui pemakanan kan. Sebab tu orang kata jaga pemakanan kita, you are what you eat.


Saya memang tahu karbohidrat menggalakkan pengeluaran mukus jadi bila anak selsema kita kena kurangkan pengambilan karbohidrat, lebihkan sayuran, buat sup letak halia dan bawang putih banyak banyak. Itu memang pengubat penyakit, insya allah.

Saya pun tak reti sangat, tapi apa yang orang share saya cuba ambil tahu. Mana yang tak pasti, saya akan cuba tanya dengan orang yang lebih tahu. Jadi untuk sementara ni saya buat keputusan untuk kurangkan pengambilan karbohidrat untuk Kasih. Harini saya bekalkan chicken broth with pumpkin untuk bekalan Kasih kat taska. Waktu saya pesan kat BS tadi, hari ni akak memang sengaja tak bekalkan bubur ye, bagi makan sup labu tu je , dia nampak terkejut. Mungkin dia risau Kasih tak kenyang kot. Saya pun risau perkara yang sama mula mula tapi lepas dah study sikit, saya dapat kesimpulan yang tak semestinya kena bagi nasi untuk bagi dia kenyang kan.

Nak buat chicken broth with pumpkin senang yang amat. Leburkan aje ayam bahagian tulang dengan bawang putih dan halia. Bila dah mendidih, slowkan api biarkan dia masak dengan api perlahan dalam 2-3 jam. Sejam terakhir tu masukkan pumpkin. Resepi ni Kak Nini yang ajar, thanks kakak ;)

OK, so nak bagi tips kupas labu. Saya kan suka makan labu jugak, tapi saya ingat lagi last time saya masak labu, nak kupas labu punyalah seksa. Rasa macam nak terpatah pisau. Sakit gila kot tangan. Terus saya tak masak labu dah lepastu. Sekarang bila dah ada Kasih, labu ni kan bagus untuk baby. Jadi saya pun google la pasal cara kupas labu ni (reti pun google, dulu tak terpikir ye kaktonnn ?). Dan saya jumpa ! Dan saya dah try ! Dan saya berjaya !!

Sebelum kupas labu, masak air dulu. Lepas air dah mendidih, letak labu dalam periuk. Tuangkan air panas ke dalam periuk tu. Biarkan dalam 10-15 minit. Kemudian bolehla kupas labu tu. Pakai peeler aje pun. Senang sangat ;)

Hope membantu !



Thursday, November 14, 2013

Solid Food for Kasih - Introduce Chicken

Assalamualaikum,

Nak cerita ni, saya dah introduce ayam dekat Kasih. Macam biasa, bila nak perkenalkan makanan baru kepada baby, ikut 4 days rule. Ini untuk kesan kalau baby ada alergi ke bila makan jadi sembelit ke so senang kita nak kenalpasti mana yang OK mana yang tidak. Kalau semua main sumbat suka hati je, nanti baby ada yang tak kena, kita tak dapat nak kenalpasti kenapa.

So, dah pass 4 days rule ! Yayyy.


Bekal semalam. Oh, saya memang hari hari masak untuk bekal Kasih ke taska. Saya suka macam tu :) Prepare bahan siap siap sebelum tidur, esok pagi tinggal nak lebur dalam kuali je. Lepas tu blend lebih kurang (sekarang Kasih tak mula makan kasar kasar sikit tekstur dia), lepas tu masukkan dalam flask. Setel. Nanti kat taska, pandailah teacher dia nak sendukkan macam mana. Boleh untuk 3 kali makan ni. Tapi tulah, makan satu jenis je lah sehari tu hehe, anak mama tak boring pun kan ?

Anyway, bekal semalam ni saya buat makaroni sup. Senang aje.

Makaroni sup

Makaroni
Bawang putih
Halia
Bawang holland
Ayam (saya dah rebus siap siap untuk buat stok)
Carrot
Sweet peas

Tumis bawang putih, halia, bawang holland. Kacau kacau, masukkan ayam, carrot, sweet peas, masukkan air secukupnya. Dah mendidih, masukkan macaroni. Biar sampai makaroni masak. Kisar.

Senang sangat kan masak untuk baby ni. Bukan payah nak rasa buh garam ke apa hehe. Tapi saya akan rasa setiap makanan yang saya bagi Kasih walaupun takut takut nak rasa hahahaha. Yang ini sedap ok. Ada rasa walaupun takde garam. Mungkin sebab guna stok ayam kot. Next time saya share cara buat stok ayam pulak.

Selamat menyediakan homemade food untuk anak anak anda ! :)


Tuesday, November 12, 2013

I Love You, Kasih !


Ecewahhh, sekarang dah boleh kata koleksi gituuuuuu hehe. Kesian Kasih, sebelum ni dia tak banyak pun headband ni. Adalah sehelai dua je saya beli. Pasalnya mahal ! Kihkohhh sehelai sampai RM 18, kedekutnya mama dia ni :P

Saya dah jumpa tempat yang best nak beli headband baby, best dan murah. Customized lagi. Minggu lepas saya order, akhirnya semalam dah sampai ! Happy sampai ke bulan ! 


6 ketul kesemuanya. Yang bawah sekali tu saya menang giveaway dekat FB dia. Masa ni tak sabar hokey nak balik rumah bagi Kasih pakai :D

Ambil je Kasih dari taska, masuk kereta je terus test. Haha hover kan mama dia ni.


Heksyen je muka. Haha malas layan mama. Tapi dia tak tanggalkan pun. Good girl baby ! Omey kan ? Dalam kereta test satu tu je. Sampai je rumah, siap sediaaaa lah Kasih ku sayangggggg hihi



Mamaaaa, Kasih taknak Mama. Kasih taknak pakai headband. Kasih taknak amik gambar :(

Mama pun pujuk pujuk sikit, akhirnya berjaya OK sikit haha. OK ye, bukannya senyum pun.


Hehe mama memang suka over kan.

Akhirnya berjaya pujuk dia ambil gambar dengan semua headband baru :P


Saya beli semua ni dekat Ohbabygirl Boutique 



Saturday, November 9, 2013

2 Jam di Wad Kecemasan

Assalamualaikum

Kasih Safiyya demam. Dah dua malam sekitar pukul 4 pagi saya terjaga sebab terasa bahangnya badan Kasih. Apalagi, bangun check suhu dan sponging lah. Normally dalam Subuh macam tu dah ok.

Khamis pagi, demam macam tak kebah. Suhu 37.8. Nak pergi kerja pun tak senang hatini. Tapi kerja kat ofis banyak nak kena siapkan. Nilah dia kalau kerja jenis one man show. Saya rasa bersalah juga pergi kerja tinggalkan anak yang tak sihat, tapi kadang kadang keadaan memaksa. Ok so pagi Khamis bawak Kasih pergi Klinik Pakar Kanak Kanak Dr Meghana. Dekat TTDI Jaya. Dr ni bagus. Details dan tak lokek kongsi ilmu bila kami first parents ni banyak tanya. Doktor tak bagi ubat pun, katanya semua OK.

Jumaat petang masa ambil Kasih dari taska,  BS dia kata badan Kasih dedar. Dia pun macam tak bermaya je time tu. Check suhu 37 macam tula. Keep on sponging. Dalam pukul 11 malam macam tu, suhu 38.4. Melompatlaa kami suami isteri.  Memang tak boleh nak tunggu dah. Nak pergi klinik ada ke yang bukak lagi tengah malam ni. So terus pergi Wad Kecemasan Hospital Sg Buloh.

Teringat pengalaman bersalin hehe. Situlah jugak tempatnya. Sampai hospital pukul 12. Check suhu 38.7. MA terus sumbat ubat bontot. Ngeri saya tengok.  Besar rupanya ubat tu selama ni dok dengar kawan cerita aje. Kasih nangis sekejap, perit kot bontot dia eh? Camnelah parents yang insert sendiri tu huwaa ngeri tapi kalau dah kecemasan tu tak fikir tu dah kan.

Lepas tu, tunggu nak jumpa doktor. Tengah tengah malam pun meriah kan wad ni. So dapat jumpa doktor, details dia check semua. Tapi part tak best kena amik darah. The moment saya dengar kena amik darah je kebas rasa kaki tangan badan saya semua. Saya ni penakut jarum hehe. Kasih masa amik darah kemain nangisnya. Taktaulah sebab kena paksa baring ke apa. Tapi nasib baik bila angkat dukung dia boleh dipujuk. Tengah sakit ni baby biasalah kan cranky dan taknak duduk.

So balik rumah pantau dia lagi. Harini pun suhu tinggi jugak tadi. Bagi ubat demam kemudian kerap mandikan dia dah nak petang ni alhamdulillah susu dah ok, mata dah tak kuyu dan berair pastu dia dah nak main. Kalau tak, melepek aje. Syukur alhamdulillah harap jangan suhu naik baik dahla.

Demam bukan perkara biasa ye, tak boleh ambil mudah. Saya takut sangat suhu dia terus naik semalam takut kena fit nauzubillah. Jadi saya nak share sikit ilmu yang saya dapat handle anak demam kalini.

1. Kerap mandikan anak. Mula jirus dari kaki ke badan baru kepala kemudian bagi anak berendam sekejap.

2. Tak perlu pakaikan baju, biar pampers je then keep on sponging anak. Tapi bab sponging saya ada kelirulah. Kalau ikut pembacaan dengan nasihat Dr Meghana dgn doktor semalam tu, kena sponging baby. Tapi kalau ikut pendapat paeds kat doktorbudak.com katanya tak boleh sponging takut sejuk sekejap lepas tu suhu naik. Anyone tau hal ni? Mintak share opinion.

3. Jangan tidur lena kalau anak demam panas sebab suhu biasanya meroket di waktu malam.

4. Jangan selubung selimut baby pakaikan stokin tu semua. Itu bahaya. Boleh cause heat nanti suhu lagi tinggi.

5. Kasih selsema jugak. Kalau selsema ni saya memang suka natural remedy. Crush garlic campurkan dengan olive oil, sapu kat dada dengan belakang badan.  Nak buat garlic socks pun bulih.

Ok sekian. Semoga anak anak kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, amin.



Friday, November 8, 2013

Kek Karamel


Assalamualaikum,

Di samping menjual Shaklee, saya juga ada menjual kek :D 

Tapi sebijik kek ni ajelah yang saya reti dan confident nak jual, iaitu kek karamel. Ini kawan saya dari masa dia pregnant lagi duk mengidam nak sampailah sekarang nak buat akikah anak dia baru dapat makan :P

Hehe. 

Harap berpuas hati ye babe.


Kek karamel 8 inc, RM 40 / sebiji. Self pickup di area U5 memandangkan saya ni beranak kecil, susah sikit nak deliver jauh jauh. Hehe.

Harap memahami. Keep calm & place your order now. Kalau taknak order kek, order Shaklee pun buliyyyyy hahaha



Thursday, November 7, 2013

13 Fungsi Lecithin Shaklee

Assalamualaikum,

Oyeahh, Lecithin Shaklee dah buat comeback !!


LECITHIN DAH MAI BALIK !!!!!!

Lecithin ni memang among the BEST SELLING product dekat Shaklee tau. Kenapa ? Jom kita tengok 13 fungsi Lecithin yang buatkan dia hot sangat tuuu.

13 Fungsi Lecithin Shaklee Selain Kuruskan Badan



Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Contoh macam buat kek, yang basic tu macam tepung gula telur, kalau takde, tak jadi kek tu. Haa gitulah Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung dan soybeans. Dan tahukah anda, Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of Lecithin. Yang men
ariknya, Lecithin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean.

13 Fungsi Lecithin Shaklee.

1. Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yang mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.

2. Kenapa orang yang nak kurus suka Lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye, ianya memecahkan lemak) Tahukah anda, Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Tanpa lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, food additives, pesticides, etc. Semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat. Jadi dengan cara menambahkan pengambilan Lecithin, pasti ianya keputusan yg bijak.

4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka-mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Disamping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

9. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka-mereka yang ada alergi, high fever, asma, bronkitis dan emphysema.

10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi-sendi) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

11. Lecithin adalah zat utk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.

13. Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan utk membuat BILE. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A, D, E dan K ke dlm badan.


Baca habis tak dari no 1 - 13 tu ?? Kalau dah baca, mesti rasa teringin nak order kan ? :P

Jom order dengan saya,
PM/Whatsapp
019 6683098

Monday, November 4, 2013

Amanah & Anugerah Allah

Assalamualaikum,

Apa tu amanah dan anugerah Allah ? Hari ni saya nak cakap pasal anak :)

Semua pasangan yang dah berkahwin mesti nak anak kan. Anak ni pelengkap hidup suami isteri. Hidup yang selama ni berdua memang akan jadi totally different bila dah bertiga. Contohnya, zaman berdua nak lepak minum mamak sampai tengah malam pun takde halangan, bila bila rasa nak tengok wayang boleh terus pergi, nak ride motor berdua pun senang :P

Tapi, bila dah ada Kasih.. Mana ada chance dah nak buat semua tu. Dah 10 bulan hokeyyyy tak tengok wayang ! Haha. Nak keluar makan pun berkira kira tempat tu selesa tak untuk Kasih, Kasih akan meragam tak, Kasih nak duduk diam tak time kita makan.. Takde dah nak makan kat gerai tepi jalan yang sesak dan padat dan panas. Semuanya demi anak, sanggup kan. Hee, siapa yang tak sayang anak oi.

Saya teringat waktu saya tahu saya pregnant si Kasih, saya rasa saya tak ready. Terkejut pun ye, sebab tak sangka. Tak delay pun cuma saja check sebab nak makan ubat angin kot masa tu, perut saya masa tu asyik berangin rasa meletup letup dalam perut. Beberapa hari macam tu, so saya nak ambil ubat tapi sebelum ambil ubat tu husband saya suruh buat UPT dulu. Terkejut gila tengok double line ! Hihi. Unexpected. Menggeletar la lutut sekejap :P Husband pun sama, lemah lutut masa tu haha. Waktu tu kitorang dalam 7-8 bulan kahwin kot. Alah, awal lagi. Kekonon mood pengantin baru lagi. Saya pulak kononnya nak honeymoon dulu setahun baru nak fikir anak. Cewah, macam dia plak yang tentukan kan. Saya lupa kan rezeki tu Allah yang tentukan. Allah dah tetapkan nak bagi kami rezeki anak awal :) Syukur Alhamdulillah. Awal tak awal sangat lah, itupun emak saya ada jugak cakap bila nak ada anak niiii hehe emak ayah saya tak sabar nak menimang cucu masa tu :)

Terkenang balik semua ni, syukur Ya Allah atas anugerah ini. Nikmat Tuhan yang mana hendak kamu dustakan ? Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.


Kasih Safiyya binti Mohd Nazul Aziim.

37 minggu 2 hari di dalam rahim, 10 bulan 2 hari di dunia ini. Hari hari yang cukup indah :) Kasih happykan semua orang.

Syukur di usia *ehemm* 26 tahun ni, dah mempunyai sebuah keluarga kecil. Dikurniakan Allah suami yang sangat baik, anak yang comel penyejuk hati. Mempunyai emak ayah, adik adik, kawan kawan yang baik. Mempunyai kerja yang.. Hmm hahaha susah nak cakap, tapi at least ada kerja walaupun sekarang meronta ronta sangat nak berhenti kerja :P dan sekarang sedang berjinak jinak dengan bisnes. Syukur baru 2 bulan serius buat bisnes, nampak juga hasilnya. Rm100 ke, RM200 ke walaupun nampak sikit tapi siapa nak bagi, kan ? Seratus pun duhet jugak hanak hanakk

Anyway, kepada pasangan suami isteri yang dah lama berkahwin dan berhajat nak menimang zuriat, saya nak suggest something untuk anda. Ni kira sebagai salah satu ikhtiar jugak kan ?

Set Basic :

1. Vitalea 
2. Vitamin C
3. B Complex
4. ESP



Kemudian, untuk isteri add on :

1. GLA Complex
2. Alfalfa


Untuk suami pula, boleh ambil :

1. Zinc
2. Vitamin E

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut, itu kenalah PM/Whatsapp saya ye. Takkan semua kita nak cerita di sini kan ? :D

Kalau nak set budget pun boleh, nak sembang sembang, nak tanya produk, nak cerita masalah, nak mintak cadangan ke apa ke, semua boleh belaka k !

PM/Whatsapp 019 6683098. FB saya ada kat sidebar sebelah kanan tu, bolehlah add saya ye !

Kita berusaha, Allah yang menentukan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...