I am at my 25 weeks ;)
Sunday, September 30, 2012
Tuesday, September 25, 2012
Situasi itu
Saya nampak ni dekat news feed di Facebook tadi. Bukan nak sebelah mana mana pun cuma rasa terpanggil nak komen situasi ni.
Customer pun satu, harga dah memang murah sangat masih nak tawar menawar kan. Seller pulak, terus share Facebook customer dengan status macam tu, patut ke ?
Entah, saya tak setuju walaupun potential customer tu bersalah tapi tetap tak patut memalukan dia kan. Maka, saya terus unlike page tersebut. Tak ingin shopping di situ, buruk betul perangai.
New Circle
Kehidupan kita ni banyak fasanya kan. Fasa sekolah rendah, sekolah menengah, zaman universiti pulak, lepas tu masuk alam pekerjaan pulak. Kerja pulak bukannya satu tempat saja, banyak tempat kan. Jadinya circle of friend pun ada banyak kan. Tapi korang memang tetap keep in touch ke dengan setiap circle tu ? Selalu jumpa jumpa, lepak lepak semua ke ye ?
Saya kan sangatlah jarang jumpa kawan kawan ni. Sebulan sekali pun belum tentu. Circle of friend pun bukan besar sangat, saya ni kan sombong sikit hahah. Bukan sombong sebenarnya, tapi penyegan, pemalu dan tak berapa reti nak bergaul sebenarnya. Jadinya, marilah kita kekal dalam circle kita itu jelah dari dulu sampailah sekarang :) lagipun kan, sebenarnya kan.. Rata rata kawan saya sekarang ni kebanyakkan adalah kawan blogger. Pelik kan, dari strangers boleh jadi kawan baik :')
Weekend ni saya happy sangat !
Sebab jumpa dengan kawan kawan. Rasa lama sangat dah tak jumpa kawan kawan duduk minum sambil berbual. Selalu berbual atas talian je, sambil minum coffee depan laptop masing masing heheh.
Saya kan sangatlah jarang jumpa kawan kawan ni. Sebulan sekali pun belum tentu. Circle of friend pun bukan besar sangat, saya ni kan sombong sikit hahah. Bukan sombong sebenarnya, tapi penyegan, pemalu dan tak berapa reti nak bergaul sebenarnya. Jadinya, marilah kita kekal dalam circle kita itu jelah dari dulu sampailah sekarang :) lagipun kan, sebenarnya kan.. Rata rata kawan saya sekarang ni kebanyakkan adalah kawan blogger. Pelik kan, dari strangers boleh jadi kawan baik :')
Weekend ni saya happy sangat !
Sebab jumpa dengan kawan kawan. Rasa lama sangat dah tak jumpa kawan kawan duduk minum sambil berbual. Selalu berbual atas talian je, sambil minum coffee depan laptop masing masing heheh.
Dah semakin mengembang dengan jayanya hihik.
Dengan si comel Mia ni. Olos muka takmau senyum pun hish. Comel lah geram tengok tapi nak pegang tak berani sangat walaupun dah 9 bulan dah budak tu, sebabnya aktif sangat menendang nendang hehe risau je saya pegang anak orang kang terjatuh ke apa ke tak ke naya di situ ? Suami je lah praktis hehe suka tak sayang dapat pegang baby ? Sedap kan bau baby neh ;D
Lepas jumpa Fea semalam, saya terus ke Danau Kota. Kes teringin nak makan char kuetiau kat Mali's Corner. Penangan JJCM lah ni. Tobatlah takmau tengok apa apa cerita makanan dah, asal tengok je rasa nak, dah acane tu ??
Suami beratur lebih kurang 20 minit kot nak mendapatkan dua pinggan char kuetiau ni. Pheww~ nasib baik berbaloi cuma rasa macam pedas sikit. Rasanya saya lagi suka Sany Char Kuetiau kot :D
Lepas tu alang alang kat sana, sempat jumpa Asna ! Sebenarnya nak suruh dia turun bawah join saya dan suami makan lepas tu masa tu dah lewat, takut Haikal nak tidur semua saya pun naiklah rumah dia sekejap. Hehe pukul 10 malam duk pergi rumah orang lagi ish.. Pergi sekejap je pun, dapat jumpa sekejap jadilah.. Bukan selalu saya nak ke sana. Thanks babe sudi menerima kehadiran kitorang di tengah tengah malam tu :P
Thursday, September 20, 2012
Dinner Malam Ini
Sup siakap, sambal kicap, kangkung belacan dan telur dadar gebus. Yums, alhamdulillah.
#entrytakdemotif
Hahah.
Wednesday, September 19, 2012
Caramel Cake
Ohoi, minggu lepas saja dah 3 bijik kek karamel saya buat. Sebijik buat untuk bawa ke open house. Sebijik lagi buat sebab nak bawak balik kampung, adik saya lah dok rikues nak kek karamel. Lepas tu bijak pandai on the way balik kampung baru teringat ek ehh kek karamel kitew dalam peti ais lupa nak amik -____-"
Maka, dekat rumah kenalah buat sebiji lagi. Haha kenyang makan kek aje kan. Kek karamel ni best, ehh ni fakta semua orang dah tau kot. Sebabnya rasa dia macam aiskrim, nyaman gila makan sejuk sejuk di musim panas ni fuhh (kalau makan sambil pejam pejam mata mesti lagi terasa nikmat dia -_-) lagi satu, saya suka bereksperimen dengan warna warna dia tu. Heheh syok je tengok belang dia menjadi. Tapi itu bila time rajinlah kan, time malas sendiri faham lah. Curah je terus semua, takde masa nak buat lapis lapis ni hahah.
Maka, dekat rumah kenalah buat sebiji lagi. Haha kenyang makan kek aje kan. Kek karamel ni best, ehh ni fakta semua orang dah tau kot. Sebabnya rasa dia macam aiskrim, nyaman gila makan sejuk sejuk di musim panas ni fuhh (kalau makan sambil pejam pejam mata mesti lagi terasa nikmat dia -_-) lagi satu, saya suka bereksperimen dengan warna warna dia tu. Heheh syok je tengok belang dia menjadi. Tapi itu bila time rajinlah kan, time malas sendiri faham lah. Curah je terus semua, takde masa nak buat lapis lapis ni hahah.
Rekod kek terbanyak sekali pernah saya buat sampai dah hafal resepi. Tapi frust jugak bila adakalanya kek failed, tak menjadi. Kadang kadang meringue tak menjadi, kadang karamel tak cantik. Tu gambar last sekali tu contoh karamel tak menjadi sangat lah tu pasaipa tah pewarna dia mencemarkan karamel tu, cis ! Tapi takpe, practice make perfect :p
Eh melalut panjang lah saya ni. Sebenarnya saya nak share kek karamel yang adik adik saya buat ni. Pertama kali diorang buat. Berdasarkan resepi ni lah --> RESEPI KEK KARAMEL
Kagum jugak saya mentengok hasil dia. Fuiyo, karamel cantik. Lapisan pun cantik. Nampak yummy je kan, ini simpan dalam fridge semalaman bagi betul betul sejuk lepas tu baru makan di tengah hari rembang, memang satu nikmat dunia ! Hihi.
Eh sapa tak try buat lagi kek ni, buatlah ek. Senang je. Yang first time buat pun confirm menjadi ;)
Friday, September 14, 2012
Gaya Tidur Comel
Geram kan tengok !! Saya punya geram lepas ambil gambar mari kita kacau kacau dia hahah comel gila ;D
Thursday, September 13, 2012
Resepi Kari Ayam
Nak share cara simple saya buat kari. Kalau rasa suka yang simple simple, bolehlah cuba. Kalau jenis yang nak lengkap semua rempah ratus, jintan segala itu memang tak ada kat sini. Saya ni jenis kalau masakan tu banyak sangat rempah ratus herba pakai ni, terus jadi malas nak masak. Sebabnya barang barang tu semua takde, spice racks saya ni tak lengkap langsung T___T
Resepi Kari Ayam
Bahan-bahan
Ayam
Rempah 3 serangkai (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih)
Bawang putih *hiris
Bawang besar *potong dadu
Halia *hiris
Kentang
Daun kari
Serbuk kari ayam & daging (bancuh dengan air panas jadikan pes)
Santan @ susu cair
Air asam jawa
Cara-cara
1. Tumis bawang putih, bawang besar, halia dan juga rempah sehingga harum.
2. Masukkan pes kari ayam & daging. Biarkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kacau sehingga ayam sedikit layu.
4. Masukkan santan ataupun susu cair. Biasanya saya lebih suka guna susu cair. Masukkan juga kentang.
5. Biarkan mendidih dengan api perlahan. Tunggu sehingga kentang dan ayam empuk.
6. Masukkan air asam jawa, taburkan daun kari. Perasakan dengan garam.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Kalau suka, bolehlah masukkan tomato ataupun bendi ke dalam kari ayam anda ^_^
Tahukah anda, kari sedap dimakan bersama sambal belacan dan juga ikan kering ? Itu memang terbaik rasa dia, yums sedapnya.
Saya kan jujurnya tak pandai sangat masak. Masak ikut anak tekak sendiri dan suami je. Tak yakin langsung kalau nak masak untuk orang lain tu. So janganlah expect macam saya ni reti sangat masak ke apa. Share resepi pun just untuk suka suka saja. Senang saya nak refer balik nanti heheh ingat saya hafal sangat ke resepi resepi ni semua ? Mana yang biasa sangat buat macam sambal tu memanglah dah hafal kan.
Masakan ni kan subjektif. Ada yang sedap pada tekak kita, tak sedap pada tekak orang. Ada yang orang suka, kita pulak tak suka. Terpulang pada selera masing masing. Macam saya, saya memang jenis yang kurang masin dan kurang manis. Tapi rasanya suami dah boleh menerima kot cara masakan saya, jarang pulak beliau complaint heheh ke suami jaga hati saya je ni ? Tapi tengok beliau makan bertambah tambah pun dah buat hati senang. Masakan saya untuk gembirakan hati suami je, orang lain tak suka tu tak apalah kan :P janji jangan sakit perut dahla hahah.
Wednesday, September 12, 2012
Monday, September 10, 2012
Lepas Gian
Lama betul tak buat kek. Malas dan takde orang nak makan pun. Weekend lepas duduk rumah saje saje rasa boring pulak, maka jomlah kita buat kek. Lagipun teringin pulak nak makan kek karamel. Makan sejuk sejuk ermmmm sedapnyaaaaa
Ni lah hasilnya,
Hari tu saya terlebih rajin, bukan main lagi melapis kek ni kan. Kecik kecik pulak tu lapisannya tu, biasanya saya malas saya curah je terus 3 kaler tu takde nak lapis macam ni :P
Amatur buat kek, macam ni lah. Karamel tak licin pun, tak rata pun lagi tsk. Ikut nasiblah, ada lah sekali dua dapat cantik gila karamel. Lain dari tu, out ! Lepas tu dah alang alang nak pergi open house rumah Ayein esoknya, saya pun bawak la kek ni ke Seri Kembangan niatnya nak bawak sikit ke rumah orang tu esoknya. Dah on the way balik rumah mama, cousin message suruh datang open house rumah dia pulak. Saya pun teruslah angkut kek ni ke rumah dia tapi tak tahulah habis licin ke tidak tak tunggu sampai habis. Masa nak balik tu tengok ada separuh lagi tapi kalau ambil bawa balik karang macam buruk siku pulak kan :P dahla tetamu masih ramai masa tu hahah.
Saya pun sempat rasa satu slice aja iaitu yang dalam gambar di atas tu je. Rasanya balik karang nak buat lagi sebijik lah, tak puas makan hari tu :P
Friday, September 7, 2012
New Watch
Finally, bertukar juga jam tanganku setelah hampir 6 ke 7 tahun kot pakai jam yang sama. Lama gila okey tak tukar jam, saya ni jenis sayang barang dan tak reti nak tukar tukar pakai banyak jam. Samalah macam handbag dengan kasut pun. Beli banyak banyak, akhirnya yang satu yang selesa tu jugak yang diangkut ke sana sini sampai lunyai.
Saya sayang sangat jam saya sebelum ni sebab emak yang bagi. Tapi baru baru ni jam tu terjatuh lalu retak muka dia tu tsk sedih. Tapi saya tetap juga pakai hahah janji boleh nampak pukul berapa kan. Dan, semalam balik rumah saya tengok ada kotak jam atas meja solek ♥ mula mula nampak tu saya macam oh, suami keluarkan kotak jam beliau ke. Lepas tu saya bukak, tengok ada kad tulis "Happy anniversary sayang.." waaaaaaaaaaa terharunya !! Husband, you are soooooooo sweet ! Suami saya ni bukan jenis romantik suka suka nak bagi hadiah sangat ni tapi sekali sekali berperangai comel macam ni, rasa sweet sangat. Suka !!
Thank you sayang. Saya jugak yang takde beli apa apa hadiah -_-" takpe, nanti saya masak special untuk awak ye ? Heheh aci kan ?
Thursday, September 6, 2012
Cameron Highlands
Dah lama saya menyimpan angan angan nak pergi ke Cameron Highlands memandangkan sepanjang 26 tahun hidup ini, sekali pun tak pernah pergi lagi. Kesian tak ?
Jadi kali ni tak kira, mahu suami bawak sambut anniversary di Cameron. Dah alang alang balik raya kan, cuti pun lama.. so on the way balik ke KL tu singgah la Cameron dulu. Kitorang exit ikut Simpang Pulai. Jauh ye rupanya nak naik atas ni, berlingkar lingkar pening nak tunggu nak sampai tu. Dekat highway tak jammed tapi kat atas nak ke Brinchang tu jammed pulak dia.
Kitorang ni nak kata ad hoc plan tu tak jugak, dah lama terfikir tapi taklah booking hotel ke apa. Main redah juga kat atas tu, nasib ada juga bilik kosong hehe. Itupun padan muka saya sebab malam tu tak boleh nak lena tidur, biasalah saya ni bila tidur tempat baru mulalah fikiran tu entah ke mana mana kan. Tak boleh tidur sampai kena pasang ayat Quran baru boleh lelapkan mata :P
Dalam perjalanan, baru je start mendaki masa ni. Muka masih boleh senyum heheh cuba kalau ambil gambar 20 minit kemudian tengok sikit muka tu dah jadi macam mana -_-"
Antara makanan best kat atas tu.
Seronok jugaklah Cameron ni, beli strawberi je pun yang best. Nak kata sejuk tu, tak sejuk sangat pun. Apapun puas hati sebab akhirnya dapat juga datang ke sini, tapi cukuplah yang ni pertama dan terakhir kot. Saya tak ada niat nak repeat ke sini lagi heheh.
Tuesday, September 4, 2012
Resepi Garlic Bread
Semalam pergi topup barang dapur, nampak french loaf ni. Lepas tu, teringat hari tu adik saya upload gambar garlic bread dengan mushroom soup dekat FB amboi kemain dia. Takpe, saya pun boleh buat lalala tapi instant punyalah hahah yang adik hari tu memang dia buat sendiri. Adik saya pandai buat roti dan bun tau ! :)
So semalam beli french loaf tu, lepas tu beli mushroom soup Campbell. Balik tinggal nak siapkan spread dia je lepas tu bakar dalam oven, soup tu pulak keluarkan dari tin renihkan je la atas api kan hihik.
Resepi Garlic Bread
Sumber : Fendi @ MyR
Bahan-bahan
roti france
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mentega
parsley kering secukupnya
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mentega
parsley kering secukupnya
Cara-cara
1. Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.
2. Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
3. Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
4. Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C
2. Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
3. Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
4. Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C
Om nom nom nommmm
Monday, September 3, 2012
It's been a year..
Pejam celik pejam celik sudah setahun berlalu. Alhamdulillah, sudah setahun saya bergelar isteri kepada Mohd Nazul Aziim bin Idris, syukur Ya Allah.. Setahun yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan :) tipulah kalau takde gaduh kan heheh nak pulak saya ni kaki gaduh nak nak lagi baru je nak belajar hidup bersama kan, memang selalu sangat bertegang leher tapi tu semua adatlah kan. Thank you Allah for everything.
"My husband has made me laugh. Wiped my tears. Hugged me tight. Watched me succeed. Seen me fail. Cheered me on. Kept me going strong. My husband is a promise from God that I will have a friend forever"
Happy 1st anniversary sayang !
Saturday, September 1, 2012
Yan - Jeniang - Baling - Gerik
Masuk raya kedua barulah ada jugak sekeping dua gambar suami isteri ni ha. Itupun sedih je gambarnya tapi takpelah saya nak upload juga ;D
Suami saya, orang ajak bergambar elok elok kat dalam rumah duduk elok elok dekat sofa dia tak mahu. So duduk aje lah dekat kerusi malas luar rumah tu, kan dah nampak macam orang tua je hahah. Jadilah, this is the best raya picture of us T____________T
Aktiviti berjalan raya diteruskan lagi di hari raya kedua. Cumanya tak sepenat semalamnya, maybe dah cukup tidur kot saya ni :P ngahahahah tidur bukan main lama pun nak kata tak cukup tidur lagi kan, dasar kuat tidur betul. Entahlah, badan saya cepat penat lah sekarang ni *alasan*
Antara pemandangan biasa sepanjang perjalanan kami.
Singgah banyak juga tempat, maklumlah beraya kan. Lepas tu sampai satu masa, kami semua berpecah. Saya dan suami nak gerak pulang beraya di kampung saya pulak. Masing masing bawa haluan sendirilah lepas tu.
Untungnya kampung saya dan suami ni satu jalan. Senang, kami nak balik ke Gerik ; rumah Opah. Jadi dari Jeniang, terus je cari jalan balik ke Gerik ikut highway Baling. Dekat je, dalam 2 jam. Takde tol lagi hihi.
First time lalu highway ni. Cantik sangat pemandangan, Subhanallah. Rasa macam berada di tempat yang tertinggi sekali, rasa macam dekat je dengan matahari tu. Memang jalan ni atas bukit kan, berbukit bukit lepas tu rasa lapanggggg je kereta tak banyak.
Sampai pekan Gerik, ajak suami potong rambut dulu kemaskan apa yang patut. Hahah, yelah first time nak bawak suami pulang ke kampung ni haruslah kena yang terpaling kemas kan :P
Seronok balik kampung Gerik ni. Nostalgia. Rumah kampung bertiang yang kecil, tidur berhimpit beramai ramai memang membuatkan terkenang zaman kecik kecik dulu. Lepas tu adatlah bila lama tak jumpa sedara mara semua, sekali jumpa kecoh sangat sangat. Nak pulak makcik makcik saya semua kaki sembang, tak tahulah pukul berapa diorang masuk tidur malam tu hahah. Esok pagi paginya pulak lepas Subuh aje dah dengar diorang bersembang lagi -__-" tapi suasana meriah macam tu lah yang saya rindu, yang saya suka :') harapnya suami saya selesalah dengan keadaan di kampung, jangan serik lagi ye sayang. Tahun depan kita raya sana lagi heheh.
Subscribe to:
Posts (Atom)