Monday, January 31, 2011

Macam-macam

Bahan bacaan ringan.

adikku yang makin cun melecun, cubaan buat loose wrap :p

Iim kan, suka lah telek belek muka aku lepas tu kan.. dia pun tanya,

"Eh, sayang conteng mata ke????"

:|


Sunday = Restday

semalam hujan non-stop kan.. aku duduk memerap kat rumah je.

bangun dah la lambat. pukul 11. jarang betul aku nak bangun lambat sejak dah tukar kerja ni. itu tandanya aku memang penat gila :P *alasan

bangun je tengok handset. kecewa sikit bila tunang tak ajak jumpa pun hari ni :p lepas tu dah set hari ni nak kemas rumah lah. sebab semalam housemate lama pindah keluar so rumah adalah agak sepah dan kosong. hehee. yelah banyak barang dia. so bila dia keluar, barang pun takdelah. kena beli balik pelan-pelan ni.

so semalam dah shopping sikit. beli perkakas dapur, beli rice cooker. sumpah beli rice cooker guna duit sendiri pun dah membuatkan aku rasa dewasa. hahaha. sila cubit saya untuk menyedarkan dah 25 tahun pun. memang dewasa pun ! :p

lunch dan dinner untuk hari semalam. pukul 5 petang baru makan. haih, inilah dia bila duduk bujang kan. pedulik nak makan pukul berapa pun.
tapi kata nak diet. tapi nasi makan jugak. tapi kan kan kan.. perut kan.. dah kempis. miahahaha. yeay. tengah fikirkan macam mana nak kecikkan part lain pulak. mari-mari kongsi tips :D


Sunday, January 30, 2011

Aku kena jugak cakap benda ni

I am very damn pissed off right now. maaflah kawan-kawan, perempuan ni asyik mood tak elok saja dua tiga hari ni.

Nak tahu, sepanjang zaman muda remaja.. zaman sekolah. I did A LOT of stupid mistake. and when I said stupid, it was really stupid dan bila memikirkan kembali why in the hell I did it at that time make me wanna puke.

But, I get myself over it. Unfortunately, for some friends.. they didn't. In fact, they think that's funny. How stupid I am, that's a joke for them. Seronokkah gelakkan kebodohan aku di suatu masa dahulu ? Not funny. Not this kind of thing. I'm not cool about it.

Aku tahu aku buat banyak silap. Tapi tak perlu asyik ungkit dan dijadikan bahan. eh, tahu tak aku dah cukup menyesal dengan benda yang jadi dulu. boleh tak let it go. Let it go, please.. If you are really my friends, or my bestfriends, PLEASE JUST LET IT GO. i say please.. didn't I?

Harap ini kali pertama dan terakhir aku perlu cakap macam ni.

p/s sorry berturut-turut entry asyik nak emosi je. janji lepas ni entry gembira pula ye :)


Saturday, January 29, 2011

Cimbclicks VS RHB Reflex

aaaaaa.. nak emosi lagi boleh tak ? :D

aku tengah geram dengan RHB internet banking ni. selama bertahun-tahun aku pengguna setia CimbClicks.. takde pulak lagi rasa geram macam ni. baru sehari jadi pengguna RHB, dah macam-macam complaint aku nak failkan ni taw !!!

sebab aku guna RHB sekarang adalah payroll masuk ke situ. jadi satu kerja lah pulak kan kalau tegar sangat nak transfer duit ke CIMB semata-mata nak guna CimbClicks. jadi semalam aku cuba nak bayar bil telefon aku secara atas talian. macam yang selama ni aku dok buat tu lah.

dah lah nak sign up dia tu leceh. macam-macam nak kena isi. lepas tu, dah gembira dapat register, cepat-cepat lah klik Bill Pay tu. sebabnya line telephone aku ni dah kena barred. rasakan sapa suruh tak bayar bil :p so menggelupur lah gaji dah masuk ni, nak bayar bil. nak telefon emak, nak telefon tunang, nak reply msg adik sebab asyik kena perli telefon je mahal (e71 je pun), tapi asyik lah kena barred saja :p

ok, siap set Fav Bill lagi dalam tu. dah segala no akaun, no telefon etc yang dia mintak aku isi. tinggal nak tekan submit je. pastu bila tekan submit, keluar pulak kata aku tak register no telefon aku lagi untuk diorang hantar authorization code. hampeh la weh. lembap la gini. kalau boleh register kat ATM kan senang. walaupun macam susah kau nak pergi ATM tu ke, tapi lepas tu terusssss je boleh guna.

yang ni pulak aku dah call registerkan no telefon aku, kena tunggu 24 jam la pulak. adeh. aku ni dah la nak cepat bayar bil. aku nak cepat ok.

tapi takpelah. bersabar lah lagi. hari ni selang setengah jam aku check RHB online tu dah boleh ke nak bayar bil ni, dah boleh ke.. sampai pukul 2 petang masih tak boleh lagi. haih, panas pulak rasa hati. mana tak menambahkan panas, tunggu Iim tu call tak call-call. aku nak call dia pulak tak dapat sebab masih kena sekat.

lastly, aku pun telefon lah RHB care centre tu. mintak tolong dia checkkan registration status aku. bila boleh aku nak bayar bil ni. pastu dia cakap, Cik Izza nak guna cepat ke ? nanti saya mintak diorang aktifkan sekarang. ehhhhh, boleh pulak dan-dan ni aktifkan terus. tapi takpe, terima kasih lah untuk customer care yang baik hati tu. sebab 5 minit lepas tu terus OK. boleh bayar bil dah.

then malam ni aku check bil telefon aku. aik, apasal payment aku petang tadi tak masuk lagi pun. aku bayar betul ke. salah ke. kenapa payment tu tak updated ? ok, call orang celcom pulak. pung pang pung pang tanya why why why. I dah buat payment tapi kenapa tak clear lagi. dia tanya bayar guna apa. aku pun cakaplah RHB online. pastu nak taw dia cakap apa, Kalau bayar guna RHB online, memang lambat sikit cik. ambil masa lebih kurang 3 HARI BEKERJA untuk clear. Kau boleh gituuuuuuuu ?? Eee. aku ni nak menyenangkan kerja. apasal la bila guna RHB ni aku rasa lagi susah.

moral of the story, aku nak cakap jugak. apa-apa pun tetap sangat suka CimbClicks. sekarang buat payment, lepas tu terusss je update. interface dia pun user-friendly. walau apa pun, ini semua pandangan dari mata aku. mungkin dari mata korang, lain pulak kisahnya kan :)

ok. sekian sesi bebelan.


Friday, January 28, 2011

On the way pun sempat lagi..

sekarang ni pagi-pagi dah rajin breakfast dah. paling kurang pun nescafe secawan. eh, nescafe ni memang sejak dari zaman dulu lagi pun menjadi amalan. haha.

hari tu pergi carrefour ada beli daging yang slice tu kan. yang ala-ala kat Subway tu slice dia. tapi kat carrefour tu murah je. 100gm dalam rm2-rm3. so belilah..

dan pagi ni bawak la bekal ke office. rancangnya sampai office nanti, bancuh nescafe.. kira pakej habis lah tu, roti sandwich + nescafe panas. nyums !

alih-alih.. nyempat ko. dalam kereta on the way g tempat kerja aku dah bedal. pedulik ! :p nak-nak pulak jalan jammed kan, sejemput-sejemput je jalannya. memang eloklah sangat kalau kita cari aktiviti berfaedah lain sebelum aku mengamuk macam hari tu :p

eh, semalam kan yang pasal raptai tu kan. gigih aku google malam tadi sebab taknak lewat lagi. rupanya 27hb hari tu raptai penuh. habis semua jalan tutup. tension. memang patutlah jammed sampai begitu sekali rupa dia

oh dan esok dia tutup jalan lagi kan? ke ada aku baca esok sambutannya ? eh entahlah. nanti aku google dulu :p



Thursday, January 27, 2011

Memang macam ni ke ?

habis office hour semalam, singgah carrefour jap. ingat nak restock barang dapur (read : maggi kari, telur, roti gardenia + hotdog) hehe. orang bujang punya stock makanan :p sejak dah keja ni pemalas dah nak masak berat-berat. housemate aku tu je yang rajin memasak sekarang, dah la rajin masak pastu paksa I makan pulak. haha. tak suka taw :p

lepas tu kan biasalah kalau dah nama pergi shopping groceries tu, mestilah ada terbeli benda di luar list kan. dah jalan-jalan tu ternampak la pulak benda ni.
oh I like ! popiah kecik-kecik ni memang sangat suka. adik aku si mirah tu pandai buat tapi bila masa nak suh dia buatnya kan. jadi, kot dah teringin nak makan tu.. beli je lah yang frozen ni. tak check la pulak harganya masa tu. aku memang, kot dah suka tu amik je..

sekali kau, masa bayar tu. RM 25.65 ! terkejut aku di tempat kejadian. sampaikan adik cashier tu pun terlepas, "mahalnya" mesti beliau pun seperti aku tak sangka benda alah ni mahal eh rupanya ? eh eh ? gitu eh rupanya ? ingatkan dalam RM 15 gitu je. tapi bak kata emak, dah teringin tu beli je laaaaa..


mari layan emosi beramai-ramai

helo semua~ dah lunch ?aku baru lepas lunch.

nak meluahkan perasaan emo jap ni, boleh tak? *kedip-kedip mata :p

hari ni adalah hari sangat kelam kabut. I reached office 45 minutes late !!!!!!!

semua ni salah rehearsal hari wilayah tu lah. aaa.. tak suka. tension gila tahu tak dalam kereta pagi tadi. kaki pun dah naik sakit. maklumla, bawak kereta manual.

selamba je eh tutup jalan dataran merdeka. masa lalu tepi masjid negara tu, heiiiii rasa panas hati jeeeeeeeeeeeee nampak diorang ni buat raptai. dengan baju uniform lah apa jadah semua.

agak-agak esok ada lagi x rehearsal ni ? sapa ada info meh la share. taknak lambat lagi esok :(

spoiltkan mood taw pepagi. rasa macam orang tak betul je dok menjerit marah-marah dalam kereta. hahahahaha. psiko betul ini perempuan :p

dan sangatlah panas hati dengan motor ye. dah tahu jalan sempit, kereta nak tukar lane, boleh kasi lalu tak ? bukan taknak beralah dengan motor, tapi kalau dah 20 minit motor non stop lalu tengah-tengah lane tu, boleh consider sikit tak bagi kereta ni lalu dulu? boleh takkkk ???? ini tak, dari jauh lagi dah tett tett tettt tekan hon. meh sini aku honkan sikit kepala enko tu.

pagi tadi kan hilang pertimbangan sekejap. hahaha. okay, situasi macam ni. lane dari tiga nak jadi dua.. mengecik. so kereta aku di lane tengah. tersepit tak dapat nak masuk ke kiri ataupun kanan, kena tunggu sapa-sapa yang baik bagi jalan.. so berenti la kejap kat tengah tu kan. tengah cari jalan nak himpit. pastu ada mamat motor bangang mana tah kat belakang tu, dia marah sebab dia kena berhenti. hoi, aku tahu la ko bawak motor boleh selit sana sini. tapi nampak tak yang kereta aku ni takde ruang nak mencelah. ingat suka-suka je aku berhenti kat situ. lagipun dah nama pun traffic jammed. boleh sabar sikit tak ? ini tak, dok laa tettt tettt dia tu. aku bukak tingkap, bagi "bod*h" sedas kat dia. pastu pakcik kereta depan tengok je aku ikut rear mirror dia. mungkin sambil berbisik di dalam hati, "ini perempuan betul ke tidak." haha. like I care !

fuh~ lega. itu je kot nak emo kali ni. haha.

time kaseh la kekasih hati sebab sabar je dengan perempuan psiko ni. macam dia cakap semalam, bila call aku.. "boleh cakap dengan orang yang tersayang tak? walaupun perangai dia buruk" sambil gelak-gelak. BOLEH GITU WEH ?? BOLEH ???? tapi sebenarnya aku pun gelak sama :p oh, sekarang aku sangat tahu kenapa aku sangat sayangkan dia :)

p/s hihi. tak bleh blah kan. emo-emo pastu tetibe nak sweet pulak :p bye.


Tuesday, January 25, 2011

9 Deadly Words Used By A Woman


found this on the net. and found it veryyyyy true and interesting.

jadi mahu share. benda ni adalah sebijik kena batang hidungku. hahaha. now syg, you know why especially no #8 is my fav word. haha


Monday, January 24, 2011

bukit cahaya shah alam


helo~ helo. actually cik abang saya tu bawak saya pergi taman pertanian bukit cahaya, shah alam. hehe.
cik abang a.k.a en tunanghappy~happy~ happy and all excited. hehe. maklonglah, orang first time nak pegi ni ha.

tiket masuk rm3 je. mula-mula nak naik basikal tapi punya la ramai berbaris. siap kena amik nombor segala. pastu aku ajak Iim jalan je lah. ceyy, jalan tu weh. tahu tak berapa jarak berjalan kaki dalam tu ? adalah dalam 8 km.

so, mari kita mulakan perjalanan.aku rasa tak sampai 300 m lagi dah berenti. haha. baru nak panaskan enjin.haha. ini gaya nak jalan 8km ? baru jalan sikit dah benti, gluk gluk gluk teguk air.hai awak di sana. sorang je ke ?sebab saya pun sorang, jom dating :p

dalam taman ni, macam mana korang boleh tengok dalam map kat entry bawah ni.. lebih kurang ada berapa tu ek perhentian. 20 ? eh, aku hentam sajalah. malas nak check balik :p so banyaklah tempat yang kitorang berhenti tengok. antaranya dalam gambar di atas ni, dekat dalam taman haiwan. tak berapa nak haiwan sangat kot. banyak jenis-jenis burung je.

pastu, ada macam pondok-pondok. boleh bermalam tak silap aku. sebab nampak orang angkut tilam segala keluar dari rumah tu.
tumpang main buai :porang kesayangan. eee, control macho la sayang ni. hihi.

oh ye, aku rasa main attraction di sini adalah rumah iklim empat musim.sejukkkkkk dalam tu. siap ada orang bawak winter jacket lagi. haha. padahal duk dalam tu berapa minit je :p bila cakap keluar wap dari mulut. hehe. tapi bukan boleh main salji pung. harapkan masuk jalan-jalan amik gambar rasa kesejukan tu je. okaylah. for rm3 kan.semangat pegi beli tiket nak masuk rumah empat musim ni. padahal dia tak check pun tiket tu :p kira kalau tak beli pun takpe kot.

seronok weh dating tempat gini rupanya dari asyik pergi shopping complex je.
best~ best~ best. tak best sebab menyerahkan kulit muka untuk dihitamkan oleh matahari T__________________T

******
semalam sempat lepak-lepak dekat taman tu, bawak keluar segala pamphlet yang kutip kat karnival pengantin ritu. discuss itu ini :) alhamdulillah rasanya setakat ni semua masih di bawah kawalan. untuk majlis kitorang nanti, persiapan memang lah sikit je baru buat. tapi yang penting, kena ada planning kan :D
*******

korang agak-agak kitorang habiskan tak 8km tu? oi, memang tak lahhhhhhh. baru tiga jam berjalan dah letih. nak patah balik pun tak larat dah. naik shuttle je sudahnya. hahahaha.muka dua orang budak tengah tunggu bas nak balik ke pintu utama :p

rasa kena pegi lagi ni. sebab tak abis ronda. hehe

p/s nyna, kenal tak baju tu ? hahaha.


hello monday !

salam semua~ hye !

amboi, ceria semacam pulak di pagi Isnin ni kan. hehe. puas rest tak weekend ni ? aku ? of courselah tak puas kan. dapat rest dari kerja cuma 1 setengah hari je. almaklumlah sekarang sabtu dah kerja T_T

anyway, I spent my weekend nicely with my beloved fiance.
di sini !!! recognize the map ?more stories coming soon


Saturday, January 22, 2011

Cerita baju nikah lagi.

masih berkisar tentang baju nikah aku. baju dah hantar tailor, design belum finalize.. so sepanjang petang ni masa dihabiskan dengan menanya encik google dan juga baca blog B2B. hihi. seronoknya baca blog diorang, dapat idea jugak ;p

tapi sekarang nak tanya pendapat. aku masih confuse lah dengan design baju nikah ni. konon nak "less is more" tapi taknak lah simple sangat. hari tu cakap ngan tailor tu, buat kurung moden zip belakang, maybe nak jahit butang berderet kat belakang tu. lepas tu kain pulak buat kipas.

actually aku teringin nak buat tangan style kembang-kembang tu. apa ye nama dia ? bell ? tapi kak sal kata nanti nampak kosong sangat, manik-manik tu cuma ada kat kaki baju je lah. hmm.. so last time bagitaw kak sal, buat tangan kembang je lah. tapi sekarang sudah confuse !!

nampak tuu? tangan gitu comel sangat kan. aku siap mimpi-mimpi buat baju nikah tangan begitu lepas tu nak letak riben kat pergelangan dia. haha. mesti korang x dapat bayangkan apa aku cakap ni. aku pun tataw sama ada boleh terbayang ke tidak. haha. imaginasi terlampau.

lepas tu kain pulak actually nak buat jenis potong tu. yg ketat sampai lutut pastu ke bawah kembang. tapiii kanggg aku takut susah pulak nak bersimpuh masa akad kang. how how how ? apakah semua imaginasi aku cam takleh buat ni :( tu yang back to basic sudahnya. tapi aku masih memikir lah ni, rasanya nak jumpa kak sal tu lagi sekali before dia start jahit baju aku lepas CNY. nak consult lagi sekali.

ni, nak yang kembang gini pleaseeeee..

oh, lagi satu jenis kain yang aku minat, style kain tingkat-tingkat tu. alahai, comelnya. ishhh, dilema betul ! kejap kata nak simple, boleh pakai lagi masa raya aji ke. hehe. kejap lagik karang nak buat design pelik-pelik sampai rasa segan pulak nak pakai lepas tu. howwwwww !! aisey, baru part baju nikah dah confuse sakan. matiklah Iim nak melayan karenah aku bila dah masuk bab-bab lain ni kang..

chop~ satu lagi nota tambahan kot-kot lah dapat membantu korang bagi pendapat (kalau ada yang nak share lah :p), kain aku ni jenis beaded chiffon.. kain pulak chiffon kosong. lining dengan satin. kaler putih. entahlah kena ke tidak dengan kulit. haiyah ! hari tu tak terpikir pulak diri tak berapa nak cerah. sekarang kena redhaaa :p harap-harap saya dan putih akan ngam nanti !


Thursday, January 20, 2011

B2B : Baju Nikah

Salam semua~ hari ni.. kitorang dah mula buat first preparation untuk majlis nanti. hihi. takdelah bff aku tu risau lagi tengok aku ni apa benda pun tak buat lagi. rileks la babe, lambat lagik ;p

anyway, hari ni pergi Sg Ramal Dalam hantar baju nikah. tailor ayein dulu. aku senang je, malas nak survey-survey sangat, mana orang dah rekemen, memang itu aku pergi terus. pergi discuss nak macam mana semua. so far, semuanya macam okay. akak tu kata lepas Chinese New Year baru akan start jahit baju aku, so kalau ada apa-apa perubahan dalam design, bagitahu dalam tempoh tu lah.

aku hantar awal ni bukan sebab apa, aku tak banyak masa. so mana masa yang ada ni ha, baik lah dibuat dulu apa yang boleh kan.

happynya sekarang, dekat tempah baju nikah.. dah boleh tick DONE !!




Tuesday, January 18, 2011

selera pak arab la pulak !

sejak kebelakangan ni, makin menjadi-jadi pulak selera arab aku ni. what happenned to me ?? sikit-sikit nak cari nasi beriyani. nyum ! sedap.

minggu sudah dah try nasi beriyani kat restoran arab zam zam di shah alam. tapi tak la memuaskan hati sangat. lepas tu tengok ceera kata nasi beriyani kat restoran tajine sedap, maka jomlah kita try :p oh ye, Iim suka marah aku taw. dia suka cakap aku senang terpengaruh dengan makanan di blog. hehe. sapa suruh korang letak makanan best-best lepas tu bagitaw pulak tu dekat mana :p
restoran tajine di jalan bukit bintang, betul-betul depan lot 10 tu ha. banyak restoran timur tengah kat situ. siapa yang rasa selera lebih kurang aku ni, boleh la pergi cuba. hehe.lamb chop. tak tahu benda putih tu apa tapi sedap dicicah. dorang punya lamb chop takde gravy ke apa, boleh masuk lagi lah. tapi aku still prefer the normal one. yang black pepper sauce dia melimpah-limpah tu. hehe.

lagi satu kan, kitorang ni konon nak try coffee and tea arab kan. sekali hambek ko, takleh masuk langsung tekak masing-masing. cit. dah lah mahal, satu cawan cinonet tu rm 4, pastu takleh minum lak tu. lain kali amik yang biasa-biasa sudah. beriyani kambing. nyum~ banyak gilos. uish, kitorang kena kurangkan makan kambing lah. kolestrol tinggi kan.



Monday, January 17, 2011

main air sampai kecut jari

selepas melalui satu hari sabtu yang penat, ingatkan dah malas nak keluar hari ahad tu. tapi mana boleh tahan seminggu takde tengok muka encik tunang kan :p

lagipun dah 2-3 hari lepas beliau dah cakap minggu ni mahu membawa saya bermain air. weeeeeeehuuuuuuu !!!

kami ke desa waterpark. tyg, tangan kamu nampak gagah semacam lah. ini kalau kena lempang, mau koma seminggu. hehe. jangan marah.. jangan marahhhh, nanti kena jual :prm 20/pax je desa waterpark ni. murah kan. permainan dia pun boleh tahan seronok. alaaaa, yang penting berseronok dengan yang tersayang, mana-mana pun mesti suka kan :p

tapi kalau pergi mana-mana waterpark pun, permainan yang aku akan cari adalah tube slides. hoih, ini sangat kegemaran ok. rela panjat berulang-ulang kali. hehe. sedaplah kali ni kan ada orang usung pelampung. agagaga.

lepas tu, bila time shock wave pulak.. beramai-ramai memenuhkan kolam ombak tu. punya lah payah nak naik pelampung 8 tu berdua. sampai akhirnya ada sekali masa en tunang cuba naik, pelampung terbalik dan aku telah tertelan klorin yang banyak sampai tekak rasa pahit. terus rasa potong, goodbye ombak. klorinmu menyakitkan tekakku. kuasa aku nak main lagi. haha.

tunang yang tersayang ni kan, ada bakat jadi pak lawak tahu tak. tinggal aku larat nak layan lawak dia atau tak je. haha.hye, saya orang 8 !!

mana taknya aku nak terguling-guling gelak masa tengah mengah memanjat tangga tiga tingkat untuk ke tube slides tu. hahahaha. sayang, sayanggg..

(excuse my cakar ayam lukisan tu. hehe)ni dia orang 8 yang bengang banyak kali snap gambar dia semua tak menjadi. hahaha. sorrylah syg oi, I takde photography skill ;p



Sunday, January 16, 2011

catatan harian di hari sabtu

phew~ sabtu yang sungguh penat. tapi sangat gembira. dah lama tak berjalan-jalan tengok barang, pegang-pegang lepas tu tak beli. hehehe. window shopping nama dia :p biasanya hanya boleh dilakukan bersama bff sahaja

kali ni dah sepakat taknak pergi wangsa walk lagi. sebab dah bosan asyik-asyik ke sana je. jadi, hari ni lokasi cuci mata adalah di mutiara damansara, the curve, ikea, e-curve dan yang seangkatan dengannya. hihi. berbaloi oh, ramai jejaka handsome. terjumpa jehan miskin lagi
ahaha. *tumpang lalu sayangggggg

btw, merasa tadi first time makan kat warong penyet tu. ayam dia memang crispy terbaik lah. tapi sambal macam tak mantap sangat. pada pandangan aku lah. air soda gembira pulak memang terbaikkkcredit to www.weatethis.com

selepas perut dah kenyang, kitorang pergi menonton wayang. the tourist. cerita best, tapi awal-awal tu macam lembap sikit. sampai tertidur-tidur si zatil tu. tah brape kali aku cuit dia suruh bangun. tapi ko tu, dari zaman sekolah dah hobi tidur gitu, memang tak dapat tolong dah weh :p kesimpulannya, aku rasa cerita the tourist ni menarik, cuma awal-awal dia lembap sikit plot ceritanya. sapa belum menonton, boleh la pergi :D

aktiviti bila dah kenyang pulak, memusing dekat Ikea. zatil nak cari barang untuk rumah sewa dia nanti.. ingatkan nak makan meatball dekat Ikea jugak. dasar perut besar. hihihi. tapi orang terlampau ramai, tak kuasa nak beratur dan tolong menyesakkan keadaan lagi.

dah habis shopping segala, kitorang pun pergi minum mengopi sambil bergossip kat coffee beans. aku rasa lama gila kat situ, sedar-sedar dah 9.30 malam !! haha. ha, tengah sedap bergossip, datang salesman, menjual perfume. AND WE BOUGHT IT ! aku rasa kitorang ni memang easy buyer lah. haha. but anyway girl, it worth it. perfume tu masih melekat baunya sehingga ke pagi ni. tettttt, tidur tak mandi ka malam tadi ??? hahahaha. kitorang beli perfume ralph lauren rocks. oh, the salesman is from eraman.


dan dengan itu habislah aktiviti aku untuk hari sabtu. sekian. penat giloss :p

anyway, ini macam hang out yang terakhir sebelum my girl melaporkan diri di tempat barunya. yes, zatil already got a job now. KPT dah sediakan tempat untuk semua students diorang. err, semua tu I tak sure. tapi for zatil, yes.. she's a lecturer now ! hehe. so, all the best girl !!


Friday, January 14, 2011

mental problem

tadi aku keluar lunch dengan manager aku, Jinny nama dia :D kitorang pergi lunch dekat Murni's cafe. alaaa, yang kat Ss2 tu, tapi ni cawangan baru dia, bebetul depan office kitorang ni ha..

kat situ ada ala carte dengan nasi campur jugak. so, kitorang duduk kat open area sbb Jinny ni biasa smoke lepas makan. kalau smoker tu kan biasa lepas makan mesti nak berasap dulu, kalau tak perut rasa sebu kan. ceyyy, cakap macamkan aku yang smoking plak :p

aku makan nasi campur, Jinny plak nak makan ala carte. so masa aku tengah amik-amik lauk tu, dia tengah tengok menu. elok aku sudah, nak pegi kat dia. tengok ada sorang laki nigeria tengah approached dia. pastu tunjuk nasi campur aku, tanya pulak dah dalam menu ni.. ini yang mana satu. aku pelik je, dari mana jantan ni datang ni. tibe-tibe je muncul kannn.

he kept on asking this and that sampaikan Jinny nak browse through the menu pun susah. obviously both of us feel uncomfortable tapi Nigerian ni memang tak ada malu betul.

Lepas tu tanya kitorang ni beragama tak. aku ni malay ke, muslim ke. Kau buta ke pakcik oi, nampak tak aku pakai tudung ni.. grrr ! Lagi tanya dah kawen ke belum. Cecepat aku jawab, both of us are married. walaupun saya ni bakal je, belum kahwin lagi. hehehe :p pastu tanya boleh cakap english tak. sumpah aku tak paham motif pak itam ni

the next situation is like this..

The Nigerian guy kept on bla bla blaaaaa while pointing finger at the menu

Jinny : Can I just passed this page ? (hoping that he will said, nah.. it's ok. I'll just go)

MALANGNYA TIDAK

Nigerian : Ya, it's ok.. i can just look at the next page

Aku tengok Jinny, Jinny tengok aku. blank.

Lepas tu, Jinny just said ; Okay, you can take this menu. I'll ask for the new one.(sambil angkat tangan panggil waiter)

Tibe-tibe je Nigerian tu tarik kerusi duduk semeja dengan kitorang. Apa akallah engkau ni. So what we did, we called the owner and ask him to ask the Nigerian to go away. but then he suggested us to change the table.

dah kitorang bertukar meja, duduk dalam kedai.. 2-3 minit lepas tu si Nigerian yang keseorangan kat meja tadi just go. Apa masalah dia sebenarnya kan.

tapi yang sebenarnya situasi ini adalah menakutkan.. err

Wednesday, January 12, 2011

Astro B.yond PVR

mana-mana rumah zaman sekarang rata-rata mesti ada subscribe Astro kan ? kadang-kadang tu sampai sanggup tak keluar rumah sebab nak tengok cerita. hehe. padahal sebenarnya kat Astro tu berlambak cerita asyik duk ulang ulang ulang ulang dan ulang kan. kalau aku lah, CSI tu memang dah hapal sangat jalan cerita dia. hehe. kadang-kadang tu nak tengok top chef, dalam masa yang sama nak tengok jugak CSI. dilema okay.

sekarang tidak lagi !! :p

Dengan adanya Astro B.yond Personal Video Recorder (PVR), korang dah boleh rekod dan tonton semula semua aksi kegemaran diorang ! alaaa.. yang iklan kat tv tunjuk orang takde kepala tu sebab kepala dah ganti dengan buttons. ahahaha. best tak ? haaa, mestilah best kan. tak payah la nak tangguhkan aktiviti semata-mata sebab nak tunggu cerita habis :p

khas untuk orang-orang macam kita (read : blogger), yang mendaftar dengan Nuffnang (read : Nuffnangers), Astro ada buat contest eksklusif memang untuk kita para Nuffnang Blogger je. orang lain TAK BOLEH ! :p

dengan join contest ni, korang berpeluang mendapat set Astro B.yond PVR ni, 1 year FREE subscription, dan pulak tu dapat bercuti ke Sutera Harbour, Kota Kinabalu selama 3 hari 2 malam !!!!

okay, okay.. banyak sangat explainnya. apa kata bagitaw je macam mana nak masuk contest tu kan :p

step 1.
CLICK HERE

step 2.
drop a comment on the blog post and answer this question ; “How Would Having Astro PVR Change Your Life?”

step 3.
praying hard that your answer is the most creative one. hehe.

10 pengomen terbaik akan menerima langganan Astro B.yond PVR secara percuma selama setahun dan dah tentu didatangkan bersama set PVR ni jugak.

dan dari 10 pemenang tu pulak, akan ada seorang pemenang dengan jawapan yang paling kreatif akan menerima grand prize dia, 3D 2N di Sutera Harbour, KK !

nak cuba nasib ?

meh meh click sini


Tuesday, January 11, 2011

pagi-pagi senyum, petang-petang masam

semenjak bertukar kerja dan office ni, aku dah semacam berubah sikit. dulu masuk ngam-ngam ataupun lambat :p tapi ganti balik ek, kalau masuk lambat, balik of course lambat jugak.

tapi sekarang, terpaling awal sampai kat office. syabas Izza oi, ada jugak perubahan positif di permulaan 2011 ni. tapi kata encik tunang, awal-awal memang la gitu. cit, tak menyokong langsung kan. bluwek ! aku sampai awal bukan sebab apa, sebab on the way nak pergi ni jammed, so baik gerak awal dari tersangkut dalam jammed sampai berjam-jam kan.ceria di pagi hari. sementara tunggu orang lain sampai (sebab takde kunci office), camwhore dulu. wah, lama gila tak sebut perkataan camwhore ni. sebab macam dah agak pencen jadi camwhore kot. uish, teruja sampai nak sebut banyak-banyak kali pulak satu perenggan T_T

soalan cepumas ; muka makin bulat atau ada kecik sikit ? (tanya soalan yang mengharapkan orang cakap muka dia dah kecik sikit. pigidaaaaa :p)

yang tu, MUNGKIN nampak kecik sikit kot. MUNGKIN ek. MUNGKIN. sebab dari sisi. sekali cuba ambil dari depan,BULAT JUGAK. redha T_T gadis ini perasan je ambil gambar sendiri, senyum sorang-sorang. haha. lantakkk.

ceria je kan di pagi hari, mood sangat cantik juga sebab tidur awal, bangun rasa fresh gitu. awal tak awal la, kul 10.30 dah masuk tidur. rasa macam balik ke zaman kanak-kanak. haha.

tapi, ada je lah benda nak merosakkan satu hari yang cantik ni. nasib baik lah taw pun bila dah petang, time nak balik.tak tahu tu apa ?

itu surat saman parking DBKL. hahahahampehhhhh betul penguatkuasa ni. dorang cakap kereta staff parking tak payah topup syiling, sekali je cukup. alih-alih kena saman gak. kot sikit takpe. RM 100. sejak bila saman parking jadi mahal nak mampus ni ha ?

tapi lantakkk situ. tak boleh pegi derr (gaya cheryl samad :p)



Monday, January 10, 2011

2 years

salam, helo~ helo.. miss me ? hehe. takde cerita nak diupdate lah. nanti asyik-asyik cerita pasal office baru, korang boring pulak nanti :p

esok, 11hb Jan 2011. wah, nombor cantik jugak ni. 11012011. genap dua tahun bercinta dengan tunang tersayang. auw, geli la cakap cinta-cinta ni. malu :">

dah bercinta selama 2 tahun, bertunang selama 3 bulan 9 hari. dan menghitung hari nak hidup bersama pulak. eceh, sumpah aku geli lah dengan ayat-ayat aku ni. rasa nak sepak je. haha. yang menghitung hari tu macam melebih-lebih je. ada lagi lebih kurang 8 bulan, insya Allah

syg, thanx a lot for everything. thanx for this 2 years. walaupun selalu je bercakar bergaduh bertekak kan, hehe. Iim cakap itu hobi aku, cari pasal dengan dia :p tapi as long as we can make each other smiling and laughing, that's fine kan syg.. kan ??? (berani lah nak geleng-geleng cakap bukan :p tanak kawan nanti !!)

hihi, dah la. malas la cakap lebih-lebih kat sini. kita sambung di talian ye syg. hehe.
selamat ulangtahun percintaan (err..) yang kedua !!

love you always

Wednesday, January 5, 2011

ada potensi nak kurus ni :p

balik kampung hari tu, sepupu ajak pergi jalan-jalan ambil angin kat empangan dekat dengan rumah diorang. cantik taw kawasan tu, kalau ambil outdoor photoshoot mesti cantik :Daku pulak asal jumpa sungai. jumpa batu leper. kerjanya nak baling batu dalam air, kira berapa lompatan boleh buat. hihi. eh. paham tak ? korang kecik-kecik ada tak main baling-baling batu ni ? sampai lenguh kot tangan, lama tak membaling kot :pbeloved cousin and sisters ini saya dua minggu yang lalu. rasa-rasanya sekarang dah susut sikit kot *praying hard. hahaha

baru tiga hari kerja ada hati nak cakap badan dah susut :p tapi sriously penatttt amat aku rasa. paling penat taw tak part bila ? masa nak pergi lunch dan masa balik dari lunch. gilo kan. patutnya nak pergi makan tu semangat la kan, balik pun perut kenyang haruslah lebih bersemangat. tapi penat sampai berpeluh-peluh.

kitorang selalu lunch dekat carrefour kepong tu. jalan dari ofis tu takdelah jauh sangat pun. tapi letih sebab bos aku tu jalan laju yang amat, pastu lumba lari pulak siapa lambat kena belanja. haha. kelakar kan. tapi dia cakap je tu, walaupun aku jugak yang lambat, tetap dia jugak kena bayar :p

kebetulan pulak hari ni, aku pakai high heels. bapakla terseksa nak kejar langkah laju diorang tu. apekehe korean jalan laju sangat ni. balik je dari lunch, terus pergi amik sandal dalam kereta. pengajaran untuk hari ni ; pergi kerja tak payah pakai high heels. haha :p

nanti lepas lebih kurang sebulan dua kerja sini, mari nantikan adakah aku akan berjaya menguruskan badan ataupun tidak. haha.

p/s bercampur aduk pulak entry ni :p

Tuesday, January 4, 2011

salam semua. hari ni hari kedua kat ofis baru. belum sempat lagi nak share cerita kan. hihi. macamkan ada orang nak dengar cerita kau Izza oi ;p biarlah saya. bluwek !

Kat ofis belum cukup busy lagi. tapi rasa persekitaran sangat ok. colleagues very nice. flexible. yang best, ada bilik sendiri. hehe. bos dengan manager aku Korean. friendly betul diorang ni taw. basically everything about the new things sangat okay, kecuali pergi balik kerja memakan masa lebih kurang sejam campur jammed. hampeh ok. rasakan pergi kerja kena tempuh jammed.

Company tempat aku kerja sekarang ni jual produk kesihatan. with free trials taw. unlimited. kalau nak datang hari-hari pun boleh. kalau nak taw lebih, boleh pergi website dia

www.ceragem.net.my

:D


Monday, January 3, 2011

sweet like chocolate

eh. ini bukan sweet like chocolate lagi. ini memang coklat la !! :p
homemade chocolate lagi taw tak :pthanx Ena for the guidance. hehe. tapi tak jumpa la brand chocolate macam yang Ena recommend tu. so hentam je la labu. nasib baik sedap jugak brand yang lain tu :D

ni kerja gigih nyna dengan kakngah la ni. aku tengok-tengok jadi mandur je. hahahaha. diorang maha gigih okay. siap balut seketul-ketul, semangat dah mengalahkan prepare hantaran je. weh, esok-esok aku kawen semangat macam tu takde, siap korang ! haha.



Sunday, January 2, 2011

tahun baru, semua pun nak baru

hye ! saya dah berada di KL semula ni. seminggu bercuti di kampung rasa tak puas weh. tapi kalau ikutkan puas, memang taknak kerja langsung pun ek. duduk je rumahhhhh tu. hihi.

so, dah masuk tahun baru. esok pun akan mulakan kerja baru. dapat kawan baru. dapat housemate baru. hmm, rutin hidup akan berubah secara sedikit lepas ni. hopefully everything will be fine. amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...