Meleleh air mata :(.
Padahal semalam dah balik rumah, tidur rumah lagi.. Hmm :(
Pagi tadi ayah tolong servis kereta aku.. Pergi cuci radiator. Sebab temperature asyik naik je kalau drive jauh jauh.
Lepas tu, dapat je balik kereta kat aku. Minyak full, siap ada bekal air mineral lagi dalam kereta tu. Ayah dah beli siap siap untuk aku :(. Duit tol semua dah letak siap dalam kereta. Aku dapat kereta tinggal nak jalan je..
Apsal tah touching gila aku malam ni. :(
Bila lah time aku pulak nak bagi duit kat mak ayah aku yer :'(

Dah, nak layan perasaan sentimental sorang sorang bawah selimut sambil peluk Opai.
Goodnite sweethearts!
p/s : Untuk lebih feeling, entry ini boleh dibaca selepas anda menonton PapaDom :)