Hahaha.. Tajuk tak menahan ek ;p
Khamis petang aku hang out dengan kakak kesayangan. Sanggup beliau half day demi adik yang comel ni. Walaupun dia curang pergi buat status in a relationship dengan adik tiri aku.. Cis~ Ops~ Tercerita hal peribadi rumah tangga pulak kat belog ni. Te he he
Ajak kakak pergi Mines. Sebab adik yang comel ni nak pergi urut. Gatal sungguh kan? Takpelah, bukan aku pergi hari hari pun. Boleh kira setahun berapa kali pergi taw.. Pergi satu kedai urut (kedai urut??) kat Mines ni. Bukan Thai Odyssey.. Satu lagi yang dekat dengan London Weight Management tu. Urut kaki, leher, blakang.. pendek kata satu badan la.. Costs me RM55. Sebab aku suka je, jadi sekali sekala takdelah kisah nak keluarkan duit untuk pergi massage ni.

Masa ni tengah basuh kaki sebelum dia start massage. Sedap gila okay. Rasa macam nak lagi dan lagi dan lagi. Hi hi

Okaylah, tak payah teka teka. Macam dah boleh agak je kat mana kan. Kat salun ni. Zue dah bosan tunggu aku diurut (diuruttt??), dia pergi salun depan massage centre tu, dia pergi cuci rambut ;D
Lepas tu, kitorang pergi makan sambil gosip gosip. Tiap kali jumpa, tu lah agendanya ;p
Pastu, Zue ajak pergi snap snap gambar kat luar Mines tu.. Baru je nak snap, kekasih saya dah call bagitaw dah sampai Mines. Beliau nak belanja saya shopping~ Hip hip hoorayy!! ;D ;D ;D Time kaseh sayang, love you so much :)

