Saturday, November 14, 2015

2D1N in Malacca

Assalamualaikum

Aduhai, lamanya tak tulis blog. Rasa rugi pulak tak coretkan event event penting dalam hidup untuk kenangan kemudian hari. Yelah kita ni makin tua makin pelupa haha sekarang pun bila baca balik entry lama rasa macam eh eh haah lah aku pernah buat itu, aku pernah pergi situ, aku pernah pergi sini. So old waman T____T

Beberapa minggu lepas husband tanya nak pergi jalan mana. Aku jawab, jom pergi Melaka ! Dan dan tulah baru nak cari hotel, nak tengok nak pergi mana dan malam lepas Maghrib hari Sabtu baru kitorang bergerak. Haha gigih tak gigihlah kan. Nak jugak jugak pergi tu. Dahlah otw tu ada kereta depan kitorang terbabas terpusing tengah highway tu. Cemas betul dibuatnya nasib tak apa apa. Kebetulan time tu pulak hujan lebat. Tapi syukurlah perjalanan kitorang selamat, alhamdulillah.

Sampai Melaka dalam pukul 10, terus cari kedai yong taufu sedap dekat belakang The Shore tu. Last time pergi dengan adik adik, sedap rasanya makan kedai Kak Lynn ni walaupun satu family bekeng belaka. Muka nak garang je cakap pun nak jerit jerit haha tapi agaknya orang Melaka memang gitu kot ? So abaikan je lagipun kitorang datang nak makan bukan nak cari gaduh :P Husband pun setuju yong taufu sini sedap dan boleh repeat lagi katanya.



Kitorang stay dekat Hotel King's Green. Booking dekat Agoda.com, murah je harganya lebih kurang RM160++ tapi berbaloi. Biliknya besar, tingkat 7 memang cantik malam malam sebab dia buat glass wall so malam cantik sangat nampak lampu lampu semua. Ada dua katil queen, TV, meja kerja, toilet pun best ada swimming pool dan harga tu campur buffet breakfast yang banyak selection lagi. Pendek kata, recommended hihi lagipun tengah tengah town dekat je nak ke mana mana.


Lupa nak bawak swimming suit dengan pelampung Kasih padahal niat asal berjalan ke Melaka kononnya nak bawak Kasih tidur hotel mandi kolam ahaha. Tapi it's OK, she's having a good time with her Papa. Mama cuma tengok dari tepi saja, biasalah dah jadi mak mak kan.

Lepas check out hari Ahad tu, husband nak makan asam pedas so kitorang ke Asam Pedas Hajah Mona. Rasa biasa biasa je di tekak kitorang pasal pernah makan asam pedas yang lagi best. Lepas tu cari tempat nak bawak Kasih berjalan, tanya dia nak kemana katanya nak bagi bird makan. So google taman burung Melaka, tengok ada. So jomla ke taman burung.



Mahal rasanya untuk 2 orang (sebab Kasih tak payah bayar) dan makanannya pun kena beli, dalam RM 50 jugakla untuk masuk sini tapi hasilnya mengecewakan. Tamannya kecik, burung pun tak best. Ada banyak ayam, merak, merpati dengan kakak tua je. Alahai, terbayangkan ada burung kecik comel macam dekat Farm in the City tu. Kecewanya lahai tapi kenangkan Kasih happy la jugak tengok Papa dia bagi burung kakak tua makan, takpelah kira halal je lah. Haha cuma no more next time. Macam ni, baik pergi zoo lagi berbaloi ataupun pergi Farm in the City je lah haha. Situ memang the best place to feed the animals ever !







Habiskan masa dekat sini tak sampai sejam pun. Keluar dalam pukul 3 macam tu, nak cari kuih keria famous tu. Tapi masa sampai tu dah habis, tak ada rezeki sungguh :( Sebenarnya kitorang dah tersilap plan, patutnya lepas makan tu pergi je terus area kuih keria sebab dia berdekatan dengan Asam Pedas Mona tu. Barulah pergi bird park sebab bird park dah dekat exit Ayer Keroh. Haha tak apalah kendian hari la jawabnya tu.

Lepas tu kitorang terus bergerak balik ke Shah Alam. Otw tu jammed pulak sebab ada lori rosak tapi JJCM diteruskan dengan singgah food court yang katanya famous dengan mi udang sedap tu. Alahai tak ingat namanya haha tapi kitorang rasa biasa biasa je. Not worth it. Makan food court pun dah habis dalam RM 50 boleh tahan juga harga makanan dekat food court Nilai tu. Tapi takpela, jangan tak merasa ek orang kata haha.

Tuesday, June 2, 2015

Bebola Ikan Tengiri

One of my favorite dish to prepare for Kasih. For myself and husband also, tapi kami punya version kena ada sampingan sambal hitam barulah ummpph !


Bekal untuk Kasih.

Resepi pernah share dah sebelum ni. Aku terpengaruh dengan Kak Di sebenarnya, lepas tu tengok Ann pun buat juga bebola ikan ni hasil terpengaruh blog Kak Di hehe *sep sepp*

Senang dan jimat masa :)

Tuesday, May 19, 2015

Nasi Ayam Karamel

Lately ni, dapur aku selalu berasap. Dah kurang aktiviti makan di kedai. Sejak kes terjumpa anak lipas di dalam straw minuman dekat kedai makan favourite kitorang tu memang rasa seriklah nak makan kat luar. Makan dekat rumah biarlah sambal telur aje pun dah cukup. Nasib husband aku memang tak cerewet, aku pun tak cerewet. Kasih pun sama, apa Mama masak semuanya hmmm sedapnya Mama masak heheh.

Tapi pilihan lauk nak masak di hari biasa kenalah bijak. Yang tak renyah sangat, yang sekejap aje boleh siap, yang boleh makan cepat, yang tak memenatkan badan sangat. Yelah, balik kerja pun dah pukul berapa kan. Average aku sampai rumah dalam 7 lebih. Balik terus ke dapur, keluarkan apa yang patut. Defrost, sediakan barang barang nak masak. Kalau Kasih nak susu, kenalah layan dia dulu. Kena layan dia main. Kalau boleh, aku nak elakkan entertain dia gunakan Youtube. Tapi kadang tak dapat nak elak, kerja rumah nak disiapkan cepat. Anak asyik nak melekap. Bagilah dia tengok Doraemon hehe pasang dekat TV :) Kadang kadang Kasih join Papa dia buat kerja. Papa sibuk buat kerja, dia pun sama datang bawak buku nak tampal tampal lah nak lukis lah. Kids grow fast, enjoy them. Kan ?

So, pilihan menu beberapa hari lepas.

Nasi Ayam Karamel


Simple sangat kan. Nasi ayam lengkap ke tidak (takde salad dan sup kan), janji menu seimbang. Ada lauk, ada sayur. OK cukup dah. Tapi lauk ni tak boleh nak jamu mak mertua la kot haha kalau nak jamu mak mertua tu kenalah complete dengan salad, timun, sos cicah, sos kicap dengan sup kannnnn.

Ni idea dari Na la ni, katanya senang sangat. Elok pairkan dengan nasi ayam sebab rasa manis manis tu. Senang dan cepat siap resepi ni. 

Awal sekali, aku rebus ayam dulu. Campakkan sekali halia dan garlic yang diketuk. Kalau ada lengkuas, ketuk campak sekali dalam periuk. Sementara tunggu ayam siap direbus, basuhlah nasi. Siapkan barang barang nak masak nasi ayam. Ala apa je pun kan, hiris bawang halia je kot hehe. Lepas dah siap rebus ayam tu, tumisla bebawang, masukkan beras, masukkan air rebusan ayam. Perasakan, lepas tu jangan lupa pulak on suis rice cooker tu.

Macam aku, untuk masak ayam tu aku cincang halia dan garlic. Masukkan gula agak agaklah dalam 5 sudu kot untuk 4 ketul drumstick. Lepas tu masukkan ayam yang direbus tadi. Biarkan sampai kering, nanti jadilah berkaramel ayam tu.

Untuk tauhu lembut tu pulak, aku rebus jugak haha malas nak keluarkan pengukus. Sama je konsepnya. Tumbuk ikan bilis dengan garlic, masukkan air rebusan ayam dan sos tiram. Perasakan.

Dah siap ! Tapi aku dengan husband kureng sikitlah menu ni, pasalnya manis. Kasih sukalah. Dia ratah 2 ketul drumstick tu ! Masak menu ni takpayah dah aku nak masak lauk lain untuk Kasih hehe.


Monday, May 11, 2015

Lamb Stew / Stew Kambing

Malam ni menu stew kambing di rumahku. Tak padan balik kerja lambat, ada hati nak masak stew. Merasalah pukul 9.30 malam pun masih belum dinner. Kalau balik kerja pukul 7 tu terus boleh masak, no problem. Ini melayan karenah anak yang tak sudah.. Haduhai, pening kepala dibuatnya. Semuanya nak Mama. Nak makan, nak Mama suap. Nak tengok TV, nak Mama teman.. Redha ajelah tapi bila jam dah pukul 8 lebih masih belum dapat masuk dapur untuk start masak, mulalah rasa nak naik angin T___T Fuh fuh nak marah tapi fikirkan anak di taska dah 8 jam lebih, ni je lah masa nak bermanja dengan Mama Papa kutahan perasaan marah ni jebatttttt

Tarik napas, hembus. Tarik napas, hembusssss.. Ya Allah berikanlah aku kesabaran :)

Tapi sekarang dah rileks, tengah tunggu lamb empuk je. Kasih tengah main dengan Papa dia, aku nak ambil me time sekejap.



Masak stew dalam rice cooker. Pressure cooker tak ada, jadi guna rice cooker pun bolehlah. Tak tahulah sejauh mana betulnya teori ni haha tapi aku dah cuba banyak kali masak lamb atau sup tulang dalam rice cooker, lembut sangat lekang elok dagingnya !

Lamb stew ni paling senang sangat nak buat. Biasa buat stew guna resepi Kak Azie blogger, tapi kali ni guna resepi Kaktan kawan blogger yang bagi resepi dalam group whatsapp ;D

Coat daging dengan tepung yang digaul rata dengan black pepper dan garam. Goreng daging sekejap. Angkat daging. Tumis bawang holland yang didadu, masukkan lebihan tepung coating daging tadi. Masukkan air, kacau rata. Masukkan daging yang digoreng tadi, lobak merah, celery, kentang. Perasakan, biarkan empuk. Dah siap satu lauk semua ada, senang kan. Cuma tak cepat sangatlah pasal nak tunggu dia empuk tu ambil masa.

Okaylah, nak pergi jenguk khabar lamb stew aku sekejap, bye !

Friday, May 8, 2015

Carbonara Ribbon Pasta

Hari tu pergi restock barang dapur dekat Giant, aku nampak satu pasta yang comel ni.


Comel kan ? Terus tertarik hati nak beli, saje nak bagi Kasih seronok makan hehe. Entah entah dia biasa je, emak dia yang excited kan haha.

So, semalam aku dengan Kasih bawak bekal ribbon pasta ni. Husband tak payah sebab dia pergi kerja awal, tak sempat nak bangun lagi awal nak prepare untuk dia sekali hahaha.


Carbonara paling simple. Tak pakai sos pun. Tumis bawang putih + holland. Masukkan daging/ayam, sayur sayuran. Biar empuk, masukkan susu cair. Perasakan dengan garam. Masukkan lada hitam, english herbs dan siap. Nak makan, letak grated cheese. Yummy yum !

Bekal dua beranak,

 



Thursday, April 30, 2015

Frittata


Ataupun nama Melayunya telur dadar campak apa saja, HAHA I guess.

So, pagi ni masak frittata (gewdik sangat namanya itu kan) untuk Kasih. Habiskan stok shiitake. Stok sayuran kat rumah pun dah habis. Sayur aku memang tak suka beli banyak. Kalau sayur hijau lagi lah, beli terus masak je. Kalau simpan simpan sampai kuning duduk dalam chiller tu haih.

Rasanya tak pernah bagi Kasih makan shiitake sebelum ni. Baru kenalkan la ni. Suka pula dia. So minggu ni makanan based shiitake ye Kasih haha. 4 days rule :P


Sauteed shiitake with oyster sauce. Kemain kan nama haha. Tumis bawang putih + halia, masukkan daging hiris halus, masukkan cendawan shiitake. Masukkan sos tiram, kalau kering sangat bubuh sikit air. Dah siap bekal Kasih hehe.


Frittata versi Mama Kasih. It should be thicker. I should use more eggs actually, 6 perhaps. This one just using 3 eggs. Nak letak 6 macam banyak sangat tadi. Bergantung kepada saiz pan masing masing lah. Frittata ni bestnya you can put anything. Yang ini, aku tumis bawang, masukkan ayam, sosej dan shiitake. Kacau kacau, masukkan garam. Lepas tu aku masukkan cooked ABC pasta. Kemudian curah telur yang dah dipukul dalam pan tu. Biarkan sekejap dengan api perlahan. Selepas tu aku masukkan dalam oven, bakar dalam 10 minit macam tu sebab ni nipis sangat. Dengan pan tu aku letak dalam oven, haha biarkan handlenya terjulur keluar (maknanya pintu oven tak boleh tutup rapat).

It's yummy !!! Seriously, it should be thicker mesti lagi best :) 
 

Wednesday, April 29, 2015

Nasi Lemak Ringkas

dan sedap...

Hehe, sendiri masak sendirilah kata sedap kan kan.

Aku suka restock barang dapur bila semua barang basah sudah betul betul habis. Maksudnya kena kosongkan peti ais dulu baru boleh restock. Kalau tak buat macam ni, barang yang beli bulan lepas sampai bulan ni pun masih ada :D

Jadi satu hari tu, aku bukak peti ais tengok dah tak ada apa *nangis* . Yang ada cuma 2 biji telur dan ikan bilis (ini memanglah kena ada di dapur all the time). Jadi, buat nasi lemaklah kita ! Oh selongkar freezer lagi, terjumpa pulak kerang kerangan haha, ok jadilah tu. Jom buat nasi lemak sambal kerang :)

Ini cara aku masak nasi lemak ringkas bahan tak ada siap dalam masa setengah jam T_________T

Nasi Lemak
Beras
Halia *hiris
Bawang putih *hiris
Bawang merah *hiris (husband saya tak makan bawang merah so tak bubuh)
Daun pandan (skip, tak ada)
Bunga lawang
Garam
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam rice cooker, tumis hirisan halia, bawang putih dan bunga lawang sehingga wangi dan kekuningan.
Masukkan beras, simpulkan daun pandan kalau ada.
Masukkan air secukupnya, perasakan dengan garam.
Jangan lupa tekan suis rice cooker tu ;D

Sementara tunggu nasi masak, jom kita masak sambal dia pulak. Tapi masak sambal tak payah nak share kot, senang yang amat kan. Sementara tunggu nasi masak, sambil tu masak sambal, goreng telur, goreng ikan bilis, potong timun (kalau ada, versi aku malam tu memang takdak!).

Sebenarnya nak bagitau, nasi lemak boleh masak tanpa menggunakan santan jugak. Rupanya. Haha kesian aku baru tahu itupun nasib baik adik bagitau. Kalau tak naif sangat kakakmu ini, takde santan tak boleh masak nasi lemak. Rasanya berlemak juga, sebab tumis lepas tu garam kan bagi rasa lemak gitu.

So, dinner nasi lemak hari ni ?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...