Friday, November 11, 2011

11.11.11

My sister is getting married today.
Gambar lama ni, time saya pergi bercuti kat sana. July 2009. Lama gila eh.

11.11.11

Alahai, cantiknya tarikh kan. Cumanya beliau nikah selepas solat Jumaat, kalau nikah pukul 11.11 pagi lagi cantik yunk. Hihihi.

Nak bagitau satu rahsialah, eh taktahu lah rahsia ke tidak. Sebenarnya saya dan suami pun dulu merancang nak bernikah 11.11.11 ni. Kekonon sempena tarikh declarelah ni, sebab declare 11 January. Haha kemain kan. Tapi dapat nikah awal lagi bagus kan, ikutkan rasa nak nikah je 1 January tapi belum sampai seru kot time tu :p

Eh, melalut ke cerita saya pulak.

By the way, Zie dah mms gambar pelamin beliau kat saya. Ekslusif untuk saya je. Haha. Motif cakap macam ni ? Korang kalau ada yang teringin nak tengok pelamin dan rupa pengantin tu, tunggu beliau update blog 21 hb nanti :)

Untuk ko yunk, aku ucapkan selamat bergelar isteri. Selamat pengantin baru. Semoga bahagia dunia akhirat, amin..

Lastly, selamat pengantin baru untuk Aja jugak ! Mintak mahap sayang akak tak sempat sampai KL sebelum pukul 3 Isnin lepas.

I know this is soooooo cliche, tapi nak cakap jugak

Welcome to the club !!


<--- Nang if you LIKE

Thursday, November 10, 2011

Seorang Penggagal

Hahaha, cikgu BM mana entah ajar word penggagal tu. Wuwuwuwuw :p

Malam ni saya masak dinner sedaplah korang.


Ayam masak lemak cili padi. Terbaiklahhh. Saya kan beriyer-iyerlah update status Facebook nak start Atkins semula konon bermula hari ni.

Pagi hari lagi dah gagal. Saya TERminum secawan nescafe. Lama saya menung pandang je sachet Nescafe tu. Pegang, letak balik. Pegang semula, fikir panjang. Letak balik. Tapi akhirnya saya pegang dan bancuh Cik Nescafe yang sangat menggoda itu T_T Eh, sebelum minum Nescafe rasa gloomy sangat. Lepas dah minum terus rasa bersemangat. Dasar caffein-addict betul.

Tsk.

Lunch pun gagal juga. Hentam fast food pulak dia. Biasa ni, nak kena ni.

Dinner ? Huh, tengok lauk pun dah tau pasti akan gagal. Mana mungkin ayam masak lemak cili api nak makan ratah gitu je ? Sesenduk nasi pun jadilah, sikit pun jadilah asal puas sikit tekak ni. Ternyata saya tak setabah kamulah kali ni Farra :D

Takpe, masih ada esok kan. #Wish111111 saya nak jadi lebih kurus !!

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, November 9, 2011

Siakap Tiga Rasa


Ini dinner kami pada malam ni. Senang kerja saya, tak payah nak masak dua tiga lauk. Satu lauk sekali sayur semua dalam tu. Kihkih. Aci kan mengelat macam tu ? 

Resepi saya ambil di sini, kredit pada Lina_Pg

Versi ni totally different dari emak saya punya resepi. Tapi jenuh saya telefon emak, tak berangkat. Tak sedar telefon berbunyi agaknya emak saya ni T_____T 

So, kali ni saya try buat versi ini. Sedap juga. Bolehlah korang cuba jugak kalau berminat 

;)

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, November 8, 2011

Bread Butter Pudding

Dari hari tu duk terliur, akhirnya dapat jugaaa saya buat bread butter pudding ni. Masa buat bread butter pudding ni kan, red velvet still dalam peti ais.. Belum berpotong pun lagi. Neh la dia, jenis suka membaking.. Makannya tidak. Masak banyak-banyak lepas tu paksa orang makan T_T

Heheeee.


Pagi sebelum balik KL sempat lagi kletung kletang kat dapur.


Nyums, tapi tak cukup garinglah. Lepas tu lembap sikit. Maybe sebab adik saya tertuang susu berlebihan dalam ni kot -_-"


Makan dengan cream sauce. Nyums. Resepi neh saya ambil dari Ayein ^_^

Tapi macam rasa telur dia kuat sangatlah. Ke saya yang terkurang letak esen vanilla.

Apapun, lepas sudah mengidam NAK BAKING bread butter pudding ni :p

<--- Nang if you LIKE

Kisah Balik Kampung

Hai, akhirnya ada kekuatan dan kerajinan nak update blog. Kesian blog saya lama diabaikan *konon :p

Sebelum tu tak terlambat lagi nak ucap, Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua ! 

Raya Haji tahun ni beraya di kampung saya. First time beraya sebagai isteri, ehem.. Dah tentulah kan, kata baru kahwin dua bulan :)

Jumaat lepas, 4 November 2011 birthday En Suami. 


Simple aje. Beli kek sepotong dan belanja makan. Ala, bukan budak-budak lagi kan nak buat party bagai semua :p Masa ni adik-adik saya pun ada. Mula-mula ingat nak balik kampung Jumaat tu jugak, tapi dah tak larat. Makanya balik kampung pagi Sabtu aje. Mujurlah kan balik Sabtu, dengar cerita malam Jumaat tu jammed teruk kan kan ? Heheee. Saya balik pagi tu jammed jugak tapi sikit je, masih bergerak. Lagipun duduk sebelah tak terasa sangat :p



 On the way balik kampung.

Kejap hujan, kejap panas. 


Jammed sikit dekat area terowong Menora tu.


Masuk je Ipoh dah happy sebab dah tak larat duduk dalam kereta lama-lama padahal bukan jauh sangat pun kan KL - Kuala Kangsar.
By the way, sepanjang saya kat rumah banyak projek yang saya dah buat. Dah tentulah semuanya pasal makanan kan :p

Salah satunya, ini..


Kek selapis je sebab ada masalah teknikal. Kisah kek ni kemudian je saya cerita.

OK kena tidur sebab esok nak kerja. Tataaaa !

Eh, sebelum terlupa.. Selamat Harijadi En Suami !! Love you so much, mmuah !

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, November 2, 2011

We Have Been Married For 2 Months


2 September 2011 - 2 November 2011

Sekejap je dah 2 bulan kan !! Masih panggil pengantin baru lagi tak ? :p

Ramai kawan-kawan yang tanya, macam mana hidup lepas kahwin ? 

Sebenarnya tak tahu nak jawab macam mana. Hidup macam itu juga. Cuma sekarang kan dah berteman, hehe. Rutinlah yang berubah sikit. Eh, berubah banyak. Sangat jarang spend masa dekat rumah bila hari cuti. Sama ada keluar dating. Ataupun balik rumah mama. Ataupun balik kampung saya.

Sebut pasal balik kampung, minggu ni nak balik kampung yeay yeayyyyyyyyyy !!! Lagi satu berita best, ingatkan takde baju raya jugak untuk Raya Haji ni, sekali masa hantar baju ke tailor 2 hari lepas dia cakap OK kalau nak amik Jumaat ni. So, merasalah ada baju baru. Haha, yelah kesian. Raya puasa hari tu orang ni tak sempat nak beraya puas-puas, tidur pun tak cukup. Tu lah dia, siapa suruh kahwin time raya kan :p

Jumaat ni kan, birthday suami saya. Saya tengah fikirlah nak bagi beliau apa ni (harap-harap beliau takde masa nak bukak blog dan baca entry ni :p). Ada idea tak ?


<--- Nang if you LIKE

Friday, October 28, 2011

Resepi Briyani Daging


Fuh, dari sehari ke sehari saya duk bertangguh nak share resepi briyani daging yang simple ni. Simple lah kan, kau guna perencah je. Hahaha :p Apapun, jom tengok resepi dia. Btw, resepi kredit to Kak Vagg ye. Saya excited lepas buat dah jadi, terus post gambar tu dekat wall Kak Vagg :p

Nasi Briyani Daging

Bahan-bahan (untuk 8 orang makan, pandai-pandailah adjust ikut berapa orang nak makan)

1. 600gm daging - dihiris, direbus hingga empuk dan disimpan air rebusannya (saya buat rebus je seketul tu, lepas tu baru hiris. Ikutlah mana-mana suka ye)
2. 4 cawan air rebusan daging (tengok jenis berat, kalau yang kena letak air lebih sikit, lebihkan air rebusan atau tambah air biasa)
3. 4 cawan beras dibasuh dan ditoskan
4. 5 sudu besar susu cair
5. 2 1/2 sb susu pekat
6. 2 sb marjerin / minyak sapi
7. 4 sb minyak masak
8. 1 paket Rempah Nasi Briyani Maggi

Cara-cara

1. Panaskan minyak, cairkan minyak sapi. Masukkan susu cair, susu pekat dan rempah maggi. Perlahankan api dan kacau sebati (saya bancuh dulu rempah maggi ni dengan air untuk elakkan berketul)
2. Masukkan daging, kacau dan biarkan sebentar. Matikan api.
3. Masukkan beras ke dalam periuk bersama air rebusan secukupnya. Masukkan bahan tumisan tadi dan kacau sebati bersama air rebusan dan masaklah nasi anda seperti biasa. Hehe

OK, itu sahaja kali ni. Resepi ayam masak merah bersantan dengan acar jelatah lain kali. Kalau malas nak tunggu lain kali, jenguk je page Kak Vagg tu. Hehe.



<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...