Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan 2011 - Day 10

Wah kejap aje dah hari yang ke sepuluh kan. Dag dig dug sungguh lah !!!

Hari ni saya berbuka puasa dengan En Tunang di G*lam Mee, Kota Damansara. Selalu lalu depan kedai tu tapi tak pernah singgah. Hari ni duk google "kedai makan sedap area Kota Damansara" asyiklah keluar G*lam Mee tu. Jadinya mau try :D

Dia pesyen gerai kecik-kecik ni. Satu gerai air, gerai desserts, gerai nasi campur, gerai mi dan sebagainya :D So, saya nak cuba mi goreng daging, En Tunang pulak setia dengan nasi campur sebagai menu wajib berbuka :p


Kurang menyengat lah. Maybe kedai ni overrated kot :p rasanya no more visit to this restaurant kot.

Saya di hari yang ke sepuluh. Berat pi mai pi mai tang tu jugak dia. Tak 54, 53. Grrr bila kamu mau bergerak ke 50 ni penimbang hoih.

Rasanya saya adalah seorang paranoid kot. Dan obses body kurus cung melecung. Eh mau tak paranoid kot. Better baju nikah saya longgar jadi masih boleh alter daripada jadi sendat kan !

OK, jom tidur korang. Esok nak bangun sahur kan ;)

Goodnight peeps !!!

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, August 9, 2011

Siapa Yang Tak Hormat Siapa ??

Tengah hari tadi saya pergi pejabat pos. Saya nak beli setem. Untuk beli setem pulak, tak payah nak ambil nombor giliran kan.. So agak ramailah jugak tadi yang beratur untuk beli setem kat kaunter tu.

Dalam orang ramai-ramai beratur ni, tiba-tiba ada pakcik ni menyelit belakang saya. Sebenarnya dia nak menyelit depan kot, tapi saya tak kasi :p

Persoalan saya, pakcik ni tak hormat orang yang beratur panjangkah ?

Ataupun kita budak muda yang tak hormat taknak beralah dengan pakcik yang lebih tua ?? Hmmm ??


<--- Nang if you LIKE

Monday, August 8, 2011

Ramadhan 2011 - Day 8

Hari ni berbuka simple aje.

Bihun (bihunnn lagi ??) sup daging. Tak stone sangat tapi syukur, ada jugak rezeki kan.

Dan juga popia goreng ini. Setapppppp sangat okeh. Seriously setap gila. Dah beberapa hari berturut-turut mengadap popia ni aje. Kakngah beli kat param Seksyen 7, Lan Popia tak silap nama dia. Kalau silap, mintak mahap :p

Bulan puasa ni kan, saya cepat sangat mengantuk lah. Pukul 10 macam tu mata dah terkebil-kebil. Kalau cakap phone dengan En Tunang pun lalok je, entah berapa kali terlelap.

Oklah korang, saya nak tidur dulu. Tata.

<--- Nang if you LIKE

Ramadhan 2011 - Day 7

First time masuk dapur semenjak bulan Ramadhan ni. Oh, fakta yang sebenarnya saya memang dah berbulan-bulan tak masuk dapur :D Tapi semalam memandangkan adik-adik saya ada di rumah, dan saya pun dari hari tu teringin sangat nak makan bihun goreng sendiri :p makanyaaa jomlah kita :D

Bihun goreng putih yang surprisingly sedap. Kah kahh saya tak confident pun, hentam je. First time goreng bihun ni.

Sup bebola. Pun sedap. Eh, ada bakat terendamlah saya ni (puji diri sendiri)

Sambal kicap stone. Eh sedap jugak. Air tangan Mirah ni, best best !

Air Kakngah buat. Makannya bertiga je, tapi air sampai dua jug. Hehe.

Kuih muih beli kat param Subang Bestari. Tak habis pun sebab tak sedap :(

Hmmmmmm, hari ni nak berbuka makan apa ye Ngah ?

<--- Nang if you LIKE

Sunday, August 7, 2011

My Nikah Attire

I loveeeeeeeeeeeee my nikah attire so much that I couldn't wait to share it here !!

Nak tengok saya pakai, tunggu 2 September nanti ye ;) Siapa yang nak kad tapi belum PM address kat Facebook, sila buat cepat- cepat ye. Thanks guys !

<--- Nang if you LIKE

Ramadhan 2011 - Day 6

Lagi 3 minggu 6 hari !!!!!!!!!

Banyak benda lagi saya nak setelkan ni. Semalam lepas kerja pergi jalan-jalan kat jalan TAR. Niat asal saya nak cari tudung untuk nikah nanti, chiffon double layer off white puhlisss~ Tapi mission not accomplished. Ada jumpa tudung bawal heavy beaded, cantik sangat tapi dah tak confirm pulak warna match ke tidak. Karang sia-sia je beli mahal-mahal tapi silap kan.

Oh btw saya tetap berjaya beli tudung jugak. Beli tudung sanding :) Pakai tudung bawal je. Masalahnya sekarang hati rasa tergoda tak tahan rasa nak keluar jap lagi pakai lah :p Buruk perangai tak kalau nak rasmikan dulu ? Heheheheeeee

Satu masalah tak setel lagi adalah veil sanding saya. Pagi ni I went crazy about veil. Google sana sini untuk DIY veil :) Dan dah tahu dah nak macam mana. Saya bayangkan veil hitam dengan pearl edge dan scattered rhinestones. Very simple. Sebab baju dah heavy. OK, jap lagi nak keluar sambung shopping dekat area Shah Alam pulak. Misi mencari tudung nikah dan veil hari ni. Yeah, goodluck !

Ok, cukup pasal wedding prep. Jom cerita pasal buka puasa pulak.

Inilah dia kalau mintak tolong orang tak ikhlas snapkan gambar :p

Kitorang berbuka dengan The Mines semalam. Boleh tak dah nak sampai sana, En Tunang kata

"Kenapa kita sampai ke Mines ni, dah bukan area kita dating patutnya ni. Kita patut pergi The Curve je."

Hahaha yelah jauh kotttt dengan Subang, Motif duduk Subang tapi dating dekat The Mines ??

Oh, btw ini motif dia :p

Bihun sup Vietnam yang stone. Nyums sedap.

Dripping coffee and avocado juice.

Yours truly.

Lepas berbuka, did some groceries shopping.

Yelah, sekarang duduk dengan adik. Paling-paling kenalah masak serba sikit kan. Nanti cian adik saya duduk sini tak bersahur pulak dia :p

Oklah korang ! Saya nak siap-siap keluar shopping ni. Tatah.

<--- Nang if you LIKE

Saturday, August 6, 2011

Early Morning :D

Morning !!

First day saya bangun bersahur dalam erti kata bangun betul-betul bangun. Selalu terjaga sambil pejam mata gagau botol air tepi katil minum terus hanyut balik. Tehehee.

Tapi hari ni sebab adik-adik saya ada bersama, maka gagahkan diri jua bangun. Tapi takde la memasak pun. Masak air je. Hehe, jadi hari ni saya sahur segelas nescafe, satu peket biskut lapan Munchys hi-fiber dengan dua gelas air suam, dan kenyang !!

Selamat berpuasa di hari ke 6 ;)

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...