Saturday, April 16, 2011

Maxi Dress [Full View]

Ehem, seperti diminta.. Ni lah full view maxi dress ni. Gambar banyaknya gegar, hampeh mamat tukang amik gambarnya tu.. :P

Ada OK? Ke KO? Hehehe. Yang penting aku suka sangat, selesa banget. Sejuk je kain dia.

Oh, hari ni ada cerita best nak share. Best pada aku lah, pada korang entahlah :P

Tadi kan, masa lunch hour.. Sajang-nim (CEO aku) dah siap bungkuskan lunch untuk aku. So, makanlah bertiga. Sajang-nim, Yasmin dan aku. Tengah makan, sajang-nim kata.. "Izza, makan banyak sikit. Tengok dah kurus sangat sekarang" (dah translate siap2 ni, jangan pulak korang ingat dia cakap Melayu. Hehe) :P

Lagi satu kan, tadi petang pergi rumah bakal mertua. Aimy tegur, "Izza dah kurussslah.."

Huwaaa, bakal tidur dalam senyuman lah malam ni :P Mekaseh kalian menceriakan hariku. Hehehe.

Oh ye lagi satu, sapa nak beli maxi dress jugak pergilah terjah Firzara Collection. Iklan tak berbayar ni. Ahaks :P

<--- Nang if you LIKE

Feeling Ayu Hari Ni :P

Salam semua. Selamat pagi Sabtu! 2 minggu berturut-turut cuti hari Sabtu, hari ni mulalah rasa malas sikit nak pergi office kan. Eh, bukan sikit. Banyak. Hahaha.

Aku kan, dah lama tak shopping online tau. Tapi hari tu tengok salah seorang pengiklan Zie ada jual maxi dress.. Mak ai, meruntun jiwa. Takbleh tahan woh. Cepat-cepatlah saya terjah blogshop tu -> Firzara Collection. Banyak maxi dress cantik-cantik, tapi yang aku berkenan sangat-sangat tu dah habis stock T___T Itulah, siapa cepat dia dapat :P

Setelah berhari-hari menunggu (okay, ini sangat exaggerate. Cuma satu hari saja menunggu :D), akhirnya maxi dress idaman sudah di tangan.

Cuma tak sangka memang labuh gila. Hahaha. Penat je risau yang dress tu pendek. Nasib baik saya ni tinggi orangnya :P

Terus pakai pergi office hari ni. Miahaha. Eh, aku ni baju baru mana boleh simpan lama-lama. Alergik :P

Suka sangat. Selesa :D

Nanti aku amik gambar penuh aaaa, tak kira lah korang nak tengok ke tak. Lalala :P Eh, Ceera pun ada beli dress kat sini jugak tau, nanti sila la tunjuk ye yunk :D

Oh, pas kerja ni karang. Nak pergi rumah Mama Aryyan. Babe, see you there!

<--- Nang if you LIKE

Friday, April 15, 2011

Diet Yang Hancus

Tsk.. Sedang kecewa dengan diri sendiri ni :(

Kenapa lah sejak kebelakangan ni, kekuatan melawan nafsu makan tu makin menipis? Hoih, dah turun 5kg, lepas tu stop kenapa? Lepas tu dah asyik mengelat kenapanya? Patutnya bila ada kemajuan, mesti lebih bersemangat kan. Ini tak, lagi dilanggar pantangnya.

Bertahan lebih kurang 3 minggu je kot? Sheeshhh, loser !

Nasi tu masih boleh ditahan la keinginan dia. Tapi roti, mi, bihun.. Susah benor teman nak mengatakan tidak !! Ha, mula lah saya nak membebel pada diri sendiri ni.

Hey diri sendiri ! Kuat sikit. Lebih kurang lagi 4kg je nak kurangkan. 4kg bukan banyak. Kalau dalam Biggest Loser tu, kadang-kadang dalam seminggu je dorang dah boleh lenyapkan tau. Tapi kalau nak macam tu, kau jangan buat apa lah. Asal celik mata je exercise sampailah kau nak pejam mata karang :P

Oh, btw.. Ini kegagalan aku yang terkini.

Mi goreng daging yang yummy. Semua ni gara-gara pagi tadi baca blog Stilla lah ni. Terus aku mengidam nakkan mi goreng daging ni jugak. Yunk, kamu bersalah :P

Haha. Seronok kan. Diri sendiri yang salah tak dapat kawal nafsu tapi pandai je nak blame orang lain :P

Apa pun, mari bersyukur sebab masih boleh makan yang sedap-sedap. Alhamdulillah.

<--- Nang if you LIKE

Selamat Tinggal Cermin Mata

Salam dan hello semua.

Hari tu, saya ada beli voucher di Groupon Malaysia. Best website tu. Lebih kurang macam MilkADeal lah. Boleh pergi jenguk ye :P

Oh, ha.. Voucher tu. Saya beli dua pasang contact lens di Fokus Point, Times Square. 50% off. Memang berbaloi-baloi. Dah lama sangat tak pakai contact lens, siap masa nak pakai semalam hati jadi dup dap. Okay ke saya nak pakai ni, nanti mata kena infection lagi tak macam dulu. Nanti jadi bengkak dan merah-merah lagi tak macam dulu. Dalam risau-risau tu, pakai jugak. Kita cuba. Hik.

Beli satu pair kaler kelabu. Satu lagi kaler coklat. Oh, power mata dulu sebelah 175, sebelah lagi 200. Sekarang dah sama rata, 200 dua-dua belah T_____________T

Akhirnya kita berjodoh semula wahai contact lens *air mata kegembiraan

Ini pertama kali cuba brand FreshKon. Mata okay, boleh terima cuma rasa sedikit kering lah. Nak buat macam mana ye?

<--- Nang if you LIKE

Thursday, April 14, 2011

Vain II

Saya cuba-cuba style baru. Ini nama dia hentam sajelah :D

Nak tutorial shawl yang best-best, cari je kat Youtube.. Banyak sangat ;)

Yang benar,
Gadis vain.

<--- Nang if you LIKE

Seoul Garden

Salam.

Ini cerita minggu lepas :D Dah nak masuk minggu baru, yang cerita minggu lepas pun masih hegeh-hegeh nak update kan. Sekarang bukan hanya sedara mara baca blog, rakan sekerja pun terbaca???? Entah dari manalah jumpa sebab aku nak elakkan add rakan sekerja di mana-mana laman sosial. Colleague is colleague, friend is friend. Kan?

Okay, takpelah yang itu. Aku buat muka tak tau sajalah kat office tu nanti. Hehe.

Hari tu bawa adik-adik pergi Seoul Garden. Dah lama sangat berjanji nak bawak pergi sana. Akhirnya tertunai jugak :')

Lelaki kesayangan. Dulu, kini dan selamanya. Haha. Adoi, srious rasa kurang selesa nak menulis. Korang tengok gambar je lah ek ek ek.

Jemput makan.

Sisters.

Sisters.

Sisters.

Sisters.

Dapat makan, tak peduli dah orang nak snap gambar ke apa :P

Masakan sendiri di sana :P Sedap~

Highly recommended untuk orang yang kuat makan macam kitorang. Nyeh nyeh. Ye ke kitorang? Ke aku sorang je? Haha.

Sini best, sangat best. Favourite place kalau nak celebrate apa-apa ataupun kalau rasa nak makan best :P Daging marinate dia memang terbaikkk. Sila lah pergi ye kalau nak rasa jugak makanan-makanan di atas tu.

Search je Seoul Garden, jumpalah korang nanti ;)

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, April 12, 2011

Keiki Kookies

Salam.

Hadoi. Nak taip blog pun fikir panjang tau. Blog ni bila dah kaum keluarga makcik pakcik sepupu sepapat semua baca, banyak benda kena ditapis ;)

Okay.

En tunang kan, dia kan.. Dah lama memekak kat telinga ni cakap teringin nak makan macarons. Sikit-sikit tanya, sayang.. kat mana ada jual macarons ye? Padahal time tu aku dah order dengan Chics ni, tapi saje lah den nak buat suprise kan. So senyap je lah, tahan telinga. Pastu usik dia, cakap nak rasa macarons tunggu hantaran kawen nanti. Kih kih.

Budak macarons. Tengok tu, muka pun dah nak sama bulat dengan macarons tu. Hihi. Jangan marah sayang, belum jadi isteri lagi takpe buli awak :P

Ni lah macarons. Untuk siapa yang tak tau lagi macarons tu apa. Macam sejenis biskut kot? Haha. Aku pun kurang pasti apa spesis dia ni.

Aku order daripada Chics di Keiki Kookies. Dah alang-alang kita ke Shah Alam kursus kahwin, jadi terus set appointment lah dengan Chics. Thanx for the lovely macarons

Yummeyh macarons. Makan sikit-sikit je boleh. Sebab dia manis :)

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...