Saturday, September 25, 2010

shop till you drop !

oh, hari ini sungguh penat. keluar dari pagi ke malam. letih pusing jalan TAR. tapi luckily everything were there. tak perlu nak berpusing banyak-banyak tempat ataupun muka boyfriend akan menjadi seperti cuka. hihi.

hari ini telah shopping sehingga wallet menjadi nipis. eh, bukan wallet saya. wallet dia. hehe. terima kasih sayang. Allah suka hamba-Nya yang pemurah tahu :)
one of the thing that cost him US (hehe, letak us nampak lebih unite :P) hundreds bucks. takpe, worth it :) orang beli baju raya sebelum raya. kitorang pulak membeli selepas raya. hehehe.

late in the evening, kitorang gerak ke bangi pulak. beraya ke rumah mommy-to-be neh. dah nak maghrib baru sampai rumah orang. hehe. sorry yunk, busy mengukur jalan dari pagi. hehe. anyway, thanx a lot ! ko sangat membantu aku. hihi.

ok. bai semua.



Thursday, September 23, 2010

marble cheese cake in the house

ini cerita minggu lalu. tapi tetap kena update. tetap. kalau tak, korang tak tahu aku pandai buat kek keju sedap. hahahaha. tak percaya tanya boifren saya. hehemarble cheese cake. hari tu sebelum balik KL, gigih tak gigih aku baking 3 bancuhan cheese cake. yerlah, bukan aku sorang nak bawak balik. makcik ni pun nak jugak bawak balik, nak bagi bf dia. tapi akak dia yang kena buat T_T lepas tu adik-adik aku yang lain pun semua nak bawak, jadi kita buat sistem barter. korang buat segala biskut dan cookies untuk aku, aku buat kek untuk korang. hahaha. bijak kan ? sebab aku malas buat cookies :Pnak tunjuk pandangan sisi dia. tapi dah masukkan dalam tupperware nak bagi orang la. hehe. kek neh fragile betul. macam mana eh nak transfer cheese cake ke dalam kotak dia eh ? siapa biasa buat cheese cake ? korang buat macam mana nak transfer tu ? ataupun guna spring form je ? sebab yang neh semua aku potong siap-siap dalam bekas dia.

thank you untuk kakyong sebab share resepi yang simple dan best ni



Monday, September 20, 2010

comelnya kamu !!

this adorable creature adalah cousin yang paling muda sekali :)
comel kan ? gebu kan ?? geram rasa nak gigit-gigit je pipi dia. hihi. comel betul laahhhhh budak kecik neh !!kaki comel tinonet je. kita kecil-kecil dulu macam neh lah kan. insaf kejap bila tengok baby neh, teringat emak ayah besarkan dari kecil tu sampai lah dah jadi besar gabak neh kan :) terima kasih emak ayah, sayang emak dan ayah tahu ! jari dan kuku yang cantik. kuku bentuk gelas. jari runcing :)

comelnya kamu damirah hana !! kite suke !!


Friday, September 17, 2010

raya part II

raya kedua berbaju kurung bunga-bunga merah campur-campur. matched dengan selendang lycra merah jugak. merah menyala macam hati kita. auw ~ *blushing. gedik kan ? haha.
dapat pun ambil gambar family :) cukup korum. oh ye ~ ada yang bertanya, adik beradik aku.. 5 perempuan, seorang saja lelaki :) sebab sorang lelaki lah manjeeee !! haha. kan arip kan ? dah la manja, gedik, suka menyakat orang pulak tu.style selendang raya 2010 ; terbelit style hehetayang muka puas-puas. nanti nak kena kuarantin. hehe !raya kedua ada tetamu istimewa nak datang rumah ♥ datang beraya je. jangan buat spekulasi. hehehe♥ ♥ ♥bakal menantu pilihan 2010 ;p

dan malam raya kedua tu, family kitorang gerak balik ke kampung emak pulak. di grik. jangan main-main, walaupun grik tu cuma sejam lebih aje perjalanan, pukul 2 pagi baru sampai di kampung. sebabnya sampai malam tak putus-putus orang datang beraya. ayah kata kalau tangguh balik kampung esoknya, tak tahu pukul berapa dapat sampai. seronok sampai kampung terus tidur kesejukan. hihi.


Thursday, September 16, 2010

kisah hari raya

mula-mula berniat untuk buat edisi bumper raya macam si adik. tapi rupanya banyak betul gambar nak dikongsi, rasa kalau buat satu entry sekaligus.. panjang berjela sampai ke bawah la entry ini jawabnya. hihi.

tapi akan lebih banyak menyediakan pameran gambarajah daripada teks ucapan :)

cerita di pagi raya pertama, bangun pun lambat. hehe. pukul 8 lebih baru bangun. tapi lebih awal dari adik-adik. mereka semua tidur lambat kemas rumah. kakak yang baru sampai dari KL hari sebelumnya tu, memang tak larat lah nak berjaga sama kan.
aku di pagi raya :) baju raya warna warni pelangi. ada macam aiskrim paddle pop tak ? ( tiru ayat kakngah. hihi )

juadah di hari raya pertama, emak buat mi sup. sedap ~ tapi takde amik pulak gambar makanan. kalau tak, boleh tunjuk kat korang ;p raya pertama busy betul. nak ambil gambar satu family pun tak sempat. ada aje yang kurang. anak dara pak cik asri.candid ! ayah neh tak mahu duduk diam tahu. ish. pameran gambarajah berganda bersama nyna mirah - yong - nyna mirah - yong

baru perasan takde gambar dengan kakngah. beliau sibuk melayan kawan-kawan yang datang ke rumah. nasib lah ngah :P hehehe

korang masih sibuk beraya ke ni ? ke dah balik ke office ? hehe. mementang lah dia tak start kerja lagi ek, sibuk duk tanya orang dah balik office ke belum ;p

ada sapa-sapa nak invite pergi open house tak ? tak puas lagi makan lemang neh. hik hik


Wednesday, September 15, 2010

hello ! masih tiada semangat untuk update cerita raya. hihi.

aku bercuti sampai hari ahad. confirm lemau gila nak masuk office nanti. takpe, itu cerita nanti, nanti aje lah fikir.

untuk update kali neh, just nak wish semua selamat hari raya. bila rajin, aku update cerita raya pula :)
selamat hari raya semua !! maaf zahir dan batin. siapa budak-budak kecik nak duit raya, mari sini salam dengan aku :) ( budak-budak kecik je ye. hihi )


Wednesday, September 8, 2010

ish, takmo lah cerita bengang bertenggek lama-lama kat atas neh. sekarang tengah mood best je, hati bunga-bunga sangat hari neh.

tadi dapat hadiah + kad raya + duit raya dari kakak :) hihi. itu yang bunga lebih tu hati ni. :P apa punya ayat aku bagi neh.

hmm..

nasib baik raya jumaat kan. hehe

reload touch n go - checked !

isi petrol full - checked !

basuh baju kotor - checked !

kemas beg - sedang buat !

kemas rumah - checked !

servis kereta - checked !!

okay, I'm ready to balik kampung :)

selamat hari raya semua !!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...