Monday, August 30, 2010

The W

okay, tayangan makanan bergambar yang seterusnya :) sila sabar ye kalau tengok time petang-petang tu, uiii.. nak-nak lagi kalau time pukul 12 tengah hari tu kan. jangan telan air liur banyak sangat, batal puasa kang :P

tempat berbuka puasa hari ini. eh, kami berbuka dalam kereta dekat masjid dulu sebelum pergi ke william neh. aku goreng nasi dengan ayam untuk alas perut. ye, memang alas perut ye pun, ciputtt je aku bekalkan tu :) apa-apa pun, semayang maghrib dulu kan. senang apa-apa hal.

gerai uncle william neh memang famous di kalangan blogger aku rasa. kan ? so, disebabkan kitorang dah makan sikit nasi dengan drummet ayamas sebelum tu, maka order satu menu berat. share aje. lagipun konsep makan kat william neh memang sharing is caring lah !garlic butter noodle with ayam pandan. memang menjadi pojaannnnnn ! sedap ! ini satu pinggan RM 25. mahal sikit tapi portion sangat banyak, memang bukan untuk sorang makan :)

lepas tu, order satu side dishes ( haha, boleh ke kategorikan side dished neh ye ? )roti hawaiian ~ fuh, terbaik. ini silap angle ambil gambar neh. patut zoom kat inti dalam roti tu kan :P ini roti canai berintikan sosej, telur hancur, isi ayam, nenas.. dan apa tah lagi itu je yang aku dapat kenal pasti. roti hawaiian pulak harganya kalau tak silap RM 8.

dan kami minumribena blended. ini tak tahu berapa harga. dan juga soda herbs. ini pun tak tahu harga berapa.

thank you syg temankan I berbuka hari ini

siapa nak pergi, gerai neh dekat area kelana jaya. tak pun kalau ada GPS tu, search je nama william. memang jumpa :D

+ aku letakkan harga sekali untuk reference kalau-kalau ada antara korang nak pergi lepas neh kan, takde niat lain ye..




Saturday, August 28, 2010

Budak Kaca Mata

yang aku mengadu mata kanan aku duk merah-merah tu, sepet sebelah segala bagai tu.. kena infection lah T__T

dua kali jumpa doktor dah. takutttt. dinasihatkan jangan pakai lens buat sementara. tapi I tak suka pakai cermin mata lah. macam tak sesuai. tapi kena lah pakai jugak buat sementara. haha. Emak dah bising dah cakap jangan pakai contact lens langsung dah lepas neh. yerlah, aku pun tahu takut jugak. sayang mata owh, nak pakai sampai bila-bila mata ni :)

Disebabkan cermin mata yang lama dah tak berapa elok, jadi aku pun nak buat yang baru lah. tapi optometrist nasihatkan buat lepas mata dah okay. tapi kadang-kadang elok, kadang-kadang jadi mata alien.. half mata putih tu merah. takuttt. tengah fikir nak pakai specs pattern cenggana neh. ermmm..Iim kasi pinjam specs dia dulu. Specs lama aku dah tercabut skru. Aku perlukan specs untuk driving. tapi power dia tak up to my power lah. neh mata dah elok tak merah dah, maybe boleh pergi buat hari ni kut :)

eh, elok ke aku pakai specs bingkai besar-besar neh ? aku suka tapi macam tak kena ngan muka.Ini pulak Pei Ling ( colleague aku ) suruh cuba specs dia. half frame. ke nak buat frameless. haha. Eeee.. tak suka pakai specs. rasa macam ada boundaries kat mata tu.

Friday, August 27, 2010

korang cuti ?

Lepas satu, satu cerita makanan dibawakan di sini =D

Siapa pernah makan aiskrim gelato fruity ? Terbaik kannnnnnn ?
yogurt buah-buahan dia memang sedap. Siapa penggemar aiskrim sila cari dan rasa ye =D

Eh ! tadi timbang berat. gembira kerana telah turun DUA kg. ye kawan-kawan, DUA kg pun dah buat aku happy. miahahahhaa. daripada naik dua kilo kan, mahu bersedih tiga hari tiga malam pun tak sudah lalu makan dengan lebih banyaknya pulak nanti. Nehiii.. nehi. takmau begitu.

aku tengah cuba nak diet tak makan nasi neh. tapi apakah wei ! satu hari tanpa nasi, hidupku terasa tidak bermakna. hahahhaa. macam neh punya gaya nak diet, entah laaa.. ke laut la jawabnya.

sapa ada petua kurus dengan pantas tanpa perlu berlapar semua tu ? sapa ada ? tampil segera anda ! tapi janganlah suruh aku makan pil kurus bagai tu, takut pulak nak main cuba jaya neh kan.

Eh ( lagi sekali ) ! Korang cuti esok ? aku tak cuti. seronok ye ada yang straight cuti 5 hari. merasa lah korang mengharung traffic jammed hari selasa tu nanti. hahahaha. bluwekksssss !! ( ayat orang dengki tak dapat join balik kampung sama =P )




Wednesday, August 25, 2010

black canyon

dah bulan puasa neh, biasalah update kalau boleh semua nak pasal makanan je ;P ( padahal kalau tak puasa pun sama. hehe )

aku kut rajin hari-hari nak buat diari ramadhan berbuka apa semua. apakan daya duduk rumah bujang, sedih nasib T_T so, bila berbuka makan best-best baru aku jaja sini ;P

semalam, berbuka kat black canyon coffee. first time cuba. boleh tahan lah. kitorang ambil set untuk dua orang. nasi putih bersama lauk.
aku syak ini ayam masak tiga rasa. sebab ada nenas segala.sup. tak tahu nak panggil sup apa. chicken ball ada, tu menatang hitam tu, apa eh.. tak tahu apa nama sayur tu. lepas tu ada suun, kubis. pendek kata, sup macam-macam ada ;Pchicken wings nyum nyum nyum !tako tao. ini import, bukan black canyon punya. hehe. tak cakap pun dah tahu kan ? wajib beli kalau pergi jusco. nyum nyum. kitorang suka octopus, makan panas-panas, sedapppppppppp !

oh ! satu lagi best kat black canyon tu. kitorang try minum mocha glacier. uiii, sedapppp ! dah kata aku hantu kopi / nescafe segala bagai tu, bagi apa pun tetap ku kata sedapp. hihi. tapi yang tu memang sedap lah, macam ice blended letak aiskrim. nasib korang baik aku terlupa nak amik gambar minuman tu ;P

lepas berbuka, singgah rumah kawan Iim. kawan dia ada baby boy, tomei. aku suka baby adrian dan untie. haha. paksa rela aje lah bahasakan diri untie. ;P

tapi kan, aku tengok mummy baby neh.. jenis macam tak boleh anak dia orang pegang, main-main.. mesti dia ambil letak kat sebelah dia balik :( aku tengok baby rian tengah elok main dengan orang, dia amik dukung pergi tempat lain. tapi ye lah, anak dia. suka dia la ek ;P tapi nak tanya korang lah, kan ramai korang neh yang baru dapat baby :) memang kadang-kadang mommies ni jealous / tak suka orang mesra-mesra dengan anak dia ye ?

almost 1 a.m.

baru habis bergayut dengan buah hati intan payung. hihi. pastu esok pergi esok mengadu mengantuk. heppp, biasa dia neh !

berbual sampai rasa kering tekak. mengalahkan baru bercinta semalam banyak nor benda nak diborakkan. hehehehe =D

oh ye ! one great news, boss cuti selama 3 hari. yeeebbaaa ! andereeeeeeee !! hahaha. sukanya diriku ini. adoih, apakah semakin demotivated sejak kebelakangan ini :(

okay, sudah update 3 perenggan. cukup. gdnite

Monday, August 23, 2010

kami berjumpa dan bermesra

ini update panas dari oven neh ataupun boleh dikatakan segar dari ladang :) jarang-jarang terjadi kebelakangan ini aku nak update secara cepat dan pantas. hihi. maklumlah, blogger tak tegar sudah. hehehe

hari neh, I've been a naughty girl. pemalas takmau pergi masuk kerja. boleh gitu ? BOLEH. dapatkan mc dengan segera. sila jangan ikut tabiat buruk ini. eh, tapi kejadian ini juga sangat jarang-jarang berlaku okeh ! ( haha. defend diri sendiri ) harap-harap boss tidak baca blog :P

hari yang indah, bermalas-malasan aje di atas katil. serupa orang takde kerja :P

lepas itu, petang sikit terus gerak ke The Mines untuk berbuka puasa session with my girlfriend. awak ! lama sungguh tak jumpa awak neh :)punyalah susah nak decide nak makan dekat mana. tu lah dia ! kalau dengan boyfriend masing-masing buat nganga aje kan, boyfriend yang kena decide. sekarang sendiri kena pilih tempat makan pun mau pening kepala ka ? hahaha.akhirnya ini menjadi pilihan kami. nando's :)yummeyhhhhh !!!! saya pilih lemon & herb kerana tidak tahan kepedasan ( biasanya makan memang nak pedas aje, tapi pedas di nando's neh lain macam sikit :P ). girlfriend saya hebat kerana beliau pilih EXTRA HOT peri-peri~ syabas betehhh ! :P

eh~ maaf kalau korang baca entry neh di waktu sedang berpuasa. hihi. bawak bersabar.. Allah bersama hamba-Nya yang bersabar. ecehhh ;Pnah ! sebagai gadis penutup entry. gadis mata sepet sebelah :( mata kananku seperti ada masalah, asyik merah aje. tapi dah makin kurang dah sekarang neh.

+ tadi kata entry panas dari oven kan. HUH ! dah kurang panas dah pun, suam-suam kuku dah neh. apa taknya, nak upload gambar pun aku rasa dekat 2 jam pun masih tak boleh. dem you berukband tak pergi sekolah !

- title entry taknak kalah. hihihi. tata titi tutu.

Saturday, August 21, 2010

kad raya saya yang pertama ♥

dan mungkin juga satu-satunya kad raya yang diterima pada tahun ini T____T

hahahaha. kad ini ditemui terselit kat cermin depan kereta. hihi. tempat favourite kekasih menyorokkan barang-barang untuk aku. tapi tetaplah setiap kali jumpa pun surprised dan teruja

dan kad kali neh terasa istimewa lebih dari biasa sebab, bila bukak.. ada ring terjatuh kat riba aku neh. hihi
happy tengok jari sendiri pakai ring kekasih bagi :)

time kasih awak. untuk semuanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...