Monday, August 31, 2009

Jom!

Selamat pagi semua.

Selamat Hari Merdeka yang ke-52.. weeewit!

Uii.. Seronoknya hari neh boleh sambung tidur lepas sahur dengan solat Subuh kan? Eceh, poyo je aku. Padahal hari-hari pun boleh buat macam tu. Haha.

Hari neh nak buat apa ye? Dah naik bosan lah hari-hari duduk rumah. Tapi kalau tak duduk rumah, nak duduk mana lagi T_T Hee, find a job.. A good job! Ya, betul! Pandai korang bagi cadangan untuk aku.. (Padahal sendiri yang mengutarakan cadangan begitu.. Haha)

Err.. Apakah yang aku nak tulis tadi sebenarnya?

Ohh.. Aku cuma nak ajak korang sambung tidur balik je. Jom!

ZzzzZzzZzz..

Eh!

Chop!!

Ada ke kawad merdeka tahun neh? Aku dah naik confuse ada ke tidak neh? Tapi, kawan aku cakap diorang join kawad tu, cumanya takde kawad lah.. Cuma perhimpunan aje. Due to H1N1 case lah neh..

Okay.

Jom.

Jom pergi mana?

Jom sambung tidur lah!!

ZzzZzzZzz..








Sunday, August 30, 2009

New Softlens

Lens cekelat aku dah expired T_T
Nak beli yang baru, macam tak berbaloi.. Sebab aku kan sekarang neh duk rumah je. Lens tu bukan pakai pun. Alih-alih kang, cukup 3 bulan kena buang.. Kan ke membazir namanya..

Lastly, aku buat keputusan nak beli lens biasa aje. Yang jernih.. Yang takde color. Sepasang RM20, pakai selama sebulan. Terlampau jernih lens neh sampai aku rasa ada kemungkinan kalau jatuh neh, menggagau nak cari balik. Haha.
Sumpah kekok pakai dia. Terasa muka lain macam je. Tu lah dia, dah hidup dengan lens cekelat selama lebih kurang 2 tahun. Haha. Sekali bila mata takde color, rasa macam lack of confident je.. Haha. Poyo jek ;p Tapi tak tipu aaa.. Memang betul rasa tak yakin je.Muka pakai normal lens. Aku je kot rasa lain macam. Orang lain tengok maybe biasa je. Tehehe. Itu mengada nama dia ;p









Anonymous

Hye!

Selamat hari minggu semua (:

Entry sebelum neh telah didraftkan atas sebab-sebab tertentu. Aku rasa ada orang yang tak senang tengok aku senang kot? Saje suka nak letakkan diri aku dalam tanda soal yang banyak. Saje nak bagi aku fikir banyak, aku taw aku takde kerja sekarang neh.. Tapi kau tak payahla nak buat aku banyak fikir lagi okeh?

Sebenarnya, aku tak suka menerima komen dari Anonymous. Kalaupun anda semua takde akaun Blogger, kan masih boleh letakkan nama.. So, lepas neh siapa yang takde akaun Blogger, tapi masih sudi nak memberi komen pada entry aku.. Aku harap dapatlah letakkan nama, okay? Tak susah kan (:

Okay. Tutup cerita.

Erm.. Khamis lepas aku pergi KL. Sorry ye pada yang tak sempat nak bagitaw tu.. Hee, sebab tujuan utama pergi KL pun bukan nak berpoya-poya. Jadi, rasanya kalau bagitaw pun tak sempat nak jumpa.. Sorry taw (:

Aku ada interview hari Jumaat kat Menara TA, bangunan betul-betul bertentangan dengan KLCC. Interview yang mengecewakan pun T_T Aku la yang salah tak tanya habis-habis masa company tu call suruh datang interview. Sudahnya, lepas dia briefing.. terus aku drop interview tu sebab tak berminat. Frust je sebab macam dah susah payah pergi T_T Aku dari pagi lagi bangun, susun-susun fail.. Lepas tu study sikit.. Lepas tu, siap-siap bagai.. Alih-alih begitu jadinya.. Sabar aje lah.Muka bersedia nak pergi interview. Haha. Masa kat rumah, bukan main nervous lagi. Dah sampai sana, dengar briefing bagai.. Boleh lepas tu aku drop interview tu kan?Muka nak pergi interview 2.

Sekali-sekala sidai muka. Huh.

Okay.

Sebelum ramai yang tanya.. Mehlah aku cerita apa yang jadi sebenarnya time nak interview tu. Hari Jumaat, jam 3 petang.. saya pemegang IC 861223-38-xxxx mempunyai temuduga di Menara TA One, bertentangan dengan KLCC kebanggaan negara. Jadi, pada pukul 12 tengah hari, dah siap-siap la gerak dari rumah sebab tak taw lagi tempat dia kat mana kan.. Sekian lama tak naik bus, tiba-tiba kena naik bus.. Aku rasa pelik. Haha. Nasib baik berjaya sampai kat stesen Asia Jaya tu dengan jayanya. Itupun lepas panik sekejap tak jumpa mana stesennya T_T Lepas tu, amik LRT pergi KLCC dan berjaya tiba di Menara TA pada jam 2.15 petang. Awal kan?

Okay lagi. >_<`'

Lepas tu, pergilah company tu. Aku ingatkan it is a on-job training, so sukarela lah mau join. Tapi rupanya kena pergi kursus untuk dapatkan cert dia dulu.. Err, aku yang dah salah faham lah neh? Kursus tu pulak aku tak berminat. Interpersonal skill.. kat Stamford College, PJ.. 9 pagi - 5 petang kelasnya. Okay, aku bukan nak pergi belajar balik. Kursus akan bermula pada hari Selasa neh. Elaun diberi RM500 sebulan untuk selesaikan kursus itu yang mengambil masa selama 2 bulan. Selepas 2 bulan, baru dia akan arrangekan interview untuk students dia, and the possibility to get the job is high (they said). Company tu dilantik oleh MOHR untuk train and recruit unemployed person lah. Selama 2 bulan kursus tu, the students will have the bond with the company, which means tidak boleh bekerja sepanjang tempoh itu. Sekiranya mendapat tawaran pekerjaan, kena tunggu sampai habis tempoh kursus. Err, memang lah bagus program neh.. Nak-nak pulak aku duk rumah bukan buat apa pun kan kan kan? Tapi, dah aku tak berminat dengan program tu buat masa sekarang. So, takkan nak paksa pulak kan (: Buat masa akan datang, tak taw lah pulak.. Hehe

So, itulah ceritanya.

Takpe, aku tak pergi interview. Tapi dapat jumpa orang-orang kesayangan. Ada bagusnya jugak tu. Tehehee










Thursday, August 27, 2009

K.Kangsar - Shah Alam

Hari hujan. Saya mengantuk. Zzzzz

Haha, teruk betul. Ada ke buat intro macam tu kan.. mematahkan semangat pembaca je ;p tehehe

Hari ini telah menyelesaikan kesemua perkara yang disenaraikan di dalam reminder. Yeay! Tapi..

Ada satu perkara yang tertinggal.Merasa korang tengok muka aku zaman sekolah. Form 3!

Renew lesen! Ngehehe. Benda penting pulak tu. Dan aku telah menyandang gelaran penjenayah jalan raya. Berkuat kuasa serta merta. Haha. Pejabat pos ramai sangat orang lah tadi!

Sekarang tengah packing barang. Tengah lipat-lipat baju. Hehe. Nak pergi mana sibuk sangat packing-packing neh??
Sayang, see u there. ;p Tehehee











Yang Mana Satu Yer?

Selamat pagi dunia!
Hehe.. Hari ini bangun sahur, yeah!
Hari ini bangun sahur, yeah lagi!
Sebab hari ini dah start puasa, yeah!

Okay, cukup beryeah yeah di pagi hari. Bawak bertenang. Haha

Hari ini banyak benda to settle down. Seperti yang telah saya listkan di dalam reminder di atas. Notice tak? Niat hati pukul 8 dah nak keluar rumah setelkan semua benda. Tapi saya dah mula menguap-nguap manja neh. Adeh~

Pembaca sekalian,
Baik hati tak hari ini? Nak mintak tolong neh. Jangan risau, bukan mintak tolong pasal kewangan ke apa, jangan risau okay. Haha. Tapi, nak mintak tolong bagi pendapat. Ataupun mungkin boleh cakap pendapat, tapi masih berciri kewangan. Please give me your 2 cents. Hehe

Neh ha! Nak tanya, aku patut print gambar manakah untuk dijadikan gambar passport? Walaupun gambar tu tidaklah berciri untuk passport sangat kan ;DIZZA A

atauIZZA B

Oh~ gambar B berciri fake sedikit iaitu kulit kelihatan seperti sedikit siang (read : cerah). Haha.

Terima kasih pada abang-abang tukang edit yang hebat dan baik hati tolong editkan gambar untuk saya. Hehe. Kipas sikit. Ngahaha ;p Gurau je okay

Nak taw sapa abang-abang tukang edit tu? Pergi lawat mereka okay. Terima kasih Abang Fairuz yang sweet. Terima kasih Abang Fifie yang manis (bukak website dia, ada gambar gadis berpakaian separuh terdedah dengan aksi menggoda sedang pegang sepanduk "under construction". Sheksi yu! Haha). Ngahaha. Kipas lagi. Cukup Izza cukup!

Eh!

Jangan lupa tujuan asal entry ini. Mintak pendapat ye. Terima kasih didahulukan (:









Wednesday, August 26, 2009

Buah melaka homemade

Sempena dengan entry kuih-muih tradisional Melayu, saya telah merajinkan diri masuk ke dapur dan membuat buah melaka. Tahu buah melaka tak? Ala... yang selalu masa kecik-kecik dulu, kita main teka-teki, buah apa yang kalau masak dia timbul? Heee.. tahu kan kan kan?

Hari neh mood aku ala-ala je. So, entry pun aku dah malas nak merepek sangat. Doh berwarna hijau ye. Bukan doh warna kuning, bukan jugak warna pink. Tapi adalah warna hijau. Macam mana untuk mendapatkan doh berwarna hijau neh? Tepung pulut + air suam + pewarna.Ini gula melaka. Mungkin sebab itu kita panggil buah tu buah melaka. Agaknyalah. Macam mana nak dapatkan gula melaka neh? Takpe, tak payah susah-susah start enjin kereta nak pergi Melaka. Korang pergi je kedai runcit di kampung korang, mintak gula melaka 3 keping. Mesti ada punya. Lepas tu, bawak balik rumah potong kecik-kecik. Okay?Lepas tu buat bulat-bulat. Letakkan gula melaka di dalam bulatan hijau tersebut. Kalau boleh, buatlah bulat yang comel sikit. Macam aku punya tu, gabak sangat. Hehe. Aku pun bukan reti sangat bukan, 1st time. Haha. Ha, berbalik pada teka-teki di atas. Buah apa yang kalau masak, dia timbul? Dekat sini lah jawapan dia. Dah habis buat bulat-bulat tu, masukkan dalam periuk yang berisi air. Pastikan periuk berisi air tu diletakkan di atas dapur gas ok. Kalau takat periuk berisi air, kau letak kat atas meja makan, sampai tahun depan pun tak masak ;D Kalau dah masak, nanti bebola hijau tu timbul. Kutip letak dalam pinggan okay.Last step, gaulkan dengan kelapa parut + garam. Eh, bukan letak kelapa parut, lepas tu letak garam. Mungkin patut tulis macam neh kot, Last step, gaulkan dengan (kelapa parut+garam). Kalau dalam matematik, yang dalam kurungan tu kena buat terlebih dahulu kan? Haha, apa benda yang aku cuba peningkan korang neh. Haip! Benda senang je kan.. Paham kan? Maafkan buah melaka aku yang macam tak berapa menarik tu. Yang penting, licin pinggan lepas tu. ;D









Tuesday, August 25, 2009

Hari yang ketiga

HAI! Selamat berbuka puasa di hari yang ketiga.. ;D

Tadi berbuka puasa dekat rumah opah aku. Rumah opah kat sebelah neh je ha. Jalan lenggang mak limah 3 minit dah sampai. Tehehee.. ;p Ada 3 family campur family aku. Ada family Pak Long dengan family Pak Tam. Paham-paham ajelah kalau dah ramai tu, lauk nya pun meriah. Tapi sebab aku terlupa nak bawak handset, jadinya tak dapat lah nak jamu mata korang hari ini. Hehe

Ada 3 main courses tadi, iaitu nasi (wajib ada tak kira berbuka menu apa sekalipun, memang tekak Melayu. Hehe), mi bandung dan juga mi laksa. Juadah sampingan lain pula ialah pengat pisang, kurma, pengat labu, buah oren, buah anggur dan lain-lain. Haha, dah malas nak ingat balik lauk apa tadi.

Aku cuma makan mi laksa je. Tapi dah makan sebanyak 2 pinggan! Oh, no! Jarang aku makan nak bertambah. Haha. Sedappppppppp~ Tahu tak apa itu mi laksa? Kalau kat Perak neh, mi laksa neh glamor kat kawasan Pantai Remis. Pak Long aku duduk Pantai Remis, so tadi diorang lah yang bawak mi laksa neh. Dah lah kuahnya kuah ketam! Waaa... Sedap!
Inilah contoh mi laksa. Terima kasih kepada Miss Google. Dan juga kredit diberikan kepada tuan punya gambar seperti yang tertera. Hehe

Korang makan apa?

P/S oh!! Dah hari ke4 ek hari neh? Haha
Kantoi tak pernah puasa lagi. Ngehehe. Tq Ida ;p









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...