Friday, July 3, 2009

saya nak pergi berkhemah!

woooo wooo..
aku rindu sama ini blog..
hari neh hari jumaat..
hari yang memang ditunggu sejak isnin lagi ;p
hihihi
dasarrrr nak cuti aje kan..

tapi,
hujung minggu ini tidak bermaksud boleh bersenang-lenang berehat ):
kerana aku harus menyertai kem unit beruniform sekolah la pulak
bukan sebagai peserta k.. ;p

ok.. ok!
cerita je lah terus terang kan
duk beli sana, belit sini
hihi, tabiatttt ;p

3, 4 dan 5 Julai 2009
akan diadakan perkhemahan unit beruniform
sek men keb dot dot dot (rahsia ;p)

di mana?
gelanggang petanque sekolah aje
kui kui kui ;p

nasib baik aku tak kena tidur sekolah
tapi kena ada jugak kat sekolah la bila ada program tuh
jap g pukul 3 neh nak kena ada kat sekolah dah

okeylah, sekian info terkini tentang diri cik izza ;p
nak kena bersiap pergi sekolah neh

tata all.

ha.. reminder,
sementara aku nak kena bz pergi sana sini neh
sapa-sapa jangan berdengki kat tanaman aku kat FB tu ye
pantang tinggal sikit
habis korang curik tanaman aku ek
pastu siap letak rumput lah, kumbang lah..
ha.. kerja sapa?
kalau tak kerja zaty, kerja shaf..
kalau tak dorang berdua neh, kerja dakjaat ;p
ahaha.. eh, ade ke dakjaat buat gtu eh?
(orang baru belajar main barn buddy.. haha)

ha.. sudah.
tata semua.











Wednesday, July 1, 2009

mummy, i love u

(gambar diambil pada tahun lepas, jenuh kelebet cari gambar bersama mummy.. hihi
mak macam nak terpejam mata aje.. ;p)


hari ini, 1 july 2009..
merupakan hari ulang tahun kelahiran ibuku.. (:
yang ke? hihi.. yang ke 48..

aku terlupa hari neh dah 1 july rupanya
pagi tadi dahla pergi sekolah lambat
nak salam, cium pipi pun tak sempat
aku jerit dari depan je bagitaw mak dah nak gerak pergi kerja..
lepas tu dah sampai sekolah,
tengok kalendar, baru lah sedar..

ingatkan balik rumah nanti nak tampal kad kat meja solek mak..
tapi rupanya mak cuti hari neh
so, plan tidak berjalan dengan lancar ;p

tadi dalam pukul 3.30 mak call..
mak tanya still kat sekolah ke,
aku cakap lah dah nak balik dah..
mak ajak pergi kedai beli baju kurung..
ngee.. aku suka ;D
dan-dan terus aku wish happy birthday to mummy..

mak, i love u so much..
semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik..
nak mak happy selalu..

sayang kat mak sangat-sangat..
u are my everything..










Tuesday, June 30, 2009

budak-budak skrg

budak-budak sekarang..
adakah diorang memang makin biadap?
ke aku yang terlebih sensitif?

tadi, ada air tumpah dalam lab..
tah sapa bawak air pastu tumpahkan
pastu aku tanya lah kat class rep,

"neh air apa plak neh?"

"air mani, cikgu!"

boleh ke dia jawab gtu korang?
bolehhhhh????
dan dengan ringannya tangan aku terhinggap kat muka dia..
tapi tak kuat pun..
refleks la..
aku rasa mmg kurang ajar betul budak tu cakap dengan cikgu macam tu
budak form 1..

pastu ada lagi citer pasal dia neh
aku nampak dia tepi toilet
aku tegur lah suruh masuk kelas
sebab nanti cikgu subjek seterusnya tunggu plak diorang tak balik-balik dari makmal kan..
dia leh jawab,

"kejap lah cikgu, nak pancut dulu"

i was likeeeeeeee.... eee.. aku rasa nak sepak je ko neh lagi sekali taw tak!!

takde hormat langsung pada cikgu ke ye?
even cikgu muda, respect lah sikit
jangan ingat aku tak berani nak rotan korang ok..
saket sangat hati aku dibuat budak-budak neh..

nak menambahkan lagi masalah aku tadi,
ada pulak sorang budak kelas form 1 tu terkencing dalam kain..
adui, satu masalah pulak lagi
ke sana ke sini lah aku menguruskan budak tu..
dah macam apa je
nasib baik cikgu kelas dia ada ngajar dekat dengan makmal tu
berdua dengan cikgu tu lah duk uruskan budak tuh

and nasib baik lah contact time hari neh cancel
yeayy!! tu yang aku boleh balik awal tu hari neh
kalau tak, selagi lum pukul 4.30,
tak sampai rumah lagi rasanya neh ;p

chop!!
sapa cikgu-cikgu kat sini..
takde tips ke mau share dengan saya?
kelas 1C neh amat susah saya nak control..
taknak dengar cakap
bising, suruh salin nota taknak salin
nak kena duduk sebelah, cubit dia.. baru nak salin
tu pun cikgu gerak ke tempat lain, dia buat bising balik
satu kelas 34 orang..
semua ada peel masing-masing
dengan kelas saya yang lain, takde masalah macam neh pun
tapi dengan 1C neh, dari 1st week sampai sekarang..
saya masih tak dapat control mereka neh..
kalau masuk lab tuh, tak reti duduk diam
merayau sana, merayau sini
siap baring atas lantai nak salin nota
tapi itu takpelah, sebab duduk belakang tak nampak sangat skrin tu
tadi, masa next class saya nak masuk lab..
mereka bukak je pintu lab,
terus cakap pada saya,

"teacher, neh zoo ke apa?"

bayangkan betapa tak terkawalnya budak 1C neh
dah jenuh denda, suruh berdiri, rotan, cubit
semua taknak jalan..
sapa ada idea macam mana saya boleh control budak-budak neh
harap bermurah hati mau kongsi..
tQ (:
p/s taknak ada yang salah paham..
aku bukan suka-suka nak slap budak..
aku tak sengaja.. ):
lagipun aku rasa budak tu memang dah melampau..
and aku slap tak kuat pun..
harap tiada kontroversi ye..









Monday, June 29, 2009

sembunyi

today ke sekolah menjadi gadis berspecky
kenapa? mengapa?
kerana mataku bengkak..
kenapa mata bengkak?
entah.. lately neh jiwa selalu nah kacau..
sensitif tak pasal-pasal, ske je nak marah-marah
gila ke?

tension.. stress..
hari neh semua nak tegur,

"kenapa teacher pakai spec?"

ada yang kata ok,
ada yang kata tak cantiklah teacher pakai spec..

takpe, yang penting korang tak nampak mata aku yang bengkak itu.. (:

pagi tadi check jadual relief dan lega sebab tak kena..
kerana dengan mood yang mendung ini,
kalau boleh taknak ke mana-mana,
nak duk diam-diam aje..
ikutkan nak pergi sekolah pun taknak..
tapi mak tak bagi ponteng kerja ):

tp tadi..
tengah seronok layan feeling sorang-sorang dalam lab
ada budak india duk ketuk pintu
rupanya aku kena relief gak..
dahla tu, kena relief kelas peralihan pulak tuh
pengsan aku kejap 5 minit..

aduyai~
bebudak KP nya 8 orang je
tapi bising mengalahkan 20 orang..
tension.. tension

aku harapkan esok akan lebih baik dari hari ini..

amin.










Sunday, June 28, 2009

sorry

sorry semua..
tiba-tiba aje privatekan blog..
takde angin, takde ribut
alih-alih blog sudah tak boleh access..

hari tu blog aku prob..
aku tataw kenapa bila bukak,
dia pegi directed ke satu website neh
memang menyakitkan hati
yang pasti, ade kaitan dengan blog menjerit
sebab tu, aku terus buang semua coding yang ambil dari sana

rasanya dah okey kot skrg..

(:

lately neh, aku..
ermmmmm ):
letih, penat..
i feel like wanna shut down everything
and let go everything..
):

semalam kena pergi sekolah
ganti cuti raya..
tapi kelas sampai pukul 10 je
sebab lepas tu sign report card
nasib baik aku bukan form teacher,
so lepas pukul 10 free lah..
tapi kena pergi siapkan english module untuk students form 3
trial 10-15 ogos kan?
kalau tak silap aku lah..

selamat berhujung minggu semua.

tata.

Thursday, June 25, 2009

just woke up from my sleep..
aku yang lembik atau memang semua orang macam tu ye?
biasanya balik sekolah around 5 pm
terus lah tidur sampai waktu-waktu macam neh baru lah reti bangun
ops, jangan salah paham aku p langgar semua waktu semayang plak ye

im just too tired,
dan adakah betul aku makin kurus weh?
haha, perlu ke tanya gitu ek?
hihi, jangan jawab.. jangan jawab ;ptoday is busy..
masuk class pun tak mengajar
just bagi latihan kat students
lepas tu aku buat kerja aku
lepas tu jap lagi bincang latihan tu..
ada one class tu aku just bawak dorang pergi library aje..
sebab need to settle all my works first..
yang membuatkan aku busy sangat neh
pasalnya fail PLBS neh lah
nak kena update semua..
sebab pemantau nak datang check tomorrow..
PLBS tu fail untuk english oral test taw, jangan tataw lak ;p

erm, apa yang aku tulis dalam neh
cuma untuk kenangan aku saja..
untuk aku baca semula nanti
untuk aku taw apa yang pernah terjadi dalam hidup aku

jadi, harapnya tiada siapa mempertikaikan apa yang aku tulis
aku taw ini semua kerja aku
kerja seorang guru
and i'm not complaining..
again, i'm NOT complaining..

lagipun ini blog aku..
jadi undang-undangnya mengikut cara aku lah kan ;p
hihi

gdnite all.
dah lewat sangat neh
tata.









Wednesday, June 24, 2009

OMG!!

ee.. terkejut.. terkejut..
korang bace paper tak?
aku tak tengok berita malam tadi
tapi pagi neh sha msg aku bagitaw ada budak UKM meninggal
budak kolej aku lah pulak tu
jatuh dari tingkat 4..
kesiannya dia..
tangga kolej zaaba tu mmg bahaya pun
sebab tingkap dia teramat sangat la rendah
seriau la pulak bila pk
nasib baik dah tak duduk sana lagi!
apa pun alfatihah untuk beliau.. ):
sha kenal dia tu, aku tak kenal..
erm.. kesian kan, tapi dah ajal dia ):

Pelajar UKM mati jatuh kolej


ANAK panah menunjukkan tempat Siti Farihan ditemui mati di Kolej Kediaman Pendeta Za'ba di UKM, Bangi semalam.



Wan Siti Farihan


KAJANG - Seorang pelajar Ijazah Sarjana ditemui mati dalam keadaan mengiring di tempat letak kenderaan di Kolej Kediaman Pendeta Za'aba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi dekat sini semalam.

Pelajar tersebut dipercayai terjatuh dari tingkat empat Kolej Kediaman Pendeta Za'aba, UKM pagi semalam.

Mayat Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, dari Kelantan yang merupakan penuntut semester satu jurusan Sains Kimia itu ditemui oleh seorang tukang sapu pada pukul 7 pagi.

Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian dengan kemeja T dan memakai kain sarung.


DUA saudara Siti Farihan tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu mayatnya di Rumah Mayat HUKM semalam.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Shakaruddin Che Mood berkata, seorang tukang sapu yang kebetulan membersihkan kawasan itu ternampak mayat mangsa sebelum menghubungi polis.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari beranda bilik kolejnya di tingkat empat.

"Pemeriksaan fizikal mangsa ditemui ada kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

sumber : Kosmo! Online..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...