Monday, March 21, 2016

Perjalanan ke Pulau Lang Tengah

07032016

Pagi pagi dah kena kerah bangun oleh husband. Tak bagi can langsung nak berlama lama tidur di hari cuti :P husband aku ni punctual orangnya. Bininya aje yang tak punctual (mengaku siap). Resort yang kitorang booking dekat Lang Tengah tu dah inform driver akan pick up dekat hotel pukul 8.30 pagi untuk ke Merang Jetty. Jauh ok dari pekan Kuala Terengganu nak ke jeti tu. Adalah sejam gitu. Mujur tak ambil flight awal pagi. Asalnya plan nak amik the earliest flight then shoot ke jeti. Kalau macam ni memang patut kena spend satu malam dekat KT so esoknya tu tak terkejar kejar. Sebabkan bangun awal, tak sampai hati nak kejutkan Kasih tu. Biar je la dia tidur cuma tukarkan baju aje. 


Memang lena tidur sampai otw ke jeti baru sedar dah dalam van ;D
Gaya taknak kalah ahaha. Selepas perjalanan lebih kurang satu jam, kitorang pun sampailah ke jetty ni. Dia macam private jetty la. Jeti kecik je. Situ ada la kaunter satu. Bag nanti driver tu semua yang bawak turun. Diorang tag ikut nama elok elok semua. Kita cuma bawak turun badan je. Oh, btw situ ada kedai makan jugak so kalau tak breakfast lagi tu bolehla breakfast kat sini sementara tunggu masa nak naik bot.

Kitorang tunggu tak lama pun, dah dipanggil naik bot. Bot dia sederhana besar lebih kurang dalam 20 orang. Kalau nak smooth ride, taknak bumpy sangat pilih tempat duduk belakang. Selesa sikit. Life jacket semua ada, size Kasih pun ada.


Aik belum sampai pulau lagi dah itammmmmmmmmmmmm. Laki ai kat belakang tu taktau mengenang nasib ke apa haha :P

Kasih excited je naik boat. Nak nak lagi bila langgar ombak, haih Mama dia cuak dia boleh bersorak lagi. Perjalanan lebih kurang 40 minit. Huwaa lama tak rasa perjalanan nak ke sini ? Haha dari pekan nak ke jetty pun dah lama, lepas tu perjalanan naik boat lagi. Layan je lah nasib baik takde mabuk ke apa. Syukur sangat Kasih behave je.

Sampai sana kitorang disambut oleh staff resort tu. Dapat welcome drink dengan towel sejuk. Ahhh nikmatnya minum air halia sejuk dengan lap muka sikit dengan tuala sejuk. Haha. Dalam pukul 10.30 pagi macam tu kitorang sampai. Bag semua memang tak payah risau. Dorang angkat hantar ke bilik terus. Oh, kitorang booking holiday package directly dengan resort 4D3N. So everything has been arranged tak payah pening pening lagi nak fikir.


Package included,

Untuk info lanjut, korang boleh pergi check website diorang terus --> SUMMERBAY RESORT

Pulau Lang Tengah ni pulau kecil je antara Redang dan Perhentian. Tak famous sangat di kalangan local tapi famous di kalangan orang Cina especially China Mainland. Masa kitorang pergi tu memang kitorang sefamily aje guest Melayu. Briefing pun asing sebab untuk kitorang briefing in English (in private la basically sebab kitorang aje yang ada kan :P), untuk diorang yang lain in Mandarin lah. Aku pilih pulau ni untuk percutian kali ni sebab ianya kecil dan tak crowded. Sesuai untuk rileks rileks saje.. Cantik tau sini.


Panas lit lit kannn !



Thursday, March 17, 2016

Recipe - Ginger Beef Kue Teow

Jap ye, bagi laluan dekat resepi ni lalu dulu. Nanti esok esok lupa :P


Resepi dari Aisha Sukor kat FB. Sejak viral resepi ayam bali dia tu, aku terus follow sebab resepi resepinya senang belaka. Kena lah dengan jiwa ni hehe. Okay, tempek resepi sini.

Bahan
Kuetiau
Daging
Kicap pekat
Minyak bijan
Tepung jagung
Telur 2 biji
Cendawan
Halia muda - hiris kasar
Bawang besar - blend
Bawang putih - blend
Daun bawang

Cara cara
1. Gaulkan kuetiau dengan kicap dan minyak bijan.
2. Goreng sekejap, ketepikan.
3. Gaul daging dengan sedikit tepung jagung. Panaskan minyak, stir fry sekejap.. balik balikkan bagi rata.
4. Masukkan hirisan halia dan bahan blend tadi. Tumis sampai naik bau.
5. Masukkan sos tiram (2 sudu), kicap pekat (1 sudu) dan minyak bijan. Kacau rata.
6. Masukkan dua cawan air, biar menggelegak.
7. Masukkan cendawan dan daun bawang.
8. Bancuh satu sudu tepung jagung, masukkan ke dalam kuah.
9. Pecahkan 2 biji telur, kacau dan tuang tinggi ke dalam kuali. Tak payah kacau.
10. Biar sekejap, kacau sikit dan siap. Bolehla tuang atas kuetiau tu.

Sedap ni !!



Wednesday, March 16, 2016

Trip to Kuala Terengganu

Hi, Assamualaikum.

Dah lama sangat plan untuk cuti cuti ni. Akhirnya jadi kenyataan jugak haha. Menabung seposen sehari akhirnya cukup jugak duit :P ahaha gittew kan. Itu cara cara nak pergi bercuti dalam negara tu. Kalau ke luar tu, bilalah agaknya dapat pergi ye. Semoga murah rezeki, dapat pergi bercuti dengan family selalu, amin..

Anyway, dah update kan sebelum ni yang kita orang amik flight untuk ke Kuala Terengganu. Hari yang dinantikan pun tiba. Bukan main lagi shopping barang nak ke pantai, terutamanya si budak Kasih tu lah. Swimming suit baru, beach slipper, swimming diapers, sunblock jangan dilupa haha. So 06/03 tu, adik tolong hantar ke airport.

Kasih tu biasalah tu dia. Aktif. Berlari sana sini. Mama suruh duduk diam ambil gambar kejap, muka gitu dia bagi haha. Tengah tunggu flight ke KT masa ni. Buat web check in so everything went smooth. Kitorang bawak satu bagpack aje. Tough terus jadinya husband saya dok mengusung beg 17kg kat sana :P

 Kasih excited dan teruja sangat sangat nak naik kapal terbang hehe. Muka dan reaksi dia masa kitorang jalan dari gate ke kapal terbang tu, priceless ! Tak tentu arah dia bagitau Papa, kapal terbang ! kapal terbang ! Yeayyyyy !! ahaha. Dalam flight dia behave je, duduk diam sambil makan kacang. Perjalanan dalam 40 minit macam tu lah. Sampai airport KT pukul 2.30pm, terus ambil kereta sewa. Yes, kitorang sewa kereta kat sana sebab nak senang bergerak cari makan, nak ke hotel semua. Dari airport KT nak ke pekan KT pun tak dekat sangat. Dalam setengah jam jugak kot.

So, first destination jom check in hotel. Tidur satu malam dekat KT sebab nak kejar early boat ke pulau esok paginya. Kalau ambil flight pagi takut tak sempat. Tidur dekat Ming Paragon Hotel & Spa. Hotel murah je cari dekat Tripsadvisor dan booking dekat Hotel.com tak silap harga bilik deluxe kitorang tu RM102 macam tu je. Bilik ok, bersih, luas, siap ada sejadah lagi. Parking pun disediakan. Bawah hotel tu ada Secret Recipe, seberang jalan ada jugak nampak kedai kedai makan kalau kalau nak makan. Kedai runcit pun ada. Convenient la senang cerita. Kalau tak amik kereta sewa pun kira ok jugak. Tapi sebab dalam kepala otak ni dah ada plan nak pergi situ kejap, nak pergi sini kejap so kenalah jugak amik. Sewa Axia half day RM 90.

Petang tu cari Pok Nong yang famous tu, jauh ok dari hotel. Haha dah ke arah Merang sana nun. Sampai sampai sana, frust tengok kedai tutup. Perut lapar ni, so pergi je lah kedai jiran. Warung Adik Beradik nama dia. Memang ada haiwan celup tepung je lah. Nasi semua tak ada. Layan jugaklah makan tapi sotong tak seperti dibayangkan. Total makan dalam RM 40++ macam tu, ada ambil sotong 2 ekor, ikan kembung seekor, cendawan goreng, bebola dengan air. Kira ok lah kot ek ? Makan tepi pantai nyaman je rasa. Laut dia Subhanallah cantik sangat ok. Biru je warnanya. Kagum betul. Tapi memang untuk dilihat aje, tak boleh mandi. Ombak ganas.. tengok pun takut huhu.

Lepas tu singgah Giant KT beli sikit barang makanan jajan jajan nak ke pulau :P malam pulak pergi dinner dekat Matt Orie Corner. Tau kedai ni sebab Kak Di pernah mention, so aku pun mengajak la husband try sebab dekat je dengan hotel. Not bad lah. Another choice untuk kita yang nakkan makanan segera yang dikeluarkan oleh orang Melayu Islam.

Ok, cerita pulau sambung nanti :P


Monday, March 14, 2016

Celoteh Kasih : Bertimbang Rasa

Kebelakangan ni, aku ni cepat penat. Faktor usia kot :P maklumlah tahun ni dah masuk 3 series.. err seriously in denial Okay. Orang tanya umur, entah kenapa aku bagitau 29 tahun lagi. Haha ini dasar tak sedarkan diri ni.. Anyway, lately ni memang sangat penat. Balik kerja normally akan tidur sekejap, lepastu baru bangun masak, solat Maghrib dan layan Kasih. Kesian dia terpaksa faham keadaan Mama yang penat, bila Mama tidur dia akan duduk diam je sebelah main lah apa apa mainan dia.

Sampai satu hari tu, aku macam biasalah balik kerja. Baring rehat dulu kejap. Then puff tertidurrr.. (macam biasaaaa). Lepas tu pukul 7 petang, bangun nak sembahyang. Elok je habis sembahyang, Kasih datang dekat aku.. Telekung pun tak bukak lagi ni..

Mama, mama dah habis rehat ? *sambil senyum*

Dah sayang, kenapa ?

Kasih laparla Mama..

Wuaa rasa bersalah terus Mama ni tau. Sebak pun ye anak yang kecil macamni dah boleh nak faham keadaan Mama. Dah boleh nak bertimbang rasa. Rasa bersalah n bad mother pun ada sebab selalu sangat hilang sabar dengan Kasih :(

Satu situasi lain,

Papa dia tengah tidur dekat tingkat atas. Mama terjerit jerit panggil dari bawah tak dengar. Aku tak tau pulak husband aku ni tengah tidur sebab katanya naik atas nak buat kerja.. Nak call, handphone takde bateri. Nak naik tangga, Kasih sorang kat bawah. Takut dia pun ikut sama naik. Tapi takde choice, aku pun naiklah. Nak jenguk apa husband aku tengah buat ni.. Pesan dekat Kasih suruh duduk diam kejap, Mama nak tengok Papa..

Naik atas, tengah Papa tengah tidur. Aku biasalah, kadang suka dengki :P kejutkan dia lepas tu bebel bebel penat panggil nape tak dengar bla bla bla (biasalah perempuan)

Lepas tu turun.

Bila sampai kat bawah, Kasih tegur aku..

Mama, kenapa Mama kacau Papa tidur. Biarlah Papa tidur, kesian Papa. Papa penat

Mama speechless...

Kasih, Kasih.. bukannya awak yang perlukan Mama tau. Tapi Mama yang perlukan awak. Banyak benda yang Mama belajar sejak awak ada. Yang paling penting sekali, belajar untuk jadi lebih sabar..

Thank you sayang. I love you.

Tuesday, February 16, 2016

Celoteh Kasih

Kasih ni kan, mulutnya cukup pandai berceloteh. Kadang bercakap tak berhenti sampai Mama pun mati kutu nak jawab apa. Soalan dia takkan habis,

Mama, tengok cat tu
Iyer, kenapa..
Cat tu nak pergi mana Mama ?
Cat tu nak balik rumah..
Kenapa cat tu nak balik rumah ?
Sebab dia nak jumpa Mak dia..
Kenapa mak dia dekat rumah ?
Sebab Mak dia dekat rumahlah..
Mama mama, Mak cat dekat rumah ke ?

HAHAHA pening nak menjawabnya..

Aku ni memang selalu ambil Kasih lambat. OT sebulan ni kalau tak cecah RM100++ memang tah sahlah. What to do, kerja terlalu banyak dekat office selalunya tak sempat nak siapkan on time 5.30 balik. Emak pun selalu bising, kerja aku ni penat sangat. Actually kerja ni mana mana pun sama, cuma field ni memang penat kot. Aku kerja bahagian akaun dalam logistics/shipping line, kerja memang takkan pernah stop. Walaupun weekend, walaupun public holiday, shipments takkan pernah stop kan. Dan semuanya mesti kena on time, kena tepat, kena precise.. Kalau tak, jawabnya kena penalty itu dan ini, cargo tak boleh clear on time dan macam macam lagi masalah timbul lah. Ahh, pendeknya kerja sini memang busy. Emak pun asyik bising suruh apply kerja kerajaan T_T Memang aku ada niat pun, tak tertahan kesian dekat Kasih lah kalau asyik balik lambat. Dia pun dah pandai merungut sekarang. Macam semalam, aku sampai taska 6.30 pm pun dia dah pandai mengomel dekat cikgu, mana Mama ni.. Lambatnya Mama ni T______________T

So sorry sayang. Nantilah Mama cuba fikirkan income yang boleh work from home saja :P Sambil tu kita doakanlah supaya rezeki Papa, rezeki kita dimurahkan, diluaskan supaya Mama boleh resign dan duduk rumah HAHA. Okay, kalau Emak baca ni Emak mesti berkerut dahi dan marah. Sebab Emak kata, Emak pun kerja sampai pencen.. Kenapa nak berhenti kerja kalau tak perlu nak buat macam tu (berhenti kerja).

Hari tu aku naik angin sangat dengan Kasih. Aku ni bukanlah penyabar sangat. Baran jugak. Kuat menjerit jugak. Memang kesabaran sangat kurang. Haritu dia buat hal apa ya, aku dah lupa lah tapi memang aku marahlah. Aku taknak cakap dengan dia. Sedih ni sampai sembahyang pun teresak esak haha drama sangat tak.. Masa tu punyalah tersentuh hati, tapi tengok.. sekarang dah lupa apa lah yang Kasih buat masa tu sampai tersentuh sangat hati tu. 

Tak kisahlah pasal tu, tapi masa tu kitorang nak keluar balik rumah Mama. So aku pun kemaslah baju semua. Hall masa tu penuh dengan mainan Kasih bertabur tabur. Kasih nampak aku tengah kemas baju, dia datang dekat nak salam.. Sambil cakap, 

Mama.. Kasih mintak maaf.

Aku ignore je sebab geram sangat. Diam. Dia pun mengadu dekat Papa,

Papa, Kasih dah mintak maaf tapi Mama tu diam je. Taknak cakap dengan Kasih.

Dia datang dekat lagi, cakap lagi sekali,

Mama, Kasih mintak maaf ni..

Aku pun tak sampai hatilah nak berkeras, aku pun panggil dia. Salam, dia pun mintak maaf.. Aku pun bagitau lah dia kenapa aku marah, bebel sikit, peluk cium sambil pesan, lain kali jangan buat lagi ye..

Lepas tu masa aku tengah mengemas tu, tiba tiba aje dia pun mengemas sama segala mainan dia yang bertaburan tu. Pandai betul dia kemas. Aku impressed sangat dalam hati. Tapi taknak la tunjuk teruja kat depan dia. Segala mainan yang patut letak dalam box mainan, semua dia letak situ. Segala barang PlayDoh dia, dia masukkan balik dalam kotak PlayDoh (macam Mama biasa buat). Segala sudu garpu botol yang dia ambil dari dapur Mama semua dia letakkan balik dekat dapur. Bantal bantal kecik, teddy bear semua letak dalam bilik. Flash card dia simpan elok elok dalam kotak, letak dekat rak buku. Eh, serious aku rasa kagum sangat tengok haha bagi can lah siapa lagi nak puji anak sendiri :P terus rasa terpujuk hati yang marah kat dia tadi, pandai betul Kasih ni ambil hati Mama dia..

Love you, sayang.

Monday, February 15, 2016

Speedboat ke Lang Tengah Island

Lagi 3 minggu nak bercuti, excited betul rasanya. Husband siap belikan backpack sebab rasa macam lagi senang nak travel pakai backpack kot. Of course la husband yang sado tu yang tukang angkat bag kan. Then, macam macam la plan dalam kepala ni. Nak pergi beli swimming suit baru Kasih. Hmm, Mama perlu ke swimming suit ? Haha macam bazir je nak beli. Bukan nak selalu guna pun nanti.

Tapi dalam excited tu, ada satu perkara yang merunsingkan kepala otak aku ni. Perjalanan dari Merang Jetty nak ke Lang Tengah tu nak kena naik bot. 45-satu jam perjalanan. Bila tanya dengan resort, mereka cakap naik speed boat. Tanya adik ipar yang pernah pergi Perhentian, dia cakap dia naik speed boat yang macam ni.


Something like this. Ko tak takut pulak tengok ? Huwaa dahlah bawak anak kecil ni. This triggered my panic button hahaha. Lalu aku pun menggoogle lebih banyak lagi imej bot bot yang digunakan untuk transfer dari jetty ke pulau. To my horror, hasil image google semuanya menyeramkan rasa nak cancel trip aje mengenangkan dah bayar semua aje T__T




Tapi untuk tak jadi menggelabah tak tentu hala, aku pun tanyalah dengan Customer Service resort tu since dari awal booking lagi memang Ms Yong ni banyak tolong aku jawab segala soalan soalan berkaitan vacation kalini. 

Lega betul bila Ms Yong reply email aku, dia bagitau not to worry. Transfer boat diorang semuanya covered dan boleh muat 40 paxs. OK, at least ianya quite big dan takdelah rasa bumpy sangat. Nah ni gambar botnya in case ada yang nak pergi ke pulau ni dan duduk dekat resort ni jugak.. 


Hopefully by the time kitorang pergi sana, cuaca bertambah baik dan laut tak bergelora sangat, amin.

Friday, February 12, 2016

Kasih Dah 3 Tahun !

Well, yes actually Kasih turns 3 awal tahun hari tu. Ala ala new year baby jugak kesayangan aku ni. 02/02/2016 - my Kasih Safiyya turns 3 !!! No fancy celebration like last year at the taska. --> Click HERE to read last year celebration.

Tahun ni celebrate kecil kecilan aje dekat rumah MIL. Kebetulan semua sepupu sepupu Kasih ada. Mama pulak masak sedap bihun sup malam tu. Kitorang cuma beli kek je lah itupun dah malam baru nak cari. Memang takde plan betul lah Mama awak ni Kasih. Main sauk je ahaha.
Jadilah ye buat kenang kenangan. Lepas tu keesokan harinya bawak Kasih pergi Farm In The City. Our second visit. Sebab Kasih suka sangat bagi birds makan, kitorang pun bawaklah dia ke sini lagi. Harga tiket tak ingat. Kalau nak baca first visit kitorang, click SINI.


Tahun ni punya lawatan kureng sikitlah. Burung burung dia dah tak menarik. Yang kekecil comel tu semua dah tak ada. Frust lah kitorang. So so aje lah kalini. Tapi tengokkan Kasih happy ni, so happy lah jugak ahaha. Kasih masuk sini masih free. Budak ketinggian bawah 110cm free entry. Tapi kesian jugaklah pasal tak cukup tinggi, tak dapat naik pony. Hehe. Sampai ke harini dia masih ingat lawatan ke petting zoo ni. Asyik asyik sebut nak ke zoo. Nak bagi makan birds, nak tengok rabbit, fishs semua. Alahai, lain kali kita ke taman burung lah pulak sayang. Ataupun kita ke Zoo Negara lah ye buat kali yang ke tiga ke empat entah HAHAHA.

Anyway, since Kasih dah 3 tahun sekarang, cikgu dia tanya nak join playgroup dekat daycare tak. So aku pun setujulah, join playgroup. Lagipun Kasih ni memang suka sangat buat aktiviti semua ni. Arahan pun dah boleh faham, cakap pun tak ada pelat. Kuat lorat lagi adalah. Kadang tak larat nak melayannya. Teringat perbualan dia dengan Cikna masa Cikna ambil dia balik dari taska hari tu,

Situasi - nampak burung terbang

Kasih : Cikna nampak tak burung tu ?
Cikna : Nampak..
Kasih : Bird tu balik kerja. Dia penat. Kesian dia. Macam Cikna jugaklah, penat balik kerja. Kesian kan.
Cikna : .... speechless

HAHA, lawak betul rasanya. Pandai betul cakap. Sekarang ayat favourite dia kalau Mama tak layan ke, Mama marah ke nanti dia pergi satu sudut lepas tu buat buat teresak esak sambil cakap Mama tak sayang Kasih.. ulang ulang ulanggg sampai lah Mama pujuk. Mama pujuk dia peluk peluk sambil nasihat dia lah, tak baik cakap macam tu. Mama sayang sangat Kasih. Taknak dengar dah cakap macam tu, OK ? 

Baik Mama..



Pagi tadi. Bukan main lagi, request nak tocang dua. Lepas tu nak pakai getah pink and blue. Lepas tu Mama suruh senyum je nak ambil gambar, sekali dia posing hahahhaa.

Alahai, rindu pulak dekat buah hati ni. OK nak cepat cepat siapkan kerja dan balik jumpa anak :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...