Monday, December 29, 2014

First Visit to Aquaria

Assalamualaikum,

28.12.2014 - Kasih's first visit to Aquaria =D






First visit ke office Papa juga..


Beli tiket  ke Aquaria dekat Groupon, dapatlah diskaun sebanyak RM 12. Cuma RM 64 untuk dua orang instead of RM 76. Kasih masuk free je. Tak best sangatlah Aquaria. Sebab jalan dia one way, tak boleh nak patah balik sudah. Kalau terlepas ataupun dah naik escalator jawabnya no turning back lah (atau kitorang yang tak jumpa jalan taktahu lah. Tapi dah tanya kaunter cashier, dia cakap one way saja) Terlepas piranha feeding tauuuuu !

Kasih pun tak bagi kerjasama erat pulak. Berperang sungguhlah. Haha ni lah dia bila budak mengantuk tapi ditahan tahan mata tu tak tidur.

Jumaat ni birthday Kasih yang kedua. Saya dah tahu nak bagi dia hadiah apa tapi tak jumpa jumpa la pulokkk.

Siapa nak jual preloved Little Tikes Cozy Coupe (atau yang seangkatan dengannya) dekat saya ? Tolong PM ! Saya nak beli tapi tak jumpa preloved punya. Jangan bagi cadangan supaya beli di Toys R Us. Harganya sangat tidak mampu milik untuk saya =D

Ahaha, kalau nak jual contact saya. OK ?

Thursday, December 25, 2014

Hadiah Hari Jadi Untuk Kasih Safiyya - 2 Tahun - Any Idea ?

Haaa.. punya panjang tajuk menyampaikan hasrat hati hehehe.

Lebih kurang lagi 2 minggu, Kasih akan masuk 2 tahun. Alaaaaa dah tak baby anak Mama ni, dah masuk umur toddler la dia ucuk ucuk shayang Mama niiiii..

Lagi beberapa hari saja akan masuk 2 tahun <3 p="">

Having a good time together. Papa & Kasih.


Serious anak saya ni memang sudah big girl. Alahai sayang, janganlah besar cepat sangat.. Tak puas lagi kepit awak di celah ketiak ni.

PS : Sebenarnya hati sedang susah. Rumah di kampung berisiko dilanda banjir ! Tolong doakan semuanya selamat ya, terima kasih.


Monday, December 15, 2014

Caramel Cake VS Red Velvet Cuppies

Assalamualaikum,

It's been a while since I'm taking order for my caramel cake. Oh, did you know that I am a caramel cake baker ? Yes, old time story. I am not a good baker, the only cake that I can bake is this one.



 I have a friend who is a huge fan for my caramel cake. Repeated order so many times, overwhelming response that made my heart bloom :) and she is a great baker. But I don't know why she cannot bake this one, haha. All the cakes that she made are to-die-for (judging on the look, since I never had any chance to taste it yet!)

One day, she suggest to swap our cake. Since I want to taste your cake, you want to eat my cake.. so why don't we swap ?

I give this,

And get this !!!


What a lucky me ! All the cuppies are #sumpahsedab

And all the pictures credited to @lilredfarah

Thanks babe, entry yang super delay. All the cakes dah selamat licin dah haa. Hihi. Highly recommended to order the cake from her, all self pickup at her home at Kajang.

Bye for now !


Friday, November 21, 2014

Resepi Bebola Ikan Untuk Bayi

Ni salah satu makanan yang saya suka prepare untuk Kasih. Semuanya jadikan bebola. Haha, senang pun senang dia nak makan, tapi walaupun bebola kena hati hati juga. Tak boleh tinggalkan bayi / kanak kanak makan sendirian, bahaya.


Daging / ikan / ayam, biasanya hujung minggu saya akan luangkan sikit masa untuk buat frozen stock untuk seminggu. Bukan apa, nak jimat masa sediakan makanan Kasih pagi pagi. Buat sup sayur, campak saja homemade balls made with love ni. Gitu kannn~

Sebabkan ini kita buat sendiri, jadi kita pun lebih yakin anak kita mendapat sumber makanan yang seimbang. Dalam bebola ni ada protein, ada sayur, ada bawang putih/halia (boost your antibody system). Cuma takde perasa je heheh. Anak saya ok je lagi makan makanan takde garam / gula ni. Tidaklah strict sangat pun sebab Kasih pun dah nak masuk 2 tahun. Tapi mana yang boleh control lagi, saya cuba control. Apa pun, terpulang kepada masing masing. Anak sendiri, sendirilah buat keputusan :P


Jom tengok resepi bebola yang simple dan senang ni.

Bahan
Ikan / Ayam / Daging (saya suka guna ikan tenggiri / daging)
Bawang holland
Bawang putih
Halia
Daun sup
Bawang goreng
Brokoli / carrot
Tepung jagung / ubi
Garam / gula (kalau nak masukkan lah)
English herbs (saya suka letak oregano dengan rosemary tumbuk)

Cara cara
1. Masukkan semua bahan (kecuali tepung) dalam food processor ataupun blender pun bolehh, jangan buh air banyak pulak kalau guna blender. Tak payah halus sangat.
2. Dah hancur elok, letakkan dalam mangkuk. Masukkan tepung sikit demi sikit sampai boleh bentuk je. Jangan letak banyak sangat tepung, tak sedap nanti.
3. Bentukkan bulat bulat. Didihkan air, masukkan bebola. Bebola sudah masak apabila ia timbul.
4. Dah siap. Kalau nak frozenkan, simpan je dalam freezer.

Bebola ni saya suka buat daging atau ikan. Ayam rasa dia macam tak berapa best sangat. Guna sayur sayuran tu selain menambahkan lagi zat dalam bebola tu, ia juga berfungsi untuk elakkan bebola tu dari pecah masa kita didihkan ia. Selain dari rebus, bakar pun boleh terutamanya kalau buat bebola daging tu. Buat bulat bulat, letak cheddar cheese sikit dekat tengah, lepas tu bakar. Buat bolognese pasta untuk baby, nyum nyummmm~

Cubalah ye ;D

Friday, November 7, 2014

Farm In The City, Equine Park

Assalamualaikum,

Cerita yang lama tertangguh, sayang jugak rasanya buat macam macam aktiviti dengan family, anak dan suami tapi tak coretkan. Nanti satu masa bila rindu, bolehla jugak jenguk belek belek balik blog ni kan :)

Beberapa bulan lepas (tudia, punya lama haha), saya dan husband bawak Kasih pergi jenguk binatang binatang comel dekat Farm In The City. Bendanya dekat sangat dengan rumah MIL saya tapi tak pernah pergi. Sebabnya, M A H A L. Hehe. Tapi haritu takde arah kot, keluar breakfast alang alang lalu tepi tu jadi ajaklah husband singgah. Dia pun iyekan aje permintaan isteri anak ni.






 
Syok kan ? Kasih enjoyed the trip so much !

Tempatnya nampak macam kecil tapi penat dan puaslah berjalan dalam tu :) Bolehla bawak anak anak pergi melawat sana, best. Cumanya saya terfikir jugak, haihhhh budak budak zaman sekarang, nak tengok ayam, kambing, pokok pisang semua pun kena berbayar ye :) hehee

Oh, admission fees adalah RM 30 untuk seorang dewasa. Budak kecik macam Kasih tu free.

Bolehla masukkan tempat ni ke dalam korang punya weekend activity nanti ye !!

p/s nasib baik kakak kita bagitau gambar tak boleh view, kalau tak syok sendiri sampai ke sudah haha.

Thursday, September 18, 2014

Hari Malaysia di PD

Assalamualaikum,

Ini adhoc punya plan. Bangun awal pagi terus jengah dapur, semangat betul. Dah siap masak dalam pukul 11 pagi macam tu terus cakap kat husband, "jom kita berkelah makan makan kat luar, nak ?"
Dua pilihan, Taman Tasik ataupun pantai. Otak tu ligat je mikir nak berjalan kan.. walaupun cuti sehari nak jugak tu keluar :P

So, ke PD lah kita. Dengan dua orang lagi budak haa.. makcik makcik si Kasih tu la. Cikna dengan Ciktin. Terasa jauh pulak perjalanan nak ke PD kalini. Hari tu pergi rasa dekat. Tak sure last time pergi pantai area mana, tapi kali ni ajak husband ke Blue Lagoon. Sumpah jauh gila rasa.. sekali sampai sana nampak papan tanda "sempadan Negeri Sembilan/Melaka" hahahaha padanla jauh, hujung dunia nun.. ayoooo lain kali taknak dah la datang jauh jauh gini day trip. Dalam 4 lebih baru sampai, tapi elok jugaklah. Takdelah panas rembang.

Yang adik adik saya ni taktau plan nak ke pantai, memasing ingat nak pergi taman tasik je hahaha so mereka tak bawak baju mandi kihkih. Yang sengalnya, mama Kasih ni pun sama.. dah tau pergi pantai.. packing baju towel semua lengkap, sekali swimming suit Kasih tak bawak. Tahi betul. Kesian dia mandi pakai pampers kuikui. Pastu dah nak naik tu bogelkan aje terus. Alahai, sorry sayang Mama.. Lain kali kita pergi pantai Mama akan prepare semua barang elok elok k :)

Syoklah Kasih main air hari tu. Sampai kecut la jari. Pulak ada yang rajin melayan kan. Tak Papa dia.. Mama dia ada.. pastu Cikna dengan Ciktin pun ada. Semua take turn :) tq ye adik adik sebab semua rajin layan dan sayang dekat Kasih :)

Ok, jom mulakan pagi Khamis ni dengan bismillah.. Have a great day ahead !! Bai.

Wednesday, September 17, 2014

White Studio Photoshoot - 02092014

Assalamualaikum,

Ya ampun, bertahun tak menulis kat sini. Dah pencen agaknya aku ni hihi. Ni mana datang angin rasa nak update blog la pulak, nasib baik ingat lagi password, kihkih.

Last 02092014 adalah ulangtahun perkahwinan aku dan husband yang ke-3. Alhamdulillah, dalam pada banyak bercekau tu sampai ke angka 3 dah kita ye bang :P terima kasih sebab jadi suami yang terbaik, ayah yang terbaik untuk Kasih.

Jadi, untuk ada kenangan di ulangtahun yang ketiga ni.. Mama pun book untuk buat white studio photoshoot dekat Jabbe Production. First time bawak Kasih pergi buat photoshoot ni ya ampun, susahnya nak ambil gambar dia T__T










Sebahagian gambar yang diambil hari tu. Dalam masa sejam dapatlah dalam 400++ keping. Banyak candid aje la sebab si kenit ni ha tak reti duduk diam. Ada aje benda yang menarik perhatian dia hahah. Tapi bestlah, nanti nak buat lagi :)

Jabbe ni best tau, highly recommended. Walaupun baru hari ketiga bergelar pengantin baru dia tu rileks aje melayan kitorang bergambar. Sabar dan ceria, memang bestla..

Ok bai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...