Wednesday, November 14, 2012

Wordless Wednesday


Tuesday, November 6, 2012

Dinner For Two, I Love You ♥

Semua entry pun pasal makanan eh kat sini. Haha memanglah saya dasar si kuat makan 24/7 cerita pasal makan aje. Yelah, makan untuk hidup kan :P

Sebenarnya kan, kan.. Nak show off neh (haha siap bagitau ye nak menunjuk), semalam iols buat nasi goreng paprik. Ala ala sebenarnya pun, nasi tu goreng kosong je dengan ikan bilis tumbuk dengan bawang dan cili padi. Lepas tu goreng telur mata buatkan selimut nasi dengan masak paprik ayam. Alhamdulillah, sempat siapkan dinner sebelum suami sampai rumah. Hehe. Actually masa beliau sampai tu, saya tengah duduk menyusun paprik ayam dalam pinggan kat dapur nun. Dengar je orang bagi salam, terus jerit "Sayang, terus masuk bilik pergi mandi dulu ye. Jangan masuk dapur !"

Hahaha. 

Sebenarnya, bukan ada apa yang special pun. Saje saje sekali sekala rajin. Kalau tak rajin, semua letak dalam bekas, ha silalah cedok sendiri ke dalam pinggan ye :P



Dinner for two last night.

Suami dah makin pandai ambil hati saya lah sekarang. Tiap kali masak, mulut tu asyik puji sedap je tau. Hihik tak kisahlah puji ikhlas ke puji ambil hati ke, saya tetap gembira :P



Monday, November 5, 2012

Durian Crepe

Sana sini asyik duk sebut durian crepe je. Nak buat, memang tak rajin hehehe :D Pastu bila Mar tweet cakap dia order durian crepe ni, kebetulan orang tu pun boleh buat delivery ke area rumah MIL, apa lagi kan.. Lajulah saya pun order juga !


Dapat sejuk sejuk lagi time ni. RM 10 untuk 3 pieces ni.


Nyaman !!!

Saya rasa bukan penggemar durian pun boleh makan durian crepe ni, sebab sikit je durian dia.. Tak macam durian pancake kat MidValley tu, mcm durian dibalut dengan kulit tu aje. This is nicer ! Sedapnya rasa nak order lagi ;D


Sunday, November 4, 2012

Selamat Hari Lahir, Suamiku !

Hari ni hari lahir suami saya. Kali kedua menyambut birthday sebagai suami, kan sayang ? Saya tak ada apa yang istimewa nak bagi pada suami pun, nak masak special pun macam tak berapa larat (haha, ini alasan). Nak bagi hadiah mahal mahal, duit dah habis shopping barang baby (alasan lagi hahah).

Jadi, sempena hari lahir suami.. Saya rajinkan diri masuk dapur, masak special untuk suami. Dah 3 minggu lebih saya tak memasak ni, malas ahahah :p Kesian suami complaint dah dia jemulah asyik makan luar hahah.



Selamat hari lahir sayang, i love you so much !!


Resepi Chicken Wrap

Husband saya memang suka dan rajin sangat buat benda ni. Sebab ianya mudah, senang, sedap dan juga mengenyangkan ! Ni sambil sambil tunggu bini dia masak la ni, lambat sangat masak perut pun dah lapar kan jadi cari snack la dulu. 

Chicken nugget wrap ni senang sangat, tapi ada yang tak tahu kan nak cari mana bahan bahan dia tu. Meh saya share cara buat chicken wrap ni.



Bahan bahan ; coleslaw, tortilla wrap, chicken nugget, sos cili. Oh sebelum tu tortilla wrap tu sila bakar sekejap dalam oven dahulu ye. Kalau tak bakar, grill atas pan pun boleh. Ikut suka selera sendiri.

Cara caranya,


Sapukan coleslaw kat tengah tengah wrap. Susunkan chicken nugget dan letakkan sos cili.


Lipat kemas kemas untuk mengelakkan isi dia terkeluar. Saya punya inti tu terlebih muatan jadinya terpaksa lock dia dengan lidi tu :D


Sedia untuk dimakan ! Haha senang kacang goreng sangat kan. Tak perlukan tunjuk ajar pun semua orang dah boleh buat kan.

Kalau nak buat toasted twister macam hari tu pun, lebih kurang je cara dia.


Cuma kalau nak buat toasted twister ni, tak perlu bakar dulu dia punya wrap tu. Saya buat susun semua bahan dia dulu (salad, telur, ayam, tomato, mayo, etc) lepas tu balut dengan aluminium foil, masukkan dalam oven. Ting, dah siap ! Senang sangat dan sedap ;)


Saya guna wrap yang ni. Beli kat Giant cuma dalam RM10 kot. Tak berapa ingat exact price. Ada macam macam flavour ni. Sekarang wrap ni dah jadi benda wajib restock setiap kali groceries shopping ;)


Friday, November 2, 2012

Congo Bars

First time heard of this lovely cookies di Twitter petang tadi. Ada rakan Twitter yang buat, saya tergoda lalu terus buat malam ni :D hehe benda senang bolehlah terus buat kan.


Resepi Congo Bars
By : Bakerella

2 3/4 cup all purpose flour
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened
1 lb. light brown sugar (Oh my and thank you!)
3 eggs
1 teaspoon vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips
1 cup chopped pecans (optional)
By mixer:
Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then pecans.
By hand:
Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.
Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish.
Bake at 350 degrees for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake.

Ataupun versi yang dah ditranslate dekat blog Kak Ita Masam Manis :
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional

1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
8. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.



Ini sebelum dimasukkan ke dalam oven. Saya tak ada loyang yang nipis tu maka kita gunakah je lah apa yang ada kat rumah ye. Batter dia memang tekstur macam tu, bukan macam batter kek tu.


Masukkan dalam oven, lalu ditinggalkan selama 30 minit. Jadi, inilah hasil dia ! Rangup di luar, chewy di dalam ;)



Beginilah hasil akhirnya. I love it. Suami saya pun suka. Dah 4 ketul selamat dimakan pada malam ini saja. Senang sangat nak buat dia, tak sampai setengah jam pun nak sediakan batter dia tu. Cuma siapa tak suka manis bolehlah kurangkan sikit jumlah gula perang dia tu.

Selamat mencuba !


Thursday, November 1, 2012

Scan 4D

"Dah scan baby ??"

Ini soalan favourite yang selalu sangat ditanya orang, walhal soalan sebenarnya "Dah tahu jantina baby ke ?" kan, kannnnnnnn ? 

Saya buat monthly check up dekat Klinik Desa Subang. Nama pun Klinik Desa, kemudahan pun so so aje lah. Memang takde kemudahan apa pun pendek katanya :P tapi, saya suka pergi klinik desa ni. Paling utamanya sebab dekat dengan rumahlah. Nurse nya pun semua baik baik belaka, peramah, kita nak tanya apa apa pun senang hati je diorang jawab. Cucuk pun lembut je, kesimpulannya saya memang senang hati ke sana :)

Tapi, kontranya pula sebab tak banyak kemudahan, bila ada masalah ke apa ke terpaksa refer ke Klinik Kesihatan pulak. Nak scan pun, kena pergi scan sendiri. Nak scan berapa kali terpulanglah, tapi biasanya kalau kat swasta ataupun Klinik Kesihatan yang lengkap, setiap kali check up memang jumpa baby kan ? :) Bestnya boleh jumpa baby setiap bulan !

Saya pulak setakat ni cuma buat 3 kali scan je. Scan yang terbaru ni kitorang buat keputusan untuk buat scan 4D. Hehe saje gatal sebenarnya. 4D dengan details scan. Dah lama dah saya pun tak dapat nak recall minggu keberapa, dalam minggu ke 25 ke 26 macam tu lah. Sedang molek kalau nak buat 4D scan tu. Punyalah berdebar tahu tak nak buat scan tu, seminggu sebelum tu lagi dah tak sabar hehe. Sebenarnya tak sabar nak tengok ni boboy ke gegirl. Ikut muka mommy ke daddy ni hehehe. 

Saya buat scan ni dekat Hospital Umra, Shah Alam. Appointment buat secara atas talian, saya malas nak godek balik link tu lah. Kalau siapa nak buat under Ms Jezzlyn tu jugak, bolehlah search kat nama 3D 4D Scan Malaysia, nanti dalam tu ada link ke website untuk buat appointment tu. Ms Jezzlyn ni bukan buat dekat Umra je, dia pun buat dekat klinik kat Ampang dengan Seri Kembangan. Tengoklah sendiri kat situ yek :D

First time nak share muka baby dekat public ni tau.  

[picture has been removed]


Hehe, muka bapak dia :P

Lama jugak sesi memujuk baby supaya tunjukkan muka dengan jelas. Asyik mengiring lepas tu tangan tu tutup mukalah. Dah tangan tak tutup muka, dah elok tak mengiring, dia main tali pusat pulak dah.. Dah gambar muka ada segaris line tali pusat kat tengah tu hehe you are so funny la baby, geram tau ! Waktu scan tu, baby tengah syok tidur. Yelah nak buat apa lagi kan dalam tu, tidur aje lah. Muncung muncung mulut dia sebab kena kacau tidur hihi.



Best sangat buat 4D ni, rasa berbaloi bayar RM100. Sebab dapat banyak gambar dan juga video :) Hari hari boleh tengok. Tapi nak buat scan 4D ni terpulang dekat diri masing masinglah, siapa nak buat, buatlah. Siapa taknak buat, tak payah buat. Sebab ni bukan apa pun, cuma ala ala live streaming tengok baby dalam perut aje. Segala perkara details macam berat baby semua tu tak boleh diketahui dengan scan 4D ni. Itu kena buat 2D scan atau details scan. Tapi kalau tanya saya, mestilah saya jawab "Buat !!!" :D


Gegirl ke boboy agak agaknya ye ?


:D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...