Wednesday, May 16, 2012

Resepi Asam Pedas Daging


Tadaaaaa !

Ena, datang mood rajin aku malam tadi. Berjaya jugak aku masakkan asam pedas daging ni ha :P




Saya kan, first time makan asam pedas daging ni masa pergi Melaka lama dulu dah. Lepas tu terus rasa eee sedapnya asam pedas daging ni, nak nak lagi kalau part daging tetel tu kan perghhh sedapnya. Yang berlemak memang sedap je :P

Jadinya hari tu nampak Yun share resepi asam pedas daging ni, dah alang-alang bahan memang ada kat rumah itulah jadi santapan dinner saya dan suami semalam. Saya ikut resepi Yun sebagai panduan tapi adalah tambah-tambah bahan sikit macam bendi, tomato, belacan. Lepas tu sebelum blend bahan-bahan tu saya bakar dulu ikut petua orang Melaka ni ha. Alhamdulillah menjadi, tapinya nak tunggu daging tu empuk ya rabbi punyalah berejam. Sahih kena masukkan pressure cooker dalam wishlist ni !

Saya share resepi Yun kat sini ye, mekaseh Yun.


Resepi Asam Pedas Daging
By : Yun Nasir 

Bahan-bahan:
- setengah kilo daging lembu fresh...campur lah dgn tetel nya sket utk hasil berlemak dan lebih sedap
- 2 senduk cili kering (dah blend)
- bawang merah diblend (biasa guna sebijik bwg besar je)
- stgh cwn air asam jawa
- sebatang serai (di titik)
- seinci halia
- sedikit lengkuas (di titik)
- daun limau purut
- garam secukup rasa
- air 
- sesenduk minyak masak utk menumis


Cara-cara memasaknya:
1. panaskan minyak
2. tumis bwg merah, halia dan cili kering yg telah di blend. tumis sampai garing & naik bau 
3. masuk kan daging dan kacau rata
4. tuang air asam jawa. kemudian disusuli dgn air biasa. tenggelamkan daging
5. masak dgn api sederhana. kacau sekali sekala. sampai daging empuk. jika perlu tambah air lagi
6. sekiranya terlalu berminyak, cedok keluar minyak berlebihan
7. apabila gulai dh menggelegak, masuk kan serai dan lengkuas 
8. masuk kan garam ikut kesesuaian rasa
9. akhir sekali masuk kan daun limau purut



Kebetulan semalam berjanji dengan Ena nak masak lauk asam pedas sama-sama, so jenguklah sini nak tengok hasil masakan dia pulak -- ASAM PEDAS DAGING MEK ENA ;D



Tuesday, May 15, 2012

Happy Birthday my Baby V !

12 Mei 2011 - 12 Mei 2012

Genap setahun Baby V dengan saya, yayyyyy ! Masih mampu nak bayar ansuran bulanan, masih mampu hantar servis walaupun selalu merungut kenapakah mahal servis kat Toyota T_T, dan paling penting masih mampu untuk renew roadtax dan insuransnya. Alhamdulillah.

Bulan ni betullah, bulan Baby V menghabiskan duit saya. Dengan nak servisnya, nak renew roadtax dan insurans lagi.. Saya renew roadtax dan insurans guna Myeg je. Senang dan memudahkan sangat. Terutama untuk orang pemalas nak beratur dekat Pejabat Pos macam saya ni. Hehe. Jimat masa pun ye.

Siapa ada pengalaman renew insurans dengan Myeg ? Best kan. Senang sangat proses dia, cuma tinggalkan contact no, nanti diorang akan call kita. So akan bagilah details semua. Diorang akan isikan form, lepas tu bagi kita quotation. Kita buat bayaran, tunggu aje roadtax baru sampai depan pintu rumah ;D Saya hari tu lagilah kagum, saya bayar pagi dalam pukul 9 lebih. Lunch hour despatch Myeg dah sampai. Ek ehhhh magic betul diorang ni, servis sangat pantas. Diorang pun offer delivery waktu malam tau, after office hour. Sebab roadtax suami saya hari tu dia hantar ke rumah pukul 9 malam.

Terasa sungguh dewasa betul renew roadtax dan insurans guna duit sendiri ni. Hehe. Dah 26 pun kan, memang selayaknya lah kau rasa dewasa :P




Friday, May 11, 2012

Mi Bandung Muar

Hailaa mi bandung saya ni, entah layak dipanggil mi bandung ke tidak. Apsal ke cair benar kuahnya tu ? Saya syak saya terlebih letak air ataupun terkurang letak perencah. Haha. Ateeee masak pakai perencah je pun, tang mana silap taktahulah. Tapi rasanya dah OK !

Lepas tu telur pun tak berapa menjadi. Haha, hancur ! Patutnya nak bagi dia bulat molek je ala ala setengah masak tu wuiiii sedapnya. Tapi takpelah, ni pun dah kira ok dah bagi tekak saya dengan suami. Cuma lain kali saya akan cuba lagi, ada beberapa tips dah saya dapat pasal nak pekatkan kuah ni, thank you !






Thursday, May 10, 2012

Perencah Mee Bandung Muar Adami


Harap-harap dinner idaman hati menjadilah malam ni. First time ni !



Wednesday, May 9, 2012

Khas Untuk Bacaan Suami

Kebelakangan ni badan saya cepat penat. Kenapa entah, makin tua ke apa. Haha. Lepas Isyak je mesti nak tidur. Itu kalau balik kerja, baring-baring confirm memang boleh terlelap teruslah. Nak kata kerja kat ofis banyak sangat, tak juga. Sedang-sedang aje. Mungkin penat asyik duduk agaknya ke taktaulah kan.

Dan suami saya sangat memahami. Semalam saya dah siap keluarkan bahan-bahan nak masak, tapi sudahnya rasa penat tak larat pulak. Ajak suami makan dekat luar je lah. Suami saya tak pernah merungut selama ni kalau saya malas memasak. Kadang bila datang angin malas tu, straight seminggu saya gantung kuali pun pernah. 

So semalam pergi makan bubur nasi, suami risau tak kenyang jadi bungkuskan nasi goreng pulak lepas tu. Balik rumah, saya terus terlelap. Suami kejut dalam pukul 11 lebih suruh makan nasi goreng. Saya bangun, pergi hall baring-baring terlelap balik. Tak lama lepas tu suami kejut suruh makan jugak. Saya bangun makan. Saya jenguk dapur saya, dah berkemas. Kuali, periuk, sampah semua dah dikemaskan. Saya tengok mesin basuh saya pun dah kosong, suami dah tolong jemurkan baju. Ya Allah, rasa nak menangis T_______T (tapi lepas tu sambung tidur balik :P)

Banyak lagilah pengorbanan yang dah dia buat untuk saya. Belum campur lagi kesabaran dia melayan perangai saya yang macam budak tak matang ni. Serius, hanya orang yang tabah dan sabar je boleh tahan dengan perangai sebenar saya. Saya bersyukur dikurniakan suami yang macam ni, terima kasih Ya Allah.. 

Syg, walaupun I suka marah-marah kan.. Tu bukan sebab I tak sayang tau. Itu tandanya I sayanglah, baru lah I suka marah-marah walaupun benda kecik pun semua nak marah. See, betapa sayangnya I dekat you ok.. Benda kecik pun nak ambil kisah kan :p

Suami, I love you.


Monday, May 7, 2012

Tarikh Hari Ibu 2012

Saya ni setiap tahun mestilah lupa bila Hari Ibu. Asyiklah lupa, lupa, lupa. Setiap tahun pun kena google tarikh hari ibu ________ (isikan mengikut tahun)

Jadi, tahun ni saya taknak lupa lagi. Dan berharap supaya tidak akan lupa lagi pada tahun-tahun yang akan datang, insya Allah.

Untuk pengetahuan semua, tarikh Hari Ibu adalah berbeza mengikut negara dan tahun.

Bagi negara Malaysia, kita akan menyambut Hari Ibu pada Ahad kedua setiap bulan Mei. So pastilah tarikh tu akan berubah-ubah mengikut tahun kan. Dalam kes ni, pada tahun 2012 kita akan menyambut Hari Ibu pada 13 Mei 2012.

Phew~ saya harap saya tak terkeliru lagi tahun depan. Nak belikan hadiah apa ye untuk emak tahun ni ?





Sayang emak saya !!!



Tuesday, May 1, 2012

Senandung Malam, Bagan Lalang

Kitorang kalau nak makan seafood best dan murah, memang selalunya akan pergi Bagan Lalang. Kedai yang setia dikunjungi dari dulu lagi semestinya Senandung Malam, betul-betul sebelah padang tu. Dekat je dengan GoldCoast tu. Ada yang recommended HM Bagan tapi tak berkesempatan lagi nak try situ. Lagipun ikut piawai tekak saya, kat Senandung Malam ni memang dah lulus pun :)


Makanan untuk 4 orang termasuk dua ekor hantu raya belaan. Hahaha.

Cencaru bakar, siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, pepahat masak sweet sour, kailan ikan masin dan juga tomyam campur.

Ikan fresh, sedap. Ikan bakar dia wajib cuba tau, sebab sedapnya laaa pencicah dia tu ! Sotong goreng tepung pun, terbaik ! Kalau kat KL ni, mana dapat sotong goreng tepung macam ni. Kalau order sotong goreng tepung, mesti dapat cucur sotong -____________-"

Sedap dan murah sini. Semuanya campur air cuma RM75.



Tummy happy, kami pun happy !!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...