Friday, April 20, 2012

Blaus Hijau



Sebenarnya nak bagitau, blaus hijau bunga-bunga tu kitew beli RM 3 je. Hewhew.

:P


Muka dah makin mengembang, badan pun sama naik !! Seriously I need to do something !



P/s Ayu, dah upload full picture. Hehee blaus beli dekat FOS Warehouse :)



Thursday, April 19, 2012

Resepi Ayam Masak Cili


Resepi Ayam Masak Cili

Bahan-bahan

Bahan A *dikisar
3 ulas bawang putih *
1 ulas bawang merah *
1 inci halia *
1 biji buah keras *
3 tangkai cili merah *
7 tangkai cili padi *


Bahan B
4 ketul ayam
2 cawan air
1 keping asam keping
Setengah kiub pati ayam
1 biji tomato (belah 6)
1 sudu kecil kunyit
4 sudu sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan bawang besar

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar beserta dengan serbuk kunyit hingga pecah minyak.
2. Masukkan air dan juga asam keping.
3. Masukkan ayam. Biarkan merenih di atas api yang kecil sehingga ayam masak dan kuahnya menjadi pekat.
4. Masukkan kiub pati ayam, tomato, sos tomato dan juga hirisan bawang besar.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sehingga sebati, angkat dan sedia untuk dihidangkan.



Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday #16




Monday, April 16, 2012

Happy Weekend

Tahun ni memang tahun yang gembira, setakat ini. Oklah, perkara sedih tu memanglah tak dapat dielakkan, itu ujian dari Allah kan.. Tapi sekarang ni yang saya nak share, tahun ni memang saya gembira betul. Ramainya gadis favourite bakal menamatkan zaman bujang. Oh, ada yang sudah. Ada yang bakal.


Sabtu lepas, gadis favourite saya yang ini pulak bertunang.




She is soooooooooo beautiful, isn't she ?


Official photographer Zue adalah Cik Zaty, import baik punya.. Klang mari. Zaty pandai ambil gambar tau, cantik-cantik semua gambar dia ambil, kreatif, cun melecun semualah ! Ok Zaty, lepas ni boleh belanja akak ayam penyet, hehe.



Seronok saya dapat jumpa diorang berdua weekend lepas. Lama tak jumpa. Last jumpa Zue masa saya kahwin, 7 bulan lepas la tu kan. Zaty pulak, eh budak ni lagi lama gila kot tak jumpa. Last jumpa, dia masih budak sekolah. Haha ye saya kawan dengan budak sekolah -__-"

Selamat bertunang, sayang ! Semoga bahagia selalu, one step forward to the marriage life. 
:)



All pictures credit to Zaty's FB


Friday, April 13, 2012

Syukur

Saya pernah tulis pasal Kakngah tak sihat kan sebelum ni. Syukur alhamdulillah dua hari lepas doktor dah benarkan dia keluar wad. Ya Allah, tak tahu macam mana nak cakap lega sangat hati saya ni. Wad tu dah jadi rumah kedua mak ayah saya. Selama 2 minggu 4 hari berulang-alik ke hospital setiap hari. Mirah pun ambil cuti sebab nak bergilir dengan mak jaga Kakngah di hospital. Saya dengan Nina pulak kat sini, manalah pulak nak dapat setiap hari kan. Balik hujung minggu ajelah. Memang satu masa yang sukar untuk keluarga kami. Tapi takpe, akan mengharunginya bersama. Hehe kata family kan, we are really truly care for each other.

Semuanya bermula dari demam biasa je. Demam panas, sakit-sakit sendi semua. Masa tu Kakngah masih dekat Shah Alam. Adalah beberapa kali dia pergi Pusat Kesihatan tu, pergi Hospital Klang pun ada juga. Tapi cuma kena masuk air, dan tak kena tahan wad pulak. Saya risau tengok dia tak sihat, jadi ambil Kakngah duduk dengan saya sementara nak tunggu dia sihat. Kalau saya risau, mak ayah saya mesti lagi risau kan. Itu yang bila dengar Kakngah sakit, tak bertangguh lagi mak ayah saya terus dari Perak datang Shah Alam malam tu jugak nak jemput Kakngah balik.

Diorang bermalam dekat rumah saya, esoknya balik Perak. Singgah Hospital Ipoh, haaa terus kena tahan sampailah dua hari lepas baru boleh balik.

Tough times.

Mulanya demam jangkitan virus, lepas tu melarat ke suspek penyakit kronik. Ya Allah, saya tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan saya masa tu. Menangis mengadu dekat suami je lah yang boleh. Tapi heyyy saya ni kan kakak yang macho. Ahaks. Mana boleh menangis depan adik-adik, malu. Hahaha.

Sampailah beberapa hari lepas Kakngah called saya bagitau doktor pakar cakap negative. Menangis lagi. Tapi kali ni menangis happy. Hehe. Ya Allah syukur padaMu.. Alhamdulillah. Serius tak tahu nak cakap macam mana rasa susah hati tu tiba-tiba hilang. Rasa bahu pun ringan. Sebenarnya kan, perempuan ni memang suka menangis. Tu hobi dia. Hehehe. Sedih menangis. Suka pun nangis. Marah pun nangis. 

Adik saya sakit teruk juga awal awal tu. Sakit sendi tak boleh berjalan sangat. Kena pakai wheelchair. Nak mandi susah, nak makan susah. Mirah dengan mak lah bergilir jaga, nasib baik Mirah ada bolehlah mak rehat jugak kan :')

Tapi syukur, semua tu dah takde sekarang. Syukur sangat. Syukur. Cuma setiap bulan kena pergi buat check up dekat hospital, harapnya semua ok lepas ni.

Ada hikmah semua ni. Selama 3 minggu berturut turut saya dapat berkumpul, jumpa mak ayah adik beradik semua. Hehe ingat senang ke semua nak berkumpul satu masa ? Terima kasih untuk suami sebab faham keadaan ni, tak merungut pun dia bila setiap minggu kena balik sana. Thank you sayang. Takpe, masa ni je. Lepas ni kita balik rumah mama pula ye setiap minggu ? Hehe.



Anw, mak saya buatkan kek untuk staf dekat sana sebagai tanda terima kasih tolong jagakan Kakngah sepanjang 2 minggu ni :')





Friday, April 6, 2012

Big Plate, Subang Permai

Terasa nak makan western hari tu. Maka, kitorang pun nak try Big Plate, Subang Permai ni. Selalu lalu je takde rasa nak singgah pulak. Lagipun teringin nak makan mushroom soup dia yang femes tu. 


Muka dah sama kembang dengan bun -_-"


Order mushroom soup ni. Nak kata appetizer pun portionnya besar.. 


Dengan lamb chop.

Air pulak, jus nenas dengan tembikai.

KESEMUANYA FAILED BIG TIME !

Tak sedap langsung dari air ke makanan. Semuanya langsung tak kena tekak. Mushroom soup tu rotinya keras. Lamb chop daging tak lekang langsung, liat. Gravy tak sedap. Jus dia pulak rasa pelik, taktau apa yang peliknya tapi saya memang tak minumlah.

Lepastu sepanjang kitorang makan dekat sana, electric trips tu sampai 3 kali ! Tiba-tiba je bergelap. Hadoih, pleaselah improve. Harga makanan taknak murah pulak kan. Average price lah. Tapi kalau makan macam ni, RM 10 pun saya taknak bayar. Serius rasa berbuku je hati ni masa nak bayar. Rasa tak berbaloi sangat-sangat. 

Sejak bila Big Plate ni jadi tak sedap ha ? Saya first time datang sini tapi orang selalu war-warkan yang restoran ni sedap. Confidentlah nak try walauponnnnn restorannya nampak sedih je !

Elok tengah malam tu, saya dengan suami sakit perut. Ini taktahu lah nak salahkan makanan jugak ke apa. Tapi pengalaman makan kat situ agak sakit hatilah.

Harapnya kalau owner restoran terbaca ni, janganlah melenting.. Jangan marah. Tapi sila improve ye untuk tarik customers. Buat apa berniaga kalau customers tak puas hati pulak lepas tu. 

Sekian, terima kasih.


Thursday, April 5, 2012

Checked-in Hotel Pukul 1 Pagi

Tahu tak dua hari ni saya adalah tension. Grrrrr

Hari Selasa lepas, saya nampak ada notis tampal dekat lif bagitau yang hari tu (Selasa) 3hb tak ada air sebab nak betulkan paip pecah. Dari pukul 7pagi - 7malam katanya baru ada air.

Lepas tu, saya nampak notis baru sebelah dia. Sebab masalah paip tu tak dapat diselesaikan lagi, 4hb pukul 5 petang baru ada air. Ohhhhh, dah hangin dah time ni. Orang dah la tak prepare nak tadah air banyak-banyak sebab katanya 3hb malam dah ada balik kan.

OK, takpe. Saya berharap saya balik kerja semalam ada air, banyak kerja rumah nak setelkan semua. Suami saya pulak cuti. Pukul 6 saya call rumah, masih tak ada air. Apa ni, janji pukul 5 dah ada air kan. Dua hari takde air, short notis memang boleh bikin naik hangin. So waktu balik tu saya singgah management office, katanya masih tak ada air, orang tengah tengok. OK takpe, baru pukul 7 lebih pun time tu. Lepas Maghrib, saya ajak suami keluar makan.. Balik rumah dalam pukul 10 lebih berharap supaya ada air. Tanya management office, katanya malam ni orang tu tak dapat datang, esok pagi baru ada. Hoih, kau tak hangin ? Are you kidding me ? Saya ni dahla pagi tu mandi ala kadar je sebab takde air, malam ni langsung takde airnya kau nak suruh saya mandi mana ni ? Melekit tahu tak, cranky gila lah.

Suami kesian tengok saya, ajak pusing area sana cari hotel. Sampai pukul 11 lebih cari hotel takde yang berkenan. Ada yang mahal rasa tak berbaloi pulak, ada yang jauh takut jammed lah apa semua. Sudahnya, checked in hotel dekat area office saya ni ha. Pukul 1 pagi ye. Allah, mengantuk dan penat sangat dah saya masa tu. Nasiblah dapat jugak mandi, tidur dengan selesa boleh bangun lambat lagi tu sebab dekat dengan office. Hehee

Ni kalau saya balik jap lagi ni masih tak ada air, memang amukan ablasa jawabnya !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...