Wednesday, March 21, 2012

WW #14


03.09.2011


17.03.2012


Tuesday, March 20, 2012

Resepi Kek Batik Coklat

Ni kek yang terpaling senang sekali buat. Hehe. Mana taknya, susun-susun biskut meri je pastu sejukkan. Tak payah bakar ke kukus ke apa :p

Pada pendapat saya, resepi ni best.. Sedap ! Kaya dengan coklat. Lepas tu biskut meri dia pun masih rangup lagi sebab tak gaul sekali. Biasa buat patahkan lepas tu gaul sekali kan. Ni cara lain sikit. Anw, ini projek #GengBaking minggu lepas sebenarnya :)



Kek Batik Coklat
Resepi : @Sue-hasue

Bahan-bahan 

200 gm milo
250 gm butter
3 sb serbuk koko
1 tin kecil krimer pekat manis / 3/4 tin sederhana krimer pekat manis
Biskut meri secukupnya

Cara-cara

1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)

2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...

3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur

4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....

5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar   dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan 

6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.

7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis

8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...

Kalau nak senang, kacau guna whisk masa atas api tu ;)

Untuk tengok versi #GengBaking yang lain, boleh klik link di bawah :

1) Nano

Geng lain minggu ni kot ? Nanti saya update link !



Sunday, March 18, 2012

Projek Hujung Minggu

Weekend yang sangat busy, I must say.

Tapi seronok. Banyak yang saya nak share di sini. Bukan malam ni lah. Esok-esoklah.

Anyway, ini projek #GengBaking minggu ini. Saya tak pastilah lagi dua orang geng saya tu dah jadi ke tidak projeknya. Hehe.

Ini kek batik saya !




Sangat kaya dengan coklat. Dan sedap yum yums.

Resepi share kemudian, good night lovelies !!


Thursday, March 15, 2012

Oreo Event ; Hot Air Balloon

Asalnya nak tunggu gambar dari Na, tapi macam lambat lagi je. Saya update jelah dulu dengan apa yang ada :P

Jadi, inilah dia aktiviti saya minggu lepas. Merasa naik belon panas dekat Oreo event !

Thankyou Ceera sebab bagi tiket. Hehe awal pagi lagi dia dah tweet siapa nak tiket free naik belon panas, awal-awal lagi saya dah chop kekekeke :p Rezeki Na la jugak sebab kebetulan ada tiket lebih, saya tanya dia boleh pergi ke tidak.. 

Asalnya event ni Sabtu malam, tapi postponed ke Ahad pagi. Boleh tahanlah hari Ahad pukul 7 dah celik mata, mandi semua kan. Mana taknya, janji pukul 8.30 pagi jumpa dekat Padang Astaka. Dah sampai sana pulak, pak guard tu strict sangat pulak. Kereta takde sticker tak boleh masuk, sebab private event. Satu hal pulak nak kena jalan kaki masuk dalam ambil tiket dekat Ceera dulu. 


Orang tak ramai pun. Sebab ada dua sesi rasanya nak naik belon ni. Pagi dengan malam.


Keisha muka badmood je. Haha. Mula-mula sombong, biasalah tu lambat panas. Lama-lama dah boleh dukung :p



Tunggu tak lama lepas tu, Na pun sampai. Mika semangat gila OK. Siap tunjuk-tunjuk belon semua, excited dia. Sekali time nak naik, menangis beriyer-iyer. Hahaha. Siap cakap, nanti kalau naik adik menangis macam mana. 

Tapi betul pun, orang besar macam saya pun takut jugak naik. Sebab panas dalam tu, lepas tu dengan bunyi bising dia tu memang menakutkan. Dahlah siap kena panjat masuk dalam bakul belon tu. Saya ni dengan pakai skirtnya tak kira dah terselak sana sini. Hadoi, lain kali pakai seluar ok Izza !! Mana nak tau kena panjat begitu sekali T_________T


Perasaan naik belon panas ? 

Biasa je. Hahaha janji ada pengalaman kan. Setakat naik, lepas tu turun. Itu aje.

Minggu ni bukan Hot Air Balloon Fiesta dekat Putrajaya ke ? Bolehlah siapa yang rajin tu pergi sana, kan :D



Yang bestnya sebab dapat jumpa Ceera dengan Na. Ceera baru first time jumpa, Na tu memang dah berkali-kali tak boleh kira. Haha geng kacik lah katakan :p

Lain kali kita jumpa lagi, ok ;)



Wednesday, March 14, 2012

WW #13



Monday, March 12, 2012

Resepi Puding Karamel

Ni projek tertangguh, rasanya adalah dekat 2-3 minggu dah saya berniat nak buat puding karamel ni. Baru semalam  menjadinya. Hehe. 

Saya nak kongsi resepi ni, senang sangat. Tak sampai setengah jam pun nak buat dia. Eh, memang senang sangatlah. Siapa cakap tak reti tu memanglah dia.. First time saya buat puding karamel guna susu pekat manis, taktahu pula boleh jugak rupanya. Selama ni memang guna susu cair atau susu segar je.


Puding Karamel
Sumber : @Sue-Hasue
Resepi asal : emee @ myR

Bahan-bahan

3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat manis (saiz kecil) atau 3/4 tin saiz sederhana
7 biji telur ayam
1 cawan air
1 sk esen vanilla
1 sk tepung kastard

Cara-caranya

1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. Bila gula dah hangus(keperangan) keseluruhannya, tambahkan 2 sudu besar air. Ketepikan..nanti ia akan cair sepenuhnya..

2. Telur dipukul sedikit sahaja,cukup kuning dan putih telur sebati..pastu masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata guna senduk,baru masukkan air..kacau sampai sebati.

3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....adalah disyorkan puding tadi ditapis semasa menuang ke dalam loyang/bekas yang sudah berisi karamel tadi

4. Bakar menggunakan kaedah bain marie pada suhu 170c selama 45-5o min bergantung oven masing2 dan saiz bekas..

Puding sudah masak apabila permukaannya tidak bergoyang lagi..sejukkan dan telangkupkan di atas pinggan sesuai dan lebih enak dihidangkan sejuk2..

Selamat mencuba!


Yummy !!


Sunday, March 11, 2012

Resepi Kari Kepala Ikan Simple

Saya nak kongsi resepi kari kepala ikan yang simple ni. Ini versi tak guna santan ye.. Tapi memang simple habislah ni, kes takde barang kat rumah. Hehe.


Resepi Kari Kepala Ikan 

Bahan-bahan
1 ketul kepala ikan merah 
1 inci halia *hiris
1 ketul bawang putih *hiris
1/4 bawang besar *potong dadu
3 sudu serbuk kari *bancuh dengan sedikit air
Sedikit daun kari
1/4 tin susu cair F&N
1/4 cawan jus asam jawa
Bendi, tomato, kentang *ikut suka, saya letak carrot dengan kentang sebab takde bahan :P
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis halia, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air mengikut tahap kepekatan yang diinginkan.
3. Masukkan kepala ikan. Masak dengan api perlahan.
4. Masukkan sayuran. Selepas itu, masukkan susu cair. Agak-agaklah nak lemak tahap mana. Masukkan daun kari.
5. Akhir sekali, masukkan jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan.

 Simple kan ?

Ini bukan kali pertama saya masak kari. Tapi kali pertama suami puji, jadi saya percaya dengan resepi ni. Kekekeke. Emak yang ajar saya masak kari macam ni sebenarnya. Sesuai sangat resepi ni untuk yang baru masuk dapur macam ni saya ni sebab tak leceh dengan segala herba bagai tu kan, tapi rasanya tetap sedap.


P/s anw, thanks a lot Zie kakak sayang sebab baik hati buatkan watermark untuk saya  ♥ mmuah !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...