Read it at Chic's blog, and I find it sweet too.
Monday, October 24, 2011
Outing With Girlfriend
Weekend ni suami saya busy. Maka, saya ada baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak masa terluang ;) dannnnnn, bolehla keluar dating dengan girlfriend !! Selepas kahwin ni, agak susah untuk saya cari masa keluar dengan kawan-kawan.
<--- Nang if you LIKE
Ini first time jumpa girlfriend selepas saya berkahwin. Maknanya dah sebulan lebih kitorang tak jumpa. Janji jumpa di The Curve selepas saya kerja Sabtu hari tu.
Lunch together at Tony Roma's
Makan sampai senak perut terus jadi tak nikmat dah. Dah hujung-hujung baru saya teringat ada kawan cakap, portion kat Tony Roma's adalah besar maka boleh amik satu meal dan kongsi je T__T
Serius saya dan girlfriend adalah overload daging ye. Sumpah senak perut. Haha.
Macam-macam ceritalah keluar hari tu. Especially kehidupan selepas kahwin kan, biasalah orang tak kahwin mestilah teruja nak tau kehidupan orang dah berkahwin neh :p
Saya pun cerita-ceritalah, sampai termasuk cerita barang dapur ni..
Hari tu aku beli barang dapur murah.. Ayam seekor, ikan 4-5 ekor, sotong, sayur bla bla bla cuma bla bla bla
Dan tiba-tiba ayat saya terhenti kat situ sebab tersedar sesuatu.. terus spontan cakap
Eh, makcik-makcik sangat kannnnnnn aku ni. Cerita barang dapur murah ! Hahaha.
Serius eh, makcik-makcik sangat aku sekarang. Pagi-pagi lagi dah fikir dinner karang nak masak apa. Hujung minggu je buat list nak beli barang dapur apa. Lepas tu siap exchange resepi dekat Twitter lagi. Haha.
Sunday, October 23, 2011
Breakfast di Hari Minggu
Hari ni kami suami isteri bangun awal. Macam tak percaya je hari minggu senang nak celik mata :P
<--- Nang if you LIKE
Sebenarnya, En Suami kena kerja hari tu. Itula pasal kena bangun awal. Sempat pergi breakfast dulu tadi sebelum beliau keluar pergi kerja.
Dah lama sangat nak breakfast roti tau tak. Dapat jugak hari ni. Hehe.
Otak saya tengah merangka apa plan nak buat hari ni sorang-sorang kat rumah ni. Mengemas rumah, mungkin ??
Apa pun, happy weekend ye !
Friday, October 21, 2011
Kekecohan Melanda
Tadi, masa tengah enak menjamu selera.. Tiba-tiba terdengar bunyi benda jatuh dari siling. Saya ni dah la kaki menjerit, apalagi menjeritlah kan !!
Saya dan suami dua-dua serentak pandang siling rumah.
Abang, siling rumah kita berlubang !!
Haah lah, tapi selama ni abang tengok bertutup je.
Ee, tapi pelik kenapa boleh terbukak petak siling tuuuuuu ??
Suami ambil kayu, jolok-jolok balik petak siling yang terbukak tu bagi rapat semula. Saya siap suspen lagi sebab nampak kesan tangan kat petak siling tu, hairanlah macam mana benda tu boleh terbukak. Siap suruh suami check setiap bilik dan bilik air just untuk pastikan dalam rumah ni hanya ada kitorang berdua sahaja. Paranoid kan ?
Tau tak apa benda yang terjatuh dari lubang tu tadi ? Seekor tikus OK !!!! Maunya saya tak menjerit kuat gila macamkan ada apa je dalam rumah kan. Lepas tu, elok pulak dia berlari masuk ke laundry room. Ah sudah, dalam tu dah la barang-barang penuh gila OK.
Elok pulak tengah makan kan, nasib baik dah hujung-hujung memang dah nak habis makan pun. Saya dah tak selera dah nak sambung ratah lauk sebab ternampakkan si tikus ni tadi. Habis je makan, kemas meja semua.. Suami pun menjalankanlah tanggungjawab beliau. Apa lagi, menjaga keamanan rumahtangga kan :p
Habis tu, takkan saya pulak nak kena halau tikus tu keluar ? Gilakah saya seberani itu ? Tak tercapai dek akal.
Sebabkan saya ni penakut, dengan semua benda pun takut.. Maka suami buat benteng kerusi dan kotak dekat pintu masuk dapur dan suruh saya sembunyi kat situ sementara beliau cari tikus tu dan halau dia keluar rumah.
Benteng kotak dan kerusi untuk si isteri penakut bersembunyi daripada seekor tikus "-,-
Lepas saya dah sembunyi selamat-selamat di sebalik benteng tu, suami pun memulakan tugas beliau.
Hahaha. Mencari tikus tadi dan halau dia keluar. Ya Allah, ingat senang ke ? Itu pun dah tutup semua pintu bilik yang lain, lepas tu dah siap keluarkan barang-barang dalam tu, lepas tu dah siap buat macam laluan untuk si tikus ni ke pintu lagi.
Dari laundry room dia berlari ke hall, saya yang dok mengintai dari celah dapur ni yang jadi tukang sorak suami. Haha. Akhirnya suami berjaya halau si tikus ke arah pintu tapi malangnya dia pergi menyorok dekat belakang pintu pulak !! Tah macam mana suami buat, akhirnya tikus tu berjaya keluar dari rumah kami hidup-hidup. Clap clap clap !!
Tapi dah satu kerja pulak saya nak kena mengemop satu rumah T____T
Fuh, setengah jam yang cukup saspen bagi saya dan suami ! Keranamu si tikus, laju saya update blog malam
ni tau !
Ruang tamu yang tunggang langgang diserang tikus. Nasib rumah saya ni masih kosong, tak banyak perabot. Takdelah banyak port si tikus nak sembunyi. Hahahaha.
Wednesday, October 19, 2011
Tuesday, October 18, 2011
Drama Di Dapur - 3D !!
Siapa yang kenal rapat dengan saya, memang sedia maklum saya ni seorang perempuan emosional. Haha. Entah-entah siapa yang tak kenal rapat pun boleh hidu perangai buruk ni kan. Ni saya nak ceritakan satu kisah teladan. Jangan ada yang ikut perangai buruk ni, OK ?
<--- Nang if you LIKE
Semalam, suami cakap nak tolong masak di dapur. Saya cakap OK. Suami gembira. Sebabnya saya ni pantang beramai-ramai di dapur yang sempit sebenarnya. Nanti saya rimas lalu takde mood nak masak. See, perangai buruk #1.
Lepas tu entah kenapa saya naik angin pulak. Haha. Sebab susah nak bergerak. Yelah, macam saya cakap dapur saya tu tak besar mana. Suami menghalang laluan saya, lalu saya berasa tak selesa. Bila tak selesa, mulalah muka nak masam. Pastu membebel-bebel ; perangai buruk #2. Ya Allah apa punya perangai ni.
Disebabkan saya membebel, suami terhiris jari beliau masa tengah potong bawang. Saya syak suami stress dengan suara saya bising. Kesian suami saya, happy-happy nak tolong isteri di dapur tapi isteri dia buat perangai macam ni pulak. Serius, saya taip entry ini dengan rasa bersalah :(
Bila saya dah moody semalam, terus tak ada mood nak memasak. Keluar dari dapur, menyendiri di dalam bilik sambil melayan twitter. Habis saya kena tazkirah dengan Lilred sebab perangai buruk ini. Haha thank you babe kerana reply yang membuatkan saya berfikir panjang selepas tu.
Bila dah sedar memang salah sendiri, pergi mintak ampun maaf dengan suami atas perangai buruk tadi. Lepas tu ajak suami masuk dapur, jom kita masak sekali jom olololor kuchi kuchi :p Tapi suami dah tak ada mood, haha. Kesian dia, yelah saya sendiri pun tak pernah terkena pisau di dapur setakat ni. Dia yang baru sekali dua nak menolong dah terkena kan. Mintak maaf ye sayang, ikhlas dari hati ni.
By the way, inilah masakan yang terhasil di sebalik drama di atas.
Suami request nak tolong masak sayur tu sebenarnya. Saya mula-mula bagi. Tapi bila asyik bertembung je ulang-alik di dapur, saya naik angin pulak. Crazy womannnn.
Moralnya, kalau suami nak menolong di dapur.. Bagikan aje. Sekurang-kurangnya dia nak menolong kan. Sampai bila kita larat nak uruskan hal rumah seorang diri. Saya patutnya bersyukur ada suami macam ni, yang ringan tulang.. Yang tak berkira nak menolong isterinya.. Betul, semua salah saya. Jangan join tazkirah sekali tau, sebab saya dah insaf :D
Sayang !! Thank you for everything. Saya janji selepas ni akan berubah perangai jadi lebih baik ye. Lepas ni, kita masuk dapur masak sama-sama ye ? :)
Oh, yang menambahkan lagi rasa bersalah saya kan.. Pagi tadi masa on the way ke ofis, bercakap telefon dengan En Suami.. Beliau bagitau saya,
Sayang tau tak, semalam kan masa kt ofis, abang rasa rindu sangat dengan sayang. Nak cepat-cepat balik rumah, nak tolong sayang masak boleh spend masa sama-sama.. #PDA
Sedih saya ! Rasa bersalah pun iye ! Mintak ampun mintak maaf ye abang !!
T_______________________________________________________T
Monday, October 17, 2011
Hari Minggu
Hi !
It's Monday again !
Pagi-pagi lagi otak saya dah ligat berpusing fikir nak masak apa untuk dinner nanti. Saya je ke yang macam ni, ataupun korang pun macam tu jugak ye ?
En Suami dah siap pesan pagi tadi,
Sayang janganlah masak banyak-banyak sangat. Nanti abang terpaksa makan banyak jugak. Abang nak diet ni.
Haha, sooooo comellah kamu ni sayang ! Lepas ni jangan complaint ye kalau saya masak nasi tak cukup :p
<--- Nang if you LIKE
It's Monday again !
Pagi-pagi lagi otak saya dah ligat berpusing fikir nak masak apa untuk dinner nanti. Saya je ke yang macam ni, ataupun korang pun macam tu jugak ye ?
En Suami dah siap pesan pagi tadi,
Sayang janganlah masak banyak-banyak sangat. Nanti abang terpaksa makan banyak jugak. Abang nak diet ni.
Haha, sooooo comellah kamu ni sayang ! Lepas ni jangan complaint ye kalau saya masak nasi tak cukup :p
Hujung minggu hari tu biasa-biasa aje. Except for last Saturday, birthday kawan saya..
Cepat pergi wish birthday dekat dia !
Lepas tu, Sabtu macam biasa.. Kerja half day, tapi dah macam full day. Patutnya balik pukul 1.40 petang tapi lajak sampai pukul 3 lebih ke pukul 4 entah. Lagipun hujan lebat gila kan Sabtu hari tu. Nasib baik dah siap pesan dekat suami, tunggu saya message baru gerak ambil saya. Oh, merasa jugak saya pergi balik kerja berjemput berhantar :p Walaupun cuma hari Sabtu je berpeluang macam tu :)
Lepas suami jemput di ofis, kitorang terus balik rumah mama kat Seri Kembangan. Ni memang rutin setiap minggu ni. Kalau tak balik bermalam pun, akan balik sekejap hari Ahad :)
Sebenarnya kan.. Kan.. Saya teringin benar nak pergi book fair dekat Maeps tu. Tapi tak sempat. Nak pergi beli Shopaholic Series sebenarnya. Tahun depan ajelah kita pergi beli ye T____T Siapa pergi sana ? Best tak ???
Subscribe to:
Posts (Atom)













