Thursday, October 6, 2011

Say Hello to Unifi

Sekarang memang dah ramai sangat bertukar ke Unifi kan ? Termasuklah yours truly. Haha.

Sebelum ni, masa bujang.. Saya selesa dengan broadband saya tu. Lagipun connection di Cheras OK je. Laju jugak. Tapi bila dah kahwin dan pindah ke Shah Alam, Ya Allah menyirap darah tak boleh nak online langsung ! Mana taknya, dapat connect seminit, putusnya berjam-jam. Selalunya saya fed up dan malas nak layan internet dah. Layan suami lagi bagus. Eh. #PDA

Sampai satu tahap dan dekat 2 minggu pun tak dapat nak online dekat rumah, panas hatilah kan. Kita bayar, tapi servis macam tu pulak. Kasi pancung sama dia, pasang Unifi lagi bagus. Lagipun sana baru je pasang kabel Unifi semua, memang takde masalah.

Kitorang subscribe VIP 5. Yuran bulanan RM 149. Untuk VIP 5 ni, apa yang dapat sila refer gambarajah di bawah ye :p (dah macam jurucakap Unifi pulak. Haha)
Kos pemasangan ? RM 0. FREE :D Ada promotion rasanya time ni. Kalau tak, nak pasang telefon rumah semua tu dalam RM 200++ jugak. Saya sebagai queen of cheapskates mestilah tak lepaskan peluang kalau boleh berjimat ni kan :)

Tadi saya check website Unifi kan, terperasankan annoucement siapa buat online registration.. Dapat free 1 month subscription. So siapa nak pasang Unifi tu, elokla korang pergi sana tengok :p

Sebab dah pasang Unifi, Astro saya relocate ke rumah mak ayah. Channel HyppTV yang kita dapat bila subscribe Unifi tu tak banyak mana pun. Tapi OK lah untuk kitorang yang tak berapa tengok TV ni. Broadband pulak kita kasi terminate. Puas hati :)

Best pakai Unifi, korang pun pakailah jugak !


<--- Nang if you LIKE

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #7





<--- Nang if you LIKE

TGIF

Ehhhhhh, belum Friday lagi dah TGIF ???
Hehe, kat sini everyday is Friday kan.. First time saya dan suami cuba makan di sini.


Lamb chop - RM 46.90

Suami sebagai penggemar kambing confirmed akan pilih lamb chop je di mana-mana western restaurant pun. Saya pun penggemar jugak tapi kali ni rasa nak cuba benda lain pulak.


Steak - RM 56.90

Saya pilih Tennesy Steak. Adalah sedap tapi tidak memenuhi expectation saya. Rasa lamb chop jugak yang sedap. Haha. 

Lain kali saya nak cuba lamb chop di Suzi's Corner pulak lah. Boleh tak En Suami ?

Harga keseluruhan menu di atas beserta air dan juga service charge dan tax adalah RM 142.45. Sekali-sekala bolehlah. Hari-hari memang botak T_T

P/s Baru update harga sebab ada yang tanya. Betul jugak kan, kadang kita teringin nak masuk tapi tak tau range harga macam mana, so sini saya letak sekali ye :D Zue, next time I nak try Gardens pulak :D (eh, bukan kat atas kata nak pergi Suzi's ke? #dasarkuatmakan)

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, October 4, 2011

#GengShopping

Hari tu, masa sembang-sembang dekat Twitter.. Ayein ajak shopping di alam maya beramai-ramai. Sebab pembelian kena secara pukal. Hihi. Tweet punya tweet, saya terpengaruh sekali. Mula-mula diorang mentioned tu, saya buat tak nampak je. Ater, gaji tak masuk lagi time tu. Iman pun masih teguh lah kan. Sekali gaji dah masuk, terpengaruh dibuatnya. Nasib berjaya mengawal diri, order dua helai je. Hihihihi.

So, Ahad lepas pergi rumah Ayein kejap. Jumpa tokey baju ni ha. Korang tak tahu, masa bungkusan baju-baju tu baru sampai kat tangan dia, dah macam Indon jual baju je. Semua #gengshopping duk request dia try dan twitpic baju masing-masing. Haha masing-masing tak sabarrrrrrr.


Tokey baju dengan anak bujangnya yang handsome. Kemain kuat mengentut ok si Aryyan ni. Nasib laaa awak ni wangi. Haha auntie tengah nak amik aura baby ni. Eh. #justsaying

By the way, kualiti baju yang dibeli adalah memuaskan hati. Bolehla kita second batch nanti ye? Ok ow, En Suami dah jeling. OK tak tak.. :P

<--- Nang if you LIKE

Monday, October 3, 2011

Wedding Gifts Wishlist

#kelaskaujah siap ada wishlist kan :p

Alkisahnya hari tu colleague saya telefon tanya saya apa lagi barang yang saya tak ada, dia nak belikan. Saya cakap tak payah apa-apa lah.. Buat segan je mintak nak apa kan :p

Tapi kawan paksa jugak cakap, terpaksa la saya cakap apa yang saya nak. Hahaha. Terpaksa kata kau.
Saya cakaplah,

Kalau boleh teringin nak ada oven.. Tapi oven mahal lah. Lagipun mixer tak ada. Takyah la, beli je la apa-apa pun tapi taknak set pinggan mangkuk, tu dah banyak.

OK, letak phone.

Lepas tu cakap dengan En Suami, Eeeeee macam melampau kan cakap nak oven. Karang dia belikan karang, segan. Haha.

Lepas tu sms colleague saya tu,

Kalau nak beli barang eletrik, tolong belikan blender je dah lah. Tak payah susah-susah sangat, segan I tauu.. *srious segan ok.

OK, habis cerita perbualan kitorang.

Kemudian hari tu, ada meeting dekat HQ. Meeting antara directors lah. Saya tak terlibat. Tapi masa break hari tu, diorang duk tarik-tarik saya masuk meeting room sekali. Rupanya diorang nak bagi wedding gifts kat saya la uols. I malu tau, terharu rasa panas pipi ni. Nyaris tak nangis T____T


Tekalah dapat apa ??

Mesti boleh teka punya kan ! Saya dapat semua di atas ok ! Oven, mixer, blender, hair dryer dan tumbler !!!! :')

Tengok tu saya punya nervous dan touched sampai dah tak boleh nak senyum. Hahaha. Untuk diorang, terima kasih buat surprise macam ni. Serious saya terharu tau, terima kasih sangat !

<--- Nang if you LIKE

KL - Kuantan - KL In One Day

Semalam saya dan En Suami buat satu kerja ekstrem. En Suami ajak ke Kuantan, ada kenduri kawan dia. Saya ikut je tapi syarat kena balik sebelum malam sebab malamnya girlfriend nak datang rumah. Soooo, ke Kuantan lah kitorang semalam. Gerak dalam pukul 9 lebih, singgah breakfast dekat Genting Sempah.


Weeeeeeeee !!! Lalu area nak ke Genting tu bukak tingkap. Berkabus, angin sedapnya. Rasa nak singgah aje. Hihihi.

Konon nak gilir drive dengan suami. Sudahnya kelaut. Cik Isteri tertidur dalam perjalanan. Hahaha.
Sampai rumah kenduri agak awal. Dalam pukul 12 lebih macam tu. Makan-makan dan terpaksa gerak awal, tak dapat nak tunggu ketibaan pengantin sebabnya 2.30 petang baru nak sanding.. Ada program lain ni..


Singgah rumah Na kejap dah alang-alang sampai Kuantan ni kan. Mulanya malas nak kacau, mek ni macam busy buat kek je, ateee orang dah jadi tokey kek kannn :P tapi memikirkan dah alang-alang, jadi singgah la kejap rehat-rehat sebelum gerak balik KL. Pernah pergi dah rumah Na ni dulu, tapi nak suruh saya ingat jalan memang taklah, dulu pergi pun orang yang bawakkan. Hehehe.


Yang penting, dapat merasa pavlova Na yang sedap itu. Saya baru bercita-cita nak buat, dah ada orang buatkan bagi rasa lagi best kan. Tu jenuh nak snap gambar pavlovanya, duk berebut buah dengan Mika. Ahahaha.


Mika ni lagi kamcing ngan acik (pakcik) lah. Dengan tatak (kakak) ni dia taknak main sangat. Amboi, memilih ye ! Oh, ek ehem.. Mika panggil En Suami acik, tapi panggil saya tatak. Cemane tuuuu, lalalalaa :p


Gerak balik KL dalam pukul 4 lebih kot, selamat sampai KL dalam pukul 8. Selesai sudah cerita hari Sabtu kami :D

<--- Nang if you LIKE

Saturday, October 1, 2011

Bayar Bil Starbucks Dengan TnG

Ha, korang tahu tak macam-macam boleh buat dengan kad Touch n Go ni. Bukan sekadar nak bayar toll je. Banyak lagi kegunaan lain seperti guna naik pengangkutan awam, bayar tiket wayang, bayar parking..

Dan..

Boleh juga guna untuk bayar minum kopi yaww ! 



Tukang belanja :p


Tukang poww, hehe !


Senang jugak guna kad ni. Nak-nak pulak En Suami memang pengguna Touch n Go yang setia.. Rebate dapat memang banyak.. Kalau nak beli tiket wayang guna kad TnG pulak, boleh beli dekat e@Curve. Tempat lain saya tak pasti :D

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...