Tuesday, September 20, 2011

Sekeping Gambar


Saya suka gambar ni, thank you girlfriend kerana share gambar ni dengan saya :D Sesungguhnya saya memang takde gambar kahwin sendirian berhad punya, yelah bila masanya nak bergambar guna kamera sendiri kan.. Kata kahwin :p So saya banyak tengok gambar kawan-kawan dan family tagged dekat FB je. Tak sabar owh nak tunggu gambar dari official photographer. Wihihihihihi.

Thanks pada yang share gambar dekat FB ye ! 

<--- Nang if you LIKE

Monday, September 19, 2011

17th September


Alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan kami. Lepas ni tak payah nak fikir dah hal majlis ni semua, kita fokus pada kehidupan berdua pulak, cewahhhh :p 

Thanks sangat pada family yang banyak tolong dalam menjayakan majlis ni.

Dan thanks juga kepada yang datang, seronok tengok nampak ada muka-muka blogger yang datang. Hihihi, harap-harap lepas ni boleh jumpa lagi ye :)

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #5

<--- Nang if you LIKE

Wordless Wednesday #4

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, September 13, 2011

Izzatul Azma cantik seperti model


OMG ! Siapa yang google ni ? Siapa ? Siapa kamu di Shah Alam yang google ni ??? Kamu cari apa sebenarnya ni ?

Keji okeh. Haha dan sangat kelakar. En Suami gelak guling-guling, nak-nak lagi part

izzatul azma cantik seperti model

HAHAHAHAHA !!!

Sorrylah kecewakan kamu wahai si penggoogle. Saya ni takdelah cantik seperti model, tak juga paling cantik. Tapi izzatul azma love aziim tu dah betul dah tu :D

<--- Nang if you LIKE

Minnie Mouse

Sambungan entry beraya sebelum ni. Balik dari rumah Farihah, lepas Maghrib ada makan-makan pulak dekat rumah ex housemate. Ee, makan-makan saje. Hihihihihi, jaga-jaga Cik Salmah, awak tu ada satu lagi majlis minggu ni.. Karang baju sanding tak muat tak tahu ayokkkkkkkk *gulp!

Ye, gambar ni tak ready. Motif nak letak jugak sebab nak tunjuk tuan rumah tu :D Dia kannnnnn, ada baby gegirl kannnn yang comel sangat. Dah lah manja pulak tu. Manja dengan saya jelah, sebab dah biasa dengan saya sebelum ni. Kesian En Suami, dipujuk-pujuk nak pegang si gegirl tapi gegirl lari. Hahaha. Budak-budak tak suka kamu la sayang, lalalaa.

Ololooorrrr, muka manis ayu je. Senyum simpul malu-malu, haish. Geram.

Ini paling geram. Tengok gambar ni, rindu pulak kat ini budak. Grrr ! Tengoklahhhh senyuman dia tu, mencairkan hati.. Macam Minnie Mouse kan muka dia ? Haha, kena belasah dengan ibu dia karang cakap anak dia Minnie Mouse :p Babies are cute indeed.

Ops, jangan tanya bila nak ada anak pulak ye.

I baru 2 minggu kahwin, rileks la dulu !


<--- Nang if you LIKE

Monday, September 12, 2011

Pergi Beraya

Baru semalam saya sempat beraya dalam erti kata memang betul-betul beraya. Minggu sebelum tu kan ke kahwin. Manalah sempat nak ke mana-mana, raya kedua pun orang dah pasang pelamin semua. Otak pun mana dan nak rileks.. Fikir banyak benda. Syukur semuanya dah selesai :) Eh, belum selesai sepenuhnya. Minggu ni selepas majlis bertandang sebelah lelaki, selesailah, alhamdulillah. Semoga semuanya dipermudahkan.

Hari tu Farihah tweet buat makan-makan di rumah dia. Saya pun naklah pergi beraya :)

First time jumpa Farihah. Such a nice lady. Sebenarnya saya penyegan nak pergi ke tak, nak pergi ke tak.. En Suami pun kata ok je, last-last saya pun beranikan diri ajelah pergi beraya rumah dia :D

The foods were great. Sedap. Ayam masak merah yang pedas tak hingat nasib saya ni orang Perak reti makan pedas :p Cheesecake yang yummeyh, apa lagi ye. Oh, dan ada satu kuih tu.. Sedapppppp, saya tak tahu apa namanya. Pendek kata, everything was good :D Tak terasa baru jumpa pun, sebab kitorang pun rajin bertweet. Semua makanan hari tu dimasak sendiri ok, rasa kagum :D Untung Incikkaseh oit ! Haha.

This is Farihah's little brother. Tengok muka dipaksa ke apa tu bergambar dengan kakak. Handsome betul budaknya. Hihi. Dan lasak. Jangan main-main oh, silap gaya boleh kena smackdown dengan Dedek ni :p

Thanks babe atas layanan mesra anda membuatkan saya dan En Suami selesa di sana. Hihi.

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...