Monday, August 15, 2011

Ramadhan 2011 - Day 13

Hari ke 15 dah kan hari ni, lebih kurang lagi 2 minggu untuk kita berpuasa :)

Minggu lepas kan kite kan balik kampung kan. Menu iftar mestilah sedap dan best belaka !!

Penuh meja makan weeeeeeeeee ~

Sotong masak lemak. Err tengok ni lapar pulak rasanya T_T

Ikan masak asam.

Ayam percik. Adalah beli.

Yong tau fu. Juga adalah beli.

Juga beli :D

Yang bestnya kan, semalam kan emak saya buat karipap frozen buat bekalan anak di perantauan. Untuk dua tiga hari ni tak payahlah nak pergi beli kuih kat bazar dah. Emak buat popia jugak tapi tak sempat siap. Itulah emak, kalau anak balik kan.. Semua benda kalau boleh nak buat. Thanks emak ♥

<--- Nang if you LIKE

Back in KL

Yuhuuuuuu ! I'm back in KL again ! 3 hari tak online, tsk..

Weekend yang sungguh busy bagi saya. Penat amat sangat. Jumaat lepas saya pulang ke rumah. Rasanya ni last balik kampung sebelum raya dan majlis la kot. Mana taknya, lagi 2 minggu aje pun kan kita nak raya *gulp*

So balik kali ni Alhamdulillah segala hal tertunggak dah setel. Dah jumpa mak andam saya, dah tengok design pelamin.. Baju pun dah siap. Eee sukaaaaa sangat ! Harap-harap kite pakai nanti cantik :p

Tukang inai pun dah booking. Hmm, yang tak setel lagi hiasan bilik tidur lah kot.

OK itu saje saya dapat recall buat masa ni. Nak tidur, tata.

<--- Nang if you LIKE

Friday, August 12, 2011

Aktiviti Lunch Hour Hari Jumaat


Lemau gila dua hari berturut-turut tak bangun sahur. Bangun setakat togok air tepi katil. Ayah call, sambil pejam mata je jawab.

Haaa, bangunnnnnn

Ye ayahh, bangun dah ni (mata pejam)

Sahur apa hari ni ?

Minum air je kot

Alaa, sian anak ayah..

T____T

Letak je phone, minum air tepi katil lalu terus sambung tidur. Tehehee syttt Nyna, jangan bagitau ayah aku tak bangun. Nanti ayah taknak kejut aku dah :D

Btw, ini aktiviti saya lunch hour hari Jumaat ni. Kesian Baby V dah 2 minggu saya tak mandikan dia. Kotor sangat stok boleh conteng-conteng badan dia tu.

OK bai jangan jeles hari ni kita berbuka puasa kat kampung lepas habis kerja karang terus zas nak pulang ke Perak :D


<--- Nang if you LIKE

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan 2011 - Day 11


Hmmmmm, bulan puasa ni cepat penat lah kan. Saya kan selepas berbuka je, golek-golek kejap je dah hanyut. Lepas tu kena bebel dengan ayah sebab tak pergi terawikh. Hehe.

Hari ni gerak dari ofis pun dah lambat, pukul 6 baru keluar. Lepas tu singgah kedai sekejap nak cari maggi ayam, pasalnya teringin sangat :D

Sedia untuk memasak :D Lesung tu hiasan je kat situ, takde kena mengena dengan masak maggi eh. Jangan terpedaya.

Jadinya, inilah menu berbuka saya hari ni. Semangkuk maggi ayam special dengan yogurt bliss limau nipis dan timun.

Tumis bawang, masuk air, masukkan ayam + fishball, masukkan maggi dan pecahkan telur. Hidang panas-panas makan dengan sambal kicap. Walllahhhhh !!

Sebab hari ni saya sorang, maka bolehla berbuka macam ni. Selalu Kakngah ada kat rumah saya, hari ni sorang-sorang boring pulak. Hehe. Takpe, esok nak balik kampung. Yeay

:D

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan 2011 - Day 10

Wah kejap aje dah hari yang ke sepuluh kan. Dag dig dug sungguh lah !!!

Hari ni saya berbuka puasa dengan En Tunang di G*lam Mee, Kota Damansara. Selalu lalu depan kedai tu tapi tak pernah singgah. Hari ni duk google "kedai makan sedap area Kota Damansara" asyiklah keluar G*lam Mee tu. Jadinya mau try :D

Dia pesyen gerai kecik-kecik ni. Satu gerai air, gerai desserts, gerai nasi campur, gerai mi dan sebagainya :D So, saya nak cuba mi goreng daging, En Tunang pulak setia dengan nasi campur sebagai menu wajib berbuka :p


Kurang menyengat lah. Maybe kedai ni overrated kot :p rasanya no more visit to this restaurant kot.

Saya di hari yang ke sepuluh. Berat pi mai pi mai tang tu jugak dia. Tak 54, 53. Grrr bila kamu mau bergerak ke 50 ni penimbang hoih.

Rasanya saya adalah seorang paranoid kot. Dan obses body kurus cung melecung. Eh mau tak paranoid kot. Better baju nikah saya longgar jadi masih boleh alter daripada jadi sendat kan !

OK, jom tidur korang. Esok nak bangun sahur kan ;)

Goodnight peeps !!!

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, August 9, 2011

Siapa Yang Tak Hormat Siapa ??

Tengah hari tadi saya pergi pejabat pos. Saya nak beli setem. Untuk beli setem pulak, tak payah nak ambil nombor giliran kan.. So agak ramailah jugak tadi yang beratur untuk beli setem kat kaunter tu.

Dalam orang ramai-ramai beratur ni, tiba-tiba ada pakcik ni menyelit belakang saya. Sebenarnya dia nak menyelit depan kot, tapi saya tak kasi :p

Persoalan saya, pakcik ni tak hormat orang yang beratur panjangkah ?

Ataupun kita budak muda yang tak hormat taknak beralah dengan pakcik yang lebih tua ?? Hmmm ??


<--- Nang if you LIKE

Monday, August 8, 2011

Ramadhan 2011 - Day 8

Hari ni berbuka simple aje.

Bihun (bihunnn lagi ??) sup daging. Tak stone sangat tapi syukur, ada jugak rezeki kan.

Dan juga popia goreng ini. Setapppppp sangat okeh. Seriously setap gila. Dah beberapa hari berturut-turut mengadap popia ni aje. Kakngah beli kat param Seksyen 7, Lan Popia tak silap nama dia. Kalau silap, mintak mahap :p

Bulan puasa ni kan, saya cepat sangat mengantuk lah. Pukul 10 macam tu mata dah terkebil-kebil. Kalau cakap phone dengan En Tunang pun lalok je, entah berapa kali terlelap.

Oklah korang, saya nak tidur dulu. Tata.

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...