Monday, August 8, 2011

Ramadhan 2011 - Day 7

First time masuk dapur semenjak bulan Ramadhan ni. Oh, fakta yang sebenarnya saya memang dah berbulan-bulan tak masuk dapur :D Tapi semalam memandangkan adik-adik saya ada di rumah, dan saya pun dari hari tu teringin sangat nak makan bihun goreng sendiri :p makanyaaa jomlah kita :D

Bihun goreng putih yang surprisingly sedap. Kah kahh saya tak confident pun, hentam je. First time goreng bihun ni.

Sup bebola. Pun sedap. Eh, ada bakat terendamlah saya ni (puji diri sendiri)

Sambal kicap stone. Eh sedap jugak. Air tangan Mirah ni, best best !

Air Kakngah buat. Makannya bertiga je, tapi air sampai dua jug. Hehe.

Kuih muih beli kat param Subang Bestari. Tak habis pun sebab tak sedap :(

Hmmmmmm, hari ni nak berbuka makan apa ye Ngah ?

<--- Nang if you LIKE

Sunday, August 7, 2011

My Nikah Attire

I loveeeeeeeeeeeee my nikah attire so much that I couldn't wait to share it here !!

Nak tengok saya pakai, tunggu 2 September nanti ye ;) Siapa yang nak kad tapi belum PM address kat Facebook, sila buat cepat- cepat ye. Thanks guys !

<--- Nang if you LIKE

Ramadhan 2011 - Day 6

Lagi 3 minggu 6 hari !!!!!!!!!

Banyak benda lagi saya nak setelkan ni. Semalam lepas kerja pergi jalan-jalan kat jalan TAR. Niat asal saya nak cari tudung untuk nikah nanti, chiffon double layer off white puhlisss~ Tapi mission not accomplished. Ada jumpa tudung bawal heavy beaded, cantik sangat tapi dah tak confirm pulak warna match ke tidak. Karang sia-sia je beli mahal-mahal tapi silap kan.

Oh btw saya tetap berjaya beli tudung jugak. Beli tudung sanding :) Pakai tudung bawal je. Masalahnya sekarang hati rasa tergoda tak tahan rasa nak keluar jap lagi pakai lah :p Buruk perangai tak kalau nak rasmikan dulu ? Heheheheeeee

Satu masalah tak setel lagi adalah veil sanding saya. Pagi ni I went crazy about veil. Google sana sini untuk DIY veil :) Dan dah tahu dah nak macam mana. Saya bayangkan veil hitam dengan pearl edge dan scattered rhinestones. Very simple. Sebab baju dah heavy. OK, jap lagi nak keluar sambung shopping dekat area Shah Alam pulak. Misi mencari tudung nikah dan veil hari ni. Yeah, goodluck !

Ok, cukup pasal wedding prep. Jom cerita pasal buka puasa pulak.

Inilah dia kalau mintak tolong orang tak ikhlas snapkan gambar :p

Kitorang berbuka dengan The Mines semalam. Boleh tak dah nak sampai sana, En Tunang kata

"Kenapa kita sampai ke Mines ni, dah bukan area kita dating patutnya ni. Kita patut pergi The Curve je."

Hahaha yelah jauh kotttt dengan Subang, Motif duduk Subang tapi dating dekat The Mines ??

Oh, btw ini motif dia :p

Bihun sup Vietnam yang stone. Nyums sedap.

Dripping coffee and avocado juice.

Yours truly.

Lepas berbuka, did some groceries shopping.

Yelah, sekarang duduk dengan adik. Paling-paling kenalah masak serba sikit kan. Nanti cian adik saya duduk sini tak bersahur pulak dia :p

Oklah korang ! Saya nak siap-siap keluar shopping ni. Tatah.

<--- Nang if you LIKE

Saturday, August 6, 2011

Early Morning :D

Morning !!

First day saya bangun bersahur dalam erti kata bangun betul-betul bangun. Selalu terjaga sambil pejam mata gagau botol air tepi katil minum terus hanyut balik. Tehehee.

Tapi hari ni sebab adik-adik saya ada bersama, maka gagahkan diri jua bangun. Tapi takde la memasak pun. Masak air je. Hehe, jadi hari ni saya sahur segelas nescafe, satu peket biskut lapan Munchys hi-fiber dengan dua gelas air suam, dan kenyang !!

Selamat berpuasa di hari ke 6 ;)

<--- Nang if you LIKE

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan 2011 - Day 3

Ups, tiba-tiba aje lompat ke day 3 kann. Dah kata dah, saya ni hangat-hangat tahi ayam je :p

Semalam berbuka beli nasi kerabu dekat bazaar. Sedap !! Lepas tu, siap dah beli makanan nak bersahur. Hihiks.

Ini nama dia nasi ayam Esso. Nasi ayam kegemaran saya ni. Sedapp.

Dah dua hari saya duk teringin bihun goreng, taknak yang beli. Nak masak sendiri. Tapi malas, boleh ?? Jawabnya kena perli dengan En Tunang,

"Saya dah belikan dapur, tong gas tu semua sila masak ok. Paling-paling pun masak air jadilah"


Ahaks.

Selamat berpuasa di hari keempat !!

<--- Nang if you LIKE

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 2011 - Day 1

Alahai, gigihnya nak buat diari Ramadhan padahalnya juadahnya nan ado.

Takpelah, saya nak cerita kisah sadis saya di hari pertama puasa ni. Dahla pagi kelam kabut, bersambung pulak drama di sebelah petangnya. Tsk

Macam ni cerita dia, saya balik dari ofis tadi terus pergi pusing-pusing dekat area rumah ni. Mencari bazaar Ramadhan, maklumlah orang bujang. Tak rajinlah nak masak. Lagipun duduk sorang je. Pusing punya pusing, OK jumpa bazaar. Parking kereta cantik-cantik. Turun pergi pusing-pusing booth dekat situ, almost semuanya tengah bungkus bekas masing-masing ok. Lauk semua dah habis. Yang tinggal hanyalah kenangan. Eh. Yang tinggal cuma benda-benda macam air, burger dan satay. Hmmm, tak minat.

Lalu balik rumah terus. Teringat leftover dinner semalam ada lagi pizza 2 slices :D Jadilah ok. Lagipun malam sikit En Tunang nak datang pasangkan tong gas :D Selama ni dapur gasnya ada, tong gasnya takde. So, tadi En Tunang dah jadi hero saya. Datang dengan mama dan Aimy, nehi nehi ok datang sorang-sorang.. Bagitau awal supaya tak menimbulkan fitnah :)

And yeay, dapur gas ini dah boleh digunakan sekarang. At least bolehla jugak saya nak masak megi kari letak telur letak cili api slurpppppppp ke kannn. Lepas la jugak kalau saya nak makan nasi putih dengan telur mata letak kicap nyummyyyyyy~

Dan oh, saya adalah sangat mengantuk sekarang. Tak cukup tidur malam tadi.

Main UNO with the girls ♥ Asyik-asyik saya je yang menang, bosan betul #TDDMKA

Sementara mereka berdua sambung main siapa yang menang, saya dah tertidur. Hihi. Nice having them here. Tapi sekarang adalah sunyi kerana home alone :(

Ok, jom tidur. Esok nak bangun sahur kan ?

<--- Nang if you LIKE

Kelam Kabut

Hi ;)

Dah masuk bulan baru kan. Dengan masuknya ke bulan baru ni, dag dig dug makin bertambah lah. Tak mainlah kira lagi berapa bulan nak kahwin, sekarang kita kira pakai minggu der :p

Hujung minggu saya adalah sangat seronok dan fun. I have the girls with me over the weekend. Tak pergi ke mana-mana pun. Lepak di rumah je, makan-makan meraikan persahabatan yang ke 10 tahun. Gosip sampai ke pagi. Tidur sampai ke tengah hari. Haha. Dan, barang saya masih belum unpacking lagi T___T Oh, tak tak. Saya berjaya kemas satu beg baju semalam. Hari ni nak sambung kemas lagi :)

Sebut pasal baju unpacking ni ha, gara-gara almari masih belum bersusun, baju-baju saya semua masih dalam beg.. Dan hari ni saya mengalami masalah bad tudung day !! Not only tudung, rasanya bad attire day !!

Semalam saya dah niat (siap niat tu) nak pakai chiffon dress pergi kerja hari ni. Dah siap pakai semua, muka pun dah make up ni.. Kemudian saya baru teringat saya tak ada panty-coat. Sebab chiffon ni lining sampai ke lutut je. Takpelah, saya rasa boleh pakai dengan legging kot ni. Dah pakai semua, saya tengok cermin saya rasa tak kena je ni. Inappropriate sangat pakai chiffon dress dengan legging. Tak kena, tak kena !!

Dah 7.15 ok waktu ni. Saya panik sikit. Punggah-punggah beg baju, cuba cari baju yang tak payah iron which is adalah sangat payah sebab lipat dalam beg kan, sudahnya saya grab je satu seluar slack ni. Baju pun main suai padan je lah. Hentam je lah labu. Memang cincai lah bersiap.

Lepas tu kelam kabut turun ke parking. Lif rosak ye, saya duduk tingkat 5. Tapi setakat turun naik tangga 5 tingkat, ada apahal kan. Dah sampai bawah, saya baru sedar saya tertinggal spek !!! Hati berbelah bagi ni ha, nak naik amik ke.. Ataupun nak gamble je driving ni ha. Tak boleh jadi, mata saya tak nampak sangat.. Kabur je rasa. OK, MARI KITA PANJAT SEMULA TANGGA 5 TINGKAT UNTUK AMBIL SPEK MATA YE T_________________T

Dan, worst. Slack saya adalah longgar and I couldn't find where is my belt this morning. Dan lunch hour ini saya adalah sangat perlu nak pergi beli belt ! Fuh, satu pagi yang sangat kelam kabut and full of craps ok.

Btw, Happy Ramadhan semua !!

;)


<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...