Thursday, March 10, 2011

Anak angkat

Salam dan selamat pagi semua ;)

Pagi ni ceria betul sebab ada peneman di office. Yelah, lately ni selalu kena sorang-sorang je sebab yang lain pergi ke branch. Tapi hari ni ada penemannnn. Perkenalkan anak angkat saya ;p

Baby, say hello to mommy's readers..

Comel rasa nak penyekkan kannnn. Comel sangat.

Mommy, I'm scared. They are strangers. Binatang ni sebenarnya pemalu dan penakut sikit. Tapi yang ni cepat je bonding dengan saya.

Tidur seperti bola. Eeee, geram rasa nak lempar je ke dinding. Miahahaha. I'm not an animal lover. Tapi yang ini, meruntun jiwalah. Dah la manja sangat. Pandai merajuk okay kalau tak dapat perhatian.

Tengok tu kemanjaan dia. Tidur nak berpeluk je. Bagi montot pulak dia ni kat readers mommy taw.

This is not mine taw. Nama pun hanak hangkat kan. Tolong jagakan sementara dia nak dapat tuan :) Housemate aku jual benda comel ni. Ini baru 2 bulan. Tak berapa reti nak makan sendiri. Kena suapkan dia. Dan kena paksa dia makan. Sebab yang ni kuat tidur, asyiklah tidur. Tengah-tengah orang suap dia makan, dia tidur. Boleh?? Eee, geram sangat lah dengan dia ni!

Dasar kuat tidur, tonggenglah kut mana pun. Lena uols.

Posisi tidur paling tak senonoh. Sedap mengangkang. Ini jantan. Takde nama lagi sebab nak jual kan. Nanti biar tuan dia je bagi nama :)

Gara-gara ralit mengulit dia ni lah tidur lambat semalam. Pagi ni bawak datang office lagi. Hehe. Sebab senang je, letak je dia dalam pouch biarkan je. Janji dia ada bau kita. Means orang yang dia kenallah. Karang tinggal kat rumah karang, dia sunyi. Betul, tak tipu. Dia ni binatang penuh perasaan taw.

Oh, lupa nak perkenalkan ni binatang apa sebenarnya. Hehe. Tak biasa tengok kan?

Ini nama dia Sugar Glider. Spesis tupai. Dan juga eksotik. Ada ekor panjang yang akan kembang. Ketiak macam ada sayap tu, dah nama pun gliders kan. Kat perut pulak ada kantung macam kanggaru. Comel ♥

P/s Ada setengah gambar aku tak dapat watermark. Tak tahulah kenapa. Masuk je photoscape, terus crashed :| Jangan curik aaa :p




--Nang if you LIKE

Wednesday, March 9, 2011

Old Blossom Box [OBB]

MAD Deal of the day ;

RM10 for RM30 worth of cash voucher for purchases at The Old Blossom Box, Shah Alam [67% OFF]

Ha, anda semua suka shopping tak?

Ini baekkkkk punya offer ni nak share ni :)

Pernah dengar Old Blossom Box tak? Atau singkatannya OBB. Ini butik baju yang sangat comel. Ini berdasarkan kepada komen adik saya yang pernah jadi pelanggan OBB, sebab saya belum pernah pergi lagi :p

Sesungguhnya sangat nak skirt ini. Nak! Nak! Nak!!

Belt yang simple tapi tetap menarik di mata saya.

Sekarang saya dah beli voucher dari MilkADeal ni, bolehlah dapat RM30 off untuk shopping di OBB nanti. Oh ye, cash voucher yang bernilai RM30 ni.. korang pun boleh beli. RM10 je di MilkADeal ;) eh, chop. Sebelum beli voucher di MilkADeal ni, kenalah register dulu.

CLICK SINI UNTUK REGISTRATION.

Jom shopping di Old Blossom Box!!

P/s semua gambar adalah copyright di OBB website.



Perihal kahwin

Salam to all readers ;)

Entry ini menceritakan sambungan hujung minggu saya yang sibuk itu. Hehe.

Sabtu hari tu kan dah penuh aktiviti, jadi balik malam tu memang terus tidur lah. Takde nak tengok TV ke, online ke sampai lewat malam sebab dah penat sangat. Rugilah malam minggu tidur awal kan :p

Esok paginya bangun, tengok handphone dah padam. Takde bateri lah tu. Memang tebiat kalau hari minggu, malas nak charge handphone. Nak tidur dengan puas tanpa gangguan. Hehe.

Bila on handphone, tengok jam pukul 8 pagi. Wah, rasa macam tidur dah lama rupanya baru pukul 8. Call encik tunang, tanya jam pukul berapa sekarang sebab rasa ragu-ragu. Rupanya dah pukul 11.30 pagi T_T

Ingatkan dah tahu pukul 11 lebih tu tahulah nak bangun. Rupanya tidakkk. Haha. Yang penting, tunang saya tu dia dah on the way baru nak call bagitahu suruh siap kan. Memang tak dapat lah sayang saya nak bersiap dalam masa setengah jam je :p

Muka terlebih cerah disebabkan efek cahaya. Sedar diriku ini berkulit gelap. Tsk.

So, kesimpulannya Ahad hari tu pergi food tasting kat RnR Awan Besar. Bukan pergi berdua je, mama dan baba pun ada sekali. Bab-bab merasa makanan ni, diorang lebih pakar kot :)

Selepas tu pulak, kitorang saja nak jalan-jalan. Singgah Mines kejap sebab rasa dah lama gila tak pergi sana. Sekali, langkah kanan uols. Ada pameran pengantin :D

Dan kebetulan masuk-masuk je, terus nampak booth kad kahwin Amazon ni. Memang hari tu lepas Ena cakap buat kad kat sini murah dan berbaloi, terus rasa nak pergi Shah Alam survey. Sekali dah nampak di situ, terus je lah. Jimat masa kita kan yang :)


Tuesday, March 8, 2011

Tak perlu nak shave lagi

MAD Deal of the day ;

RM39.80 for for PERMANENT Underarm Hair Removal Treatment at My Body Secrets

Click here for more info about the discount ;)



Salam dari Putrajaya

Salam girls and guys :)

Aku sudah bilang kan sebelum ni, hujung minggu aku sangat penuh dengan aktiviti dan badan rasa nak roboh je. Tapi look at the bright sight, bukan selalu busy kan :)

So, rentetan dari entry sebelum ini ; menghabiskan masa di Jalan TAR. Dalam lepas maghrib tu dah bergerak balik. Sampai rumah je laju-laju mandi dan bersiap semula untuk keluar. Agak gila lah kan. Penat hokey.

Tapi demi mu Nano dan Mika, aku gagahkan diri jua :P Sila terharu. Haha. Dah tu mu tu aku semangat lah ni nak bawak ronda-ronda Putrajaya sekali chaiittt.. Duk umah je! Jadilah ek. Ada gak jumpa :P

Somehow I think my sense of fashion become weirder now. Haha.

Pergi Putrajaya dengan tunang tersayang. Aku ni sejak dah ada tunang ni, haih. Jadi macam cacat pulak eh. Asyiklah nak bergantung ngan orang tu. Macamkan awak tu tak boleh drive sendiri kan. Tapi tak boleh maa, aku ni manja. Kena berteman :P Lagipun jalan berdua dengan tunang kan lagi best. Hehehe.

Oh. Ketara sungguh anakmu tak mau dekat aku Na oi. Mu tengok muka dia tu, sungguh-sungguh tak mahu tu! Siap jungkit-jungkit bahu lagi. Haha. Lawak lah awak ni Mika oi.

Punyalah kuat melasak mamat ni. Dah ibunya ajak tidur, bawak masuk bilik gelap. Dia boleh keluar main chak chak pulak. Dah la lajuuuuu je pulak tu geraknya. Jalan tak stabil lagi, duk terjengket-jengket. Hehe.

Ha! Dapat pun auntie dukung awok ni sayang. Punya payah nak pegang. Oh, si baju oren belakang tu ibu dia. Haha. Aku maleh nak crop la Na :p

Asyik bergerak-gerak, susah autie nak snap gambar. Tengok sampai nampak-nampak pusat tu ha. Apa pun, happy birthday sayang!


Monday, March 7, 2011

Jalan TAR

Sabtu hari tu, ngam-ngam dah nak habis kerja. Si Nono elok pulak text ajak pergi shopping kat Jalan TAR. Aku pun, sebab takde plan lain. Maka bolehlah cakap YES :)

Plan asalnya aku nak pergi Jalan TAR tu naik train je. Balik rumah dulu park kereta dekat Bandar Tasik Selatan lepas tu naik train. Lepas tu on the way balik tu baru teringat yang Sogo tu kan tepi highway tu jeee. Alang-alang dah memang on the way, apa kata aku terus pergi je. Konon nak jimat masa lah kan.

Tapi tak tahu macam mana aku drive, tiba-tiba je dah sampai KLCC! Grrr. Padahal bukan tak tahu tu nak pergi Sogo macam mana. Ke aku confused sebab hari tu polis tutup jalan untuk perarakan tentera tu. Entahlah, yang penting aku sesat dalam KL!!

Last-last dah tak jumpa sangat jalan. Naik pening tak boleh fikir apa dah, balik rumah pastu naik train. Habis cerita. Berlaku pulak salah paham, Nono pun naik train pergi Bandar Tasik Selatan jugak. Padahal dia dah memang tunggu aku kat Masjid Jamek tu. Haha. Sudahnya bersama-sama kitorang bergerak menaiki train dari Bandar Tasik Selatan tu.

Haih. Itu pun dah penat, dah makan banyak tenaga okeh!!

Ha, masa dalam train ni berlaku kejadian yang sungguh memalukan ok. Perasan tak belt yang aku pakai dalam gambar kat bawah ni kan, sila scroll entry sebelum ni. Tengah syiok layan berdiri sembang-sembang ngan Nono, tak semena-mena dia terbukak dan terpelanting ke lelaki yang berdiri kat belakang aku! Like hell!!! Nono tu dah nak gelak gila tapi tahan je. Aku pulak bukan tahan gelak, tapi tahan malu. Hahaha. Selamba je tunduk kutip. Miahah. Damn you tali pinggang uptown! Hahahaha. Kantoi :p

Me and Nono.

Sempat pergi jumpa Na kejap kat entrance Sogo tu. Dah lah hujan lebat gila, mana nak berjalan kat Jalan TAR tu kan dalam keadaan macam tu. So, sementara tunggu hujan reda.. Jalan-jalan dalam Pertama Kompleks dulu. Cuci-cuci mata tengok butik pengantin. Hehe. Gatai jugak nak tengok padahal belah lelaki dah setel. Belah aku takkan cari kat sini. Nak cari di Perak nun :)



Saturday, March 5, 2011

Zarif Mikhail dah masuk angka 1 :)

// gambar ni of course aku curik kat blog Na :p

Okay, aku excited!!

Semalam birthday Mika. Baby boy Puan Nano ni.

Selamat hari lahir yang pertama sayang!!

Hari tu jumpa Na, tak dapat nak pegang langsung anaknya. Tidur. Tengok ikut cermin tingkap kereta je okeh. Sedih tak? Sedih tak? :(

Tiba-tiba babu si Mika ni buat keputusan nak sambut birthday Mika kat KL!! Wah, excited melompat-lompat aku :D

Masa Na kahwin dulu, akulah pengapitnya! Hihi. Harus excited lebih kan nak jumpa bila dah ada anak ni :)OMG! Bakpe gemuk sangat aku time ni. Harap maklum, 2 tahun lepas. Hahaha :p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...