Friday, March 4, 2011

Sental daki

gambar credit to bussainaazka.wordpress.com

Hari ni nak cakap pasal lulur. Tahu tak apa itu lulur? Apa kegunaan dia? Macam mana cara nak pakai dia? Tahu? Kalau tak tahu, meh sini hari neh aku nak terangkan. Cewah! Macamkan terel sangat padahal dia pun baru berjinak-jinak dengan aktiviti ni :p

Siapa yang tak biasa dengar lulur.. Scrubs anda tahu? Ha! Lulur tu scrubs lah, lulur tu indonesian term. Scrubs itu dalam bahasa inggerisnya.

Aku ni bukanlah reti sangat nak berlulur ni. Ingat rajin ke nak sental badan sendiri hari-hari? Sental hokeh. Bukannya guna body wash sabun badan macam biasa dengan bernyanyi riang tu. Untuk yang rajin mengulit badan, hari-hari amalkan ni.. Thumbs up bebeh! Kamu sangat rajin! Hee, aku tak rajin. Seminggu adalah dua kali.

Yang mengajar aku berlulur badan bagai ni adik aku si Kakngah tu lah. Dia tu memang obsesi cantik sikit. Miahahahaha. Ini puji taw Ngah, bukan kutuk :p sebab awaklah aku dah kenal produk-produk kecantikan ni. Hihihi.

Dah lama dah dia ajar pakai lulur ni. Semenjak dua menjak ni ha baru terrajin sikit. Nak kahwin la katakan. Hahaha. Memoyo je lebih :p

Btw, yang aku pakai sekarang adalah seperti dalam gambar di atas. Syok jugak. Tapi yang adik aku pakai lagi best kot masa try dia punya hari tu, Putri Binari jugak tapi kaler putih coklat bekas dia tu.

Murah je ni, RM10++. Siapa nak cuba boleh dapatkan di kedai jamu berdekatan :)

Thursday, March 3, 2011

Mengadu episod 2

Fuhhhhhhhhhhhhhhhh!! Lepas lelah kat blog kejap.

Mintak nyawa hoiiii. Semput aku. Apsal busy satu macam ni. Erghh. Tu dia, kuar dah suara jantan. Hahaha.

Seminggu ni busy gila. Maaflah siapa yang menunggu saya di YM or FB. Hahaha. Masalahnya ada ke yang tunggu oiiiiii!! :p

Esok ada company trip to Korea. Bestnya mereka. Tsk.. tsk. Saya pekerja baru tak dapatlah peluang kali ni. Haha, ada hati tu.. Yelah, company nak sponsor jalan-jalan sapa taknak kan :p Takpe, mungkin kemudian nanti giliran saya pula.

Oh ye, sebabkan bos nak fly pergi Korea esoklah aku ni dah semput gila ni. Nak kentut pun tak sempat!!

Dahlah busy nak siapkan akaun tahun lepas, kena cover jugak dengan akaun tahun ni punya. Lepas tu busy pergi bank, pergi bayar bil pergi itu pergi ini sempat jugak window shopping masa pergi pejabat pos kat Jusco. Miahahahhaa :p Sapa suruh pejabat pos tu dalam Jusco kannn pastu orangnya ramai gila kannn. Haruslah jalan-jalan cuci mata dulu. Itupun dah nak tershopping semalam tapi insaf kejap. Kamu tu nak kawen, kumpul duit. Huwaa.

Okay, kalau terus membebel kat sini makanya kerja aku jawabnya lambat lagi siap. Dengan itu, Tata!!

p/s aku ni memang kuat membebel ye? tak caya tanya Iim. Haha. Eh, kalau yang percaya terus tu memang lah dia. Tak jaga hati taw!

;p

OKAY HARI NI MARI KITA BUAT SESI MENGADU. MEH MEH SIAPA NAK MENGADU MEH SINI :D


Mengadu

Salam, morning semua! :)

Pagi ni hujan renyai-renyai, sayang rasanya nak tolak comforter ke tepi. tsk. tapi kenalah bangun jugak. Hari-hari bangun seawal 6 pagi. Pukul 7 pagi tu dah kena gerak dah.

Tu lah dianya bila rumah jauh dengan office. Banyak benda kena ambil kira. Eh, nak kata jauh sangat tu tidaklah, kalau waktu biasa.. 20 minit je perjalanan. Tapi kalau hari kerja ni, 20 minit menjadi 1 jam. Kalau macam ada penutupan jalan ke apa ke, maka dari 1 jam jadi 2 jam! Meroyan aku sorang-sorang dalam kereta taw.

Pagi tadi nasib baik sempat sampai office sebelum sajangnim sampai. Hehe. Sebenarnya aku dah mengjangkakan kelewatan sebab hari ni ada raptai penuh Hari Angkatan Tentera kat Dataran Merdeka nun. Campur dengan hujan pulak lagi. Tapi nasib baik lewat 10 minit je :D

Tension kan bila jalan dah la memang sesak kan. Tiba-tiba ada pulak hari yang kesesakan berganda. Kaki dah la sakit asyik nak main clutch dengan gear. Lama-lama karang kaki kiri aku jadi besar sebelah sebab dia banyak buat kerja. Hahaha.

Tak cukup dengan jammed di waktu pagi. Di waktu petang balik kerja pun harus jammed melampau jugak. Aku pernah cuba balik Cheras ikut Jalan Ipoh, 2 jam lebih sangkut! Jadi alternatifnya sekarang pergi ikut Jalan Ipoh, balik ikut Highway Duke. RM2 pun RM2 lah wehh, asal aku sampai rumah cepat. Cepat tak cepatlah, sejam jugak di situ T_T

Err, apa motif aku sebenarnya ni. Hehe. Dasar kuat membebel :p Aku nak mengadu je sebenarnya ni. Time kaseh sudi baca :p


Wednesday, March 2, 2011

Tumbesaran

Orang jakun selok pakai skirt nak upload lagi sehelai gambar dia boleh tak? :p

Nah gambar penuh :)


Gadis di dalam cermin

Semalam datang kerja pakai macam ni.

Cuba-cuba nak pakai skirt :p

Semua orang puji lawa bikin saya malu. Miahahahhahaa :p

Bos cakap sebab semalam cantik lebih dari biasa (statementttt.. tak tahan!), terus sign confirmation letter, tak payah tunggu 3 months probation :p

***********
Hari ni datang office pakai baju kurung dengan pashmina. Bos masuk office je, terus tegur..

"Why you changing your style back???"

Erk!

Bos, skirt saya ada satu je. Takkan hari-hari nak ulang itu. Bos naikkan gaji saya, boleh la saya beli banyak-banyak skirt.. lepas tu melawa kat office ye :p


Tuesday, March 1, 2011

Love, love & love

Balik dari butik pengantin, pusing-pusing cari dewan kejap. Tapi sampai sudah tak jumpa dewan yang dicari T_T Eh, alamak.. Lupa nak call akak tu nak cancelkan dewan hari tu. Ades. Hari tu dah block tarikh kahwin kitorang untuk dewan kat seri kembangan tu. Tapi lepas tinjauan dibuat, tempat adalah tidak sesuai. Parking susah. Dan juga jammed melampau. Tak mahulah orang datang ke majlis kami dengan menyumpah-nyumpah kan :)

Lepas tu, straight away ke Jakel Shah Alam. Kena cari kain chiffon lain untuk lining kain nikah aku ni. Haih, nak beli mahal. Sedangkan hari tu dah beli, tapi tersalah beli. Tak beli kang termimpi-mimpi pulak. Saya pun cakaplah, "Sayang, sudi tak kamu merealisasikan baju nikah impian saya?"

Ahahaha, misi berjaya :p Si dia memang baik hati sangat orangnya. Tak berkira dengan saya. :p

Tapi pekerja Jakel menakutkan. Lepas beli chiffon tu, saje lah belek telek cadar kahwin kejap. Aku saje tengok je ok. Tapi dipaksanya beli. Dah aku cakap nanti dulu nak balik rumah tanya emak. Sebab hari tu emak cakap nak belikan. Pandai pulak menjawab, takpe. Nanti tak suka boleh datang tukar balik. Eh, srious menakutkan lah korang ni. Tak perlulah macam tu sekali memaksa orang beli, nanti orang nak masuk Jakel pun takut-takut. Sebab macam kalau masuk WAJIB beli barang.

Keluar dari Jakel, nampak ada lori comel jual cucuk-cucuk. Aaaa, sedapnya! Dah lama mengidam nak makan.Si perempuan yang tak pedulilah si lelaki nak makan ke hape ke. Yang dia kira dia nak bergambar.Tak tahu kenapa. Makan berdua di kaki lima Jakel, dengan hanya kerusi plastik sahaja tanpa meja pun dah membuatkan aku gembira dan tersenyum :)


Ahad yang bahagia

Helo~ Salam semua. Ha, jawab salam dulu. Tak jawab salam berdosa :)

Ini aktiviti rentetan dari aktiviti BBQ di tepi sungai. Kami berpecah. Mama & baba pulang ke rumah. Along pun pulang ke rumah mereka. Manakala, kami singgah ke butik pengantin di Semenyih. Survey apa yang patut. Mak andam Puan N ni dulu. Saja nyinggah sembang kot lah nak ambil pakej dia nanti :)

Saya dan tunang ada try beberapa helai baju pengantin semalam. Halahai, rasa dekat sangat pulak dah majlis, padahal ada lagi 6 bulan :p

Antara baju yang kami cuba ;

Nampak itu deretan kasut? Sadis si empunya kaki bersaiz besar ini, takde saiz. Tsk.. Sayang, sayanggg.. Kite nak hantaran kasut buat pakai sanding ye nanti. Mekacehhhhhhhhhh :pAbangku gagah perkasa. Hihi. Tak sabar nak tengok kekasih hati pakai baju melayu, siap samping siap dengan songkok masa malam nikah nanti. Mesti handsome kamu sayang, tak sabar nak tengok :D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...