Monday, December 13, 2010

happy birthday

dah dekat sangat nak masuk hari baru, baru la nak buat ucapan hari jadi kan. 13hb december, dua orang adik berkongsi tarikh lahir yang sama. sorang adik kandung, sorang lagi di luar kandungan. agagagaga ;p

so happy birthday to my sister,oh, sempena menyambut birthday beliau. semalam aku belanja makan dominos.pizza baru. sebab aku suka dominos ? sebab topping yang tidak kedekut. tapi ada jugak yang tak suka. sebab tak ada soup of the day :(

and also happy birthday to you, budak baru lepas SPM
wish both of you happiness in life and afterlife :)


Saturday, December 11, 2010

this is all about food



makan. makan. makan.

pastu gomok bising. pastu kang mula la nak lompat bintang pat ploh kali sebelum tidur. pastu kang mula la tak sedar alarm berbunyi. pastu terus lambat masuk office. eh. cakap pasal sapa tah. hahahahaha.

ey korang. taw tak bosan gilo dok rumah sorang-sorang. harap-harap dapat new housemates yang okay nanti. tak yah nak best sangat pun takpe lah, janji leh berkawan ngan orang. hahaha. so lunch untuk orang kesunyian ni hari ni, nasi goes with..
sunny side up + kicap manis cap kipas udang. nyum !sup sawi + cendawan.

jadi lah kan :p sok-sok dah kahwin boleh ke laki aku terima masakan (layak ke panggil masakan weh!) gni eh ? yang, boleh ke yang kalau ada hari-hari yang pemalas masak gini je ? hehehehe

btw, semalam adalah pergi dating. yeay. kitorang dah jarang jumpa taw sekarang. sob sobs. dia busy. sob sobs. weekend kenalah cari aktiviti sendiri supaya tak meroyan di kemudian hari. hahahaha.

tengok narnia semalam. best jugak walaupun aku tak tengok narnia 2. nak kena cari ni sebab aku sumpah confused siapa itu prince caspian. apa kaitan dia dengan adik beradik tu. and mana peter and susan ha ? tolongg tolonggg peminat tegar narnia sila explain kepada daku.after the movie session, we had our mcd session ♥

sila tahu prosperity is back ! eh, ke korang dah tahu aku yang baru tahu selasa hari tu ? hahahaha. but, I'm not her big fan (read : her merujuk kepada prosperity. haha. sukak2 aku bagi sex ; saje taknak sebut melayu punya. miahahahhaha)

kitorang kan suka bertekak benda bukan-bukan. hahahaha. semalam uji kepintaran sains, pastu dah bergaduh bentuk kromosom sebenarnya X bersambung ke tidak. haha. nasib baik la ada wifi kat situ, masing-masing tak puas hati cepat-cepat google :pok. ini kromosom. hahaha. credit to here

you make me very happy syg and thanx for that ♥

happy weekend semua !

p/s instead of dating, akan berhujung minggu di rumah adik minggu ini. yeay. leh tumpang basuh baju kat sana. hahahaha.


jumaat yang kalut !

pagi tadi bikin aku kalut tahu. tak pernah-pernah kejadian sebegini berlaku. haih.

bangun pagi, dengan perasaan malas tengok jam. sebab biasa tersedar pukul 6.30 pagi lepas solat sambung tidur sampai pukul 7.45 pagi. tiba-tiba di pagi yang mulia ini, tengok-tengok jam, 9.20 PAGI ! damn.

bangun tidur secara tak berapa melompat. sempat pikir kejap. hari ni hari apa ye? tengok kalender, hari jumaat. pikir lagi. eh, hari ni cuti ke ? apesal aku bangun lambat ? apesal ????!!! *dengan tindakan refleks terus text mr lee bagitahu masuk lambat.

ingatkan dah lambat tu reti lah cepat-cepat bersiap kan. oh tidak. tak reti ok. mandi siap syampu sambil berlalala lagi. hahahaha. adakah ini simpton pekerja yang akan berhenti dalam masa 2 minggu lagi ?

kesimpulannya, berjaya sampai ke pejabat pada pukul 10.05 pagi. takde punch card so punch card merah tiada. hihihi. one of the advantage :p

aku heran jugak apesal aku tak sedar alarm bunyi. sebab aku adalah jenis manusia yang cepat betul tersedar. aku syak la ni sebab aku ketakutan kegemukan malam tadi lantas telah lompat bintang sebanyak 40 kali. ceh. 40 kali je pun, bukan 400 kali kan. yang konon nak letih sangat sampai tidur tak sedarkan diri apesal ?

anyway, my boss was cool about it. hish, bukan sebab aku lompat bintang lepas tu terus tidur tak sedarkan diri dan bangun lambat. eh, tak salah paham ek ? penat je explain taw =.=" (tiru adik lelaki aku punya favourite sign. hahaha)

basically dekat ofis sekarang, aku cuma nak clearkan kerja-kerja aku yang masih pending. which is adalah dekat 5-6 file jugak to kick out from my table. bukan pending sebab aku ok. aku dah buat cepat-cepat dah kerja tu, dah tu clients lambat respon bla bla blaaa..

lepas tu dapat satu audit job baru. macam besar jugak. sebab dokumen dia banyak. 6 big boxes. pitam. kena setelkan dalam masa kurang 2 minggu. phewww~ dan bos aku dah tinggal pesan siap-siap, next monday ada new staff akan masuk.. aku kena guide dia. eh, lepas ni semua pekerja kat situ semua chinese lah.

tapi aku ada rasa sedih pulak sikit tadi bila lepas bos aku dah assignkan kerja tu, dia cakap ;

"this would be your last assignment here"

T______T

Thursday, December 9, 2010

housemate WANTED

kenal ini siapa ? siapa tak kenal tu memangla dia. tipu tu. hehe.

siapa nak jadi rakan serumah aku :p sebab ada bilik kosong kat rumah ni, dan taknak lah bayar berdua je. another housemate tiba-tiba aje hari ni nak pindah, hari ni jugak baru nak cakap.

dan worst thing, nini jugak nak pindah bulan 2. lagipun nini selalu outstation, jarang ada kat rumah. so kesimpulan di sini ;

ada dua bilik kosong. satu boleh masuk bulan januari, satu lagi bulan februari.

lokasi rumah di area bandar tasik selatan. assessable to many places and malls. siapa berminat, boleh contact aku.

p/s to be honest, I don't think this is going to work. haha. tapi takpe, kita mencuba :)

Tuesday, December 7, 2010

my birthday girl

Salam Maal Hijrah 1432.

Today is December 7, 2010. Besides Maal Hijrah celebration, I have another thing to celebrate.
my beloved girlfriend's birthday. Actually we did have an advance celebration last sunday. Didn't expect to meet again today. until she asked me, "hey, how many days you are not dating your fiance?" ala, rileks laa.. kite cool kan sayang, takyah dating hari-hari kan sayang. hehe.so today we headed to Times Square. we have detox massage appointment there. eh, syiok tahu detox massage ni. i think the unique part of the massage is they are using bath sand instead of sauna room to make you sweating. boleh la korang pergi cuba lain kali, kat Bella Luna, tingkat 8.

eh. nak share info. kitorang buat massage dekat Bella Luna ni under Groupsmore deal. best taw website ni. dah banyak kali aku promote kannn. korang taknak dengar kan :p lain kali ada masa tengok-tengokla kat situ. manyak untung woh. don't worry. this is just a harmless information sharing. I'm not earning anything from that.
Lately, we have spent quite a time together. harap-harap girlfriend tidak diposting ke negeri lain i.e Perlis. huwaa. hell no. jauh okay. siapa lagi nak jadi peneman aku nanti :(dear zatil ;

Happy 24th birthday babe !

may happiness will be yours forever.

I'll pray that you will meet you mr right and will never ever suffered like today again. never ever.

may your fate not so twisted anymore after this. hehe.

oh. and did I tell you how much i love you ? i heart you ♥ thanx for always be at my side all this while.



Saturday, December 4, 2010

caca marba

okay. minyak naik harga LAGI. last time aku checked harga minyak, RM 1.80 per liter. tak sedar pun bila masa naik ke RM 1.85 :p tup-tup naik lagiiiiiii.

dah tu, bila harga minyak naik. barang-barang lain pun standby lah kan nak naik harga. ke dah naik ? aku bukan amik tahu sangat hal gini pun sebenarnya :p

TAPI,

gaji tak naik. claims untuk travelling pun maintains 0.50 per km. tak balik modal kot. buat penat lagi ada. luckily this is the last month I'm doing it. hehe. sorry pei ling, after this you have to continue it. which is jadi runner, pergi sana sini. bayar cukai clients, buat company incorporation.

aku rasa small audit firm memang tak hire runner kot kan. ko lah staff, ko lah jugak runner, ko lah jugak typist. eh, multi tasking okay. which is kalau tengok dari sudut positif, it is good sebab belajar banyak benda. tapi yang tensionnya bila setengah hari dah kat luar ofis, balik ofis nak buat kerja lagi. pastu bos tanya progress. adeh.

eh. tadi citer minyak. tiba-tiba masuk cite ofis :pand, I'm glad I have my girl here to keep me accompany ;) you know, girls stuff ; things that cannot be done with your fiance. hehe. shopping, spa, saloon, manicure, pedicure, facial. oh, I'm loving it ! so babe, see u soon ♥

and to syg, congrats syg. I know you've worked so hard for our future. to make sure we can get married on time as planned :p so dear, keep up your hard works, and I ♥ you the most..

haaaa, amik ko. dari cerita minyak ke cite ofis ke cite girlfriend ke cite cinta. caca merba habis :p

happy weekend you all.


Thursday, December 2, 2010

happy convocation day kakngah !


ada orang menanti kite update tak ? :p

busy betul bercuti selama 4 hari. termasuk weekend lah. cut it short, motif bercuti kerana adik konvo selasa lalu ♥ tahniah ngah !kita lebihkan gambar la ek entry kali ni. hihi. korang pun kalau tulis banyak-banyak, bukan baca sangat kan :pkakngah konvo sesi pagi. so kena berada di tempat kejadian pukul 7 pagi. memang tak lah kan aku bangun awal sangat di hari cuti :p so emak ayah pergi dulu. lagipun boleh masuk dua orang je kan dalam hall.sampai dah dekat waktu tengah hari. hihi. tu pun ngah tak keluar dewan lagi. oh, lagi satu. uitm ni kan dewannya jauh ke dalam. jadi kena lah parking kat kawasan disediakan lepas tu beramai-ramai naik bas yang disediakan. haha. menguji kesabaran ok.inilah satu-satunya adik lelaki aku. yang degil dan suka menyakat. tak cukup mengusik kakak-kakak, emak pun diusiknya. kalau kecik, dah lama aku rotan. hahahahanah, bunga untuk awak ngah :)tapi kan yang buat emak ayah frust sikit sebab tak dapat masuk main hall. jadinya masuk dewan pun, dapat tengok skrin je. uitm memang begitukah ? siapa datang dulu dia dapat masuk main hall ? bukan memang setiap student akan dapat 2 pass ke ? eh, aku tak tahu. hihi.gadis pashmina :p

sian adik aku yang sorang tu tak dapat join kakngah konvo. sebabnya a day before dia dah start praktikal. kat shah alam jugak. takpelah mirah, tahun depan ngah konvo lagi. hehe. takpun, nina konvo nanti dapat pergi jugak. awk konvo nanti lagi lah best :Demak ayah happy ♥

sayang emak ayah sangat-sangat !!

fuh. bercinta gila nak update. dengan malasnya. dengan internet slownya. -yours truly

:p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...