Thursday, November 11, 2010

cerita tentang lunch hour

kat area ofis aku ni mana ada kedai makan melayu. yang ada cina dan mamak. so, sebelum ni.. colleagues aku akan selang-selang makan bersama. contohnya isnin pergi makan kat mamak, selasa dorang makan kedai cina. aku pulak minum susu dan roti atau mi cup dibeli di 7 eleven. haha. macam sedih je :p

sejak dua tiga minggu ni, aku rajin bawak bekal pergi ofis. sebab aku rasa dah muak makan dekat mamak. dan juga aku geli. haha. tak pasal-pasal je okay. bukannya aku ada ternampak apa-apa pun. cuma tiba-tiba je imaginasi aku terlebih, bayangkan bukan-bukan. buat masa ni, aku cuba elakkan lah. lain masa tu aku tak tahu lah. hehe.ini bekalan untuk hari semalam. err. macam pelik ayat tu. jap betulkan.

ini bekal yang saya makan semalam. nasi + sambal telur + sayur campur. ini sebenarnya dinner aku malam sebelum tu, tapi sengaja aku masak extra supaya pagi tu tinggal nak reheatkan aje.

tapi bukanlah hari-hari aku masak. ingat aku takde hari-hari yang malas ke. eh. salah ayat, macam perajin sangat je kau ni izza oi. tidak. ada hari-hari ataupun minggu-minggu ataupun bulan-bulan yang aku tersangat takde mood nak masak, dapur tu guna nak jerang air je. hehe.

so, dalam masa situasi membawa bekal ke tempat kerja ni.. bila tiba-tiba je datang hari penat + tak larat nak masak macam hari ni, aku akan beli bekal nasi kukus kat bawah blok ni. sedap dan murah :)

lepastu kan, aku kalau beli kat situ. aku suka bawak bekas sendiri. sebab ada partition, senang nak makan. lagipun taknak campur-campur kan sebab aku nak makan untuk lunch, bukan breakfast. dia kan bungkus dalam kertas cekelat tu.

pastu ada lak makcik ni, dia pun customer gak. and totally a stranger for me.

"uih, ni siap bawak bekas sendiri ni. karang mesti nak mengaku dia yang masak ni" sambil bergelak ketawa konon kelakar.

senyum je. sambil heran apesal makcik ni gurau terlebih dengan orang tak kenal. haha. aku yang pelik ke makcik tu yang pelik ek ?


Wednesday, November 10, 2010

hari ni nak bukak kelas memasak


rasa nak jadi cikgu masak lah pagi ni. ada yang nak dengar tak ? kalau takde, takpelah. aku kan suka aje syok sendiri ni. ahahaha :p

sebab rasa bangga dapat buat sotong masak lemak cili api buat pertama kali, jadi nak kongsi resepi yang simple dan senang ni kat sini.

sotong masak lemak cili api
bahan-bahan

A
bawang merah
cili api
udang kering
kunyi hidup

(blend bahan A)

bahan-bahan lain

santan
serai (ketuk)
asam keping (dalam 2 keping)
tomato

1. tumis bahan A tanpa minyak.
2. masukkan santan + air sikit dan serai
3. kacau sampai mendidih, masukkan asam keping + garam
4. masukkan sotong + tomato. masukkan lebihan santan tadi. agak-agak lemak je. (aku masukkan dua kali sebab mak aku ajar begitu. hehe. first tu letak sikit je, bancuh sikit dengan air. dah last baru masukkan balance tu. orang lain aku tak tahu la macam mana.)
5. hidang panas-panas. terangkat wa cakap lu !

nak share korang punya version pulak ?


Tuesday, November 9, 2010

sri Q thai

suka makan steamboat ? selalu pergi flaming atau johny ? perhaps this is one more place that should go in your list :)

Sri Q thai located nearby galaxy ampang. erm, personally I myself do not really recommended this place. bukan makanan tak sedap. bukan pilihan tak banyak. tapi kerana air tidak termasuk dalam buffet membantutkan selera. haha. itu pendapat aku. orang lain boleh pergi cuba. kiranya worth to try lah. sebab murah je. dalam RM 20++ per pax.

tak banyak ambil gambar. bersyukur sebab tak memberi penyeksaan mata kepada korang :p
first round.pilih dua jenis kuah ni. tomyam dengan chiang mai (sup ayam + susu). tomyam pedas gilos. sebab tu lah aku tak suka air dia kena catu. haha. yerlah, karang duk order segelas-segelas dan segelas.. kalau buffet laju je kan. habis boleh topup. hihi.confused nak makan apa dulu :pini lagilah tak dapat digambarkan apa perasaan tah bagi muka camni :p

all in all, aku lebih suka makan kat seoul garden sebab sangat memuaskan hati. paling best, sebab boleh grill kambing banyak-banyak, makan sampai puassssssss ! haha. yer, I just love lamb so much. rugi woo sapa tak makan :p


amukan

Things that I hate.

1. Waiting (walaupun ironinya orang yang selalu menunggu aku. yes, I know that fact)

2. Waiting but got nothing. okay. paham tak. aku dah tunggu, sudahnya NOTHING. tahu tak bengang dia macam mana ?

3. Promises that been broken. Kau dah janji, kau lupa ?

4. People know that I'll get mad like really mad when dealing with this. but still, do it again and again and again and again and I just feel like wanna bash you in your face.

5. People that trying to put all the blame on me at the end when they know they started it at first. okay, I'm such a kiddie when acting like this. yes, I know.

6. I am damn pissed off right now.

Aku serious tak paham jenis orang macam ni. dah tahu aku for sure akan naik angin because of this, still you do it. buat lagi buat lagi buat lagi. sampai aku naik angin. kemudian akan cakap, "rilekslah. benda kecik pun nak marah" yes. for you benda kecik. Aku dah cakap banyak kali. tak paham jugak kan. kalau dah tahu benda kecik pun buat aku marah, tak boleh ke jangan buat ???

yes. I am one phycotic woman.

dealt with it.



Monday, November 8, 2010

my birthday boy

4th November was his birthday. 24-th birhtday. tak apa kan sayang telling your age here ? hihi. yes, I know this entry is kinda late. eh, di malam kejadian kan, I was hanging out with my girl, it's nearly midnight. I standby with my phone, I'm afraid that we are so busy chit-chatting that I forgot to call him at 12 a.m sharp. akhirnya bila aku call pukul 12 a.m, dengan selamba beliau tak angkat. sikit pun tak heran. member tertidurr.. haha. I don't blame you dear.

anyway, dear sayang. happy birthday to you.what's inside the box is our secret :p

happy birthday again sayang, and thank you for everything ♥ untuk ucapan yang lebih jiwang, kita sambung di telefon ye. hihi.

ALAMAK ! SALAH TULIS UMUR TUNANG SENDIRI. AMBOIIIIIIIII, KENA PERLI BAIK PUNYAAAAA AKU KALI NEH ! HAHA.

OKAY2, HAPPY BIRHTDAY YANG KE 26 SAYANG. KALI NI BETUL PUNYA. TAK SILAP DAH :p


Sunday, November 7, 2010

yummy ~

I seldom cook. Biasanya aku cuma memasak bila ada hari penting ataupun nak pergi picnic ke. Ataupun bila aku sudah bosan nak makan masakan kedai. Hehe. the truth is, I love to cook when I'm bored or lonely. Ish, explain panjang-panjang ni mesti nak show off dia memasak ni kan ? Eh, mestilah. siapa yang teka macam tu tu ? pandainyeerrr.. hihi

Actually, I was craving for this sotong masak lemak cili padi when I browse the internet last night dan tak tahu macam mana boleh terlihat gambar sotong masak lemak yang sangat meruntun jiwa. At that time, I decided TAK KIRA APA, I WANT TO HAVE THIS DISH FOR MY LUNCH TOMORROW ! ha. berazam sangat kan. I even updated the fb status.
me bangun awal di hari minggu di mana malam sebelumnya tidur lambat is impossible. girlfriend dear called me early in the morning. okay, not so early but it is still early for me. haha. apa cakap berbelit-belit neh :p not managed to pick up the phone kerana aku mamai. later, she texted me asked me to wake up and go to the market. haha.

waking up lazily, bersiap untuk ke tesco pada pukul 1 lebih. lepas tu kan.. sotong habis T_T padan muka, pergi lambat lagi. haha

hey, no. I'm not gonna giving up okay. on the way back home, I made a visit to econsave. and yeay, mr. squidwards were there ! yeay yeay.

telefon emak untuk meminta resepi. I already knew the recipe okay (taknak kalah tu :p) tapi I just want to double confirm with my mom, the greatest cook in the world. yelah, mak aku. mestilah aku puji. mak korang, koranglah puji. hehe.

akhirnya ini terhasil.. my first sotong masak lemak cili padi. sedap :D tapi nampak kasar sikit kuah dia sebab I takde blender. have to tumbuk okay. gagah kan.

lawan makan dengan sayur campur goreng.yummy~ makanan seimbang dan sedap. haha. biarlah aku puji. aku yang penat masak. bluwek :p dan nescafe panas.

and I just received text message from fiance darling asked for a dinner together.

ohh, my sunday is perfect ♥


Tuesday, November 2, 2010

Permulaan minggu yang kurang baik

hari ni selasa kan ? mengapa aku rasa seperti sudah rabu. cepatlah ke jumaat, cepatlah. cepatlah. cepatlah. annoying tak ? hehe

semalam hari isnin yang langsung tak hangat. oh, ketidakhangatan tu dah bermula malam ahad lagi. di mana aku dan kakyong nak keluar dinner. dan kemudian bila aku start enjin kereta, ada sesuatu berbunyi di dalam enjin. macam ada orang bertumbuk di dalam enjin itu. kakyong panggil pakcik dia tolong tengokkan, dan dinasihatkan supaya jangan mengambil risiko memandu. sila hantar ke bengkel terlebih dahulu. tapi sila bagitahu di mana nak cari bengkel malam-malam tu kan ?

dan paling tak best, kitorang dah berangan nak makan steamboat johny malam tu. malangnya digantikan dengan burger ayam special aje. dan juga bubur ayam mcd. kekasih baik hati bawak pergi makan lepas tu ♥ eh, kira syukur lah tu dapat makan jugak kan.

pagi isnin, kereta tak sempat hantar ke bengkel. nak cuti ataupun masuk lambat, minggu lepas baru je mc. hehe. jadi, buat pertama kalinya aku naik teksi ke pejabat. di mana menyakitkan hati kerana sekangkang kera pun kena rm7. mengapakah mahal sangat ? memang lah dia pakai meter. tapi memang harga dia gitu ye ? hehe. I tak biasa naik teksi. tak tahu.

tapi the best part, for the first time ada orang jemput balik kerja
♥ suka sangat.

oh, and my far was fixed. the damaged is rm160. tsk. nangis. duit baru je masuk, kereta dah mintak dulu. hehe. takpelah, jangan mintak selalu ye sayang (kena la sayang, karang dia merajuk, meragam karang. hehe)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...