Wednesday, October 20, 2010

Mencari yang halal itu wajib

Hari ini logged in ke www.groupsmore.com to check the new deal.. Ada satu new deal yang sangat menarik. 80% yummylicious gelare ice cream @ E-curve. only RM 1 instead of RM 5.

berniat nak beli. tapi nak tahu dulu gelare ini halal ke. boleh makan ke. yerlah, walaupun ais krim je, kita kena tahu apa yang kita makan kan.

So, I googled "is Gelare halal ?"

some of the results,

"So for non-halal ice-cream products/restaurants like Geláre, Häagen-Dazs, Ben & Jerry’s and etc, please check with them if their products are H.A.L.A.L to consume. I have emailed to Geláre Singapore through their website but no response..."

credited to this site

ada satu lagi yang aku jumpa,

it's actually an entry about the writer is addicted to Gelare waffles.. and then ada komen yang tanya, Gelare tu halal ke.. lepas tu writer tu jawab,

"How can ice cream be not halal? Before Swensens went Halal, Muslims still patronized Swensens for their ice cream. Eh abih ice cream kat tepi jalan tu, takde chap Halal, macam mane? Boleh makan ke?

What I’m trying to say is, you practice your own discretion. Whatever it is, it’s between you and God. If you think I eat non-Halal Gelare ice-cream and I am condemned to Hell for that, I’m fine with it, honest."


fuh~ actually kat sini aku bukan nak debate lah halal ke haram ke bla bla bla ni. Persoalan aku kat sini sebenarnya, adakah berbaloi kita nak cakap macam tu sekali just because of the food..

dan sebenarnya aku masih belum jumpa jawapan soalan aku tu. GELARE TU HALAL KE TIDAK ? siapa ada info boleh share tak ?

p/s aku tak bertanggungjawab atas segala petikan artikel yang dicopy paste di sini.



Sunday, October 17, 2010

my weekend

weekend : hari yang dinanti-nanti sejak Isnin lagik. hihi. see, baru Isnin dah fikir weekend. baru Ahad dah fikir next weekend. apa nak jadi neh. ish.

sabtu, pagi breakfast bersama tunang. hihi. auw, tunang you ! ;p (masih tak biasa lagi nak bahasakan macam tu. hahaha) mengada sangat kan nak breakfast pun kena ada orang temankan. mengada, mengadaaaa.. tapi kalau mengada ada orang layan tu yang best tu

breakfast roti canai kat bawah flat neh. best rupanya. dan murah. roti kosong 3, roti telur 1, nescafe panas 2.. cuma rm 5.90

murah kan ? hebat tak dua orang makan macam tu. haha. padanla bulat. bluwek.

lepas tu, petang pulak pergi umah aja. again. hehe.
aja, kenapa tak duduk betul-betul haaaa.. maafkan akak ada satu neh jer gambar TERpaksa akak upload jugak.

lepas pergi rumah aja, kitorang pergi tengok wayang. dah lama tak tengok :) so, amik cerita BURIED. sumpah sangat tak best membazirkan duit rm 20 aje taw ! tak payahla korang nak pergi tengok citer ni ataupun nanti korang keluar wayang dengan muka terpinga-pingaa apa jadah punya cerita nehhhhhh !

buried neh cite dia selama satu jam setengah tu, bayangkan eh.. satu jam setengah, cerita cuma dalam kotak keranda. sorang tu je la pelakonnya. props pun memang takde lah. mesti sikit je modal buat cerita ni. cerita dia pasal sorang american truck driver. tak tahu macam mana dia hantar barang bekalan kat Iraq, lepas tu kena tahan. sedar-sedar je ada dalam kotak keranda tu. ini kesimpulan yang aku buat la daripada semua phone call yang dia buat dari dalam kotak tu.

start-start cerita je dari dalam keranda. pastu siap ada phone lagi dalam tu. untuk dia call orang kedutaan ke apa tah suruh bayar duit tebusan dia bla bla blaaaa and at the end mampus jugak lelaki tu. tak paham aku macam ni punya cerita pun ada kaaaa.. haha

aku kasik 0/5 bintang. haha. korang tak payah pergi tengok taw, menyesal nanti. hihi


Friday, October 15, 2010

Kategori pembaca blog anda

Tahukah anda ada banyak jenis pembaca blog anda ni. Antaranya..

1. Jenis yang suka kamu.

maksudnya dia suka baca cerita kamu lah. bukannya dia suka fall in love tiba-tiba tak tentu pasal pulak. ish. dia suka baca cerita kamu, ataupun entah-entah betul dia suka kamu kan ;p kalau cerita kamu gembira, dia pun gembira. kalau kamu sedih, dia pun turut rasa sedih. kononnya lah. hihi. ini kira pembaca setia lah ! mungkin hari-hari dia terjah blog kamu. thumbs up untuk pembaca jenis ini. you love me, i love you too. hik hik

2. Jenis yang saja baca mengisi masa lapang.

ini pulak mungkin dia bukak blog kamu bila teringat je. ataupun eh, bosannya tak tahu nak layari apa lagi kat internet neh. bukak blog si polan binti si polan lah =.=

3. Jenis yang nak naikkan trafik dia.

ini pulak pergi blog siti situ sana sini sebab nak tarik orang pergi blog dia pulak. kadang-kadang singgah 2 saat je, bukannya baca pun apa orang tulis (eh, jadi boleh gelarkan kategori yang ini sebagai pembaca jugak ke ye ?) perkara pertama yang dia pergi bila ke blog orang adalah cari cbox dulu untuk tulis, "salam, singgah sini.." hehe

4. Jenis yang benci meluat menyampah gila dengan kamu.

oh oh oh~ ini kategori paling bahaya. makin tak suka orang tu, makin dia nak ambil tahu pulak. orang ni buat apa, bertunang dengan siapa, jadi ke diorang ni kahwin. happy ke mereka. semuanya nak baca sebab nak cari point nak kutuk. hihihi. betul tak ? jenis ini kadang-kadang akan cuba berbaik-baik dengan kamu dulu, lepas tu bila kamu dah macam ngam dengan dia, mula la dia tembak. ish. bahayalah. tak nak lah ada jenis macam ni kat sini.

walau apa jenis pun korang ni. kalau lah ada jenis no 4 sedang baca. nasihat di sini, kalau tak suka, janganlah terus-terusan menyakitkan hati sendiri. ataupun menambah dosa. baca lepas tu kutuk-kutuk. hehe. not good taw. ini ruang berkasih sayang. tak mahu benci-benci ni. hihi. gitu. (padahal entry sebelum ni bukan main penuh benci lagi kan. hahahaha)

okay, sudah. apa-apa pun kat sini, tak kira lah korang jenis mana. tapi terima kasih sebab baca blog aku walaupun tak seramai mana. aku tetap happy. hihi. see, perempuan ini mudah berasa gembira. hahaha. tata


bila orang busuk hati

hari ni buat site audit. and it's SUCKS. big time. i hate the client. like really hate sampaikan kalau ikut hati, esok jugak aku mahu tender resignation letter. ESOK. tapi itu kalau ikut hati. orang kata kalau ikut hati jadi apa ? betul. MATI.

the story goes like this. of course from my perspective, aku tak buat salah. sesiapa yang rasa membaca dan rasa aku buat salah, please just keep it to yourself because I don't need to hear that.

well, the story goes like this..

pagi tadi aku dengan colleague pergi office client buat site audit. sampai situ dalam pukul 11 pagi. lepas tu masa sampai tu, masa tengah set up tempat tu, amik-amik fail segala semua.. aku ada la reply2 msg kawan aku. reply msg dalam erti kata lain 2-3 msg je lepas tu stop situ lah kan. bukannya main msg macam budak sekolah baru nak bercinta tu.

lepas tu, start buat kerja. tak lama lepas tu bos aku call colleague aku. tak paham apa diorang cakap sebab cakap bahasa diorang. tapi tahulah itu bos yang call.

lepas tu masa lunch, tanya lah pada dia apsal boss call. sebab jarang dia tu nak check kalau kitorang buat kerja luar. dia cakap sebab client call boss aku bagitahu aku ada msg-msg kat hs. like wth man.. apa masalah kau ni.. aku tak tahu kalau korang time kerja memang langsung tak sentuh hs. tapi aku tak. kalau ada orang msg, I'll reply kalau aku nak. kat ofis pun macam tu. takde lah depan bos nak buat rajin konon fokus habis lah ni padahal belakang curi tulang tak ingat punya.

yang pompuan ni have guts pergi telephone bos aku bagitahu yang aku ada msg-msg kat hs. masalahnya aku tak kacau dia. dan kerja aku takde kaitan dengan dia. kerja aku audit akaun dia. aku tak bekerja untuk dia okay. dan bos aku lebih taw macam mana kerja aku. dia lebih taw aku buat kerja macam mana. pernah ke kerja aku tak siap on time.. entah. sakit hati sangat aku bila tiba-tiba people judge like that just because ko tengok aku dalam masa setengah jam tu. aku taw buat kerja aku. tak payah ko nak telephone bos aku mengadu itu ini.

dengan bos aku pun aku bengang jugak. tapi takpelah, dia bos. dah client cakap gitu, terpaksa lah dia check walaupun selama ni dia tak kisah pun. tapi aku nak cari kerja baru lah. haha. childish sangat kan. biarlah. takde hati dah aku nak kerja kat ofis yang aku sorang je melayu. takde kawan. dulu aku selalu sayang nak tukar kerja sebab bos aku baik, kerja okay. best semua. sekarang tak. aku nak cari kerja baru. ada siapa nak offer aku kerja? haha

hari ni aku isytiharkan hari bengang untuk diri aku !

p/s IRONINYA YANG TERLEBIH PENYIBUK TU ADALAH PEREMPUAN MELAYU.


Thursday, October 14, 2010

rambut pendek vs rambut panjang

I've keep my hair long for a few years. dan almost paras pinggang dah aku simpan. tapi rambut panjang membuatkan aku rimas. dah lama, tapi tahan sebab sayang wohhhh.. nak-nak lagi itulah sekali aku pernah berambut panjang macam tu selama 24 tahun hidup neh.

tapi recently, aku dah tak tahan. dan menjadi bosan melihat cermin. haha. konon-konon nak tukar imej lah neh. bosan-bosan di waktu cuti, lalu terus pergi ke salun. and I decided to cut my hair. SHORT. paras bahu. not too short lah or else aku menangis pulak nanti sayangkan rambut. hehe.

and I just love my new hair. sebab..

pagi-pagi dah boleh basuh rambut dan rambut sempat kering (walaupun tak sempat kering betul-betul ;p) sebelum pakai tudung

kepala rasa ringan. yelah, dah lama menanggung berat rambut neh. hahahaha. agak-agak berat ada turun tak? eh. lari topik.

jimat shampu. dan conditioner. dan hair mask. dan leave-on conditioner.

alamak. 3 je ke points yang aku ada ? aku rasa macam banyak tadi. hahaha.


Monday, October 11, 2010

Apa yang penting..

KERJASAMA !! (jerit kuat-kuat macam 3 ekor hero dalam citer wonderpets)

eh, nak share cerita yang best neh. korang tahu tak website www.groupsmore.com ? firstly, ini bukanlah advertorial ke, nak promote advertising webs ke apa ke.. jangan lucutkan glitterati saya. hehee. aku cuma nak share benda best kat website tu.

website neh dia akan keluarkan satu deal untuk kita. contohlah ye, ada saloon tu best, harga biasa dalam RM 100++, deal dia.. kena ada 50 orang beli deal tu.. harga dia akan jadi 50% less.. then bila target buyer dah tercapai, so the deal is ON ! kalau deal tu dah tamat, tapi tak capai target.. maka dah terang lagi bersuluh la deal itu terbatal dan siapa yang dah beli deal tu, akan dipulangkan kembali duitnya. easy measy kan. aku suka sebab banyak deal best-best. hihi.

dan ini the latest deal yang aku beli. (sebenarnya yang pertama. hehe)picture ; credit to eatlah.blogspot.com

50% off : eat your heart out with 10 sticks of Kushi !'s auto-grilled chicken ( yakitori ) of any flavour at your choice at Kushi Q Tropicana City Mall only RM 10 instead of RM 20 ( fuh, senapas! )

nak ajak geng-geng suka makan try benda ni. sebab kena la capai target, baru lah leh kau dapatkan diskaun tu. hihi. tapi fyi, deal neh dah ON dah. cuma saja nak share kat sini. ramai kat sini kaki makan cam aku jugak kan. lalalala. ( taknak jugak tu dia sorang je kaki makan. hehe ) lagi satu yang penting, kushi Q ini halal :)

sapa nak, pergi tengok deal kat sini.

kushi Q's deal

only 3 days left before the deal is closed.

eh, chop ! paham tak neh semua ? aku bagi lagi satu contoh ek.

hari tu, website ni ada aturkan deal untuk ice skating kat sunway pyramid rm 8 je instead of rm13 kot. entah, aku pun tak sure. masa aku tengok tu, deal dah closed. haha. so katalah ko beli deal tu, lepas tu deal tu ON sebab dah capai minimum buyer dia. so nanti dia akan emel ke enko la voucher tu.. nanti boleh la print pergi la redeem bebila pun. redeem tak payah groups, beli je in groups. so, selamat bershopping.



Sunday, October 10, 2010

the beauty of friendship

okay, enough about my engagement day. been a week already :) rasanya apa yang nak dikongsi, dah pun dikongsi. oh, sorry2. I got really LAST one picture to share. i promise this is the last okay, no worries ;)dia kata banyaknya gambar dalam blog, tapi takde satu pun gambar KITA. hehe. ye sayang, i heard you. ini gambar kita, nanti develop letak bawah bantal untuk tengok sebelum tidur tahu. hihi. okay-okay, i pun buat macam tu jugak nanti. syttttt ;p

okay, penutup cerita tunang. I really want to share this beautiful entry written by bestfriend ;

single, engaged and enjoying every moments of it !

touching kan kan kan ? for me lah sebagai tuan punya diri sangat terharuuuuuu, i love you girl !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...