Sunday, October 10, 2010

make up artist

suka tak make up aku time bertunang hari tu ? :)
sini nak share,

www.joeykuale.wordpress.com

orang kuale. hihi. orang kampung aku. aku suka sangat make up dia. thanx joey

siapa berminat, bolehla contact dia. harga pulak itu kena tanya dia sendiri.
bab pakai pashmina belit sana sini pulak, serahkan kepada adik aku. servis ini tidak disediakan kepada orang lain. hehe ;p



Friday, October 8, 2010

terima kasih ♥

ini adalah entry penghargaan
pertama sekali, thank you so much untuk emak dan ayah yang berpenat lelah memastikan kenduri tunang anak dara sulungnya neh berjalan lancar. dan juga kepada semua sedara-mara yang sanggup berkampung di rumah kitorang untuk tolong masak, kemas rumah, hias bilik, uruskan hantaran dan semuanya lah. terharunya saya bila teringat T____Tterima kasih untuk adik-adik :)untuk dua gadis kesayangan. zatil memang aku angkut dari KL, meneman aku dari malam tu. tolong buat itu ini. terima kasih sangat babe. along pulak datang pagi tu. sampai lah ke petang. time kaseh ! time kaseh ! time kaseh !
halwa betik - thank you wan dan opah chukuih bakar - thank you along hand bouquet - thank you girlfriend tersayang, cik nur zatil imanset wallet and belt - thank you kakak kesayangan
ini awal-awal lagi beliau dah chop satu dulang. masa aku bagitahu ada plan nak bertunang lagi, belum confirm lagi time tu. terharu T____T dapat parcel ni masa bulan puasa, siap dapat kad raya dengan duit raya lagi. ee, terharu lagi sekali T_____T sayang ko yang ! (tak bagi apa-apa pun tetap sayang tahu, karang ada buat spekulasi pulak. hehe)manisan - thank you maklongtepak sirih ni of course lah bukan sponsor. hehe. turun temurun ni :) tapi nak ucap terima kasih pada makcik-makcik yang dah tolong gubah tepak sirih neh..terima kasih banyak emak sebab buatkan kek yang cantik dan sedap untuk kak bukan nak tunjuk gambar berdoa (yang purposely taken. hihi)
bukan nak tunjuk bulu mata palsu yang panjang itu (tapi ada lah jugak niat begitu sikit-sikit. hehe)
bukan nak tunjuk gelang emas seurat di tangan

TAPI

nak tunjuk awning tudung yang aku pakai tu. tudung nikah orang tu. hehe. terima kasih banyak-banyak cik ayein.

dan terima kasih nyna pinjamkan kakakmu ini pashmina la, kerongsang la, head band, sampaikan ke siglet pun nak pinjam. miahahhaa.
oh, ada satu lagi hantaran makcik aku bagi. tapi tak sempat amik gambar. terima kasih cik ! sudi datang dari penang untuk kenduri akak :)

sekian.


Thursday, October 7, 2010

lagi cerita pertunangan :)

okay ~ mari bercerita :D

lebihkan tulisan, kurangkan gambar. haha. kalau boleh lah.

aku cuti hari jumaat lepas, konon nak bertolak balik kuala kangsar pagi-pagi buta lah neh. sudahnya tahu sampai rumah pukul berapa ? 8.30 malam. tahniah. hahaha. kalau sorang-sorang boleh la kan.. ini singgah sana sini lagi. macam-macam nak setel pulak tu.

malam tu jugak lah nak mengemas biliknya, tukar cadar segala bagai. touch up hantaran. dengan ibunda terlupa nak beli alas dulang, esok paginya kena bangun awal-awal pergi cari. haha. kesian emak, beliau sangat penat lah tu :)ini alas kusyen saya. lepas guna terus simpan. esok-esok tak payah nak beli dah.

rombongan lelaki sampai lepas zohor. dalam pukul 3 macam tu lah. elok je angkat barang hantaran letak dalam rumah, terus hujan turun lebat-selebat-lebatnyaaa. (ha, dapat bayangkan lebat dia tak? hehe)lepas tu, ada majlis selawat-selawat sikit, doa-doa semua.. dan juga sesi perbincangan. di mana aku dan zatil menyorokkan diri di dalam bilik. yelah, kena lah menyorok.. karang orang kata, dia neh selambanye ! hehe. so tak tahu apa diorang bincangkan. tunang (phewit, tunang tuuuu :P) ada di tempat kejadian, mula-mula dia duk luar. pastu ayah suruh masuk jugak. hehe. tanya lah dia diorang bincang apa, dia pun tak dengar. cit. nervous ke yang ?

so, dah habis bincang-bincang tu. opah aku panggil keluar. siap pesan lagi tunduk-tunduk. aku rasa nak angkat muka tunjuk peace je kat semua orang masa tu. hahaha. ketar kot. kikikiki. yerlah, semua orang duk pandang kita je.
duduk tengah-tengah orang ye. tak berani angkat muka pun. hahahaha. TAKOT !mana tah gambar sarung cincin, jumpa yang ini je. haha. lama siot salam neh. photographers ramai benar. siap pesan, salam lama-lama sikit. dua kali upacara bersalam ini berulang. hehe. oh, btw ! aku tak hire photographer pun. sedara mara kan ramai :)mama dan emak. auw. belum pape gatal nak ngaku mak orang tu mak kite jugak. hehe. harap-harap takde sedara mara di facebook tersesat ke sini. kalau ada, buat-buat tak tahu lah ye kalau jumpa akak. jangan dibawa perbincangan di blog ini ke luar. hahahaha.♥ ♥
maksu. rapat sangat dengan maksu, dari kecik lagi duk ikut dia pegi sana sini :) amna tu anak maksu lah..future sis-in-law. hehe. khalisya neh garang betul. sombong pulak tu dia. hahaha. baru nak dukung kejap dah nangis. geget kang ! :P kalisya comel lah, jangan la garang dengan auntie, nanti auntie taknak bawak pergi playground :P

nyna, maafkan aku upload juga gambar ini. hehe. awak tetap comel dan fashionista seperti biasa ♥ hehe. can't help it, love this picture. sangat jakun, pertama kali gambar candid menjadi cantik. haha. uish, jangan lah marah. baru sekali ni ja nak cakap diri cantik. hehehe ;p

later aku share info tentang make up artist aku tu :)


Engagement Band

aku baru bercita-cita malam tadi nak lah selak-selak album tu, edit-edit sikit mana yang patut. pilih-pilih mana yang nak share dengan korang. tapi, cita-cita hanyalah tinggal sebagai kenangan T_______T

keletihan lah. tak sempat nak buat. korang duk nak lagi, nak lagi.. nak lagiiiii. nak lagi apa neh ??? tengah fikir cerita apa nak goreng bagi korang neh :P

so, pagi ni nak share gambar cincin kesayangan saya. boleh tak ?
this is my engagement ring

ini cincin pertunangan saya

sangat cerewet dan fussy ye aku neh. sudahnya aku pilih satu dua yang betul-betul berkenan, suruh cik abang pilihkan. hehe. itupun siap ada drama-drama kan yang ;p time kaseh kerana bersabar, i
you lah ! the one yang tersarung di jari manis ye :) sekarang aku dah tanggalkan semua cincin yang lain.. cehh, macam banyak sangat je. hehe. sebelum ni pakai 2 rings, so sekarang cuma satu saja di jariku ini. hihi.


Wednesday, October 6, 2010

can I go random ?

7 dulang berbalas 11. tema red and black. and of course with the white background.

siblings ♥

suka sangat semua balik :) terima kasih adik-adik. kakak gembira. hihi

ada ke orang nak bertunang bagi muka ketat begini. ahaks. nervous :P

akak ♥ ayah

akak ♥ emakmy bestgirls di hari kejadian. kakyong and gg, I really wish you two were there.

ini gambar profile terbaru di facebook. tak bagitahu pun dah memang tahu kan ? :P

the engagement dress. less is more :)

// tak sempat nak edit gambar. later akan aku update dengan lebih sempurna ye ? :) pada pihak-pihak penaja saya (ceyyy ! bunyi tak nak kalah :P), jangan rasa kecil hati dulu ye. kemudian akan naik entry untuk kamu-kamu. ♥

/// gambar main letak je. tak susun ikut waktu kejadian. harap maklum :D

//// siapa suka entry ini, sila like di bawah. hehe ♥ tQ~


Tuesday, October 5, 2010

malam berinai

hai :)

nama kite amna. sapa-sapa biasa baca blog yong, mesti la kenal kite kan ?

nampak tak tangan kite ada inai tu ? comel kan :D hep ! kite kata inai tu yang comel lah, bukan kite. hihi

hari tu la.. kite pergi rumah yong masa malam 1hb tu kan. tengok-tengok kakngah tengah pakai inai. itu la yang kite pun nak pakai jugak. tapi kite pakai sebelah je. tak mahu lah pakai dua-dua belah tangan. itupun lenguh sangat tangan kite tahu sebab kakngah kata tak boleh gerak-gerak. kena duduk diam je. memang kite duduk diam-diam betul.

kite ajak yong pun pakai inai sekali. tapi dia taknak pulak. patutnya orang yang nak bertunang la sakan berinai kan. ini kite yang lambat lagi nak tunang neh pulak yang over. hik3inilah hasilnya kite berinai malam tu :)

okay lah. kite tak reti pulak nak tulis panjang-panjang sangat neh. nanti yong update gambar-gambar tunang dia taw. tata semua ♥

// ha, baca lompat-lompat lagi. kan dah salah paham. aku mana ada berinai pun. bebudak kecik je yang pakai inai.. *sambil wat muka garang :P


Sunday, October 3, 2010

si dia bukan boyfriend saya lagi

I am now officially Mohd Nazul Aziim's fiancee ♥


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...