Saturday, January 9, 2010

Wakenababe!

Tergerak hati nak telefon rumah. Macam lama tak sembang dengan mak ayah aku. Last bercakap 4 hari yang lalu. Aku pun dail lah 05-776**** (hehe, sensored)

Lepas tu, satu suara kurang dikenali angkat. Aku macam dah.. Eh, suara siapa pulak neh. Sumpah tak dapat nak cam. Berfikir dengan panjangnya sehinggalah disedarkan oleh suara tersebut,

"Yer, nak cakap dengan siapa?"

Aku masih tergamam. Duk berfikir, aku salah dail nomborkah?

"Err.. saya nak cakap dengan ayah saya.." (suara macam kurang pasti nak cakap apa)

Suara tersebut gelak. Ahh, sudah~ aku salah dail kot ni. Salah rumah kot ni. Salah nombor kot ni.

Aku pun mengambil langkah selamat,

"Eh, takpelah. Saya rasa salah nombor kot"

Terus letak. Tengok nombor yang aku dail, betul.

Hmmmpphhh.. Berfikir dengan kuatnya. Siapa tu yang angkat? Kenapa orang lain angkat telefon rumah aku? Cross line kah? Sumpah sangat berfikir sampai telefon Mr. Bf mengadu.. "Za nak cakap dengan ayah, nape orang lain pulak yang angkat :("

Lepas tu makin difikir fikir, makin bukan bukan lah otak aku neh. Siap fikir lagi, ada orang masuk rumah aku kah. Tak sedap hati. Terus call handphone ayah. Masuk voice mail pulak dah. Telefon handphone mak pulak. Fuh~ Lega.. Call dijawab ;D

So, sembang punya sembang.. Tiba tiba bolehkah mak tanya,

"Eh, yong ke yang call tadi?"

I was likeeeeeeeeeee.. OMG! Malunya saya. Seronok ye mereka gelakkan saya tadi. Sampai sakit perut aku gelak dengan mak tadi. Cis cis cissss!!!

Apakah aku tak cam suara ayah. Ayah pulak dah cam suara aku, berlakon pulak beliau. Sumpah ayah comel gila kelakar. Tak tahu sampai tahun bila akan diungkit pasal ini. Malu T_____T Rindu sangat ayah saya. Sob3Rindu emak saya jugak.

Rindu rumah. Nak balik rumah :(

p/s rupanya kitorang adik beradik berebut line telefon rumah malam ni. Haha. Before aku call rumah, Ngah call dulu.. And then masa aku call tu, budak ni tengah cakap dengan ayah, patutlah masuk voice mail. Aku pulak pergi fikir bukan bukan. Hihihi.

Thursday, January 7, 2010

Eh, khamis dah ek hari neh? Wowwww weee~ esok Jumaat, lepas tu Sabtu, lepas tu Ahad.... Syorrrrgaaaa.. Tapi, lepas tu Isnin :(

Miahahaha. belum hape hape lagi dah membilang hari aku neh ;D

Kejap nak membilang hari dah berapa lama kije aku neh.. (sambil keluarkan jari jemari runcing nak membilang)

Ohh~ Dah 3 minggu rupanya.. Ke baru 3 minggu sepatutnya? Hihi.

Nak taw cerita tak? Tapi ni cerita basi la.. Hihi. Masa birthday hari tu kan, I sentap dengan Mr. Bf sebab beliau tak bagi saya cake. Sob3.. Beliau bagi coklat je. Aku macam biasalah, mengeluarkan perangai kebudak budakan ni. Merajuk koooo.. Hahahaha.

Tibe tibe esoknya pakcik tu telah membuat surprise bagi saya cake. Terharu mengalir air mata kasih T__T Haha, drama je lebih ;p
Motifnya di sini, sebenarnya aku nak bagitaw.. Aku sangat teringin nak makan Pecan Butterscotch lah sekarang. Sekarang jugak nak sangat sangat.. (terbayang bayang sudaaaa)

dah, habis update untuk hari ni. bosan je. tahniah sapa yang baca entry merepek ni sampai habis. anda memang tabah.

Tuesday, January 5, 2010

Dag Dig Dug~

Bubur ayam kasih sayang <3>


Teheheheee.. Niat memasak untuk kekasih hati yang tengah demam tu. Tapi dah kata demam kan, larat la sangat beliau nak datang sini kan.. Takpe kanda, percubaan pertama biar dinda dengan housemate dulu yang rasa.. Kalau sakit perut pun, bukan kanda yang sakit. Ahahahahaa ;p

Oiiii.. first time aku masak bubur ayam. Pastu berlagak lak tu tak bagi housemate aku join sama kat dapur, padahal malu takot tak jadi. Sekali kacang je rupanya. Sia sia aje aku cuak tadi. Hehehe.. Oh bubur ayam~ nasib baik kau tak malukan aku depan Nini.. (housemate aku lah!)

Sedap pulak tu aku masak. Miahahaha. Sapa chef pandai memasak kat sini duduk jauh jauh. Kang nampak sangat la saya ni melawat dapur sekali sekala aje. Hehehe.

To sayang, get well soon yer. Nanti I masakkan spaghetti meatball macam yang you request tu.. Love you~ (nampak tak ada cupid tengah tembak hati saya ni.. hahahahaha)

Monday, January 4, 2010

Gedik never end

Okay, blog kembali boleh diakses oleh semua pihak. Aku boring update macam cakap dengan dinding pulak dah private neh. Ahahahaha. Takpe, siapa yang nak buat khianat dengan aku tu, Allah je yang balas. Buatla jahat dengan aku, esok esok orang buat jahat balik dengan korang.. Padan muka! Hehe.

So, alkisah hari minggu aku.. Hari minggu yang memenatkan okay. Tu yang pergi kerja hari ni pancit aje..

Sebelum tu, tak terlambat lagi kan nak wish Happy New Year to all!! Dah masuk tahun baru ni, harap harapnya siapa rasa perangai dia macam syaiton tahun lepas, bawak bawak la berubah. Siapa rasa tahun lepas tu suka sangat khianat kat orang, bawak bawak la berubah jugak. Siapa yang mulut macam longkang, bawak bawak la cuci sikit mulut tu. Jangan asyik mengata orang kak.. Tak baik :) Bukan cakap kat korang je ni, ingatan untuk aku jugak. Kang ada pulak yang cakap aku berlagak baik. Hahaha. Like I care? Eh, lagi satu kan.. kalau aku tak cari pasal dengan korang, tolong jangan cari pasal dengan aku boleh? Mintak tolong neh (dengan muka tersenyum manis) dan tolong jangan nak sound sound aku atas salah yang orang lain buat..

Okay, cukup ucapan ringkas di tahun baru. Aku ni bukan reti nak cakap sepatah dua kata. Kang konpom jadi berjela jela.

Jumaat yang lepas, bersamaan 1 January 2010.. Aku ada date! Dengan gadis gadis kesayangan. Err, kalau 17 tahun dah boleh panggil gadis kan? Ke kanak kanak lagi? Hahahahaha.Dua orang yang seng. Hihi. Sorang tamak, sorang lagi makan seciput.Kitorang keluar pergi IKEA. Jauh tuuuuuu dari rumah aku. Berpusing pusing tak sampai sampai, rupanya cik driver tersalah jalan ;p Nasib tak lepas sampai ke Johor ek.. Lagi satu kan, si budak Zaty tu dari Klang naik train sampai area rumah aku. Tabah kan? Sejam lebih tu dik dalam train. Pasni boleh suruh datang lagi ;D Aah, semua neh saya yang makan. Nyum~ nyum~Aksi bermanja harus ada. Lama tu ko tak jumpa..Budak bermuka kuning. Hihihi. Ada kat rumah aku weh katalog ni. Baru aku tau rupanya katalog ni tak boleh bawak balik. Entah sapa la tukang seludup tu.. Hehehe.

Kemudian, dari IKEA kitorang terkedek kedek menapak ke Cineleisure. Niat murni nak tengok wayang bersama sama okay. Tapi punyalah ramai pulak umat duk beratur. Batalkan niat nak tengok wayang.Pergi karaoke laaaaaaaaaaaagi best! Ahahaha. Tapi adalah orang tu, dia pilih lagu kan.. lepas tu kan, bila lagu tu keluar kan.. dia buat buat tataw.. kononnya entah sapa sapa la yang duk pilih lagu tu tadi kan. Nervous kot pestaim nak menyanyi sama ni. Hahaha.

Dia malu, lantak situ kan yang.. Kita steady je. Hakhak. Dangdut memang adalah terbaik.. "Berdegup jantungku mendengarkan namamu.. Ahh..Ahhh~"

Hahahahahahahhaa!!Gedik never end.

Seronok keluar dengan kamu dua orang neh. Letih kan hari tu. Padahal jalan area KL je. Itupun berapa kali seat driver bertukar tangan. Hahaha. Zaty, cepat la amik lesen.. lepas neh ko pulak jadi driver okay.. Lain kali datang lepak rumah saya lagi yer ;D

p/s siti bum bum, hehe.. kita dah open balik ni ha.. takmo ar nangis nangis ;p jemput baca ye. hehehe

Sunday, January 3, 2010

Lovely Sunday

It's a lovely Sunday today :)

The first Sunday for this year.. and it's going so well.. Hihihi. Kalau dah berdating tu, semuanya elok aje kan ;p

Semalam tidur lambat, jadi hari ni pun bangun of course la tak berapa nak awal kan.. Mr. Bf pun adalah bijak, dah on the way baru nak call saya.. Padahal rumah kitorang sekangkang gajah aje. Merasa menunggu aku sejam. Mintak mahap ye sedara. Hihi. Love you~Dia, saya sayang. Tak peduli orang kata apa pun.. :)

Mula mula kitorang ke Low Yatt. Konon nak naik monorail. First time neh nak berdating naik public transport. Sudahnya beliau tengok aku dok bermake up dalam kereta (kan aku bangun lambat, walaupun dah lambat sejam.. masih tak sempat tu nak bermake up kat atas. hahaha), beliau pun kata, "Takpe ke ni sayang naik monorail? Kang cair make up. Kita naik kereta aje la"

Oh~ lovely ;p Hehehe.

Lepas dah setel hal dekat Low Yatt, kitorang pun bergerak untuk pergi tengok wayang.. Tengok Avatar. Gila best okay. Tak terasa 2 jam setengah tu. Dari 5 bintang, aku kasik 5 bintang setengah! Hihi. Sumpah best ;D Ohh~ sapa yang tak tengok lagi tu.. it's highly recommended to watch Avatar 3D. Berbaloi baloi~ Hihi.

Lagi satu,
dengan ini saya mengumumkan..Kelahiran Celcom broadband saya! Hihi

:)

Saturday, January 2, 2010

Helo semua..

Happy New Year!! ;D Seronoknya memaklumkan setakat ini hanya ada lebih kurang 10 orang pembaca ekslusif di blog ini. Hihihi. Boleh kita update dengan lebih bebas kan. Tanpa perlu nak risau orang nak curi gambar ke. Lagipun aku nak elakkan rasa sakit hati dengan orang yang memberi komen dengan niat memang untuk menyakitkan hati aku.

So, apa azam baru untuk tahun ni yer.. Hmm.. Setakat ni yang dah dirancang..

*Find a better job. Tapi dah cukup syukur jugak dengan kerja sekarang ni. I like it <3

*Beli e72

*Repaint ACS 3500

*Saving at least RM200 sebulan

erm, tu je dulu kot yang aku ingat sekarang. nanti update lagi. nunite~



Wednesday, December 30, 2009

STICKY MODE


I just want to let you guys know, aku memang TAKDE ADD SAPA-SAPA KAT YM. Dan jugak AKU TAKDE CREATE ID BARU KAT YM. Sapa-sapa yang ada orang add, claims himself/herself as me.. Please ignore it because IT'S NOT ME.

Dan jugak si hantu ni nak menjatuhkan maruah aku and talking nonsense about myself. So, korang kawan-kawan aku tolong jangan ada yang terpedaya. Ulang suara, AKU TAKDE ADD SAPA-SAPA KAWAN BARU DALAM YM DAN JUGAK TAKDE CREATE ID BARU.

Eh, lagi satu. Kalau ada lagi manusial tak cukup kasih sayang yang tiba-tiba aje tegur korang kat YM, mintak gambar aku dengan korang.. JANGAN BAGI. BUKAN AKU. Ulang, JANGAN!!

Summore, kawan-kawan aku lebih kenal siapa aku dari ko la jembalang!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...