Saturday, December 26, 2009

(Gambar kena letak watermark besar besar, baru lah orang tak boleh curik lepas tu buat profile pic kat YM tanpa rasa bersalah. Huh.)

Morning sunshines~

Hari ini aku bangun awal. Nak follow Mr. Bf pergi Shah Alam, sebab aku sangat bosan duduk rumah. So, pergila Shah Alam nak jenguk adik aku ni ha.. Aku naik kereta aku, bf naik kereta dia la. Dia ingat aku ni naik ferrari ke hape. Laju tak hengat. Saya ni bawak Wira je cik abang oi, mana la nak lawan ngan Honda awk tu. Lempang kang. Aku ni dah la tataw jalan. Sebab tu la follow dia.. Eh, apa apa je la ek. Citer panjang panjang pun macam la korang paham ;p

So, what's up?

Lama tak online dengan laptop sendiri. Minggu ni adalah sedih, asyik menempek kat cc aje. Ni pun salah satu sebab nape pergi umah Kak Ngah. Hihi. Leh online. Hihi lagi.

Erm, tataw la pulak nak cakap apa. Takpelah, aku nak wish korang Happy Holiday aje :)

Wednesday, December 23, 2009

Thanx untuk semua yang wish birthday aku.. Terharu, and fyi.. birthday aku hari ni lah. Bukan 25.. Lain kali nak menyamar jadi aku pun, sila study dulu biodata aku ek? Hehehe.

Special thanx untuk Mr Bf, buat surprise pulak tiba-tiba muncul kat bawah umah aku. Hehehe. Dan yeay, semalam sempena my birthday, tercapai jugak hasrat di hati neh nak makan kat William :D Thanx syg, I love you secara banyak..

Lagi sorang, si adik yang seng neh. semua tempat dia nak wish.. Hehehe. Kekanda pun sayang adinda. (Taknak kalah nak blink2 jugak tu. Hehehe) Terharu aku dapat hadiah charger. Hahahahaha. Siap ada special entry tu --> Cara untuk hapuskan rasa bersalah pada kakak

Oh, tak lupa jugak.. Kakak yang sangat aku sayang ni.. (Kakak aku ni ada kembar taw, twin dia pun aku sayang sgt ;p) Thanx yang, terharu taw saya baca ayat-ayat kamu. Ko pun taw aku sayangggggg ko sangat.. --> Selamat hari kelahiran Izza Cyg ;p

Dan untuk semua yang msg, yang wish kat FB, yang telefon dari UK (Hihi, babe, I love you darl!), yang nyanyi untuk aku... THANX SANGAT2.. AKU SAYANG KORANG SEMUAAAAA!!

p/s Untuk manusia loser yang dengki dengan aku, curik gambar aku, menyamar jadi aku, buat cerita bukan-bukan pasal aku, ko sila pergi mati boleh tak?


Tuesday, December 22, 2009

Nak cakap ke tidak.. Hmmm

Okay, dengar sini semua. Aku nak buat laporan ringkas tentang hidup aku kat sini. Huh. Tiba-tiba je rasa annoyed. Takpe, aku nak beri laporan dulu, later baru aku nak mengamuk.

Tak friendly langsung ek introduction di atas? Okay, mari kita mulakan lagi sekali.

Hye semua!! (sambil lambai tangan kat semua orang) Rindu aku tak? Sapa tak rindu pergi main jauh-jauh. Like I care. Huh. Erghhh.. apakah nak menaip je, mesti nak marah. Damn. Tak boleh la korang. Sorry la mood aku swing neh. Aku rasa nak lempang orang je! Grrr..

Semalam 1st day kerja okay. Takde ramai cina pun. Staff friendly (yang neh ko memang pandai). Tapi for your information, dekat rumah sewa aku tak dapat internet. Takpe. Goodluck aku ucapkan. Kau memang akan dilupakan, tapi kau takkan dimaafkan.

Ergh.. korang mesti tak paham kan. Masuk blog je, salam tak bagi apa tak bagi. Tiba-tiba berangin. Hehehe. Aku dah lama tak marah orang la. Kasi chance ek. Ololoooorr, janganlah duk cebik bibir, aku bukan marah kat korang..

Nanti bila aku dah berjaya mendapatkan access internet, aku update proper lagi ek. Ni aku kat cc. Ulang suara, kat cc. Bukan online kat rumah sewa tumpang wifi umah sebelah.

Btw, esok 23 Dec.. Dah nak genap 23 tahun umur aku ni. Aku harap dapat kehidupan yang yang lebih baik. Aku nak hidup yang happy dan bahagia. Aku nak jadi anak, kakak, kawan, dan jugak wife yang baik..Hehehe. Ya Allah, panjangkan lah umur aku dan juga mereka yang aku sayang.. Aminnnn.. Dan aku berdoa supaya dijauhkan daripada fitnah. Orang yang jahat ni memang ramai kat keliling aku. Tapi kau silap, aku jugak dikelilingi oleh orang-orang yang sayang kat aku. Eh, malaslah aku nak cakap banyak-banyak dengan loser mcm kau ni. Hidup aku yang biasa-biasa ni pun kau nak buat khianat. Ish.

Okaylah, wish you all a good day okay :) Hidup jangan berdengki dengan orang. Jangan buat khianat dengan orang. Barulah hidup tu berkat sikit.

Takecare!!

Sunday, December 20, 2009

Hye. Already in KL. So, say Heeeeeeeeeeeelo KL!! ;D Super damn tired, kerja aku tidur aje dua tiga hari ni. Went to KL dengan adik aku sebagai peneman dan tukang menolong aku berpindah. Hehe. Oh, fyi.. I'm staying in Bandar Tasik Selatan. So, marilah roger saya wahai rakan-rakan di KL :)

Tomorrow will be my first day at work. Saya nervous. Dari rumah ke office cuma 10 minit memandu dengan anggapan jalan adalah tidak sesak. Tapi mana mungkin Taman Connaught tak sesak kan.. So, esok langkah selamat.. kena keluar awal sejam kot? Jangan taktaw, Mr Boyfriend bawak aku hafal jalan sampai 5 kali tawaf dari Bandar Tasik Selatan - Taman Connaught. Pukul 2 pagi okay. Kesian adik aku sampai tertidur-tidur kat backseat. Hehe. Dia dah naik bosan katanya duk tengok jalan yang sama dari tadi.. Mana taknya pukul 2 pagi duk menghafal jalan. Sampai KL pun pukul 11 lebih. Lepas tu angkut barang semua lagi. Penat betul pindah rumah ni. But, thanx God so far housemates aku adalah okay. Memang too early untuk judge orang.. Ahh. Janji aku tak kacau diorang, diorang tak kacau aku sudah :)

Btw, aku terbawak charger Cik Nyna datang KL. Matilah aku kena marah dengan beliau :( Jangan marah saya.. :( Nanti weekend aku balik, aku bagi balik ek :D Tak baik ah marah-marah, nanti kedut timbul kat muka, pakai clean n clear pun tak berkesan. Hehehe. Maaf ye adik.

Okay. Rasanya itu aje ucapan untuk hari ini kot. Later update lagi. Oh, ini pun online menggunakan ihsan Wifi KL. Kenapalah area rumah aku tak dapat Wifi KL ek? Cis..

Friday, December 18, 2009

I'm moving to KL today.. will start working on Monday. Taktaw bila boleh dapat access internet until I get my own broadband. Huhu. Nervous neh. Hihi.

Tata.

Girls Day Out

Hye semua :)

Mata tersangatlah kuyu. Badan tersangatlah letih. Tapi barang barang tak packing lagi. In fact, beg balik dari Harvard hari tu pun tak unpacked lagi. Hahaha. Aku hangkut je la balik semua tu pergi KL nanti. Eh, nanti apanya. Esok lah.. Hadui, tak sempat lah haku ni nak berehat puas puas, esok dah nak kena pergi KL balik. Isnin dah start kerja. Apa neh, belum start kerja lagi dah merungut. Ishhhhhhh~

Jap jap.. Jom main kira kira nak? Aku balik rumah 9 Dis. 11 Dis aku pergi KL. Kemudian 15 Dis, aku balik rumah. Lepas tu, 18 Dis dah nak kena pergi KL balik wehhh!! Argh.. meroyan betul la rasanya. Naik tension pun ada..

Btw, hari ni aku pergi Ipoh. Shopping sikit. Confirm lah bukan barang aku sebab aku takde duit. (pengakuan yang jujur lagi ikhlas dari hati). Haha. Aku jadi driver je. Temankan adik aku pergi shopping. Sambil tu, dah janji dengan Gg will meet her once she's here. So, I have fulfill my promise right dear :) Tiba tiba lepas ni you dapat posting kat KL, kita huha huha di KL je la ;DWe have been bestfriends for almost 10 years. Wooohoooo! Ini si orang kaya yang shopping tadi. Shopping guna duit mak. Tidak adil. Hahaha.Korang, korang.. dress ini santek sangat bukan? Tapi Nyna dah nampak dulu, haruslah dia cop beli dulu. Dah tu kalau aku berkenan sangat pun, nak beli sama? Tak payah. Sharing is caring kan. Hahaha.Entry ini disudahi dengan sesi penyidaian muka secara total. Suka gambar ni. Pandai kan adik aku amik gambar walaupun subject photo beliau dapat C. Haha. Matiklah aku dengan tanpa rasa bersalahnya menjaja perkara tersebut. Btw Nyna, cuba lagi sem depan okay. Mesti sebab awk suka melawan lecturer tu yang dia bagi teruk tu. Hehe.

Weh, teman aku pergi KL esok jom? Jomlaaaaaaaaaa :( *ayat rayuan untuk Cik Nyna.


Wednesday, December 16, 2009

Saya jumpa beliau..

Duduk Shah Alam 5 hari, sempat jugak aku berdating dengan mak buyung ni. Ahahaha. Mak buyung yang comel.. ;p

Nasib baik aku teringat nak YM dia, bagitaw aku kat Shah Alam.. So, boleh la pergi bergosip dah alang-alang dekat tu. Wah, kerja nak bergosip je kan. Hahaha. Janji kitorang takde cakap pasal orang lain kan yang kan..

Nasib baik la jugak CPM (Cik Puan Miera) ni sanggup datang jemput saya. Kerana saya adalah tidak mempunyai transport. Terpaksla menumpang orang. Haha. Buat cerita sedih pulak. Bluweks! Eh yang, thanx ek datang amik aku hari tu. Pastu belanja saya makan lagi. I malu la. Hihihi.

Ni first time jumpa.. Tapi dah nama dua-dua kepoh je, kejap je dah boleh ngam. Next time aku datang lagi, aku nak pergi rumah ko pulak taw. Nak rasa air tangan mak buyung. Kekeke. Weh, jaga diri tu.. Jaga baby tu sama okay.. ;D

Pada kesayangan saya yang lain, kita jumpa lain kali ye. Maklumlah daku yang hina ini tiada transport hari tu. Harapkan adik tiri, apa yang dia ada? Kereta sorong adalah minah tu. Hahaha. (Sory dik, sempat lagi akak nak mengutuk ko kann.. hihihi) Tak sabar nak dating dengan korang semua ;D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...