Saturday, October 10, 2009

mari cuba cuba

Cuba anda klik gambar di atas.
Apa jadi? Hihi

Friday, October 9, 2009

Home sweet home

Saya dah sampai rumah.

Berasa tidak sihat sekali. Batuk, saket tekak, saket kepala semua nak datang. Inilah nama dia badan ni terkejut, tiba tiba aje kena duduk dalam aircond 24 jam. Berhari hari tak berpeluh. At the end of the day, badan tak boleh terima kejutan begitu. Jadilah begini :( Hopefully minggu minggu seterusnya, badan dah jadi sihat dan kuat. Oh, kena beli milo la jawabnya ni ;p

Semalam tiba di rumah pada pukul 10 malam. Punyalah panjang perjalanan nak balik rumah dari Sungai Petani tu. Dari hotel tu kena pergi stesen bas Sg Petani dulu. Stesen bas yang macam bukan stesen bas. Sampai sampai je saya dan kawan buat muka pelik, ni stesen bas ke? Betul ke? Mana kaunter tiket?? Rupanya kaunter tiketnya satu aje. Untuk bas pergi ke Butterworth, RM4.

Lepas tu, menempuh perjalanan lebih kurang 40 minit dari SP ke Butterworth. Sampai Butterworth pukul 6.30 petang. Beli tiket ke Kuala Kangsar pada pukul 8.30 malam ; RM9.80. Nasib baik Ros ada, duduk la berbual dengan Ros.. Tapi bas dia pukul 7.30. Sejam yang berikutnya sementara menantikan pukul 8.30, saya duduk sorang sorang. Haha, macam sedih je. Cis.

Esok dah nak balik SP balik. Tak decide lagi nak balik pukul berapa. Ikutkan hati, nak balik malam je. Tapi of course lah mak ayah tak kasi, risau biarkan anak dara ni drive malam malam. Maybe petang petang sikit dalam kul 3-4 tu nak gerak dah la..

Jom berehat. Aku dah tak tahan asyik bersin ni :(


Thursday, October 8, 2009

He is getting married!!


He is my best boyfriend. Betul betul kawan lelaki ye. Bukan special boyfriend. Meroyan kang sayangku tu.

And he is getting married tomorrow. Dah lama dia bagitaw, tapi aku sumpah terlupa :( I felt very bad lah.. Felt very very very bad bestfriend. Hari tu masa aku kat KL, dia call tapi masa aku tengah driving. Zatil answered his call and told him i was driving. Again, I forgot to call him back after that.. Dia selalu cari aku. Kenapa aku selalu lupa? Ee.. aku sedih lahhh!!! Sedih because not appreciate the moments before he is getting married. Dah lepas ni, takde lagi la nak makan mcd sampai senak pewot, pergi karoke sampai saket tekak, pergi main bowling pastu kena gelak sebab asik longkang.. Kenapa lah aku tak hargai semua tu.. Izam, aku mintak maaf. Aku taw ko banyak terasa dengan aku, merajuk dengan aku.. Cuma ko tak cakap je.. :( Ko layan aku baik sangat, dari matrix lagi.. Ko memang kawan aku yang baik.. Thanx untuk tu :)

Congrats sebab dah nak kawin. Esok akad nikah tu jangan ketar ketar ek ;p Aku doakan ko bahagia sampai akhir hayat. Jaga Atie elok elok okay.. :)

Aku mintak maaf kalau aku tak dapat datang kenduri kat KL 18hb ni, aku tak janji.. Tapi aku cuba ye :)

SELAMAT PENGANTIN BARU!!

Wednesday, October 7, 2009

Last day APE module

Setelah 3 hari attended module Achieving Personal Excellence, today is the last day. Woohoo! Last day untuk module ni ye kawan kawan. Bukan last day training. Itu lambat lagi..
Our group with the motivator, Tuan Haji Nicholas Sylvester. Best beliau ni. :)

Yang paling bagus sekali module ni aku rasa ialah beliau menggalakan kitorang to face our fear to talk in front of others. Petang tadi, siapa lagi yang tak pernah ke depan untuk bercakap including me (Hehe) are forced to give a short speech, introduce a bit about ourselves then tell the audience what are the lessons that we have learnt from this module.
Woo.. At last, I'm able to talk in front of 211 participants there. All new faces ;D Tapi kan, aku tak rasa aku nervous sangat pun untuk bercakap kat depan.. Yang jadi kalut tu bila tataw apa nak cakap.. Tapi kuatkan jugak semangat fikirkan dulu aku mengajar budak budak, sama je.. Kena berdiri depan diorang gak kan. Hihi.

Malam punya aktiviti pulak rehearsal untuk opening ceremony petang esok. The best thing is the ceremony will start at 2 pm.. That' mean I can wake up a bit late tomorrow!!!!!! ;DThis is me and one of my roomate. There are 3 of us in the room here :)Nampak tu, ada 3 nama ;p Hehe.


We explore and we race!

Today's activity is soooooooooo exciting!!!! We had so much fun. Betul, betul.. We had an Explorace! Woot~ Woot!

Ada 7 check points kesemuanya ;

1. Kena buat hiasan makanan kat kafe. Ala, yang macam hias makanan orang kahwin tu ;D
2. Isi air dalam botol yang bocor (bocornya kecik je la..) dengan menggunakan span sampai bola pingpong dalam botol keluar.
3. Pindahkan 10 biji guli ke dalam mangkuk yang lain menggunakan chopstick.
4. Sepak bola bagi kena kon.
5. Masukkan bola pingpong dalam cawan.
6. Serve volleyball supaya lepas net.
7. Masukkan bola golf ke dalam lubang.

Woh~ penat berlari woh ke sana sini. Dalam hujan okay, tapi hujan rintik je la.

Jom tengok gambar sikit sikit, nak tak? Tersesat masa cari check point, tapi takpe.. Kita pose dulu ;D Te he hePadang golf. Dalam pada kejar masa tu, sempat lagiiiiiii

Dah settle 7 check points, kena pergi solve cross word and quiz. Lepas tu dah submit, akan dapat envelope yang mengandungi huruf. Kena solve the puzzle.Huruf huruf ni membentuk perkataan apa la ye? Pening woh fikir.But we managed to solve the puzzle guys!! ;D

And then, we have to find where is it. Betul, we have to find the black bracelet. Jenuh okay~ Sudahnya budak lain yang jumpa, dapat kat dia hadiah black bracelet tu.. Mesti puas gila dapat bracelet tu kan? I'm not talking about the RM values.. I'm talking about the efforts to get it.. Susah payah tu dari mula, berlari sana sini.. Last last she's able to find the bracelet.. ;D

Oh~ ada soalan kuiz tu kan.. Aku tak taw. Kita guna talian hayat ;DTeka aku text siapa ni?
Hihi, my adik tiri! Dia tu memang selalu jadi mangsa aku kalau tengah terdesak nak find the info. Hihi, nanti kita pergi makan coneto ek? Ke ko demand BR ha???
After the Explorace! Penat gila semua.. Dan tak berapa nak paham la aku sanggup korbankan sikit masa tidur aku untuk blog ini. Cis.
And, tonite.. Our activity is to list down all the lessons learnt from our Explorace. Exciting :)


Tuesday, October 6, 2009

Legend

Sekarang ni, memandangkan aku tengah attend GEMS programme, so basically update pun mestilah pasal GEMS kan.. Jangan ada yang bosan ye? Kot la bosan gak, you have the option not to read it babe :)

So, semalam aktiviti duk dalam kumpulan, kena buat logo, pikir nama kumpulan semua tu.. Nama kumpulan kena ikut huruf yang dah dibagi pada setiap kumpulan. Kumpulan aku dapat L. Jadi, kitorang decide untuk bagi nama kumpulan Legend ;D
Haip!!! Jangan la gelakkan logo kitorang. Done in 15 minutes.. Tulisan Legend tu tulisan aku. Dah lama tak menulis, dah macam apa je jadi.My group members. :)






Monday, October 5, 2009

First day..


Hari pertama join GEMS.. Waktu tidur dan bangun pagi perlu diselaraskan kembali. Tidur before 12 am, wake up 6.15 am.. Hihi. Tapi tu semalam la.. hari ni amik ko tidur pukul 7.15 baru aku bangun.. Sangat best tarik comforterrr, sambung tidur ;DDah bosan bagi gambar berwarna, mehla korang tengok pulak gambar tadek kaler ni. Haha.

Kat hotel ni kan, lepas makan.. Makan.. Lepas tu makan lagi. Dan makan lagi. Sebab takot gemuk, aku tak guna lif kat sini, panjat tangga tiap hari. Tapi 2 tingkat je ;D Hehe. Tapi ada 4 tangga okay. Pastu, aku cuba elakkan minum ais dengan air manis. Haha, perlu ke aku bagitaw korang semua ni?

Aktiviti hari pertama, induksi. Praktis lagu tema GEMS, rancak lagu dia. Macam nak goyang goyang tangan je nyanyi ;D. Lepas tu explain pasal GEMS, pasal keselamatan kat hotel ni. Bla bla bla dan bla bla blaaa.. Lepas tu semua 211 orang peserta dibagikan kepada 7 kumpulan. Kumpulan ni macam syarikat sendiri la. Macam macam aktiviti lah kena buat bersama sepanjang 2.5 months ni. Takat ni blum ada projek apa apa lagi. Hihi

Lepas tu, petangnya kena amik English Cambridge Test. 100 soalan, jawab dalam masa satu jam. Tak sempat jawab 20 soalan terakhir t_t. Redha. Huhu.

Malam pulak duduk dalam kumpulan syarikat sendiri. Ice breaking. Kenal kenal ahli kumpulan.So far, semuanya okay aje :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...