Thursday, July 23, 2009

im here (:

hellewwww guys!!
finally im here!!!!!!!
YES, here means kuching, sarawak!!!!

semalam landed kat kuching airport pukul 9 pagi
lepas tu, terus terjah kiki kat ofis dia
and then petang meet with tilla pulak kat waterfront

tata guys.

(suka aje tiba-tiba tamatkan entry)








Tuesday, July 21, 2009

setiap yang bermula..

pasti akan berakhir..

tsk.. tsk.. tsk
im excited!! at the same time, so sad la plak..
cis cis cissss!!
tidak menduga perasaan sebegini akan hadir
eceh, puitis lak ayat lahai ;p

tadi ada potluck di staff room..
kek lapis semalam utk potluck neh lah
meh cepat sapa nak, mai order ngan aku ;p
hahaha

err.. akak zuris tak yah order
pasai aku utang ngan dia ;|
kakak, jangan pregnant lagi ek..
aku risau anak ko keluar nanti, air liur duk menitis-nitis pulak
aku takmo jadi penyebab ;|

sedih la oi!!
(sambil tangan duk stapler kertas soalan ICT.. )
yer.. sudah last day pun kerja tak siap lagi
haha
;p

petang neh im off to KL..
and then tomorrow morning im off to.... ;p

omaigod!!
mood excited sudah mari balik..
macam tak percaya!!
(cubit pipi sendiri, ouch!! saket.. maknanya betul lah kan!!)










main pewarna

ape kes tengah-tengah malam duk main pewarna neh?

(':

tengah gigih buat kek lapis okek..
sila kagum.. kerana mengorbankan sedikit masa tidur
sambil-sambil tu packing barang
nama je semangat lebih, tapi barang pun terhegeh-hegeh nak packing
kalau semangat, patutnya seminggu awal dah siap packing kan?

lepas tu, baju pun dah iron
clap clap clap.. syabas izza!
kerana berjaya melakukannya.. haha
biasanya bangun pagi barulah terkedek-kedek iron baju semua
tiba-tiba last day, semangat tuu
(padahal taknak bazir masa tunggu kek masak)

yep.. esok last day sayep..
sedih la pulak
tsk.. tsk.. tsk
tapi happy pun ye..
excited pun ye..
penat pun ye..
ngantok pun ye..
hahaha

esok start ujian selaras II
kertas soalan aku masih belum dikutip di ofis
harap-harap dah siap esok..
last day, confirm busy..
banyak kerja nak disetelkan..
buku budak pun aku tak sempat tanda habis..
;|

err..
haih!! mata ini..
mengantuk betul lah..
takpe.. takpe..
ada lagi 3 lapis untuk siap = 30 minit..
sila bertahan..
(genggam tangan erat-erat sambil mempamerkan muka penuh keazaman)

tsk..
gudnite.

(tumpas ketiduran di hadapan oven)









Friday, July 17, 2009

tik tok tik tok

hari ini hari apa kawan-kawan?

ha, yang blakang duk tepi tingkap tu..
apa jawapan dia?

pandai pun!! hari ni hari JUMAAT ;D

semua orang suka hari jumaat kan..
aku pun suka ;D (senyum lebarrrr)
dan.. tak lama lagi karier aku sebagai seorang guru akan berakhir
dan tataw lah pulak berapa lama nak tanam anggur pasneh
T____T

bila ye hari 1st aku jadi guru?
lupa dah, malas nak korek entry lama..
sedar-sedar je, tinggal lagi 2 hari..
tsk.. (':

rasanya 2 bulan neh banyak pengalaman dah aku kutip
ceh, buat ucapan macam hari terakhir pulak
takpe, takpe..
kita tangguhkan dulu ucapan neh,
akan memberi ucapan rasmi pada 21 julai kelak ;D

i've been too busy since i be a teacher..
2 minggu selepas habis belajar, terus masuk sekolah..
dan sekarang, time for a long holiday!!!

22 julai - 28 julai..
i'll be away..

(:

tata guys.
have a nice weekend.










Wednesday, July 15, 2009

HELLO... HELLO.. HELLO.. (echo.. echo.. echo)

ish.. blog ke rumah usang neh??
bersawang nah ;p
sebenarnya saya sedang membuat satu eksperimen

"adakah cik izza tidak ghairah terhadap blog lagi?"

nampaknya hasil eksperimen adalah positive.. tsk..

okey, tinggalkan cik izza bersama eksperimennya. sekarang mari kita meneruskan jelajah blog dengan membaca perenggan berikutnya yang mungkin lebih berfaedah untuk diketahui (atau mungkin tidak..)

hari ni jadual saya full dari pukul 9 pagi sehingga pukul 1.20 petang. selepas itu, saya berehat-rehat sambil memerah otak menyediakan kertas ujian selaras II untuk pelajar tingkatan 1 sementara menunggu aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan pada pukul 2.30 petang.
(iya, memang suka bagitaw benda yang tak penting)

selesai aktiviti ko-kurikulum lebih kurang pada pukul 4, saya bertolak pulang. bukan terus pulang ke rumah, sempat singgah di beberapa perhentian. perhentian pertama, CIMB centre. tujuan persinggahan : mencetak penyata akaun untuk urusan gaji (yahoo.. gaji first dah nak masuk ;p)

kemudian, saya meneruskan perjalanan ke Kumpulan Simpanan Wang Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP.saya mendaftar sebagai ahli KWSP. sekali lagi atas urusan gaji (ini tidak perlu diberitahu, pembaca sekalian sudah taw kan?) lagi sekali yahooo lah, sebab tak lama lagi gaji first akan masuk ;D

selesai urusan di KWSP pada pukul 4.40 petang. saya terus bergegas pulang kerana badan dan otak sudah sangat letih dan penat.

sekian cerita pada pada 15 julai 2009.
tata









Saturday, July 11, 2009

personal tutor

eyes can tell a story kan?
betul tak kawan-kawan?
ke tak betul?
hihi

petang ini aku telah membuat aktiviti separa bermanfaat
iaitu membuat kelas tuisyen untuk student ku..
(cikgu, rasanya lebih sopan jika cikgu menggunakan kata ganti nama 'saya')

okey,okey..
this entry will be written using 'saya' instead of 'aku' ;p

anak murid saya telah meminta saya mengajar mereka prinsip akaun
oh, subject that i loved the most when im in high school
jadi, dengan begitu bersemangatnya saya mengajar tadi
dari library beralih ke kopitiam
kat kopitiam, mushroom soup pun tak habis saya hirup sebab semangat mengajar
hahahahaa
should i be a teacher guys?
i mean permanent job..
kena fikir dulu neh.. ;p

kenapa lah akaun form 5 begitu senang korang?
compared to the lessons that we learn at univ???
haha.. soalan apakah itu..
dah tentu-tentu peringkat U kenalah lagi tough rite..
tapi mengajar akaun neh buat minat saya terhadap akaun yang makin pudar tu datang balik.. phewitt ;p

im thinking of opening a formal class tuition lah guys..
tapi tataw lah lagi tahap kerajinan itu ;p
hihi

gdnite.










Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”. [Bukhari no. 6018, Muslim no. 47]

kerana pulut, santan binasa
kerana mulut, badan binasa.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...