Tuesday, June 9, 2009

the day we went there..

okey~ mood sudah mariiii ;p
meh nak update betul-betul sikit
kiranya aku sendiri pun nak baca nanti pun
takde lah lintang pukang sangat (:

malam khamis yang lalu
bersamaan dengan 4 hb jun
kami telah bertolak ke kuantan dengan menaiki bas pada pukul 9.30 malam
tapi tulis je kat tiket tu 9.30 malam
alih-alih 10.30 baru basnya sampai..
sabar aje lah..
im ready to go ;p
beg tu kan, pergi kuantan tak berat mana pun
alih-alih nak balik hari tu
macam nak terpatah lengan aku bawaknya..
tah hape lah barang kat kuantan yang aku angkut bawak balik tu
hehe ;p

and yes..
im not going there alone..
masak tuuuu nak duk sorang-sorang kan..PA aku neh
kerjanya mengekor je lah montot akak dia neh
takpe, aku suka je bawak adik aku sekali
lagi seronok ;D

letih tu duduk dalam bas lebih kurang 7-8 jam..
banyak tempat gak bas ni berhenti
nor pesan sampai kat UMP mesej dia
tapi dah aku ni, lepas tidur.. tidur.. pastu tidur lagi
hee..
dah sampai terminal makmur baru sedar ;p
sampai dalam pukul 5.30 pagi..
seram sejoookkk..
nasib baik la takde susah mana nak kejutkan makcik tu
kalau tak, masak gwe nak tunggu kat situ sampai siang
nor, kte taw kamu tak kejam.. ;p

oh yer~ aku tidur kat rumah nor sepanjang percutian 3 hari 2 malam kat kuantan neh
sampai je kat umah nor,
pertama sekali terus cari katil..
ahaha
letih gila okey duduk dalam bas lama macam tuh

okey.

entry selepas ini akan berciri persiapan perkahwinan (;










cash out my earnings (:

skip cerita wedding kejap
sebab sangat malas nak edit gambar ;p

tengok income nuffnang tadi dah cecah rm300..
hari tu niat kalau dah cecah rm300,
nak cash out kan..
tangan pun laju-laju tekan "cash out my earnings"
lepas tu rasa sedih pulak bila tengok kat earnings tu jadi rm0.00 ;p
ahahaini 1st time nak cash outkan duit after about 1 year join nuffnang neh
dulu kan, kalau nuffnang neh naik 10 sen pun dah happy ;p

hee..
sapa-sapa yang belum register nuffnang lagi,
rajin-rajin kan lah tangan korang..
free money, sapa yang tak nak kan ;p











Monday, June 8, 2009

na, selamat pengantin baru!

adui~ mood nak update sudah ke laut la korang
nak edit gambar satu hal
nak menaip pun satu hal
mata ni pun satu hal gak, dok berat jek
adeh.. ;p

layan gambar sikit-sikit dulu ek
warming up.. hihi
bakal bergelar wife orang dalam masa beberapa minit lagi..hebat laki mu na..
sekali lafaz aje
dah la ayah mertua yang nikahkan
tak menggeletar ke?
hiks ;p
dah selamat mu jadi bini orang kan..pengantin gatai yang tak reti duk diam
ahaha ;p
eh, na ni putih taw.. bakpe tah jadi gelap tiba-tiba kat sini..upacara pembatalan air sembahyang..

selamat pengantin baru cayamku..
mu pasni takleh lawan cakap dia dah
heee ;p











3 hari 2 malam..

just back from kuantan!!
gila penat punya trip..
3 hari 2 malam kat sana.. tak terasa langsung masa berlalu
sebab terlampau busy..
but im happy (;

akan slow-slow cuba update blog..
rindu woh 3 hari tak jenguk blog..











Thursday, June 4, 2009

bebelan panjang

assalamualaikum semua (:
lately neh tiba-tiba rasa macam busy woman (woman ke?) pulak
bukan busy body taw..

aku baru je balik dari pejabat imigresen ipoh..
tak, diorang bukan nak hantar aku balik indon lah
sebab aku warganegara malaysia..
ish..
(apsal suka sangat explain benda yang tak perlu neh?)
aku tolong temankan sepupu aku
dia nak buat passport
dahla aku pun tak taw kat mana pejabat tu
main redah je..
hasilnya, memang berjaya :D
syabas.. haha

banyak nak cerita,
tapi gambar dalam phone sepupu aku lah pulak
lepas tu, terlupa nak bluetooth ke phone adik aku..
eh, kenapa perlu nak guna phone orang neh kan..

mana pergi phone aku???

HUWAAAAA!!
ni lah nak mengadu kat korang neh )':
phone aku rosak..
tiba-tiba je terpadam, lepas tu dia tak boleh nak on..
malam tadi tiba-tiba dia meragam..
dah taw aku neh nak pergi jalan jauh
perlu ke time neh ko meragam wahai phone kesayanganku?
kan dah susah aku nak bercamwhoring..
nak berblogging pun ala-ala la plak kan kalau takde gambar neh
nampaknya sementara phone aku masuk bengkel
kena angkut digicam lah ke sana sini..

ni baru je sampai rumah
sempat lagi online kan..
kalau mak aku tengok karang,
mesti kena bebel..
sebab malam karang nak pergi kuantan
baju pun tak packing lagi..
syttttt..

haa.. ini jugak bermakna mungkin blog tidak akan diupdate sehingga aku pulang pada hari ahad nanti..
melainkan blog ini tiba-tiba ada nyawa
boleh update dengan sendiri :D
hehe..

okeylah,
letih mata korang bace panjang-panjang kan :D
nak pergi packing barang..
kalau sempat, mungkin ada satu entry lagi before bertolak ke kuantan ;p
kalau tak, doakan aku selamat pergi dan balik okek?

erm, last.. last..
akak, jangan sentap dengan saya yer..
nanti minggu depan saya pergi jumpa akak (:

haa.. lagi satu..
err.. ini betul-betul last punya..
selamat pengantin baru untuk tayamku cik puan nano
dan jugak untuk akak as

eh, cop..
one more..
sapa-sapa yang ada number aku..
yang biasa berhubung dengan aku,
mintak tolong msg aku number korang yer
sebab number korang semua dalam phone..
so aku memang takde number sapa-sapa sekarang neh..
thanx (:

ok, HABIS!











Wednesday, June 3, 2009

Ragam Budak-budak

yuhuuuuuu korang!!
anybody homeeeee?????
macam lama gila tak update blog kan ;p

cuti sekolah ni busy lah pulak korang
lepas tu, aku pergi bertapa.. hee
nak amik mood marking paper
resultnya, im done!!!

lega gila dah habis marking paper English neh..
tinggal nak campur marks paper 1 dengan paper 2 je..
lepas tu kena pergi sekolah untuk key in markah..

sumpah pening pale weh marking paper bebudak neh
kalau aku tanda time aku penat, mengantuk..
menjawablah aku jadi kedekut markah.. ;p

sini nak share paper yang buat aku terhibur masa marking
hehe..
kelakar taw..
saket pewot gelak..

first..
dah takde keja agaknya kau ni kan?
teacher suruh jawab soalan
kau pergi menyalin soalan!
haih..
ujung-ujung, amik kau palang panjang aku kasik..
alamak, yang neh nama aku lupa plak nak kasik tutup
korang tutup mata sendiri lah ek? ;p

second..ni budak lagi aku tak tahan..
terkekeh-kekeh gelak..
bukan aku nak gelakkan dia.. tapi cara dia menjawab tu..
adoiyai..
ni paper English dik non!
yang kau pergi rojakkan dengan Malay kenapa?
dah macam jawab paper BM dah kan..
lepas tu, orang suruh buat esei "how to make egg sandwiches"
kau pergi buat instruction dah macam rancangan memasak plak
siap buat 1, 2, 3 tu..

third..orang suruh buat summary
kau pergi salin balik esei yang dia bagi..
dah tu, tulisan macam orang mabuk jek
pening pale teacher nak memahamkan tulisan kau ni weh!

lastly..ini lah antara dua paper yang berjaya buat aku impressed..
paham lah jugak apa benda yang dia nak sampaikan tu..

haih..
sumpah pening..
dah habis marking, semak plak lagi sekali
macam kesian plak tengok markah sikit-sikit semuanya
tapi dah aku rasa itu je yang layak dapat untuk apa yang dorang dah hantar

takpe.. takpe
ni semua cabaran kannnn (:











Monday, June 1, 2009

cikgu sedang kemalasan nak update blog..
mata asik nak mengantuk aje..
lepas tu tengah gigih nak cari semangat nak start marking paper
ades..

ada sapa-sapa rela hati nak tolong?
rasanya cuti sekolah ni macam tak cuti je..
nak kena study.. huwaa
aku dah macam budak sekolah pulak ):

okeylah,
untuk budak-budak sekolah
selamat bercuti okey
jangan lupa buat homeworks (ceh, ayat standard seorang guru)
hahaha..
poyo jek kan.. layan je la korang eh ;p
orang tengah excited jadik cikgu neh ;p










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...