Tuesday, September 18, 2018

Luth's Class @ My Little One Speech Therapy

Harini start kelas ketiga untuk Luth dekat sini. Dia masih belum biasa dengan teacher dan takut takut lagi. Session ni one to one tapi setakat ni Mama join lagi sebab Luth belum biasa. Tapi tak boleh berlarutan sebab bila Mama ada sama, dia jadi distracted dan taknak dengan teacher. So tadi kami try bagi Luth 15 minit dengan teacher berdua. Pergh dia punya nangisssss haha aduii meruntun jiwa. Ketar ketar bibir dan macam trauma nak masuk bilik therapy tu balik takut kena tinggal lagi. Nampak betul dia takut tadi. Sorry ya Luth, this is for your own good tau. Kalau Mama ada nanti awak tak dapat improve dan belajar dengan cepat. Mama tunggu luar, tak lama pun.. Next session akan try 15 minit lagi berdua dengan teacher sebelum betul betul boleh tinggalkan dia for one hour.

So, task kelas sebelum ni Mama kena identified apa mainan/aktiviti yang menarik minat Luth. Antaranya :-

Number puzzle
Bubble
Balloon
Hide n Seek
Peek A Boo
Number book

Basically apa yang berkaitan number memang dia suka

This week punya task, Mama kena identified object/makanan/mainan yang dia point dan request nak. Oh ye! Anyway, Luth dah pandai point sekarang, Mama so happy

Tadi pergi makan, nampak Mama pegang air dia terus automatik point sambil cakap NAKKKKKK !!

Terkejut Mama dengan Cingah tau, sebelum ni biasanya cakap nak aje tapi takde bersungguh macam tadi

Ok i nak share pasal perkembangan kanak kanak dalam nak bercakap ni. Dia ada 4 stages :-

1) Own Agenda
Ni kanak kanak yang masih dalam dunia dia sendiri. Contoh reaction, menangis tapi kita taktau apa dia nak sebab dia tak minta

2) Requester
Stages ni anak dah pandai meminta dengan cara tarik tangan kita dan bawa kita ke tempat yang dia nakkan sesuatu.
    2a) Early requester - anak tarik tangan kita ke tempat yang dia nak sesuatu. Ataupun tunjuk apa yang dia nak. Masa ni ada satu atau dua patah words dari anak.
    2b) Later requester - anak tarik tangan sambil buat eye contact

3) Early Communicator
Tahap ni anak dah pandai nak berinteraksi dengan kita tapi few words. Nak bercerita tentang something, bukan hanya communicate bila ada demands sahaja.

4) Partner
Dapat berinteraksi lebih lama dan bermain lebih lama dengan orang lain. Lebih faham dan boleh berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih baik walaupun masih ada kesukaran.

Disclaimer - ini simpflified version menurut apa yang saya faham therapist Luth explain. Untuk facts yang lebih jelas, refer yang pakar ya.

So far now Luth masih di peringkat requester, kadang kadang own agenda. Plannya sekarang untuk ajar Luth lebih pandai untuk meminta something, contohnya nak pass apa apa dekat dia, kita repeat cakap,

Luth nak.... susu
Luth nak.... Air
Luth nak.... Tidur

Doakan supaya Luth akan dapat cepat berkomunikasi macam kanak kanak lain ye ❤


Saturday, September 15, 2018

Resepi Tomyam Merah Tak Menggunakan Pes Tomyam

Sekarang dekat Shah Alam cuaca sejuk selalu. Sejuk sejuk ni mulalah terbayangkan menghirup sup atau tomyam panas, nyamannya rasa !

Jadi semalam saya masak dinner tomyam. Resepi kalini tak menggunakan readymade tomyam paste. Alhamdulillah, sedap rasanya. Bolehla simpan resepi ni untuk buat lagi nanti :)


RESEPI TOMYAM MERAH (TANPA PES)

Bahan bahan
Ayam/Daging/Udang/Sotong
2 biji tomato *
Sedikit halia *
Bawang holland 1 biji *
Bawang putih 3 ulas *
Daun limau purut
Serai 2 batang -ketuk
Sayuran
Bawang holland -hiris
Cilipadi -ketuk
Lengkuas -ketuk
Air limau nipis
Air asam jawa
Akar ketumbar -cuci bersih, nak masukkan dalam tomyam
Daun ketumbar -hiris halus

Bahan bertanda * diblend

Cara cara :-

Panaskan minyak, tumis serai & lengkuas. Naik bau, masukkan bahan kisar. Masukkan daun limau, hirisan bawang, cili padi, akar ketumbar. Dah mendidih, masukkan ayam. Agak dah empuk, masukkan sayuran. Masukkan jus limau dan sedikit asam jawa (tq Kakju Ahlia Azman , jadi pekat dan masam sedap tomyam saya 😘). Perasakan dengan garam. Rasa agak agak dah cukup masam manis pedas tu ok dah tu 👍 tutup api, taburkan hirisan daun ketumbar ❤

Makan dengan nasi banjir, layanzzzz. Cuba tau !

Monday, September 10, 2018

Luth Turns Two Celebration!

Alhamdulillah thank you Allah pinjamkan Luth Daniyal sehingga saat ini, 01/09/18 genap Luth berusia dua tahun

Celebrate birthday Luth kecik kecik aje dekat rumah Mama. Cousins dia semua tak balik minggu ni jadinya cuma kami aje lah. Oh kebetulan ada makcik pun datang rumah Mama masa tu, meriah la sikit. Thank u Maksu :)








Mama doakan Luth sihat selalu, membesar dengan sihat dan sempurna ya. We all love you so much.

Dan lepas celebration ni, Kasih apalagi, 24/7 asyik tanya bila nak sampai birthday dia haha

Macam macam dia request ha,

Kakak nak balloons, nak cake ice cream, nak crown, nak lapik meja birthday, nak hadiah, nak tutup mata lepastu kata surpriseeeeee

Haha ok Kakak, sabar jap ye. Tunggu birthday Kakak yang ke6 nanti :) sebelum ni pun bukan Mama tak celebrate birthday Kakak tau. Sambut kat sekolah dengan kawan kawan pun ada. Nanti Mama show pictures, ok ?

Oh dan dia request lagi,

Kakak nak hadiah. Tak pernah pun dapat hadiah. Lepastu Mama tanyalah,

Eh Mama Papa selalu kan belikan Kakak mainan tu semua hadiahlah tu.

Bukan, hadiah tu kena balut. Tak bagi nampak kotak dia tu dan kena ada riben besarrrr. Kakak tak pernah dapat pun :(

Haha baiklah Kasih. Mama fahamlah apa yang awak nak tu, nanti ye. Sebenarnya minggu lepas saya baru belikan dia mainan wooden maze magnetic tu. Dah niat nak balut cantik cantik baru bagi dia. Sekali poslaju (beli online)  datang hantar barang, Kasih yang terima lepastu being her, mana boleh tahan ! Barang yang sampai mesti semua dia sibuk nk siasat apa tu haha so tak menjadilah plan Mama nak bagi dia hadiah balut cantik cantik tuu. Tula Kakak, sapa suruh tak sabar :p

Friday, September 7, 2018

Victoria Corset a.k.a Arm Corset

Hi,

Sebelum ni ada juga customers yang tanya korset untuk kuruskan lengan sado sekali, haaa now kita dah bawak masuk produk baru under #HouseOfCorsetByChooyaya punya brand.

Victoria Corset ni two pieces, baju corset berlengan dan girdle yang cover sampai underbust. Memang best ni





Menarik tak ? Nak ke toilet pun senang, buka je macam seluar biasa, untuk yang tak pro guna korset bestseller 1piece tu bolehla consider yang ni.

Jom tengok measurements dia :-


Setakat ni korset ni kita takde jual asing ye, mesti kena beli one set. Harga murah je awak, RM155 free postage. 

Tak minat yang ni? Takde hal, ada banyak lagi jenis lain untuk awak pilih hehe


Whatsapp saya ye? 

Www.wasap.my/60196683098/Korset klik aje zas terus masuk ke Whatsapp saya, tak perlu save nombor lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...