Thursday, April 30, 2015

Frittata


Ataupun nama Melayunya telur dadar campak apa saja, HAHA I guess.

So, pagi ni masak frittata (gewdik sangat namanya itu kan) untuk Kasih. Habiskan stok shiitake. Stok sayuran kat rumah pun dah habis. Sayur aku memang tak suka beli banyak. Kalau sayur hijau lagi lah, beli terus masak je. Kalau simpan simpan sampai kuning duduk dalam chiller tu haih.

Rasanya tak pernah bagi Kasih makan shiitake sebelum ni. Baru kenalkan la ni. Suka pula dia. So minggu ni makanan based shiitake ye Kasih haha. 4 days rule :P


Sauteed shiitake with oyster sauce. Kemain kan nama haha. Tumis bawang putih + halia, masukkan daging hiris halus, masukkan cendawan shiitake. Masukkan sos tiram, kalau kering sangat bubuh sikit air. Dah siap bekal Kasih hehe.


Frittata versi Mama Kasih. It should be thicker. I should use more eggs actually, 6 perhaps. This one just using 3 eggs. Nak letak 6 macam banyak sangat tadi. Bergantung kepada saiz pan masing masing lah. Frittata ni bestnya you can put anything. Yang ini, aku tumis bawang, masukkan ayam, sosej dan shiitake. Kacau kacau, masukkan garam. Lepas tu aku masukkan cooked ABC pasta. Kemudian curah telur yang dah dipukul dalam pan tu. Biarkan sekejap dengan api perlahan. Selepas tu aku masukkan dalam oven, bakar dalam 10 minit macam tu sebab ni nipis sangat. Dengan pan tu aku letak dalam oven, haha biarkan handlenya terjulur keluar (maknanya pintu oven tak boleh tutup rapat).

It's yummy !!! Seriously, it should be thicker mesti lagi best :) 
 

Wednesday, April 29, 2015

Nasi Lemak Ringkas

dan sedap...

Hehe, sendiri masak sendirilah kata sedap kan kan.

Aku suka restock barang dapur bila semua barang basah sudah betul betul habis. Maksudnya kena kosongkan peti ais dulu baru boleh restock. Kalau tak buat macam ni, barang yang beli bulan lepas sampai bulan ni pun masih ada :D

Jadi satu hari tu, aku bukak peti ais tengok dah tak ada apa *nangis* . Yang ada cuma 2 biji telur dan ikan bilis (ini memanglah kena ada di dapur all the time). Jadi, buat nasi lemaklah kita ! Oh selongkar freezer lagi, terjumpa pulak kerang kerangan haha, ok jadilah tu. Jom buat nasi lemak sambal kerang :)

Ini cara aku masak nasi lemak ringkas bahan tak ada siap dalam masa setengah jam T_________T

Nasi Lemak
Beras
Halia *hiris
Bawang putih *hiris
Bawang merah *hiris (husband saya tak makan bawang merah so tak bubuh)
Daun pandan (skip, tak ada)
Bunga lawang
Garam
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam rice cooker, tumis hirisan halia, bawang putih dan bunga lawang sehingga wangi dan kekuningan.
Masukkan beras, simpulkan daun pandan kalau ada.
Masukkan air secukupnya, perasakan dengan garam.
Jangan lupa tekan suis rice cooker tu ;D

Sementara tunggu nasi masak, jom kita masak sambal dia pulak. Tapi masak sambal tak payah nak share kot, senang yang amat kan. Sementara tunggu nasi masak, sambil tu masak sambal, goreng telur, goreng ikan bilis, potong timun (kalau ada, versi aku malam tu memang takdak!).

Sebenarnya nak bagitau, nasi lemak boleh masak tanpa menggunakan santan jugak. Rupanya. Haha kesian aku baru tahu itupun nasib baik adik bagitau. Kalau tak naif sangat kakakmu ini, takde santan tak boleh masak nasi lemak. Rasanya berlemak juga, sebab tumis lepas tu garam kan bagi rasa lemak gitu.

So, dinner nasi lemak hari ni ?


Monday, April 27, 2015

Cadangan Makan : Pak John Steamboat, eCurve

Assalamualaikum,

Nak share tempat makan yang best dekat area PJ ni. Steamboat buffet dan juga ada ala carte tapi tak pernah try pula lagi ala carte menu dia. Selalu ambil steamboat buffet aje. First time pergi sebab ada promo dekat Groupon. Sekali terjatuh cinta pulak, terus Seoul Garden dilupakan hehee. Okaylah, kalau compare Pak John dengan Seoul Garden, aku memang lebih suka Pak John Steamboat ni.

Wide range of selection, daripada appertizer, ada wafel, kaya ball, air sejuk, air panas, nasi goreng, daging itik hiris nipis grill lepas tu cicah sos manis urmmmm sedap hoi !! Oh dia bukan saja ada steamboat tapi ada grill juga. Ini wajib untuk aku dan husband pasal kitorang tak suka steamboat saja, rasa tak berbaloi. Ada salmon yang dipotong nipis tinggal nak grill je. Eh pendek kata memang best lah sini :)

Bawak Kasih pun behave je kali ni, nasib baik la. Kalau tak, makan macam nak tercekik sambil nak melayan karenah dia lagi. Tapi kali ni OK, lulus ! Mama boleh bawak awak lagi lepas ni hehe. Dessert pun OK, macam macam jenis aiskrim dari aiskrim potong sampai yang picit kat mesin tu pun ada. Ada puding, ada buah buahan.

Ini good girl ni :) 


Sebab kita dapat steamboat buffet voucher for one person dan voucher valid sampai 30/04 saja, maka takda pilihanlah kita kena pergi Pak John lagi minggu ni YAYYYYYYY !!

Untuk maklumat lanjut, boleh ke http://www.pakjohn.com/ ataupun FB mereka di SINI.


Thursday, April 23, 2015

Perasaan Menang Contest 🙌

Assalamualaikum,

Minggu ni dimulakan dengan berita yang best.. Dah nak habis minggu ni baru nak update kan sabor je lah. Okaylah tu dari entry birthday Kasih tu, berbulan selepas baru update :P

Selama ni tak pernah menang apa apa hadiah or contest. Masuk contest pun tak rajin teehehe macam mana nak menang kan. Kalau lucky draw tu pun asyik dapat saguhati je tak pernah pun dapat grand prize sobs..

Minggu ni dapat dua khabar gembira !!

1. Menang beg dari Sazzy Falak Street Style ;D Cemane rupa beg nya, aku dah lupa. Masuk je contest, time result keluar tak check pula kan. Ini pun nasib baik kawan bagitau hehe.


2. Ini contest masuk bulan Jan'15. Tak sedar pun menang sampailah dapat email ni. Haha sabarin ajelah. Detox treatment worth RM 999 at Be Urban Wellness ;D 


Ini yang lagi semangat nak join contest lagi ni. Semua ni pengaruh rakan sebaya. Thank you kawan kawan yang encourage kita join contest ni ;D ;D

 

Wednesday, April 15, 2015

Sambutan Birthday di Taska Kasih

Assalamualaikum,


Masih lagi cerita birthday Kasih =D

Dalam entry ni saya nak kongsikan pasal sambutan birthday Kasih di taska dan juga budget semua tu. Untuk golongan emak emak yang macam saya lah, harap boleh kongsi sikit idea dengan siapa yang mencari. Sebab majlis sambutan birthday Kasih di taska ni pun hasil sumbangan Cik Google juga, thanks kepada golongan emak emak yang lain yang banyak kongsi tips dan idea.


Ini emak emak punya ad-hoc plan. Umur Kasih ni dia sudah paham dan ngerti sambutan Hari Jadi. Jadi saya saja nak bagi dia seronok sambut birthday dengan kawan kawan :) nak buat sambutan kat rumah, lupa pulak nak menabung dari awal hahaha.

Plan asalnya cuma nak buat sebiji kek dan hantar ke taska. Dah buat kek, rasa tak best pulak kalau itu saja. Adik saya bagi cadangan goodie bag bagai, mula mula rasa tak cukup budget. Tapi google sana sini, akhirnya dapat solution yang happy.. Still within the budget dan Kasih is happy :)



Kek buatan sendiri. Made with love gitu. Decoration idea came from my sister. Dia suruh google gravity cake. Dalam tu kek coklat biasa je. Instant premix lagi haha. Tidaklah punya tenaga dan kerajinan nak bancuh sendiri, beli siap bancuh, bakar saja =D

Toppers sumbangan Cikna dia. Ada yang rasa scary bila letak toppers muka ni hehe tapi saya rasa comel je. Sapa rasa idea ni tak best takyahla ikut ye. Buat je toppers ikut kreativiti korang sendiri.

Budget kek ni (lebih kurang la) :-

Premix cake - RM 8
Butter - RM 4
Telur  - RM 4
Kitkat (24 packs)  - RM 20
M &M - RM 3
Cake board - RM 1
Lilin - RM 4

Total = RM 44 . Size kek ni 7inc

Sebenarnya ada lagi satu kek saya buat, tapi lupa nak ambil gambar. Tu simple je takdelah macam ni decoration dia. Masih lagi kek coklat, tapi hiasan cuma potong Snickers dan tabur. Kek tu budget dalam RM20 macam tu je la.

Total budak budak kat taska dalam 40 orang (wahhh, ramainyaaa =D)

Then itu saja saya bagi, asalnya ada la idea nak goreng bihun la, nugget la apa la lepas tu fikir secara realistik, oh nooooo saya tidak mampu buat itu semua dari segi tenaga. Dahla hari bekerja kan. Taknak torture diri, mintak cikgu dia sediakan makanan je :) Terima kasih cikgu cikgu.



Flag sumbangan Cikna juga. Cikna Kasih ni graphic designer, so ini semua memang kerja dia. Jadi serahkan je la pada dia =P


Sticker juga. Sesiapa perlukan khidmat graphic designer bolehla follow IG Cikna Kasih ya ; by_hndesign

P/S Aduhai, it tooks me 3 months to finish this entry !! Hahaha tapi tetap kena tulis sebab ini adalah kenangan.. Kenangan terindah :) love you Kasih Safiyya.. dan terima kasih untuk husband, adik adik, cikgu taska yang telah menolong saya menjayakan perkara perkara di atas ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...