Sunday, March 23, 2014

Tudung Terkini

Assalamualaikum,



Korang perasan tak sekarang ni cara pemakaian tudung dah tak terhad kepada satu satu cara tu lagi. Macam macam gaya belit tudung sekarang ni kan, pusing sana pusing sini hihi yang penting hasil akhirnya meletups ! Cantik kan pakai tudung atau selendang macam atas ni. Golongan ni selalunya kita panggil dia hijabista kan. Macam trend pula. Saya suka juga tengok gaya hijabista ni gayakan tudung diorang, menarik kan. Moden, stylish dan elegan tuuu ! Mana yang sesuai kita nak ikut, kita ikut kan. Pada saya, asalkan tudung labuh menutup dada itu dah cukup ;D



 Gaya tudung terkini ini sebenarnya lebih cantik untuk digayakan tidak kira untuk apa sahaja aktiviti. Sekarang ni dah macam macam jenis. Ada yang plain lah, printed scarf pun satu trend jugak sekarang. Floral print, tribal print, abstract print, brand print pun ada. Printed scart ni memang kena sangat kalau digandingkan dengan baju atau skirt polos kan ! Barulah naik seri tu.


Korang tak tahu nak cari mana koleksi tudung moden, terkini dan bergaya ni ? Zalora MY adalah antara website online shopping di Malaysia ini yang sentiasa menawarkan koleksi tudung moden untuk Muslimah. Ada macam macam jenama terkenal dengan harga yang berpatutan. Lagipun Zalora MY ni kan dah memang established kat Malaysia ni, so takdelah masalah takut kena tipu ke apa kan. Biasalah uols, beli barang online ni memang ada risikonya. Sebab tu kita kena cari penjual yang dipercayai J Kalau tanya saya pun, saya memang suka sangat shopping online ni. Rambang mata dibuatnya. Apa taknya, senang pun senang. Tak payah nak keluar cari parking, nak hadap jem, nak jalan survey sana sini lagi. Jom tengok video video Zalora commercial ni untuk mengetahui apesal ramai sangat orang suka shopping kat sini !



Monday, March 10, 2014

Giant Bubbles at Setia Park City

Assalamualaikum,


Weeeeee.. tertunai jugak harapanku nak bawak Kasih main dekat taman luar Setia City Mall ni ha. Berminggu tunggu husband tunaikan tau. SCM tu memang favourite place saya. Boleh kata setiap minggu pergi dengan Nina. Yelah, hari Sabtu adalah hari saya berkinja dengan adik adik memandangkan husband kerja full day. Dah lama perati orang suka nau melepak kat taman tu dan sejak Kasih dah pandai berjalan ni, nak lah jugak bawak dia ke taman :)

Best tauuuuuuuu taman ni. Syiok sangat ! Saya suka pemandangan dia. Ada orang main buih, ada main layang layang, ada bagi ikan makan, ada main basikal. Best best. Lepas je bawak Kasih main dekat luar ni, terus masuk dalam bersihkan badan dia, tukar baju dekat Baby's Room kemudian kitorang pergi dinner. Sebelum tu sempat jugak shopping barang sikit. Pendek kata, puas hati sangat outing kali ni :D Sejak dah ada anak ni, suka pulak outdoor activity macam ni ye. Asyik ke mall pun rasa mendap jugak ;D

Korang try lah ok ! Syiok !


Thursday, March 6, 2014

Promo Mar'14 - ESP

Assalamualaikum,


Dah dengar tak bulan ni Shaklee buat promosi apa ? Haaa kalau belum meh sini nak bagitahu. Bulan ni bulan ESP chuolsss ! Dah lama takde promo ni, kalau tak silap saya last bulan October 2012 dulu. Lamaaaaa dulu dahh. Sekarang dah datang balik, wajiblah beli. 

Beli 6 tong ESP, free 1 tong. Dapat lagi free membership dengan cash bonus bulan depannya. Penjimatan lebih RM200++ tuu. Yelah, satu tong ESP dah RM 150, membership lagi RM 75. Eh dapat cash bonus pulak lagi. Hish, banyak sangat lah jimatnya ni. Share lah beli dengan abang adik kakak mak ayah sedara mara semua kan. Satu tong tahan berbulan, jangan risau expired datenya lambat lagi. Tak salah beli sekarang untuk buat stok :)

Siapa yang perlukan ESP ni ?


Kalau nak order ke, nak tanya ke apa ke whatsapp je saya OK. PM kat Facebook je pun boleh jugak. Klik link FB saya kat tepi sana ye. Mmuah.

Izza,
019.668.3098



Wednesday, March 5, 2014

My Mr Mama

Assalamualaikum,

Yesterday, I was on EL. Kasih sakit mata. Apa tu, eye conjunctivitis yang mata asyik berair dan bertahi tu. Can easily infected to others so memang a NO NO NO to send to the day care.  Kalau penyakit berjangkit ni, memang tak dibenarkan hantar ke taska kan. Tak apalah, saya bergilir cuti dengan husband sementara Kasih tak sihat ni. Hari ni turn husband pulak cuti. Esok mintak tolong Cikngah dia pulak. Memandangkan this is the final month I'm working here, so tak boleh nak cuti kerap banyak. A lot to settle and handover before I leave.




Merapu memang pandai emak budak ni :P

Nampak kan mata kiri dia macam bengkak sikit tu. Get well soon sayangku.

Actually saya nervous ni. Apalah khabarnya dua beranak kat rumah tu. Haha. First time tinggalkan anak berdua dengan husband, hope they survived well. Kihkoh. Oh ye, kena sebut ni nanti husband kata bukan dia tak pernah jaga anak seorang sebelum ni. Masa Kasih 3-4 bulan dulu, saya kan kerja di hari Sabtu so husband lah babysitter nya. Tapi that was like 8-9 months ago hehe. Thank you sayang sanggup korbankan cuti untuk take turn jaga anak sakit :) I love you lah manjeeee.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...