Wednesday, October 31, 2012

Yang Pertama Kalinya

Rasanya macam baru je nak start cerita pasal pregnancy ni hehe. Dah minggu ke 30 baru rasa nak share di sini. Ye, kandungan saya dah berusia 30 minggu. Berat pun dah boleh say "Hello 70s!" Pitam sekejap di situ.


Mommy to be at her 30 weeks pregnancy heheh. Sangat jarang ambil gambar masa pregnant ni maklumlah badan membesar, mood nak ambil gambar pun yilek pocik. Ni rasanya baru gambar kedua kot. Eh jap jap saya share gambar masa awal awal pregnant dulu :D


Ini masa 21 minggu, baby bump baru menunjukkan diri secara malu malu heheh. Pregnant ni mana ada saya beli baju mengandung banyak banyak ni. Selalu pakai maxi dress je, nasib baik memang dah ada banyak maxi dress sebelum ni, praktikal betul hehe masa tak pregnant boleh pakai, pregnant pun boleh pakai juga cuma tak boleh nak pakai belt dah lah. So uniform pregnant saya cumalah maxi dress, skirt dengan blaus aje. Oh, yang betul betul untuk pregnant lady yang saya beli cumalah dua helai seluar dengan dua helai kemeja hehe. Lagipun sampai sekarang masih ada baju kurung yang boleh pakai lagi, untunglah buat baju kurung besar besar dulu :P

Pengalaman sepanjang 30 minggu ni, terlalu banyak kalau nak tulis dalam satu entry kan. Tapi sekarang saya sedang menikmatinya dengan gembira hihi. Dah overcome dah pasal kerisauan tentang badan ni ha, tak boleh nak buat apa kan. Dah namanya pregnant, takkan lah makin kurus pulak ? Err, mungkinlah ada orang yang begitu, ikut diri masing masing lah macam mana. Pengalaman setiap orang berbeza kan. Ini pun pengalaman saya yang pertama. Waktu awal awal dulu, tak lah seexcited sekarang ni ha. Sekarang ni tengah musim selok eh orang kata ? Hahah. Sakit pinggang, sakit belakang, lenguh kaki itu pun saya dah biasa. Merengek mengadu dengan suami je lah :P Kaki cramp pun dah biasa tapi jarang jarang jadi lah. First time kena dulu je terjaga dari tidur menangis sebabnya sakit gila kot hahah. Last last sekarang dah lali siap terjaga, lepas tu tidur balik. 

Oh, pasal berat badan. Sebelum pregnant 59kg, ye dah sedia berat. Tsk waktu awal kahwin dulu kurus je 52-53kg macam tu. Konon azam nak kuruskan badan dulu baru nak pregnant, ceh cakap macam kita pulak yang tentukan rezeki tu datang bila kan hehe sekali dah termengandung, marilah kita teruskan je misi membina badan ni. Dan hasilnya sekarang 70kg dah. Pitam bangun lapan puluh kali dibuatnya T___T takpe, nanti kita pantang cukup cukup ok, kasi muat balik kebaya kebaya lama tu semua :P

Saya bersyukur sangat suami memang sangat memahami saya. Bila datang mood malas nak masak, beliau tak kisah hari hari makan kat kedai pun. Bila datang mood malas nak mengemas, beliau tak kisah tolong saya kemas rumah. Suami yang rajin memang adalah suami yang seksi bak kata Ceera :P kihkihkih thank you so much sayang.



Tuesday, October 30, 2012

Tayar Pancit


Ni kali kedualah kena tayar pancit tapi yang dulu kena tu tak flat macam ni, masih sempat lagi saya dari rumah ke ofis lepastu baru pergi bengkel. Heheh time tu gamble betullah, ada abang tu dah tegur waktu pagi saya nak pergi kerja, dia cakap nanti pam tayar sebab nampak macam tak balance. Saya sesah jugak ke ofis, bukan dekat pulak tu.. Cheras-Kepong.. Jauh kan, tapi masa tu nasib baik tak apa apa pun.

Kali ni pulak terkena masa on the way ke ofis, itupun punyalah perempuan ni tak ambil tahu hal kereta ni.. Masa masuk kereta dah rasa mendap, tapi masih drive seperti biasa. Lepas tu on the way saya tengok kereta belakang asyik bagi high beam, saya kabut la sekejap. Tengok tank minyak terbuka ke, bonet terbuka ke, ada barang tertinggal atas kereta ke.. Dah tak jumpa apa yang tak kena, saya teruskan perjalanan. Tapi abang ni tak putus asa, tak cukup high beam, dia turunkan tingkap bagi isyarat kat saya semua. Rasa terganggu, saya bagi signal parking tepi buka tingkap, dia overtake lepas tu jerit "Awak, tayar awak pancit !!!!"

Waaa, terkejut saya. Terus berhenti tepi jalan, turun tengok tayar. Ye, flat tyre. Aiyoyo menggelabah tak ingat, call suami beliau pun dah nak sampai ofis. Tak logik pula nak suruh patah balik menyelamatkan isteri yang hopeless ni hahah. Saya duduk je diam dalam kereta dok fikir fikir apalah nak buat ni. Suami suruh saya patah balik ke kawasan rumah kami je sebab ada workshop cumanya nak menunggu workshop buka adalah satu penyeksaan ye. Waktu tu baru pukul 8.30 pagi, call workshop buka pukul 10.30 pagi T__________T

Tapi tak ada jalan lain, tunggu ajelah kan. Pendekkan cerita, tayar dah selamat ditampal semua. Dan saya mula rasa fobia sikit tsk. Tiap pagi nak pergi kerja, jenguk dulu semua tayar ok ke tidak heheh sekurang kurangnya adalah pengajaran yang saya dah dapat kali ni kan :P


Tuesday, October 23, 2012

RM28 for One Hour Aromatherapy Massage

Murah kan ?

Masalahnya kat sini, untuk dapatkan harga murah ni kena capai minimum purchase 5 kupon sebelum tarikh akhir deal ni. Dan deal ni akan berakhir esok. Sekarang baru saya sorang je beli sobs. Perlukan lagi 4 pembelian untuk locked deal ni.

Ada yang berminat ke nak beli kupon aromatherapy massage dengan harga yang murah ni ye ? Spa ni terletak kat alamat ni ;

Amarylizz Spa
41-1, Jalan Cecawi 6
Seksyen 6, PJU 5
Kota Damansara 
Petaling Jaya, 47810, MY

Siapa yang berminat nak beli deal ni boleh klik link ni --> RM28 FOR ONE HOUR AROMATHERAPY MASSAGE

Belilah, belilah ye korang ! Bolehlah kita sama sama pergi spa murah murah #dasarcheapskate

:P


Monday, October 22, 2012

Resepi Mi Goreng Basah

Jeng jeng, saya dah pandai buat mi goreng basah ! Heheh itupun nak bangga kan, yelah orang ni kalau pertama kali buat, menjadi pulak tu.. Riak dan jakun dia lain macam sikit :p

Sebenarnya saya teringin sangat nak makan mi goreng basah tapi nak yang masak sendiri, tak mau makan kat kedai. Jadi inilah hasilnya ;


Resepi Mi Goreng Basah
Rujukan : tulip77@MyR

Bahan-bahan

1 peket mi (450gm)
Daging (rebus, air rebusan daging diketepikan)
Udang
Sotong
Sawi
Cili giling
Sos tiram
Sos tomato 
Sos cili
Kicap pekat
2 ulas bawang putih (ketuk)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili giling, agak-agak dalam 2-3 sudu besar tu. Biar sampai pecah minyak.
2. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan seketika sehingga agak empuk.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap pekat. Adjust rasa mengikut selera sendiri. Masukkan sedikit garam juga. Sikit je sebab mi biasanya memang dah sedia masin. Masukkan air rebusan daging.
4. Masukkan udang dan sotong. Kacau rata.
5. Setelah berpuas hati dengan rasa kuah, sila masukkan mi. Biarkan seketika bagi perencah tu meresap ke dalam mi. Kalau air dah kering, boleh tambahkan air lagi. Masukkan sawi, kacau seketika.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Untuk cili jeruk ;

Cili hijau (potong serong)
Cuka
Garam & gula secukupnya

Campurkan bahan-bahan di atas di dalam satu bekas. Adjust rasanya. Ok, cili jeruk dah siap ;D


Jemput makan ! Husband suka sangat mi goreng basah ni, saya pun rasa happy sangat :) Salah satu sebab kenapa saya suka nak masak di rumah daripada makan luar adalah kerana respons dari suami. Biasanya waktu suami call saya petang petang, mesti akan tanya soalan ni ;

Sayang, malam ni kita nak makan apa ? Makan kat mana ?

Hari ni kita makan kat rumahlah, saya nak masak ;D

Yeaaay, bestnya sayang nak masak ! Tak sabar nak balik rumah cepat nak makan.




Hehe comel betul perangai, sayang dia banyak banyak !!


Friday, October 19, 2012

Diabetic Test / Minum Air Gula

Dalam pada nak mengelak kalau boleh taknak lalui prosedur ni, akhirnya saya terkena jugak. Padan muka diri sendiri sebab siapa suruh asyik minum teh tarik setiap hari huhuk salahkan teh tarik, kenapa dia perlu begitu sedap nak nak lagi kalau minum di kala hujan lebat begini -_____-"

Tak semua ibu mengandung akan melalui prosedur ni, cuma siapa yang berisiko saja yang akan kena buat test ni. Contoh risiko ni, kalau ada genetik diabetic ke, ataupun kandungan dulu pun ada kena diabetic ke kan. Macam kes saya ni, sebab mommynya ni membesar bagaikan juara. 9kg in 7 months. Hebat betul. Berat menaik dengan pesatnya selepas musim raya tu. Mencik, padahal check up masa bulan puasa berat siap turun lagi, sekali lepas raya amik kau T___T 

So tak payah banyak cerita, marilah menyerahkan diri untuk diabetic test ini.

Kena sampai klinik sebelum pukul 8 pagi. 8.05 minit baru sampai tehehe. Puasa sejak pukul 10 malam tadi. Punyalah takut dan berdebar sebab dengar ada kena ambil darah kan. Saya ni bukan boleh, penakut jarum. Memang penakut sungguh. Tapi nak taknak kenalah serahkan diri jugak. Saya rasa disebabkan saya macam rasa seram sejuk, takut sangat sangat nak ambil darah pagi tadi, urat lengan kiri kanan semua hilang tak timbul. Dah try cucuk, setitik pun tak keluar.. Hahaha ini kes takut sangat sampai kering darah ke apa :P

Last last, terpaksa lah cucuk kat area knuckles tu. Double lah sakitnya. Lagi seriau bila cucuk kat situ, memang tak pandang pun. Pejam mata rapat rapat je tadi. Itupun darah setitik setitik je keluar T___T


First time merasa cucuk kat situ. Ambil darah first pukul 8.36 pagi, so kena rest dulu selama 2 jam. 10.36 nanti dia akan ambil darah lagi sekali. Err air gula tu rasanya tak sedap ok? Manis sangat sangat yelah dah nama pun air gula kan, tapi minum je lah dengan takde perasaan takpayah banyak fikir sangat. Dah minum tu, sementara menunggu saya rehat dalam kereta. 

Mula mula rasa okay, ceria je baca majalah semua. Sekali makin lama rasa makin pening dan loya. Takut betul kalau termuntah tadi sebab kalau termuntah kena repeat balik test. Tak sanggup ok. Saya paksa paksa mata tidur, last last terjaga pukul 10.25 pagi hehe nasib baik. Terus je masuk balik, tunggu dalam 5 minit dah dia panggil untuk ambil darah lagi. Kali kedua ni dah kurang sikit takutnya, darah keluar pun elok je tadi cari kesan luka kat tangan pun tak jumpa. Yang first tadi kesan luka dia ketara betul, baik kat lengan ataupun kat tangan ni ha.

Result akan keluar masa next check up lah kot. Harap harap semuanya baik baik saja, amin.



Thursday, October 18, 2012

Sabar

Pagi pagi lagi kesabaran dah teruji. Sabarlah wahai hati. Nak melenting marah pun, itu customer. Apa yang boleh buat, istighfar aje lah banyak banyak. Harap harap dia tak telefon lagi sebab saya dah beberapa hari mengadap panggilan dia aje ni, cakap tu taknak elok pulak. Nak kasar kasar aje, fikir dia punya kasar je. Apa ingat dengan cakap kasar, masalah selesaikah ?

Saya ni kan, boleh tahan baran orangnya. Tak padan dengan perempuan yang nampak ayu dan lembut je, hahahah. Yelah, nampak lembut tak semestinya lembut kan. Adik adik dan juga suami tahulah baran saya ni macam mana. Dahlah baran, suka nak marah marah, lepas tu psiko pulak. Nasiblah ada orang nak sayang jugak walaupun perangai buruk begini, hahah. Tapi walaupun ada orang nak layan perangai ni, saya pun taklah take things for granted. Sampai bila orang nak melayan perangai buruk ni kan.

Sebenarnya selepas berkahwin, saya rasa sikit demi sikit sikap negatif saya dah berkurang. Berkat kesabaran suami kot, lagipun dia tu kalau saya marah marah bukan nak amik port sangat, buat penat je hahah. Dah tu takkan kita sebagai isteri nak naik kepala pulak kan. Terima kasih Sayang sebab jadi seorang lelaki dan suami yang penyabar dan penyayang :) mohon sikap negatif ni jangan menurun ke baby dah lah, jenuhlah suami saya nak handle nanti hahah.



Wednesday, October 17, 2012

Late Night Snack


Thank you Sayang, ianya adalah sangat sedap !!


Monday, October 15, 2012

Resepi Nasi Ayam Simple

Dah beberapa hari saya asyik bertangguh nak buat nasi ayam minggu lepas. Nak buat, nak buat tapi belum sampai seru heheh. Akhirnya weekend lepas, dapat jugak saya menunaikan hasrat hati yang mengada ngada nak masak nasi ayam ni ;D kira masak special sikitlah untuk husband sebab dah penat beliau tolong saya kemas rumah minggu lepas keke nasi ayam tu kira special la ye kalau kat rumah saya ni :P suami sibuk mengelap, mengemop, mengemas rumah.. Saya pulak sibuk di dapur. Suami habis mengemas, rehat rehat sekejap, lunch pun dah siap dah boleh makan.

Eh, sebut pasal kemas rumah ni.. Korang kemas rumah hari hari ni ? Saya tak dapat nak cari masa lah nak kemas hari hari. Itupun kalau rajin, saya sapu rumah lah hari hari. Nak mengemop ke apa tu, semua tunggu hujung minggu. Mendobi pun sama, hujung minggu lah baru buat semua. Kagum tengok orang yang bekerja, ada anak lagi tapi masih ada masa nak masak dan kemas rumah hari hari. Harap harap nanti saya pun ada tenaga yang sama macam mereka ;D

Ni kali kedua saya masak nasi ayam untuk suami. Berani nak cakap ni, jauh lebih baaaaaaaaaik dari segi rasa dan rupa kalau nak banding dengan kali pertama masak nasi ayam dulu :P

Jom tengok !


Nom nom, nampak sedap tak ? 

Resepi Nasi Ayam Simple
By : City@myR

Bahan-bahan

a) Untuk perapan ayam
1 ekor ayam
3 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos cili
2 ulas bawang putih *tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa (lebihkan gula untuk rasa lebih sedap)

b) Bahan untuk sup
2 ulas bawang putih *ketuk
1 batang serai *ketuk
1 inci halia *ketuk
1 sup bunjut

c) Bahan untuk cili
3 biji tomato masak
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
Cili api *terpulang berapa banyak ikut sendiri punya citarasa nak pedas mana
Garam & gula secukup rasa
Cuka makan *just untuk bagi boleh blend je

d) Untuk nasi
1 ulas bawang putih *tumbuk halus
1 biji bawang merah *tumbuk halus
Hirisan halia
Air rebusan ayam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Daun pandan
Garam secukupnya

Cara-cara

1. Rebus ayam dengan air yang banyak (sebab nak ambil stok untuk masak nasi nanti). Masukkan serai, halia dan bawang putih (rujuk bahan sup). Biarkan sehingga ayam empuk.
2. Selepas ayam dah masak, toskan dan perap dengan bahan perapan selama 30 minit. Masukkan sup bunjut ke dalam sup tadi, perasakan dengan garam. Biarkan mereneh seketika. Ok, sup dah siap. Boleh ketepikan. (Nota: jangan gaul dengan tangan bahan perapan ayam tu, gunakan sudu sebab nanti bahan perapan tu nak tapis untuk dibuat sos kicap)
3. Untuk nasi, saya panaskan marjerin dan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan merah. Masukkan beras. Masukkan hirisan halia dan sedikit kunyit (cukup setakat nak bagi kuning je). Masukkan air rebusan ayam secukupnya, letak garam sedikit. Masak nasi seperti biasa. Kalau suka, boleh simpulkan daun pandan untuk bagi wangi. (saya terus tumis dalam rice cooker je, hehe)
4. Untuk cili, blend semua bahan. Jangan letak air dah sebab tomato dan cuka tu dah cukup, takut sos cili terlampau cair pulak nanti. Ok cili dah siap.
5. Untuk sos kicap, tapis bahan perapan ayam tadi. Kalau terlampau pekat, boleh masukkan sedikit sup untuk cairkan dia. Perasakan.
6. Hidangkan bersama salad, timun dan tomato. 


Yay, nasi ayam dah siap !


Thanks City@myR sebab share resepi nasi ayam yang simple dan sedap ni. 



Friday, October 12, 2012

Bundle of Joy !


Peminat Oreo tegar ni. Hihi sebenarnya saya cuma suka yang original je tapi tempting sangat pulak tengok perisa perisa baru ni, maka saja beli je. Nak try ;D


Wednesday, October 10, 2012

WW #17 : Rojak Fasa 4 Tambahan


Monday, October 8, 2012

Cucur Nasi Ikan Bilis

Lebihan nasi, biasanya korang buat apa ? Kalau macam saya ni, tak lain tak bukan memang setiap kali jawapannya mesti nasi goreng. Sampai dah jemu, asyik asyik buat nasi goreng je. Bosan ah, mari cari alternatif lain pula. 

Tak sangka rupanya lebihan nasi ni boleh buat cucur ye korang ! Tahu tak ? Saya baru tahu ni -__-"


Cucur nasi ikan bilis dan sambal ayam untuk breakfast di hari minggu hari tu :)


Resepi Cucur Nasi Ikan Bilis
CnP dari : Kak Yatie

Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...


Cucur nasi ikan bilis ni serius tak tipu adalah sedap. Suami saya pun suka siap kata lain kali bolehla masak nasi lebih buat cucur nasi lagi -__-" hahah. Dan lagi best sebab dia lembut je walaupun dah sejuk. Dan juga mengenyangkan, mana taknya.. Nasi kan hehe. 

Sila cuba ye sebab memang best ! ;)



Friday, October 5, 2012

Nasi Carrot / Nasi Lobak Merah

Hari ni ada mood nak masak. Rasanya dah seminggu ke dua minggu agaknya gantung kuali. Suami pun asyik manjakan sangat kan, asyik ajak makan luar je.. Manalah bini dia ni tak naik lemak, makin lama makin liat pulak nak ke dapur :)

Check apa yang ada dalam fridge, nak habiskan stok je. Malas nak singgah singgah kedai walaupun bawah ni aje kedainya heheh. Tengok cuma ada carrot sebatang dengan ayam, adalah dalam 3-4 ketul macam tu. Hmm, otak ligat fikir nak masak apa lah ni. Yang senang, tak leceh dan juga complete lauk dan sayurnya.

Ting ! Datang idea, mari cuba masak nasi carrot lah ! Google punya google, ambil idea sana sini sikit. Marilah kita masak guna apa yang ada.

Resepi Nasi Carrot

Bahan-bahan

2 cawan beras
1 cawan susu sejat
1 biji tomato *potong dadu
1 biji bawang merah *kisar halus
2 ulas bawang putih *kisar halus
2 inc halia *kisar halus
1 batang carrot (separuh diparut, separuh lagi diblend)
1 sb margerine
1 sb minyak sapi
1sb minyak masak
Rempah 4 sekawan

Cara-cara

1. Panaskan margerine, minyak sapi dan juga minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah 4 sekawan. Kacau.
2. Masukkan tomato dadu, kacau sehingga tomato layu sedikit. Masukkan air lobak dan juga susu sejat.
3. Kacau sehingga mendidih, masukkan beras. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah air jika perlu. Masak nasi seperti biasa.
4. Apabila nasi hampir masak, taburkan carrot parut.

Dan tadaaaa !


Dan jadi nasi carrot saya. Baunya sedap masa masak tu, yum yums !


Senang kerja, cuma masak satu lauk je. Hehe gandingkan dengan ayam masak merah. Itupun suami tanya, tak ada timun ke nak buat acar lah tu hehe sorrylah sayang, ni guna apa yang ada je. Lain kali kita makan yang lengkap punya ye ?

Sedaplah nasi carrot ni cuma lain kali saya nak cuba buat tak nak guna susu langsung. Nak cuba gunakan air sahaja sebab kalau letak susu ni makan banyak banyak rasa muak sikit kot. Rasanya untuk budak budak pun sesuai jugak kot nasi carrot ni.

Rujukan resepi dari sini :

2) Hairul

Terima kasih !


KFC Zinger Double Down

Yummy !!!

Memang sedap. Dan mengenyangkan. Sedap sedap saya suka !






Tuesday, October 2, 2012

Kucing Nakal



Hai, nama saya Ace Ventura ataupun nak senang panggil saya Ace je. Saya ni betina tau walaupun nama bunyi agak ganas. Bukan apa, tuan saya ingatkan saya jantan dulu, itulah nama macam tu tu. Hobi saya adalah suka bergesel di kaki tuan saya, sampai susah dia nak berjalan sampai kadang kadang dia terpijak ekor saya barulah saya mencicit lari menyembunyikan diri di dalam sangkar.

Baru baru ni, saya dah jumpa satu lagi hobi baru yang menyeronokkan.


Bersantai di tepi tingkap dapur. Sebab sinilah satu satunya tempat yang saya boleh nampak dunia luar. Tuan saya sangat naik angin dengan hobi baru saya ni. Memang asyik kena jerit saja tapi tak boleh buat apa sebab saya degil. Kesian jugak kat tuan saya, asyik nak kena lap dapur je tapi tulah apa boleh buat, dekat sini je saya boleh nampak dunia luar T_T 

Tengoklah tu, pening kepala tuan saya cari idea macam mana nak halang saya dari panjat kabinet ni. Siap beli yang cucuk cucuk tu kononnya dapat takutkan kucing kan. Memang sakit pun kalau terpijak tapi saya pandai pandailah menyelitkan diri dekat celah celah tu. Hehe bijak kan saya ? Tapi saya rasa tak lama pun saya dapat bersantai kat sini sebab tuan saya tu dah lah garang, sekarang ni tak tahulah dia tengah fikir apa untuk halang saya dari masuk kawasan dapur ni. Kita tunggu dan lihat..

P/s kepada tuan kucing yang lain, any idea tak untuk halang Ace ni dari masuk kawasan dapur ?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...