Monday, November 29, 2010

full of ♥

lokasi sekarang adalah di shah alam. sampai semalam. family pun semua ada di sini ♥yong - arip (the only son) - mirah

adik aku tu start praktikal hari ni. jadi sementara tunggu emak ayah sampai semalam, kakak ni lah yang ditugaskan bawak adik pergi beli barang keperluan dia dulu.

kebetulannya semalam masa jalan dalam SACC mall, berhenti kejap nak tengok shawl. tak sempat nak belek apa pun, terasa ada orang cuit pinggang. toleh je, nampak someone yang dah lama nak jumpa tapi tak dapat berjumpa lagi !!
ex roomate - SHA !!!

banyak-banyak tempat, boleh pulak terserempak kat shah alam ni kannn. gila lama sembang sampai adik aku call, "yong, dah habis beli barang. sila turun bayar" hahahaha.

baru je sehari sebelum kejadian tu, tergerak hati tengok profile fb sha.rezeki nak berjumpa :)


Sunday, November 28, 2010

not the usual sunday

hari ini ahad. not the usual ahad. biasanya tak suka ahad kan. sebab lepas ahad isnin, lepas tu bila dah isnin tu maknanya kerja ! eh, eh.. tumpang jap. esok budak tu ada paper lah. goodluck awak !

ha, sampai mana tadi. oh, cakap ahad kali ni seronok ye. lain macam sikit ahad ni.

sebab emak ayah nak datang KL hari ni

sebab isnin dan selasa aku off day


hihi. suka hati. esok cuti. lusa cuti. tengah berfikir apa aktiviti nak ajak emak pergi esok. mungkin nak bawak adik tengok rapunzel :) eh, harap dia tak baca blog ! nanti kalau tak bawak, ungkit pulak. hahaha.

selasa pulak my second sister graduation day. alah, adik aku yang si bakal ratu shawl tu :p hehe. kena sebut terang dan jelas, adik aku ni kan ramai. kang orang confused :p
happy face tak payah pergi office esok. la la laa

happy monday you all *punya semangat hari ni dah wish. hahahaa


Saturday, November 27, 2010

scene kegemaran ♥

HARRY POTTER PART I

1. scene di mana kawan-kawan Harry Potter kena minum Polyjuice pastu sorang-sorang bertukar ! haha. kelakar gila scene ni. paling suka si kembar George dengan Fred. Auwmm! :p

2. scene Hermione, Harry dengan Ron culik 3 orang staff kementerian tu. Lawak gila okay ! Pandai betul orang tua tu berlakon kan ? If you have watched Harry Potter, tahu lah apa kebenda yang aku cakap ni. kan kan ? best gila kan part tu kannnnn ♥

eh, ingatkan nak list banyak. cuba recall tapi hanya dua scene ni je terpaling suka. hihi. apa-apa pun Deathly Hallows memang best compared dengan the last one, The Half-Blood Prince. yerlah, kali ni ada jugak action kan. hihi. best, aku sukaaa walaupun macam agak lama dalam panggung tu.

normally, aku bukannya peminat cerita sequel ni. tapi exception for Harry Potter, been following since the first movie. tak sabar nak tunggu part II keluar.. Lalu telah menggoogle Harry Potter online novel tapi tak berjumpa. sapa tahu kat mana boleh baca novel online ni, boleh kongsi ? :)

p/s last monday tengok the social network. premiere screening. tapi sebab tak best, aku malas nak review. but anyway, thanx nuffnang for the tickets ♥

p p/s eh, korang punya scene kegemaran dalam cerita Deathly Hallows ni yang mana pulak ???


Wednesday, November 24, 2010

care to say hye ? :)


print screen this just a few minutes ago.

thanx sebab baca blog ni. some aku kenal, some tak kenal. jadi marilah kita berkenalan :)

but to those who has sick intention, you are not welcome ye. other than that, thanx again !

Tuesday, November 23, 2010

what a relief~

fuh, some of you dah tahu I'm resigning from my current position with one month notice. some didn't know and no reason for you to know kan. hehe.

siapa baca status fb aku, tahulah konon semangat semalam nak hantar resignation letter. kesudahannya hari ni baru hantar. dan ini adalah cubaan kali keempat okay ! kekasih mocking me, "dah hantar surat ?" haha. yes, I know darling. 4 kali cubaan menghantar, akhirnya hari ini berjaya. debar tak hengat tahu tak. haha. apesal la entah. and after that,

what a relief I tell you !

oh, begini rupanya perasaan dia menghantar surat berhenti kerja. I love my current job. sangat dekat dengan rumah. kerja ada masa busy, ada masa tak busy. pergi kerja tak jam, balik tak jam. 10 minit je. hihi. tapi I need more. not just the $$$ lah, though it's one of the reason :p

susah kan nak resign bila bos anda baik. colleagues anda baik. kerja anda baik. everything seems fine.

but, I told myself.. You're not gonna settled down at this level. jangan cepat selesa dengan apa yang ada. don't get too attached with your boss and your colleagues. nanti berat hati nak berubah. walaupun tadi masa hantar surat tu, berat hati jugak sebenarnya :p

okay you all, wish me luck


Sunday, November 21, 2010

pengalaman dibogelkan

wah~ wah, laju je click ye nampak tajuk begitu :p

short review ;

semalam ada appointment facial cum massage cum foot spa dekat starhill gallery. first time went there. biasanya pergi massage dekat MAB shoppe dekat mid valley saja. dan tak pernah juga disuruh menanggalkan semua pakaian. mana nak tahu kali ni kena berbogel. miahahaha. okaylah, enough. tak mahu elaborate berlebihan :p terima kasih syg sebab temankan saya.

******************************
minggu ni selain menghabiskan masa bersama tunang, I also have my girlfriends here !
we have fun. we eat together. we watch movie. we laugh. we gossip until dawn. fuh~ full of fun

to be honest, I don't really have friends. tak ramai kawan dan tak berminat untuk berkawan. haha. anti-social ?? No, I'm not. cumanya sekarang aku berkawan je dengan semua orang, tapi nak starts it over again, getting closer, being bestfriends with the new people.. that's not me. I'm contented with my life now, and happy with it. surrounded by loved one, my family, fiance, girlfriends.. and couldn't ask for more
we have been bestfriends for almost 10 years. we don't need to keep in touch everyday, but then the bond is still there. unlike some friends, bila dah lama tak contact.. mula lah hilang arah walaupun dulu rapat macam isi dengan kuku. i ♥ them

btw, last night we have dinner at the popeye.nice. and I love their fries and mash potatoes. awesome.pay a visit to secret recipe before sending zatil home to buy a birthday cake for her mum. happy birthday auntie, may Allah bless you.

p/s yes I know. kaitan tajuk dengan isi hanyalah 1 %. don't be sad. hehe


Friday, November 19, 2010

the social network

helo, helo ? ada orang tak ? hehe. sunyi sepi ahhh, semua cuti panjang ke ni ? jeles !

btw, ada siapa-siapa yang pergi ni lagi tak ?
leh kita hye-hye nanti :)


Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha saya ♥

okay. tajuk pun dah nampak ♥-♥, maknanya my Aidiladha was great even tak balik kampung. Cuma ayahanda dan bonda serta adinda, kalaulah kanda dapat pulang ke kampung.. It will be greater :)

sejak semalam, kesayangan kejap-kejap call. agaknya beliau risaukan aku seorang diri di rumah di malam raya. hehe. don't worry honey, I'm fine okay. tidak akan terjun bangunan kerana bersedih tak dapat pulang ke kampung berhari raya. but anyway, thanx so much dear


Kesayangan ajak pergi masjid, solat bersama pagi ini. tapi saya cuti. jadi pergi rumah bakal mertua pukul 11 lebih. hehe. padahal berniat nak pergi lebih awal lagi. terlajak tidur :p ayah call pukul 9.30 pagi pun mamai-mamai aje.

sebab pergi lambat, dapat tolong potong buah dengan nasi himpit je. hehe.
macam-macam ada.one of it ; kuah lemak, makan dengan lontong ye.

tapi setakat itu je gambar makanan dapat aku ambil. sebab lepas tu ramai pulak kat kawasan tu. segan. hahaha.yeay, tak dapat makan lemang pun. masih dapat makan ketupat palas. sedapp. first time makan dengan kari daging. style negeri mana aku tak tahu. tapi yang pasti, memuaskan tekak dan perut aku :Ddan ada kek. sambutan hari lahir yang pertama untuk kalisha. dan hari lahir yang ke 26 untuk paklang dia. hehe. i love you syg.my mom's famous carrot cheese cake. tersedap ! ini bawa pulang dari kampung tempoh hari untuk birthday lelaki kesayangan. auntie izza with kalisha. akhirnya dapat peluk-peluk ambil gambar begini. mula-mula, beliau cranky sangat. sombong oh, taknak kawan dengan aku. happy birthday kalisha !

aku rasa muka isha sangat serupa dengan muka paklang dia especially tang dagu. tajam. hehe.

kepada semua yang berkenaan ;

thank you ! you all made my day



Monday, November 15, 2010

rojak !

weekend yang kejap sangat terasa hari tu. maklum la, kalau balik kampung ni mana pernah nak puas kan. nak-nak lagi pagi sabtu balik perak, petang ahad nak gerak ke KL pulak. sorang-sorang pulak tu T___T

dah la drive sorang, sakit kepala pulak tiba-tibaaaa. tension haku. biasanya kalau drive sorang, aku jarang singgah RnR tapi semalam dek kerana sakit kepala ni, 3 hentian aku stop ! janji nak singgah rumah bakal mak mertua (hehe) on the way balik, tapi sebab tak larat.. tak singgah mana-mana pun. terus balik rumah, mandi. TIDUR. seawal 10.30 malam.

dan malam ni pun mengamalkan benda yang sama. tidur awal. hehe.

korang cuti lama ke raya haji ni ? aku tak amik cuti pun, cuti apa yang ada je iaitu pada hari Rabu sahaja. sedih first time beraya di perantauan. hehe. poyo jek. nasib baik raya haji, kalau raya puasa aku rasa ada yang menangis dendang perantau ni.

okay, gdnite. tidur awal untuk mendapatkan hari esok yang segar. tata korang.


Saturday, November 13, 2010

yeay.

dah sampai rumah :)

tapi esok nak balik KL balik :(


Friday, November 12, 2010

vote for my sister

ENTRY MELEKAT SELAMA 2 HARI
sila scroll bawah untuk entry terkini.tq ini adik aku. kakngah. cantik kan ?

sekarang neh, dia nak jadi ratu shawl la pulak koranggg. jadi marilah kita vote dia ramai-ramai kat sini.

KLIK SINI

cara-cara vote.

1. klik link atas tu.
2. LIKE page anggunklasik-penaja pertandingan ni
3. LIKE picture di atas.

thank you korang


interview paling sempoi aku pernah pergi

dari pengalaman aku mencari kerja, pergi temuduga semua tu (ceh, macam banyak sangat interview dia dah pergi. ini kali ketiga. miahahahahaa)

ha, semula.

dari pengalaman aku mencari kerja, pergi temuduga semua tu.. temuduga semalam adalah paling sempoi ! meet up after office hour dekat area ampang point. BAKAL boss bawak pergi dinner dekat restoran korea.
dan suasana interview sangat comel. memerlukan translator kerana aku tak pandai cakap korea. boss pulak tak pandai cakap english. melayu lagi lah kan. hehe.

eh. tak sempat nak cerita panjang lah. tata.


Thursday, November 11, 2010

cerita tentang lunch hour

kat area ofis aku ni mana ada kedai makan melayu. yang ada cina dan mamak. so, sebelum ni.. colleagues aku akan selang-selang makan bersama. contohnya isnin pergi makan kat mamak, selasa dorang makan kedai cina. aku pulak minum susu dan roti atau mi cup dibeli di 7 eleven. haha. macam sedih je :p

sejak dua tiga minggu ni, aku rajin bawak bekal pergi ofis. sebab aku rasa dah muak makan dekat mamak. dan juga aku geli. haha. tak pasal-pasal je okay. bukannya aku ada ternampak apa-apa pun. cuma tiba-tiba je imaginasi aku terlebih, bayangkan bukan-bukan. buat masa ni, aku cuba elakkan lah. lain masa tu aku tak tahu lah. hehe.ini bekalan untuk hari semalam. err. macam pelik ayat tu. jap betulkan.

ini bekal yang saya makan semalam. nasi + sambal telur + sayur campur. ini sebenarnya dinner aku malam sebelum tu, tapi sengaja aku masak extra supaya pagi tu tinggal nak reheatkan aje.

tapi bukanlah hari-hari aku masak. ingat aku takde hari-hari yang malas ke. eh. salah ayat, macam perajin sangat je kau ni izza oi. tidak. ada hari-hari ataupun minggu-minggu ataupun bulan-bulan yang aku tersangat takde mood nak masak, dapur tu guna nak jerang air je. hehe.

so, dalam masa situasi membawa bekal ke tempat kerja ni.. bila tiba-tiba je datang hari penat + tak larat nak masak macam hari ni, aku akan beli bekal nasi kukus kat bawah blok ni. sedap dan murah :)

lepastu kan, aku kalau beli kat situ. aku suka bawak bekas sendiri. sebab ada partition, senang nak makan. lagipun taknak campur-campur kan sebab aku nak makan untuk lunch, bukan breakfast. dia kan bungkus dalam kertas cekelat tu.

pastu ada lak makcik ni, dia pun customer gak. and totally a stranger for me.

"uih, ni siap bawak bekas sendiri ni. karang mesti nak mengaku dia yang masak ni" sambil bergelak ketawa konon kelakar.

senyum je. sambil heran apesal makcik ni gurau terlebih dengan orang tak kenal. haha. aku yang pelik ke makcik tu yang pelik ek ?


Wednesday, November 10, 2010

hari ni nak bukak kelas memasak


rasa nak jadi cikgu masak lah pagi ni. ada yang nak dengar tak ? kalau takde, takpelah. aku kan suka aje syok sendiri ni. ahahaha :p

sebab rasa bangga dapat buat sotong masak lemak cili api buat pertama kali, jadi nak kongsi resepi yang simple dan senang ni kat sini.

sotong masak lemak cili api
bahan-bahan

A
bawang merah
cili api
udang kering
kunyi hidup

(blend bahan A)

bahan-bahan lain

santan
serai (ketuk)
asam keping (dalam 2 keping)
tomato

1. tumis bahan A tanpa minyak.
2. masukkan santan + air sikit dan serai
3. kacau sampai mendidih, masukkan asam keping + garam
4. masukkan sotong + tomato. masukkan lebihan santan tadi. agak-agak lemak je. (aku masukkan dua kali sebab mak aku ajar begitu. hehe. first tu letak sikit je, bancuh sikit dengan air. dah last baru masukkan balance tu. orang lain aku tak tahu la macam mana.)
5. hidang panas-panas. terangkat wa cakap lu !

nak share korang punya version pulak ?


Tuesday, November 9, 2010

sri Q thai

suka makan steamboat ? selalu pergi flaming atau johny ? perhaps this is one more place that should go in your list :)

Sri Q thai located nearby galaxy ampang. erm, personally I myself do not really recommended this place. bukan makanan tak sedap. bukan pilihan tak banyak. tapi kerana air tidak termasuk dalam buffet membantutkan selera. haha. itu pendapat aku. orang lain boleh pergi cuba. kiranya worth to try lah. sebab murah je. dalam RM 20++ per pax.

tak banyak ambil gambar. bersyukur sebab tak memberi penyeksaan mata kepada korang :p
first round.pilih dua jenis kuah ni. tomyam dengan chiang mai (sup ayam + susu). tomyam pedas gilos. sebab tu lah aku tak suka air dia kena catu. haha. yerlah, karang duk order segelas-segelas dan segelas.. kalau buffet laju je kan. habis boleh topup. hihi.confused nak makan apa dulu :pini lagilah tak dapat digambarkan apa perasaan tah bagi muka camni :p

all in all, aku lebih suka makan kat seoul garden sebab sangat memuaskan hati. paling best, sebab boleh grill kambing banyak-banyak, makan sampai puassssssss ! haha. yer, I just love lamb so much. rugi woo sapa tak makan :p


amukan

Things that I hate.

1. Waiting (walaupun ironinya orang yang selalu menunggu aku. yes, I know that fact)

2. Waiting but got nothing. okay. paham tak. aku dah tunggu, sudahnya NOTHING. tahu tak bengang dia macam mana ?

3. Promises that been broken. Kau dah janji, kau lupa ?

4. People know that I'll get mad like really mad when dealing with this. but still, do it again and again and again and again and I just feel like wanna bash you in your face.

5. People that trying to put all the blame on me at the end when they know they started it at first. okay, I'm such a kiddie when acting like this. yes, I know.

6. I am damn pissed off right now.

Aku serious tak paham jenis orang macam ni. dah tahu aku for sure akan naik angin because of this, still you do it. buat lagi buat lagi buat lagi. sampai aku naik angin. kemudian akan cakap, "rilekslah. benda kecik pun nak marah" yes. for you benda kecik. Aku dah cakap banyak kali. tak paham jugak kan. kalau dah tahu benda kecik pun buat aku marah, tak boleh ke jangan buat ???

yes. I am one phycotic woman.

dealt with it.



Monday, November 8, 2010

my birthday boy

4th November was his birthday. 24-th birhtday. tak apa kan sayang telling your age here ? hihi. yes, I know this entry is kinda late. eh, di malam kejadian kan, I was hanging out with my girl, it's nearly midnight. I standby with my phone, I'm afraid that we are so busy chit-chatting that I forgot to call him at 12 a.m sharp. akhirnya bila aku call pukul 12 a.m, dengan selamba beliau tak angkat. sikit pun tak heran. member tertidurr.. haha. I don't blame you dear.

anyway, dear sayang. happy birthday to you.what's inside the box is our secret :p

happy birthday again sayang, and thank you for everything ♥ untuk ucapan yang lebih jiwang, kita sambung di telefon ye. hihi.

ALAMAK ! SALAH TULIS UMUR TUNANG SENDIRI. AMBOIIIIIIIII, KENA PERLI BAIK PUNYAAAAA AKU KALI NEH ! HAHA.

OKAY2, HAPPY BIRHTDAY YANG KE 26 SAYANG. KALI NI BETUL PUNYA. TAK SILAP DAH :p


Sunday, November 7, 2010

yummy ~

I seldom cook. Biasanya aku cuma memasak bila ada hari penting ataupun nak pergi picnic ke. Ataupun bila aku sudah bosan nak makan masakan kedai. Hehe. the truth is, I love to cook when I'm bored or lonely. Ish, explain panjang-panjang ni mesti nak show off dia memasak ni kan ? Eh, mestilah. siapa yang teka macam tu tu ? pandainyeerrr.. hihi

Actually, I was craving for this sotong masak lemak cili padi when I browse the internet last night dan tak tahu macam mana boleh terlihat gambar sotong masak lemak yang sangat meruntun jiwa. At that time, I decided TAK KIRA APA, I WANT TO HAVE THIS DISH FOR MY LUNCH TOMORROW ! ha. berazam sangat kan. I even updated the fb status.
me bangun awal di hari minggu di mana malam sebelumnya tidur lambat is impossible. girlfriend dear called me early in the morning. okay, not so early but it is still early for me. haha. apa cakap berbelit-belit neh :p not managed to pick up the phone kerana aku mamai. later, she texted me asked me to wake up and go to the market. haha.

waking up lazily, bersiap untuk ke tesco pada pukul 1 lebih. lepas tu kan.. sotong habis T_T padan muka, pergi lambat lagi. haha

hey, no. I'm not gonna giving up okay. on the way back home, I made a visit to econsave. and yeay, mr. squidwards were there ! yeay yeay.

telefon emak untuk meminta resepi. I already knew the recipe okay (taknak kalah tu :p) tapi I just want to double confirm with my mom, the greatest cook in the world. yelah, mak aku. mestilah aku puji. mak korang, koranglah puji. hehe.

akhirnya ini terhasil.. my first sotong masak lemak cili padi. sedap :D tapi nampak kasar sikit kuah dia sebab I takde blender. have to tumbuk okay. gagah kan.

lawan makan dengan sayur campur goreng.yummy~ makanan seimbang dan sedap. haha. biarlah aku puji. aku yang penat masak. bluwek :p dan nescafe panas.

and I just received text message from fiance darling asked for a dinner together.

ohh, my sunday is perfect


Tuesday, November 2, 2010

Permulaan minggu yang kurang baik

hari ni selasa kan ? mengapa aku rasa seperti sudah rabu. cepatlah ke jumaat, cepatlah. cepatlah. cepatlah. annoying tak ? hehe

semalam hari isnin yang langsung tak hangat. oh, ketidakhangatan tu dah bermula malam ahad lagi. di mana aku dan kakyong nak keluar dinner. dan kemudian bila aku start enjin kereta, ada sesuatu berbunyi di dalam enjin. macam ada orang bertumbuk di dalam enjin itu. kakyong panggil pakcik dia tolong tengokkan, dan dinasihatkan supaya jangan mengambil risiko memandu. sila hantar ke bengkel terlebih dahulu. tapi sila bagitahu di mana nak cari bengkel malam-malam tu kan ?

dan paling tak best, kitorang dah berangan nak makan steamboat johny malam tu. malangnya digantikan dengan burger ayam special aje. dan juga bubur ayam mcd. kekasih baik hati bawak pergi makan lepas tu ♥ eh, kira syukur lah tu dapat makan jugak kan.

pagi isnin, kereta tak sempat hantar ke bengkel. nak cuti ataupun masuk lambat, minggu lepas baru je mc. hehe. jadi, buat pertama kalinya aku naik teksi ke pejabat. di mana menyakitkan hati kerana sekangkang kera pun kena rm7. mengapakah mahal sangat ? memang lah dia pakai meter. tapi memang harga dia gitu ye ? hehe. I tak biasa naik teksi. tak tahu.

tapi the best part, for the first time ada orang jemput balik kerja
suka sangat.

oh, and my far was fixed. the damaged is rm160. tsk. nangis. duit baru je masuk, kereta dah mintak dulu. hehe. takpelah, jangan mintak selalu ye sayang (kena la sayang, karang dia merajuk, meragam karang. hehe)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...