Thursday, July 29, 2010

movie review

okay~ movie review for this week.

*sorcerer's apprentice*

hehe. biasalah, zaman-zaman bercinta neh lah yang rajin pergi tengok movie. esok-esok dah kawen, entah dia nak ajak pergi lagi ke tidak. haha. syg, dah kawen nanti rajin bawak saya tengok movie lagi tak? ;p

cerita neh. aku ratekan 4 bintang. dari 5. hehe. pada pendapat aku, cerita neh best je. kalau korang rasa tak best, itu korang punya suka. hahahaha ;p eh, main gurau kasar pulak dia. gurau lah!

jalan cerita yang ringan. straight to the point. dan memang banyak mengarut pun. hahaha. sebelum tengok pun dah taw, cerita neh confirm banyak mengarut. kata cerita Disney kan. tapi i like Disney movie :D

kalau nak compare dengan movie yang kitorang tengok minggu lepas, inception. memang bukan di tahap yang sama lah kan. satu cerita ringan, satu lagi berat. tapi yang penting, dua-dua best!

so, siapa suka cerita yang simple.. tak peningkan otak, boleh rileks aje tengok. sila lah tonton sorcerer's apprentice!

:)

Wednesday, July 28, 2010

apa ketuk-ketuk ni ?

aku duduk rumah flat.

siapa sini duduk rumah flat jugak ?

korang beramah mesra tak dengan jiran-jiran ? kalau tanya aku, memang tak lah. pergi kerja, balik kerja, terus memerap dalam rumah je. lagipun aku manalah reti nak beramah mesra ngan orang neh kan.

owh, apa motif aku tanya gini ? saje tanya je. tadi aku tengah syok-syok tengok tv, ada orang ketuk bagi salam. lelaki. aku buat bodoh je, lantak ko situ. salam tu aku jawablah. tapi nak bukak pintu taklah. bukannya aku kenal orang pun. dah lah aku sorang-sorang aje neh.

tapi pakcik-pakcik kat luar tu macam marah pulak, dia cakap dah bagi salam pun taknak bukak. helo pakcik, taw tak ini rumah anak dara ? nak bukak pintu pada strangers, kan bahaya tu.

err, ke memang aku je yang paranoid lebih gini ? kalau korang, korang bukak ke pintu pada orang tak dikenali ? tapi kan, aku memang tak suka lah orang ketuk-ketuk pintu rumah neh. entah pintu rumah sapa-sapa je kau ketuk kan. kadang-kadang orang ketuk mintak derma lah, jual barang lah. lepas tu memang sapa-sapa ketuk, lantak kau situ. yang aku taw, aku takde kenal orang kat sini. so tak mungkin kawan aku yang ketuk. ahahaha.

sekian pembebelan untuk hari ini. tata titi tutu

Saturday, July 24, 2010

gotcha

aku ada sorang kawan. perempuan. nama dia zatil. aku sayang dia. dari form 3 kitorang kawan. tapi sekarang aku kecik hati dengan dia :(

sebab dia tak contact aku pun lepas balik dari UK. dah 3 hari dah sejak dia sampai malaysia. sekali pun dia takde contact aku. aku nak contact dia, aku takde nombor dia kat malaysia :(

sumpah kecik hati :(

semalam pulak, balik dari kerja tiba-tiba aje boyfriend ajak pergi wangsa walk. dia kata kawan lama dia tiba-tiba ajak jumpa. aku pun membebel lah, kawan lama tiba-tiba ajak jumpa tak lain tak bukan mesti nak cerita pasal MLM. hahaha. aku memang prejudis pun. pedulik hapa. memang selalunya macam tu pun. aku dah pernah terkena pun kawan macam neh.

dah lah wangsa walk tu jauh okay. ulang, JAUH. semalam jugak lah aku neh nak pening kepala pun, pasai apa pun entah lah. so, sepanjang jalan tu senyap je lah aku. bengang ngan boyfriend pun ye. yerlah, tiba-tiba aja nak bawak aku jumpa kawan dia tak inform awal-awal pun.

sampai je kat wangsa maju, tiba-tiba aku ternampak mindef. terus teringat zatil dia duduk situ. daripada lembik pening kepala neh, terus aku tiba-tiba bersemangat membebel kat boyfriend. aku mengadu lah, zatil balik malaysia tak contact pun. padahal sehari sebelum dia balik.. ada je YM. sedih taw :( alang-alang dah sampai dekat neh, kalau ada nombor boleh jugak ajak jumpa kan. ini, apa nombor pun takde.


pastu boyfriend aku neh pandai pulak jadi batu api. boleh pulak dia kata, ish.. kawan macam tu memang tak boleh pakai lah. tak payah la kawan ngan dia dah.

eh! bengang lah aku. mana boleh cakap kat girlfriend aku macam tu X(

aku pun defend lah, eyyyy, itu kawan baik za okay. dia bukan macam Z** ataupun **a okay! pot pet pot pet. membebel lagi. haha. membebel sila bagi kat aku.

so, dah sampai kat area wangsa walk. dia bawak pergi Mcd. dia kata janji jumpa kawan dekat situ. aku dah kata, aku bagi 5 minit je jumpa. sumpah aku tak berkenan langsung jumpa orang tah pape tak kenal neh kan. lepas tu, si boyfriend neh pulak. boleh pulak lah keluar ayat, macam mana kalau syg suka dia? nak lepak lama-lama sket tak? aku senang je, aku jawab lah.. kalau dia tak cerita pasal MLM ke, insurans ke, then boleh get along. I'm fine with it ok. masih takde mood lagi tu, berapa kali ajak boyfriend, jumlah kita balik aje. takde mood lah.

masa kat Mcd tu, aku msg lah zatil kat fb. aku bagitaw yang aku dah dekat dengan rumah dia, tapi aku tak boleh contact dia sebab takde nombor bla bla bla semua ayat sentap-sentap je aku bagi.

:(

ish, yang kawan lama boyfriend neh pulak tak sampai-sampai. padahal janji pukul 8. marah dah lah haku neh pun! boyfriend pulak boleh nak puji-puji kawan dia, cantik gila lah, sweet lah, apa lah. saja lah tu nak bakar hati aku. geget karang!!

pastu aku tengok kejap-kejap phone dia bunyi. call dengan kawan dia lah kot. aku dah berapa kali ajak balik neh. tak kuasa aku weh.

pastu, boyfriend aku ajak pergi kereta. eh, apesal neh? kata nak jumpa kawan lama dia yang cantik gila tu kan.. dia cakap silap tempat. janji kat wangsa walk tapi masa tu kitorang kat carrefour. hahaha. adoi. mallnya dekat sangat. kitorang pulak dah la bukan orang sana, manalah reti.

so, pergi wangsa walk.. jumpa kat A&W. pusing-pusing dalam A&W tak jumpa pulak. aish! encik boyfriend, ko paham tak aku kat sini dah nak mendidih cam nak terbakar aje neh X(

pastu tiba-tiba, aku ternampak bebudak yang macam aku kenal. adik zatil! terus aku peluk bahu dorang. wah, suka hati aje kan peluk-peluk bahu orang kat public. hahaha. lepas tu, aku angkat je muka, aku nampak zatil pulak!!! terus aku melompat terjerit kat situ jugak. OMG! OMG! asyik cakap camtu aje. hahahaha. mampus lah orang pandang-pandang pun.

pastu aku baru je dengan eksyennya nak cakap kat boyfriend, awk pergilah jumpa kawan awk tu, saya nak lepak ngan zatil. baru je nak cakap okay. pastu zatil boleh pulak cakap, marah ke? marah ke???

dan aku pun..

EHHHHH!!!!

apa yang jadi sebenarnya neh?????


Hahahaha. SURPRISE!!!!gotcha! haha.
*mirah, abg iim kata. nak amik gambar mcm mirah lah, buat peace. hahahahaha >:)
very sweet surprise indeed.

sampai sakit-sakit tengkuk dan otak aku gelak. tenkiu tenkiu tenkiu dua insan kesayangan neh. bersusah payah nak surprisekan aku. hihi. happy happy happy sangat-sangat!!

balik dari jumpa zatil, terus pergi bukit jalil amik sorang lagi girlfriend kesayangan aku jugak, kakyong. sorry taw aku terlambat sket amik ko.. thanx temankan aku weekend neh :)

weekend yang penuh ceria! :)

Thursday, July 22, 2010

is this real ?

wuarghhhhh~ ngantuk gila! *nguap

tapi sempat lagi tu nak update. hihi. baru lepas mandi, tengah siap-siap nak tidur dah pun.

balik kerja tadi, pergi tengok wayang dengan boyfriend saya. INCEPTION. lama kut movie neh. dari 10.15 sampai 12.41 am. macam tak ingat-ingat pulak esok khamis, bukan sabtu

T____________________T

nape esok khamis ha? kalaulah boleh tidur sampai pukul 10.. indahnya duniaaaa

btw, inception. suka walaupun diriku agak terconfuse di hujung cerita. eh, sapa yang dah tengok.. yang last dia dapat jumpa anak dia tu real ke or still in dream? yang dia dengan en saito tu pulak, apa kes ? back to reality or not? sudahnya keluar wayang, aku yang terpenin-penin. hahaha.

dah lah tension pakcik depan tu suka sangat bercerita pada pasangan sebelah dia. dengan tangan-tangan sekali naik. dah la macam tinggi, so aku terpaksa senget-senget sikit kalau tak nampak kepala dia je. dah tu kalau reti duduk diam takpe, kejap-kejap bergerak. yang aku pun kena lah bergerak sama, nak cari angle yang best. cit! nak tengok movie yang paling best memanglah kat cineleisure the curve. seat besar gabak, kepala orang depan pun takdelah kacau.

okay, kalau bab membebel, sila bagi kat aku. aku memang pandai. hihi.goodnitee

Saturday, July 17, 2010

pesta perut pulak

haiyoh. update blog secara tidak konsisten langsung sekarang. satu minit membuak-buak (?) nafsu mengupdate tu, satu minit lagi lantak situlah apa nak jadi. hahaha. confirm telah meletak jawatan sebagai penagih blog.

taw tak bila idea nak menulis tu selalu datang? time tengah bersiram dalam shower room, time tengah driving.. masa-masa aku tengah percuma, bila-bila masa idea datang, terus boleh amik laptop type.. ha, masa tu pemalas yang amat ye.

oh ye! meh la aku update cerita yang basi ini :) cite hujung minggu update pada hujung minggu ini. nice :)

hari ahad lepas tersangat lah bosan duk umah, ajak bf kuar jalan-jalan tengok KL. hahaha. tu lah dia, itu cara-cara sabtu tu dah keluar dating pergi bbq party lagik. kalau dah bf dekat je, kalau boleh asik nak berkepit je la kan. nak pergi makan pun kalau boleh tiap masa nak berkepit je. habis semua nak diharap bf. cuba kalau duk jauh tu, reti pulak kau bawak diri eh? eh. terbebel kat diri sendiri pulak.

sambung cerita..

then, teringin nak makan western pulak. see, sangat mengada kan? nasib ada orang sayang. hahahaha. pelis lempang aku seploh kali. lepas tu, kan masih jakun phone ada GPS. jakun okeh, jakun! search lah western food area KL. keluarlah satu restoran neh, windmill. dekat area subang jaya. pergilah all the way ke sana dengan semangat membara. sampai-sampai tengok ada serve wine.. dari jauh kut dah nampak tulisan wine itu.. itulah, jangan percaya GPS anda bulat-bulat. hahaha.

dah alang-alang kat area situ, bf bawak pergi william. lamb chopgarlic butter noodle with ayam pandan (aku hentam je nama dia, haha. lupa) tapi mi ini sangat sedappppppp~ we like this ♥

pastu minum air, soda herbs. uih, macam-macam bahan dia letak dalam tu. dia kata ada daun ketum sekali.. err.. err.. tataw. tataw. tapi sedap. tapi lepas minum tak pening. tak rasa mabuk pun. haha. tapi sedap. oleh itu, boleh lah korang try minum menda alah neh kalau pergi william tu kang

eh, btw. tutup citer makan jap. gambar kat atas tu kualitinya memang tah pape pun. pertamanya, sebab malam.. mmg camera phone neh agak sengal di waktu malam. keduanya, camera dia ada bunyi lah! sapa reti nak offkan bunyi camera E71.. pelis help me ^_^

p/s asal update, cerita makan. tu lah kesimpulannya kenapa aku makin membulat sekarang :(

Monday, July 12, 2010

pesta makanan

sabtu hari tuh boss tanya boleh datang OT tak.. tapi aku yang cengeng ini terasa sangat penat kerana minggu lepas, setiap hari pukul 8 lebih baru balik.. jadi jawapannya tidak lah bos. next time ye :)

so, activiti hari sabtu hari tu pergi dating. hihi. hari-hari pun dating, tak payah tunggu sabtu ahad. tapi kali neh dating beramai-ramai di mana semua orang dah kawen. oi, seronoknya tengok orang dah kawen, nak kawen jugak ;p

boyfriend bawa saya pergi bbq party :)
banyak gila makanan. tapi sebab itu rumah orang, dan aku neh pemalu. takdak amik gambar pun. hahaha. pemalu konon, 3 ketul ayam jugak habis. tak termasuk makanan lain :| ops. gemuk! lepas dah makan baru nak beringat, normal lah tu kan ;p

dari petang sampai ke malam duk lepak-lepak makan je. di samping itu, sebab aku neh tak reti nak tolong apa sangat.. sebab macam semua dah ready je ;p aku telah menjadi baby sitter separuh masa.nama dia fatin umaira. kami dah janji nak pakai yellow sama-sama. hihi. tipu aje. tak cakap pun korang taw saya tipu kan. apa kes berjanji pakai baju sama dengan anak orang ;p

bergerak pulang dari tempat kejadian lebih kurang pukul 10 lebih. bayangkan dari petang sampai ke malam duduk depan makanan je korang. ye, sila percaya hanya duduk saja depan makanan. haha. takde maknanya.

balik tu, kitorang singgah tengok midnite movie. predators. aku neh mana lah suka cerita ganas-ganas, kill kill, die die! neh.. tapi kena lah give and take kan. takkan tiap kali nak paksa boyfriend ikut taste kita aje. kesimpulannya cerita tu kijam dan membuatkan aku termimpi-mimpi. cis.


Thursday, July 8, 2010

teman wanita

fuh~ penatnya.. balik kerja nak on laptop pun dah tak daya.. penat :( ngadu kat korang je la yang boleh pun. takkan nak ngadu kat bos pulak penat kan. hehe

dari semalam nak update tapi tak nyempat.

semalam dapat parcel :)tenkiu cayang~ ailebiu~

ish. rindu gila pulak duk view folder pergi cuti kat sarawak dulu. yang, awat kau cancel nak datang KL this year ha :( datang honeymoon kat semenanjung taw nanti. hihi. ailebiu lagi sekali :)

mutiara kata untuk malam neh : tak semestinya kalau dah lama tak contact, maknanya kita lupa kawan. biar jauh di mata, dekat di hati kan.. ceyyy, pandai pulak aku neh ;p betul lah, tak setujulah aku kalau kawan rapat gila, tapi sebab lama tak contact jadi renggang. kawan kalau dah rapat, tak kira berapa lama tak contact, sekali-sekali jumpa.. taw lah lenguh mulut berebut-rebut nak bercerita kan :)

eh, neh dah macam bukan mutiara kata. panjang nah. hihi. tak sabar nak tunggu gf saya balik dari oversea 17 july neh. babe, panggilan pulau.. hihi. :D

Tuesday, July 6, 2010

masa


wui~ penatnya hari neh. sakit belakang dah macam orang tua je aku neh. ish.

first time kena stay back dekat office sampai dekat pukul 9 malam baru balik. ye, tawlah korang dah biasa stay back. I mana biasa, pukul 6 biasanya dah balik. paling lewat mampu bertahan pun pukul 7 je. lepas tu terus lemau aje. tapi hari neh no choice lor.. nak terpejam-pejam mata tadi. dah tak productive. tapi takpe, bulih claimed OT. hihihi.
*dah lama tak amik gambar syiok sendiri macam neh weh! ;p

last weekend emak, ayah dan adik datang shah alam. walaupun sangat sibuk ke sana sini, tak rest sangat pun. tapi adalah sangat gumbira dan puas hati dapat spent masa dengan family

so, budak-budak U ramai dah balik kampus kan. eh, masa hantar nina balik uitm hari tuh, ada kejadian kelakar taw. tapi tak sampai hati nak gelak ;D teheehehe. gelak dalam blog takpe kan?

macam neh, tengah kitorang sibuk angkat barang nina yang banyak bukan main tu, tiba-tiba nampak kat bilik sebelah bilik dia ada 3-4 orang pakcik tengah try nak kopakkan pintu bilik tu. ingatkan kenapalah. rupanya pintu bilik tu rosak, bebudak tu terkunci dalam bilik.. adoi lah, memang pengalaman first day yang menarik kan.. hehe. paling aku tak tahan tu, kat depan bilik tu ada satu pokok besar. bawah pokok besar tu ada kerusi untuk orang rehat-rehat kan. ada sorang gadis di situ. duduk diam aje di situ. ingatkan kenapa, rupanya itu adik salah sorang bebudak yang terkunci tu. duk menunggu kakak dia dapat keluar dengan jayanya T_T ish, dah la penat-penat angkat barang kan.. sekalik terkunci dalam bilik pulak. nasib baik beramai-ramai. kalau sorang-sorang? hehehe

korang ada pengalaman camtu ke?

seronok pulak aku tengok bebudak balik kolej weh. srious terasa dah tua je T_T hahahaha. padahal baru je grad tahun lepas ;p bukannya lama sangat pun kan..

okay, enough merepek-repek mengenang masa lalu. jom berpijak di bumi yang nyata di mana esok adalah hari kerja. jadi, jom.. tidur :D

Friday, July 2, 2010

satu dua tiga

1. esok friday, hip hip hooray!

2. tadi pegi dating tengok citer karate kid, not bad walaupun cerita agak slow. masih dalam kategori boleh tonton.

3. kenny rogers mines hampeh. service hampeh, bape kali silap hantar order. dah lah tadi gatal nak try promotion set yang harganya sama je macam quarter set tu, tapi yang neh kengkonon healthy meal lah. waitress tu promote macam hebat, sekali menyesal tak stick pada benda yang biasa order je. cit.

4. pukul 12.41 am, masih tak tidur lagi. baru lepas mandi neh ;D

5. kerja minggu neh agak penat. asyik duk ulang alik p IRB dengan SSM jek. penat lah bos hari-hari nak kuar, kerja kat ofis pun melambak tunggu.

6. esok kena keluar lagi. buat side audit.

7. esok emak ayah saya datang shah alam. yeay, leh tidur kepit celah ketiak emak :)

8. semalam, 1 july 2010 birthday ibunda yang ke 49. selamat hari jadi emak! sayang emak selalu.

9. okay, tak larat pikir point dah. mau tidur. nite semua. semangat sket bangun kerja esok taw! jumaat tuuu... hip hippppppppp hooooray!! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...