Wednesday, December 30, 2009

STICKY MODE


I just want to let you guys know, aku memang TAKDE ADD SAPA-SAPA KAT YM. Dan jugak AKU TAKDE CREATE ID BARU KAT YM. Sapa-sapa yang ada orang add, claims himself/herself as me.. Please ignore it because IT'S NOT ME.

Dan jugak si hantu ni nak menjatuhkan maruah aku and talking nonsense about myself. So, korang kawan-kawan aku tolong jangan ada yang terpedaya. Ulang suara, AKU TAKDE ADD SAPA-SAPA KAWAN BARU DALAM YM DAN JUGAK TAKDE CREATE ID BARU.

Eh, lagi satu. Kalau ada lagi manusial tak cukup kasih sayang yang tiba-tiba aje tegur korang kat YM, mintak gambar aku dengan korang.. JANGAN BAGI. BUKAN AKU. Ulang, JANGAN!!

Summore, kawan-kawan aku lebih kenal siapa aku dari ko la jembalang!


Saturday, December 26, 2009

(Gambar kena letak watermark besar besar, baru lah orang tak boleh curik lepas tu buat profile pic kat YM tanpa rasa bersalah. Huh.)

Morning sunshines~

Hari ini aku bangun awal. Nak follow Mr. Bf pergi Shah Alam, sebab aku sangat bosan duduk rumah. So, pergila Shah Alam nak jenguk adik aku ni ha.. Aku naik kereta aku, bf naik kereta dia la. Dia ingat aku ni naik ferrari ke hape. Laju tak hengat. Saya ni bawak Wira je cik abang oi, mana la nak lawan ngan Honda awk tu. Lempang kang. Aku ni dah la tataw jalan. Sebab tu la follow dia.. Eh, apa apa je la ek. Citer panjang panjang pun macam la korang paham ;p

So, what's up?

Lama tak online dengan laptop sendiri. Minggu ni adalah sedih, asyik menempek kat cc aje. Ni pun salah satu sebab nape pergi umah Kak Ngah. Hihi. Leh online. Hihi lagi.

Erm, tataw la pulak nak cakap apa. Takpelah, aku nak wish korang Happy Holiday aje :)

Wednesday, December 23, 2009

Thanx untuk semua yang wish birthday aku.. Terharu, and fyi.. birthday aku hari ni lah. Bukan 25.. Lain kali nak menyamar jadi aku pun, sila study dulu biodata aku ek? Hehehe.

Special thanx untuk Mr Bf, buat surprise pulak tiba-tiba muncul kat bawah umah aku. Hehehe. Dan yeay, semalam sempena my birthday, tercapai jugak hasrat di hati neh nak makan kat William :D Thanx syg, I love you secara banyak..

Lagi sorang, si adik yang seng neh. semua tempat dia nak wish.. Hehehe. Kekanda pun sayang adinda. (Taknak kalah nak blink2 jugak tu. Hehehe) Terharu aku dapat hadiah charger. Hahahahaha. Siap ada special entry tu --> Cara untuk hapuskan rasa bersalah pada kakak

Oh, tak lupa jugak.. Kakak yang sangat aku sayang ni.. (Kakak aku ni ada kembar taw, twin dia pun aku sayang sgt ;p) Thanx yang, terharu taw saya baca ayat-ayat kamu. Ko pun taw aku sayangggggg ko sangat.. --> Selamat hari kelahiran Izza Cyg ;p

Dan untuk semua yang msg, yang wish kat FB, yang telefon dari UK (Hihi, babe, I love you darl!), yang nyanyi untuk aku... THANX SANGAT2.. AKU SAYANG KORANG SEMUAAAAA!!

p/s Untuk manusia loser yang dengki dengan aku, curik gambar aku, menyamar jadi aku, buat cerita bukan-bukan pasal aku, ko sila pergi mati boleh tak?


Tuesday, December 22, 2009

Nak cakap ke tidak.. Hmmm

Okay, dengar sini semua. Aku nak buat laporan ringkas tentang hidup aku kat sini. Huh. Tiba-tiba je rasa annoyed. Takpe, aku nak beri laporan dulu, later baru aku nak mengamuk.

Tak friendly langsung ek introduction di atas? Okay, mari kita mulakan lagi sekali.

Hye semua!! (sambil lambai tangan kat semua orang) Rindu aku tak? Sapa tak rindu pergi main jauh-jauh. Like I care. Huh. Erghhh.. apakah nak menaip je, mesti nak marah. Damn. Tak boleh la korang. Sorry la mood aku swing neh. Aku rasa nak lempang orang je! Grrr..

Semalam 1st day kerja okay. Takde ramai cina pun. Staff friendly (yang neh ko memang pandai). Tapi for your information, dekat rumah sewa aku tak dapat internet. Takpe. Goodluck aku ucapkan. Kau memang akan dilupakan, tapi kau takkan dimaafkan.

Ergh.. korang mesti tak paham kan. Masuk blog je, salam tak bagi apa tak bagi. Tiba-tiba berangin. Hehehe. Aku dah lama tak marah orang la. Kasi chance ek. Ololoooorr, janganlah duk cebik bibir, aku bukan marah kat korang..

Nanti bila aku dah berjaya mendapatkan access internet, aku update proper lagi ek. Ni aku kat cc. Ulang suara, kat cc. Bukan online kat rumah sewa tumpang wifi umah sebelah.

Btw, esok 23 Dec.. Dah nak genap 23 tahun umur aku ni. Aku harap dapat kehidupan yang yang lebih baik. Aku nak hidup yang happy dan bahagia. Aku nak jadi anak, kakak, kawan, dan jugak wife yang baik..Hehehe. Ya Allah, panjangkan lah umur aku dan juga mereka yang aku sayang.. Aminnnn.. Dan aku berdoa supaya dijauhkan daripada fitnah. Orang yang jahat ni memang ramai kat keliling aku. Tapi kau silap, aku jugak dikelilingi oleh orang-orang yang sayang kat aku. Eh, malaslah aku nak cakap banyak-banyak dengan loser mcm kau ni. Hidup aku yang biasa-biasa ni pun kau nak buat khianat. Ish.

Okaylah, wish you all a good day okay :) Hidup jangan berdengki dengan orang. Jangan buat khianat dengan orang. Barulah hidup tu berkat sikit.

Takecare!!

Sunday, December 20, 2009

Hye. Already in KL. So, say Heeeeeeeeeeeelo KL!! ;D Super damn tired, kerja aku tidur aje dua tiga hari ni. Went to KL dengan adik aku sebagai peneman dan tukang menolong aku berpindah. Hehe. Oh, fyi.. I'm staying in Bandar Tasik Selatan. So, marilah roger saya wahai rakan-rakan di KL :)

Tomorrow will be my first day at work. Saya nervous. Dari rumah ke office cuma 10 minit memandu dengan anggapan jalan adalah tidak sesak. Tapi mana mungkin Taman Connaught tak sesak kan.. So, esok langkah selamat.. kena keluar awal sejam kot? Jangan taktaw, Mr Boyfriend bawak aku hafal jalan sampai 5 kali tawaf dari Bandar Tasik Selatan - Taman Connaught. Pukul 2 pagi okay. Kesian adik aku sampai tertidur-tidur kat backseat. Hehe. Dia dah naik bosan katanya duk tengok jalan yang sama dari tadi.. Mana taknya pukul 2 pagi duk menghafal jalan. Sampai KL pun pukul 11 lebih. Lepas tu angkut barang semua lagi. Penat betul pindah rumah ni. But, thanx God so far housemates aku adalah okay. Memang too early untuk judge orang.. Ahh. Janji aku tak kacau diorang, diorang tak kacau aku sudah :)

Btw, aku terbawak charger Cik Nyna datang KL. Matilah aku kena marah dengan beliau :( Jangan marah saya.. :( Nanti weekend aku balik, aku bagi balik ek :D Tak baik ah marah-marah, nanti kedut timbul kat muka, pakai clean n clear pun tak berkesan. Hehehe. Maaf ye adik.

Okay. Rasanya itu aje ucapan untuk hari ini kot. Later update lagi. Oh, ini pun online menggunakan ihsan Wifi KL. Kenapalah area rumah aku tak dapat Wifi KL ek? Cis..

Friday, December 18, 2009

I'm moving to KL today.. will start working on Monday. Taktaw bila boleh dapat access internet until I get my own broadband. Huhu. Nervous neh. Hihi.

Tata.

Girls Day Out

Hye semua :)

Mata tersangatlah kuyu. Badan tersangatlah letih. Tapi barang barang tak packing lagi. In fact, beg balik dari Harvard hari tu pun tak unpacked lagi. Hahaha. Aku hangkut je la balik semua tu pergi KL nanti. Eh, nanti apanya. Esok lah.. Hadui, tak sempat lah haku ni nak berehat puas puas, esok dah nak kena pergi KL balik. Isnin dah start kerja. Apa neh, belum start kerja lagi dah merungut. Ishhhhhhh~

Jap jap.. Jom main kira kira nak? Aku balik rumah 9 Dis. 11 Dis aku pergi KL. Kemudian 15 Dis, aku balik rumah. Lepas tu, 18 Dis dah nak kena pergi KL balik wehhh!! Argh.. meroyan betul la rasanya. Naik tension pun ada..

Btw, hari ni aku pergi Ipoh. Shopping sikit. Confirm lah bukan barang aku sebab aku takde duit. (pengakuan yang jujur lagi ikhlas dari hati). Haha. Aku jadi driver je. Temankan adik aku pergi shopping. Sambil tu, dah janji dengan Gg will meet her once she's here. So, I have fulfill my promise right dear :) Tiba tiba lepas ni you dapat posting kat KL, kita huha huha di KL je la ;DWe have been bestfriends for almost 10 years. Wooohoooo! Ini si orang kaya yang shopping tadi. Shopping guna duit mak. Tidak adil. Hahaha.Korang, korang.. dress ini santek sangat bukan? Tapi Nyna dah nampak dulu, haruslah dia cop beli dulu. Dah tu kalau aku berkenan sangat pun, nak beli sama? Tak payah. Sharing is caring kan. Hahaha.Entry ini disudahi dengan sesi penyidaian muka secara total. Suka gambar ni. Pandai kan adik aku amik gambar walaupun subject photo beliau dapat C. Haha. Matiklah aku dengan tanpa rasa bersalahnya menjaja perkara tersebut. Btw Nyna, cuba lagi sem depan okay. Mesti sebab awk suka melawan lecturer tu yang dia bagi teruk tu. Hehe.

Weh, teman aku pergi KL esok jom? Jomlaaaaaaaaaa :( *ayat rayuan untuk Cik Nyna.


Wednesday, December 16, 2009

Saya jumpa beliau..

Duduk Shah Alam 5 hari, sempat jugak aku berdating dengan mak buyung ni. Ahahaha. Mak buyung yang comel.. ;p

Nasib baik aku teringat nak YM dia, bagitaw aku kat Shah Alam.. So, boleh la pergi bergosip dah alang-alang dekat tu. Wah, kerja nak bergosip je kan. Hahaha. Janji kitorang takde cakap pasal orang lain kan yang kan..

Nasib baik la jugak CPM (Cik Puan Miera) ni sanggup datang jemput saya. Kerana saya adalah tidak mempunyai transport. Terpaksla menumpang orang. Haha. Buat cerita sedih pulak. Bluweks! Eh yang, thanx ek datang amik aku hari tu. Pastu belanja saya makan lagi. I malu la. Hihihi.

Ni first time jumpa.. Tapi dah nama dua-dua kepoh je, kejap je dah boleh ngam. Next time aku datang lagi, aku nak pergi rumah ko pulak taw. Nak rasa air tangan mak buyung. Kekeke. Weh, jaga diri tu.. Jaga baby tu sama okay.. ;D

Pada kesayangan saya yang lain, kita jumpa lain kali ye. Maklumlah daku yang hina ini tiada transport hari tu. Harapkan adik tiri, apa yang dia ada? Kereta sorong adalah minah tu. Hahaha. (Sory dik, sempat lagi akak nak mengutuk ko kann.. hihihi) Tak sabar nak dating dengan korang semua ;D

Thank you sayang!

Huiii~ Morning.. :) Terima kasih untuk Cik Zatil for being my living alarm clock today. It's only 9 am bebeh, but really thanx for your concern. Dah tu, aku dah on YM ni.. yang you out tu kenapa sayang oi?????

Lama tak update blog, tah hilang pergi mana tuan blog ni ek. Hehe. Don't worry, still alive ;D 5 hari kat KL.. Busy sangat la konon tu. Ceh. Padahal aku pergi KL setelkan hal rumah sewa. Aku kerja kat Cheras nanti. Orang Cheras, anyone??? Lepas ni duduk KL, dekat dengan semua kesayangan saya. Seronok betul ;D

Dekat sini, nak ucap terima kasih sangat pada Mr. Boyfriend because being such a sweet and lovely boyfriend anyone could have.. Tak merungut pun menolong saya bersusah payah pergi sana sini. Dah la sangat cool, sumpah cool gila takde nak jealous tak tentu pasal kalau saya berkawan dengan lelaki lain. Tapi harapnya lelaki lain pun sila maklum walaupun boyfriend saya sumpah sangat cool.. Janganlah ambil kesempatan ke atas dia dan saya. OKAY?

Sayang, apsal kau buat muka macam sedih. Cis. Tapi tahu dalam hati happy gila melompat bintang lapan kali sebab dapat jumpa saya selepas 4 bulan duk rindu-rinduan kan? Tapi bila dah jumpa, kerjanya nak bercakar je ngan aku. Hahaha. Comel gila sayang saya ni. Sayang kamu sangat-sangat. Sumpah takde sayang lelaki lain macam sayang kamu. Kamu comel dan sangat baik dengan saya. Kamu respect saya sebagai perempuan. Takde nak ambil kesempatan pada saya. Bukan macam sesetengah lelaki tu, (note;sesetengah ok) gatal nak mampus sumpah rasa nak lesing je. Huh!

Aku rasa kan aku ni kan baik sangat la dengan orang. Eh, ini bukan statement ko nak masuk bakul angkat sendiri ke apa. Aku rasa aku baik sangat sampai orang pun suka sangat ambil kesempatan kat aku ni. Walaupun ada benda yang aku tak suka, mungkin aku tak reti nak expresskan rasa tak suka aku tu. Membuatkan orang fikir yang aku ni sukaaa la sangat dengan apa dia buat tu.

One thing people, you respect me.. And I'll respect you too. Tapi kalau kau buat kurang ajar dengan aku, expect aku nak layan kau baik lagi? Berangan!

p/s Okay, sekarang semua boleh panggil sayang saya, Mr. Cool. Haha. thank you bebeh bagi nickname yang comel tu. Eh, tapi ko ni memang dari dulu lagi duk suka bagi nickname kat boyfriend2 aku.. hahaha ;p

Sunday, December 13, 2009

Birthday Wishes..

Hari ni 13 Disember ek????

Happy birthday untuk dua orang adik kesayangan ni.. Sorang adik kandung, sorang lagi adk tiri. Yang penting dua-dua ekor suka cari gaduh ngan aku.. Lempang sedas kang baru taw. Hahaha. Weh, apa kes aku ni nak wish birthday orang tapi main kasar lak ni ;p Gurau la mak hencik berduaaa..

Happy birthday to both of you..

Cik Lat @ Cik Mirah, Happy birthday yang ke 18..

dan untuk

Cik Sentap @ Cik Zaty, Happy birthday yang ke 16..

Saya sayang kamu dua lahhhh <3


Thursday, December 10, 2009

To Miss Nur Zatil Iman..

Gadis gadis ini sangat saya rindui. T_T
Seronoknya hidup dikelilingi kasih sayang kan? Hahaha. Poyo gila kot statement ;p

Kat sini, saya nak wish kepada gadis kesayangan ayu berselendang merah, Happy Belated Birthday dear!! I love you soooooooooo much! I heart you soooooooo much! Same goes to you, Miss Najiha.. I love both of you so much, walaupun kitorang jarang contact.. but deep down inside, we all know how close we are.. Betul. Kitorang tak perlu nak contact hari hari to show that we care about each other.. :)

So, to Miss Nur Zatil Iman Abu Bakar..

Pertama sekali, saya nak mintak maaf because I'm so sucked.. forgot your birthday this year dear T_T. Walaupun kamu kata saya dimaafkan kerana saya kawan baik kamu, tetapi saya rasa kerana saya kawan baik kamulah, saya tidak boleh dimaafkan. I heart you so much <3

I wish you happiness in your life. Semoga kegembiraan dan kebahagiaan itu always be with you all the time. I taw you memang bengang gila when I said, you all will be okay after this. Hehe. I'm sorry for that. I'm praying for you happiness okay.. I taknak you nangis, taknak you sedih taw..

You study rajin rajin okay, balik Malaysia cepat taw. I dapat placement kat Cheras, dekat kan. Nanti tiap tiap minggu kita boleh hang out like nobody care :)

I really miss you guys so much..

It's Breaking My Heart..

Dah sampai rumah malam tadi.

Bye~bye GEMS' participants.

Bye~bye Harvard.

I am so sad T_T

Tengok album dinner, baru teringat tak update lagi the memories here. Hihi. Huwaaaa!! I miss you all!! Macam tak percaya, bangun pagi ni.. no modules to attend T_T

Ahhh.. bencilah masuk blog bawak muka sememeh begini. Kita senyummmm balik ye. Jum tengok gambar malam dinner kitorang hari tu. Anyway, our last dinner diadakan di Summit Hotel, Bukit Mertajam.

Okay, pictures pleaseeeeee..You, I'll miss the most..
Abg photographer yang suka menyakat, but I forgot your name.. Adeh
Saya dan Mimie, the singer.
Sir Kama yang suka sangat loyar buruk okay. Hehe, tumpang lalu Sir..
Kak Wed, I love you!!
Saya rindu kamu semua T_T
Izzah, I'll miss you the most tooo!! Kau la yang paling susah nak jumpa lepas ni, jauh sangat babe :(
With Iffa.. Kawan gaduh ni. Ahahaha ;p Kan dah nak balik semalam, masing-masing nangis tak reti nak stop ;p
Ena bebehhhhh.. I miss you!!!
Dayah.. Rindu kau jugak.

Habis la semua aku rindu T_T

Habis dah Part I GEMS.. Lepas ni melangkah ke Part II pulak selama 6 bulan. Cik Kopi, saya dapat placement di Cheras.. Ni duk tengah nak cari rumah sewa la ni. Ada sapa-sapa taw nak sewa rumah murah nak area sana? Maybe nak menyewa dengan kawan-kawan GEMS yang lain, tapi itulah.. tataw lagi kat mana. Ada seminggu je nak settle down everything ni.. Takutnya nak masuk working life ..

So, basically I'm free now until 20 Dec :)

Monday, December 7, 2009

Farewell


Tuan blog masih tidak sihat. Harap maklum semua. Tetapi beransur pulih dah, alhamdulillah :)

Sabtu lepas, farewell dinner untuk GEMS HSH 03.. Ni budak yang demam ni taknak kalah jugak. Takde baju nak pakai pergi dinner, theme gems and roses. Dress code ; red black. Petang sebelum pergi dinner tu, menggagahkan diri pergi cari baju :)

Hasilnya..
Pertama kali sarung dress.. Hihi.

Nanti aku update lagi ek. Tiba-tiba sakit kepala ;p

Goodnite.

p/s Masa sakit, telah kehilangan beberapa kg berat ;p Nampak susut tak saya??

Thursday, December 3, 2009

Laporan Terkini

Hallo.. :)

Lepas raya haji, terus menghilangkan diri eh aku ni. Hihi. Nampaknya raya haji hari tu bukan lembu kambing yang dikorbankan, tetapi si gadis bernama Izzatul Azma ini. Asyik tumpas di atas katil kerana demam dan juga sakit kepala melampau :(

Ni rasa macam dah sihat sikit tapi tak boleh percaya sangat sebab semalam siang pun aku sihat, terkinja-kinja ke sana sini selepas 2 hari sakit.. Ingatkan betul-betul dah sihat, sekali diri sendiri telah tertipu. Tak sihat lagi, terpaksa pergi klinik jugak akhirnya. T_T

Doakan saya cepat sembuh ye kawan-kawan supaya boleh cergas macam selalu ;p

Saaaaaaaaaayang kamu semua :)

Tuesday, December 1, 2009

Congrats Sayang!

Kesayangan saya dah jadi tunang orang :)

Congrats ye yang~ sorry for the late wish.. Aku tak sempat nak call ko hari tu :(
Ko cantik pakai warna hijau.. Happy sangat for you and Dillah..
Nak kahwin bagitaw awal-awal yer, nak kena booking tiket flight cepat-cepat.. Hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...