Wednesday, December 30, 2009

STICKY MODE


I just want to let you guys know, aku memang TAKDE ADD SAPA-SAPA KAT YM. Dan jugak AKU TAKDE CREATE ID BARU KAT YM. Sapa-sapa yang ada orang add, claims himself/herself as me.. Please ignore it because IT'S NOT ME.

Dan jugak si hantu ni nak menjatuhkan maruah aku and talking nonsense about myself. So, korang kawan-kawan aku tolong jangan ada yang terpedaya. Ulang suara, AKU TAKDE ADD SAPA-SAPA KAWAN BARU DALAM YM DAN JUGAK TAKDE CREATE ID BARU.

Eh, lagi satu. Kalau ada lagi manusial tak cukup kasih sayang yang tiba-tiba aje tegur korang kat YM, mintak gambar aku dengan korang.. JANGAN BAGI. BUKAN AKU. Ulang, JANGAN!!

Summore, kawan-kawan aku lebih kenal siapa aku dari ko la jembalang!


Saturday, December 26, 2009

(Gambar kena letak watermark besar besar, baru lah orang tak boleh curik lepas tu buat profile pic kat YM tanpa rasa bersalah. Huh.)

Morning sunshines~

Hari ini aku bangun awal. Nak follow Mr. Bf pergi Shah Alam, sebab aku sangat bosan duduk rumah. So, pergila Shah Alam nak jenguk adik aku ni ha.. Aku naik kereta aku, bf naik kereta dia la. Dia ingat aku ni naik ferrari ke hape. Laju tak hengat. Saya ni bawak Wira je cik abang oi, mana la nak lawan ngan Honda awk tu. Lempang kang. Aku ni dah la tataw jalan. Sebab tu la follow dia.. Eh, apa apa je la ek. Citer panjang panjang pun macam la korang paham ;p

So, what's up?

Lama tak online dengan laptop sendiri. Minggu ni adalah sedih, asyik menempek kat cc aje. Ni pun salah satu sebab nape pergi umah Kak Ngah. Hihi. Leh online. Hihi lagi.

Erm, tataw la pulak nak cakap apa. Takpelah, aku nak wish korang Happy Holiday aje :)

Wednesday, December 23, 2009

Thanx untuk semua yang wish birthday aku.. Terharu, and fyi.. birthday aku hari ni lah. Bukan 25.. Lain kali nak menyamar jadi aku pun, sila study dulu biodata aku ek? Hehehe.

Special thanx untuk Mr Bf, buat surprise pulak tiba-tiba muncul kat bawah umah aku. Hehehe. Dan yeay, semalam sempena my birthday, tercapai jugak hasrat di hati neh nak makan kat William :D Thanx syg, I love you secara banyak..

Lagi sorang, si adik yang seng neh. semua tempat dia nak wish.. Hehehe. Kekanda pun sayang adinda. (Taknak kalah nak blink2 jugak tu. Hehehe) Terharu aku dapat hadiah charger. Hahahahaha. Siap ada special entry tu --> Cara untuk hapuskan rasa bersalah pada kakak

Oh, tak lupa jugak.. Kakak yang sangat aku sayang ni.. (Kakak aku ni ada kembar taw, twin dia pun aku sayang sgt ;p) Thanx yang, terharu taw saya baca ayat-ayat kamu. Ko pun taw aku sayangggggg ko sangat.. --> Selamat hari kelahiran Izza Cyg ;p

Dan untuk semua yang msg, yang wish kat FB, yang telefon dari UK (Hihi, babe, I love you darl!), yang nyanyi untuk aku... THANX SANGAT2.. AKU SAYANG KORANG SEMUAAAAA!!

p/s Untuk manusia loser yang dengki dengan aku, curik gambar aku, menyamar jadi aku, buat cerita bukan-bukan pasal aku, ko sila pergi mati boleh tak?


Tuesday, December 22, 2009

Nak cakap ke tidak.. Hmmm

Okay, dengar sini semua. Aku nak buat laporan ringkas tentang hidup aku kat sini. Huh. Tiba-tiba je rasa annoyed. Takpe, aku nak beri laporan dulu, later baru aku nak mengamuk.

Tak friendly langsung ek introduction di atas? Okay, mari kita mulakan lagi sekali.

Hye semua!! (sambil lambai tangan kat semua orang) Rindu aku tak? Sapa tak rindu pergi main jauh-jauh. Like I care. Huh. Erghhh.. apakah nak menaip je, mesti nak marah. Damn. Tak boleh la korang. Sorry la mood aku swing neh. Aku rasa nak lempang orang je! Grrr..

Semalam 1st day kerja okay. Takde ramai cina pun. Staff friendly (yang neh ko memang pandai). Tapi for your information, dekat rumah sewa aku tak dapat internet. Takpe. Goodluck aku ucapkan. Kau memang akan dilupakan, tapi kau takkan dimaafkan.

Ergh.. korang mesti tak paham kan. Masuk blog je, salam tak bagi apa tak bagi. Tiba-tiba berangin. Hehehe. Aku dah lama tak marah orang la. Kasi chance ek. Ololoooorr, janganlah duk cebik bibir, aku bukan marah kat korang..

Nanti bila aku dah berjaya mendapatkan access internet, aku update proper lagi ek. Ni aku kat cc. Ulang suara, kat cc. Bukan online kat rumah sewa tumpang wifi umah sebelah.

Btw, esok 23 Dec.. Dah nak genap 23 tahun umur aku ni. Aku harap dapat kehidupan yang yang lebih baik. Aku nak hidup yang happy dan bahagia. Aku nak jadi anak, kakak, kawan, dan jugak wife yang baik..Hehehe. Ya Allah, panjangkan lah umur aku dan juga mereka yang aku sayang.. Aminnnn.. Dan aku berdoa supaya dijauhkan daripada fitnah. Orang yang jahat ni memang ramai kat keliling aku. Tapi kau silap, aku jugak dikelilingi oleh orang-orang yang sayang kat aku. Eh, malaslah aku nak cakap banyak-banyak dengan loser mcm kau ni. Hidup aku yang biasa-biasa ni pun kau nak buat khianat. Ish.

Okaylah, wish you all a good day okay :) Hidup jangan berdengki dengan orang. Jangan buat khianat dengan orang. Barulah hidup tu berkat sikit.

Takecare!!

Sunday, December 20, 2009

Hye. Already in KL. So, say Heeeeeeeeeeeelo KL!! ;D Super damn tired, kerja aku tidur aje dua tiga hari ni. Went to KL dengan adik aku sebagai peneman dan tukang menolong aku berpindah. Hehe. Oh, fyi.. I'm staying in Bandar Tasik Selatan. So, marilah roger saya wahai rakan-rakan di KL :)

Tomorrow will be my first day at work. Saya nervous. Dari rumah ke office cuma 10 minit memandu dengan anggapan jalan adalah tidak sesak. Tapi mana mungkin Taman Connaught tak sesak kan.. So, esok langkah selamat.. kena keluar awal sejam kot? Jangan taktaw, Mr Boyfriend bawak aku hafal jalan sampai 5 kali tawaf dari Bandar Tasik Selatan - Taman Connaught. Pukul 2 pagi okay. Kesian adik aku sampai tertidur-tidur kat backseat. Hehe. Dia dah naik bosan katanya duk tengok jalan yang sama dari tadi.. Mana taknya pukul 2 pagi duk menghafal jalan. Sampai KL pun pukul 11 lebih. Lepas tu angkut barang semua lagi. Penat betul pindah rumah ni. But, thanx God so far housemates aku adalah okay. Memang too early untuk judge orang.. Ahh. Janji aku tak kacau diorang, diorang tak kacau aku sudah :)

Btw, aku terbawak charger Cik Nyna datang KL. Matilah aku kena marah dengan beliau :( Jangan marah saya.. :( Nanti weekend aku balik, aku bagi balik ek :D Tak baik ah marah-marah, nanti kedut timbul kat muka, pakai clean n clear pun tak berkesan. Hehehe. Maaf ye adik.

Okay. Rasanya itu aje ucapan untuk hari ini kot. Later update lagi. Oh, ini pun online menggunakan ihsan Wifi KL. Kenapalah area rumah aku tak dapat Wifi KL ek? Cis..

Friday, December 18, 2009

I'm moving to KL today.. will start working on Monday. Taktaw bila boleh dapat access internet until I get my own broadband. Huhu. Nervous neh. Hihi.

Tata.

Girls Day Out

Hye semua :)

Mata tersangatlah kuyu. Badan tersangatlah letih. Tapi barang barang tak packing lagi. In fact, beg balik dari Harvard hari tu pun tak unpacked lagi. Hahaha. Aku hangkut je la balik semua tu pergi KL nanti. Eh, nanti apanya. Esok lah.. Hadui, tak sempat lah haku ni nak berehat puas puas, esok dah nak kena pergi KL balik. Isnin dah start kerja. Apa neh, belum start kerja lagi dah merungut. Ishhhhhhh~

Jap jap.. Jom main kira kira nak? Aku balik rumah 9 Dis. 11 Dis aku pergi KL. Kemudian 15 Dis, aku balik rumah. Lepas tu, 18 Dis dah nak kena pergi KL balik wehhh!! Argh.. meroyan betul la rasanya. Naik tension pun ada..

Btw, hari ni aku pergi Ipoh. Shopping sikit. Confirm lah bukan barang aku sebab aku takde duit. (pengakuan yang jujur lagi ikhlas dari hati). Haha. Aku jadi driver je. Temankan adik aku pergi shopping. Sambil tu, dah janji dengan Gg will meet her once she's here. So, I have fulfill my promise right dear :) Tiba tiba lepas ni you dapat posting kat KL, kita huha huha di KL je la ;DWe have been bestfriends for almost 10 years. Wooohoooo! Ini si orang kaya yang shopping tadi. Shopping guna duit mak. Tidak adil. Hahaha.Korang, korang.. dress ini santek sangat bukan? Tapi Nyna dah nampak dulu, haruslah dia cop beli dulu. Dah tu kalau aku berkenan sangat pun, nak beli sama? Tak payah. Sharing is caring kan. Hahaha.Entry ini disudahi dengan sesi penyidaian muka secara total. Suka gambar ni. Pandai kan adik aku amik gambar walaupun subject photo beliau dapat C. Haha. Matiklah aku dengan tanpa rasa bersalahnya menjaja perkara tersebut. Btw Nyna, cuba lagi sem depan okay. Mesti sebab awk suka melawan lecturer tu yang dia bagi teruk tu. Hehe.

Weh, teman aku pergi KL esok jom? Jomlaaaaaaaaaa :( *ayat rayuan untuk Cik Nyna.


Wednesday, December 16, 2009

Saya jumpa beliau..

Duduk Shah Alam 5 hari, sempat jugak aku berdating dengan mak buyung ni. Ahahaha. Mak buyung yang comel.. ;p

Nasib baik aku teringat nak YM dia, bagitaw aku kat Shah Alam.. So, boleh la pergi bergosip dah alang-alang dekat tu. Wah, kerja nak bergosip je kan. Hahaha. Janji kitorang takde cakap pasal orang lain kan yang kan..

Nasib baik la jugak CPM (Cik Puan Miera) ni sanggup datang jemput saya. Kerana saya adalah tidak mempunyai transport. Terpaksla menumpang orang. Haha. Buat cerita sedih pulak. Bluweks! Eh yang, thanx ek datang amik aku hari tu. Pastu belanja saya makan lagi. I malu la. Hihihi.

Ni first time jumpa.. Tapi dah nama dua-dua kepoh je, kejap je dah boleh ngam. Next time aku datang lagi, aku nak pergi rumah ko pulak taw. Nak rasa air tangan mak buyung. Kekeke. Weh, jaga diri tu.. Jaga baby tu sama okay.. ;D

Pada kesayangan saya yang lain, kita jumpa lain kali ye. Maklumlah daku yang hina ini tiada transport hari tu. Harapkan adik tiri, apa yang dia ada? Kereta sorong adalah minah tu. Hahaha. (Sory dik, sempat lagi akak nak mengutuk ko kann.. hihihi) Tak sabar nak dating dengan korang semua ;D

Thank you sayang!

Huiii~ Morning.. :) Terima kasih untuk Cik Zatil for being my living alarm clock today. It's only 9 am bebeh, but really thanx for your concern. Dah tu, aku dah on YM ni.. yang you out tu kenapa sayang oi?????

Lama tak update blog, tah hilang pergi mana tuan blog ni ek. Hehe. Don't worry, still alive ;D 5 hari kat KL.. Busy sangat la konon tu. Ceh. Padahal aku pergi KL setelkan hal rumah sewa. Aku kerja kat Cheras nanti. Orang Cheras, anyone??? Lepas ni duduk KL, dekat dengan semua kesayangan saya. Seronok betul ;D

Dekat sini, nak ucap terima kasih sangat pada Mr. Boyfriend because being such a sweet and lovely boyfriend anyone could have.. Tak merungut pun menolong saya bersusah payah pergi sana sini. Dah la sangat cool, sumpah cool gila takde nak jealous tak tentu pasal kalau saya berkawan dengan lelaki lain. Tapi harapnya lelaki lain pun sila maklum walaupun boyfriend saya sumpah sangat cool.. Janganlah ambil kesempatan ke atas dia dan saya. OKAY?

Sayang, apsal kau buat muka macam sedih. Cis. Tapi tahu dalam hati happy gila melompat bintang lapan kali sebab dapat jumpa saya selepas 4 bulan duk rindu-rinduan kan? Tapi bila dah jumpa, kerjanya nak bercakar je ngan aku. Hahaha. Comel gila sayang saya ni. Sayang kamu sangat-sangat. Sumpah takde sayang lelaki lain macam sayang kamu. Kamu comel dan sangat baik dengan saya. Kamu respect saya sebagai perempuan. Takde nak ambil kesempatan pada saya. Bukan macam sesetengah lelaki tu, (note;sesetengah ok) gatal nak mampus sumpah rasa nak lesing je. Huh!

Aku rasa kan aku ni kan baik sangat la dengan orang. Eh, ini bukan statement ko nak masuk bakul angkat sendiri ke apa. Aku rasa aku baik sangat sampai orang pun suka sangat ambil kesempatan kat aku ni. Walaupun ada benda yang aku tak suka, mungkin aku tak reti nak expresskan rasa tak suka aku tu. Membuatkan orang fikir yang aku ni sukaaa la sangat dengan apa dia buat tu.

One thing people, you respect me.. And I'll respect you too. Tapi kalau kau buat kurang ajar dengan aku, expect aku nak layan kau baik lagi? Berangan!

p/s Okay, sekarang semua boleh panggil sayang saya, Mr. Cool. Haha. thank you bebeh bagi nickname yang comel tu. Eh, tapi ko ni memang dari dulu lagi duk suka bagi nickname kat boyfriend2 aku.. hahaha ;p

Sunday, December 13, 2009

Birthday Wishes..

Hari ni 13 Disember ek????

Happy birthday untuk dua orang adik kesayangan ni.. Sorang adik kandung, sorang lagi adk tiri. Yang penting dua-dua ekor suka cari gaduh ngan aku.. Lempang sedas kang baru taw. Hahaha. Weh, apa kes aku ni nak wish birthday orang tapi main kasar lak ni ;p Gurau la mak hencik berduaaa..

Happy birthday to both of you..

Cik Lat @ Cik Mirah, Happy birthday yang ke 18..

dan untuk

Cik Sentap @ Cik Zaty, Happy birthday yang ke 16..

Saya sayang kamu dua lahhhh <3


Thursday, December 10, 2009

To Miss Nur Zatil Iman..

Gadis gadis ini sangat saya rindui. T_T
Seronoknya hidup dikelilingi kasih sayang kan? Hahaha. Poyo gila kot statement ;p

Kat sini, saya nak wish kepada gadis kesayangan ayu berselendang merah, Happy Belated Birthday dear!! I love you soooooooooo much! I heart you soooooooo much! Same goes to you, Miss Najiha.. I love both of you so much, walaupun kitorang jarang contact.. but deep down inside, we all know how close we are.. Betul. Kitorang tak perlu nak contact hari hari to show that we care about each other.. :)

So, to Miss Nur Zatil Iman Abu Bakar..

Pertama sekali, saya nak mintak maaf because I'm so sucked.. forgot your birthday this year dear T_T. Walaupun kamu kata saya dimaafkan kerana saya kawan baik kamu, tetapi saya rasa kerana saya kawan baik kamulah, saya tidak boleh dimaafkan. I heart you so much <3

I wish you happiness in your life. Semoga kegembiraan dan kebahagiaan itu always be with you all the time. I taw you memang bengang gila when I said, you all will be okay after this. Hehe. I'm sorry for that. I'm praying for you happiness okay.. I taknak you nangis, taknak you sedih taw..

You study rajin rajin okay, balik Malaysia cepat taw. I dapat placement kat Cheras, dekat kan. Nanti tiap tiap minggu kita boleh hang out like nobody care :)

I really miss you guys so much..

It's Breaking My Heart..

Dah sampai rumah malam tadi.

Bye~bye GEMS' participants.

Bye~bye Harvard.

I am so sad T_T

Tengok album dinner, baru teringat tak update lagi the memories here. Hihi. Huwaaaa!! I miss you all!! Macam tak percaya, bangun pagi ni.. no modules to attend T_T

Ahhh.. bencilah masuk blog bawak muka sememeh begini. Kita senyummmm balik ye. Jum tengok gambar malam dinner kitorang hari tu. Anyway, our last dinner diadakan di Summit Hotel, Bukit Mertajam.

Okay, pictures pleaseeeeee..You, I'll miss the most..
Abg photographer yang suka menyakat, but I forgot your name.. Adeh
Saya dan Mimie, the singer.
Sir Kama yang suka sangat loyar buruk okay. Hehe, tumpang lalu Sir..
Kak Wed, I love you!!
Saya rindu kamu semua T_T
Izzah, I'll miss you the most tooo!! Kau la yang paling susah nak jumpa lepas ni, jauh sangat babe :(
With Iffa.. Kawan gaduh ni. Ahahaha ;p Kan dah nak balik semalam, masing-masing nangis tak reti nak stop ;p
Ena bebehhhhh.. I miss you!!!
Dayah.. Rindu kau jugak.

Habis la semua aku rindu T_T

Habis dah Part I GEMS.. Lepas ni melangkah ke Part II pulak selama 6 bulan. Cik Kopi, saya dapat placement di Cheras.. Ni duk tengah nak cari rumah sewa la ni. Ada sapa-sapa taw nak sewa rumah murah nak area sana? Maybe nak menyewa dengan kawan-kawan GEMS yang lain, tapi itulah.. tataw lagi kat mana. Ada seminggu je nak settle down everything ni.. Takutnya nak masuk working life ..

So, basically I'm free now until 20 Dec :)

Monday, December 7, 2009

Farewell


Tuan blog masih tidak sihat. Harap maklum semua. Tetapi beransur pulih dah, alhamdulillah :)

Sabtu lepas, farewell dinner untuk GEMS HSH 03.. Ni budak yang demam ni taknak kalah jugak. Takde baju nak pakai pergi dinner, theme gems and roses. Dress code ; red black. Petang sebelum pergi dinner tu, menggagahkan diri pergi cari baju :)

Hasilnya..
Pertama kali sarung dress.. Hihi.

Nanti aku update lagi ek. Tiba-tiba sakit kepala ;p

Goodnite.

p/s Masa sakit, telah kehilangan beberapa kg berat ;p Nampak susut tak saya??

Thursday, December 3, 2009

Laporan Terkini

Hallo.. :)

Lepas raya haji, terus menghilangkan diri eh aku ni. Hihi. Nampaknya raya haji hari tu bukan lembu kambing yang dikorbankan, tetapi si gadis bernama Izzatul Azma ini. Asyik tumpas di atas katil kerana demam dan juga sakit kepala melampau :(

Ni rasa macam dah sihat sikit tapi tak boleh percaya sangat sebab semalam siang pun aku sihat, terkinja-kinja ke sana sini selepas 2 hari sakit.. Ingatkan betul-betul dah sihat, sekali diri sendiri telah tertipu. Tak sihat lagi, terpaksa pergi klinik jugak akhirnya. T_T

Doakan saya cepat sembuh ye kawan-kawan supaya boleh cergas macam selalu ;p

Saaaaaaaaaayang kamu semua :)

Tuesday, December 1, 2009

Congrats Sayang!

Kesayangan saya dah jadi tunang orang :)

Congrats ye yang~ sorry for the late wish.. Aku tak sempat nak call ko hari tu :(
Ko cantik pakai warna hijau.. Happy sangat for you and Dillah..
Nak kahwin bagitaw awal-awal yer, nak kena booking tiket flight cepat-cepat.. Hihi

Friday, November 27, 2009

Kecintaan Saya

Halo semua~ Ada lagi ke orang duk jenguk blog ni? Ke semua duk sibuk meratah sup daging.. Nyummmm nyum~ ;D

Hari ni dengan tak malunya mengisytiharkan diri sendiri bangun lambat pada pukul 9.30 pagi kot. Itupun sebab kena terjah dengan Kakyong. Haha. Bangun gosok gigi, cuci muka terus pergi gosip tra la laaa.. Hihihi. Tapi makcik tu entah apa dia nak kejar sangat duduk kejap sangat kat rumah aku. Tsk..

Lepas tu, baru je nak pergi mandi.. Kecintaan yang sorang ni pulak datang mengacau. Mintak dimake-up. Hahaha.
Dialah kecintaan saya~ Ingat lagi tak nama dia? Cik Amna Atalia yang adorable sangat sumpah aku rasa nak picit pipi dia. Comel sangat kelakuan ketuk pintu bilik kakak pagi-pagi mintak dimake-up. Dia bukan sahaja comel, tetapi juga kuat merajuk. Tapi aku layankan sikit-sikit je, lebih-lebih cakap je taknak kawan.. Nanti sama-sama merajuk. Haha. Comel.Tapi, takkanlah Amna sorang je nak make-up kan. Kakak pun nak make-up jugak. Tanpa hala tuju pergi iron baju kurung, conteng muka sikit-sikit.. Lepas tu layan Amna main. Masa ni dia dah penat, nak tidur. Suruh senyum pun dah taknak.

Sekian cerita saya di hari raya ini. Cerita anda bagaimana?

Thursday, November 26, 2009

Spaghetti di Malam Raya

Cheng cheng chenggggg~ Takde orang di sini. Saya sorang di sini.

Sedang bergigih memasak spaghetti bolognese di dapur. ;D

Laporan terkini dari seorang kakak yang baik hati. (juga sedang bosan)

Updated dua jam kemudianNah!! Sebab aku baik hati di malam raya ni, aku nak belanja korang makan. Ha, jemputlah.. Apa tengok aje ;D Ngeee~

Salam Aidil Adha semua!!

Selamat Berkorban!

Saya blur!

Macam tak berapa sihat kot. Diary hari ini ; bangun pukul 9, terus mandi. Pukul 10 sambung tidur balik kerana berasa tidak sedap badan. Sehinggalah pada pukul 1.38 baru membuka mata semula. Hebat tak? Hahahaha. Lepas tu, terus pergi makan. Anak dara apakah begini. Sayang, you jangan menyesal dapat gf begini yer. Don't tell your mom yer~ Hahaha.

Aku rasa macam nak keluar, ada barang peribadi nak beli. Haha. Comel gila cakap barang peribadi. Tapi Kakyong tu membusy sangat nak buat kek dia tu. Kakyong, nak marble cheese cake!! Ailebiu~ Hihi.

Ramai yang dah balik kampung hari ni yer? Aku balik kampung esok.. Mak suruh balik awal sikit, tapi malas la. Nak tunggu emak balik sama-sama jugak ;D Selamat hari raya korban ye kawan-kawan! Drive balik kampung tu elok-elok sikit perangai, jangan asyik nak marah je (Aik, macam kata pada diri sendiri je.. Haha)

I know you miss me so much.. Cause I miss you too

Wednesday, November 25, 2009

Hye semua~

Aku dah start cuti sekarang, jangan jealous aaaa!! ;p

Bangun pagi pukul 10.30, woh.. best betul rasa.. Lupa dah pasal interview semalam. Ahahaha. Eh, interview semalam tu kan, kalau dapat.. Seronoknya lahai :]

Lama tak bangun lambat.. Lama tak rehat-rehat camni.. Hihihi. Bengang la orang tu baca saya berseronok di rumah ni. Sian dia kena present masa audit semalam.. Nanti kita pergi makan ice cream eh eh eh?

Nikmatnya boleh bangun lambat, kekasih hati call pagi-pagi pun aku buat tataw je. Haha. Mula-mula tengok ada call, buat bodoh je. (Alamak, sekarang beliau dah taw..) Nak sambung tidur, tapi lepas tu fikir macam tak patut pulak. So, angkatla call dia.. Tapi angkat pun menyakitkan hati dia je kot. Hahaha. Angkat je, entah apa aku merepek. Yang aku sedar, aku cakap.. Okaylah, bye! Lalu tanpa rasa bersalah menyambung tidur ;p Hihi, I love you lah sayang!

Ini Nur Mia Kalisha. Comel kan. Pipi merah macam pakai blusher. Amboi, kecik-kecik dah lawa ek.. Nanti dah besar, auntie make-upkan bagi lagi lawa ye.. Hihihi.. Ini newborn baby adalah niece sayang aku yang satu tu.. :)

Tuesday, November 24, 2009

Oscar Night

Lately ni memang suka provide cerita basi kepada readers. Oscar Night ni.. Err.. err.. Bila yer???? 18 Nov rasanya.. Rabu minggu lepas.

Hmmm.. Aku tak ada banyak gambar la nak share. Rasanya banyak gila amik gambar hari tu, tapi sumpah blur tak dapat detect camera siapa. Haha. Main posing je. Ada seketul dua je.Sayang, jangan jealous tengok gambar I dengan dia ni. We all kawan je (ayat bajet hot gila. Haha) Takpe, saya taw sayang saya sumpah cool gila takde nak melenting sebab benda yang macam ni.. Kan kan kan?? Ha, angguk cepat!! ;pEh.. Jap jap jap. Aku iyer-iyer je cakap pasal Oscar Night kan. Korang paham ke apa yang aku bebelkan ni? Oscar Night tu.. dari nama pun dah boleh agak kot kan?? Malam anugerah industri filem di GEMS. Hahaha. Lagi sekali suka sangat buat perangai macam ni. Ish..

Semua kumpulan diberi masa lebih kurang 2 hari setengah untuk prepare short films. 7 daripada 14 filem yang disediakan akan dicalonkan untuk 5 anugerah kot. Entah, aku tak kira sebab filem pendek kumpulan kitorang tak menang apa. Hahahaha. But, heyyyy! Dah tercalon tu kira okay lah kan? ;P Bluweks!

Nak tengok short film yang sapu anugerah secara pukal malam tu? Kalau tak silap, 4 anugerah diorang menang. Eley, senyum lebar la tu orang tu depan pc tu ;P Hihihihi



Enjoy~ ;D

Monday, November 23, 2009

I am so sad..

Hidup saya sangat kelam kabut 2-3 hari ni. Macam-macam hal pulak nak jadi dalam masa yang sama :(

Minggu lepas saya pergi rumah makcik kat Balik Pulau. Satu hari jadi babysitter budak-budak yang buas, boleh pengsan dibuatnya T_T. Cik, you owed me a shopping spree ek ;p

Untuk awak-taw-sapa-awk, thanx yer sebab banyak gila tolong owang ni kot. Dah banyak susahkan dia ni. :( Dah la tolong amik owang kat rumah makcik, lepas tu tolong tengokkan budak-budak tu sekali. Sampai ter'accident' dibuatnya.. Nasib baiklah takde apa-apa yang teruk.. Sorry taw

Semalam kereta saya buat hal, tak boleh start langsung. Battery kong. Hati sangat panas sebab baru dua minggu lepas duit lebur rm150 tukar battery kereta baru. Saya tak puas hati sangat, memang akan pergi workshop tu karang. Apa kes kau tukar battery kereta aku, baru 2 minggu dah weak? Memang langsung tak boleh start, nasib baik lah dekat parking Tesco. Kalau kat traffic light?? Lastnya dah pukul 11, tinggal aje kereta tu kat situ. Nak bawak pergi bengkel pun mana ada yang bukak tengah-tengah malam tu. Pagi ni tak pergi kelas pun, rasa tak larat sangat. Lagipun kereta tak setel lagi tu. Serabut betul :(

Petang ni dah nak gerak balik Kuala Kangsar. Esok pagi pukul 8 pagi saya ada interview. Not fully prepared lagi. Tapi menaruh harapan nak dapat kerja ni. Macam mana saya nak balik rumah ni kalau kereta pun tak setel lagi.. tataw lah pukul berapa dapat balik karang ni :(

Tu lah, selalu sangat happy kan.. Sekali dapat dugaan, bertimpa-timpa dia datang.. Tapi saya sangat redha :')

Thursday, November 19, 2009

More pictures..

Lagi cerita pasal Homestay. Hari tu tak sempat nak update habis. Eh, sebelum tu.. Nak bagitaw, malam semalam ada Oscar Night. Tak sangka lagu dengan short film group kitorang dapat nomination.. Tak menang, tapi dah tercalon pun syukur ;p Itu update nanti ek :)

Meh meh aku nak share gambar..Ni family angkat aku.. Err.. yang duk kat barisan belakang sekali tu je. Yang posing over-over tu semua, sila maklum gf di GEMS merangkap adik-beradik angkat. Hihi. Sir Kama cakap takot tuan rumah tu tengok kitorang dok posing gitu.. Isk ;pHmm.. nak recommanded tempat ni pun aku tak berapa nak yakin. Sebab homestay dia, pada pendapat saya yang jujur dan ikhlas ni.. Tempat dia tak menarik. Jauh ke dalam. Sumpah jauh ke dalam sampai aku sesat time nak keluar beli barang. Lepas tu, rumah dia sangatlah perlu diupgradekan. Kotor.. Rumah kalau kecil tak apa, kalau kotor tu yang aku tak tahan tu.. Wash room dia.. Hmm.. Berlubang-lubang stok kalau ada orang berdiri kat luar tu, tak payah susah-susah nak jengket-jengket, confirm dapat tengok free show.. Nasib baiklah cuma satu malam je weh kat situ..

Tapi apa-apa pun, thanx untuk family angkat kitorang sebab sudi menerima kitorang selama satu malam di situ. Budak kecik dalam gambar tu pulak sampai tarik-tarik tangan tak kasi kitorang balik. Seronok eh tiba-tiba ramai kakak lawa-lawa datang rumah? Hahahahaha ;pYang saya pegang itu panadol. Duduk sana asyik sakit kepala :(

Tiba-tiba aku dah malas nak cerita. Cuci je la mata korang kat sini ek

Kawan-kawan di GEMS yang memang best. Lagi 3 minggu je weh kat sini. How times flies :')

Wednesday, November 18, 2009

I can't stand it anymore.

And now, I say NO!

Tuesday, November 17, 2009

Dear diary..

I am so sleepy right now.

I am so tired.

I am exhausted.

I am dissapointed.

I am missing him.

I am trying to just have fun.

:')

Monday, November 16, 2009

I Love Netball

Last aku main netball masa form 4. Masa kat UKM, pernah main sekejap untuk satu sem sahaja. Lepas itu, aku terus pencen. Ada baik, ada buruknya.. Baiknya, merasalah aku jadi siang read cerah sikit sekarang.. Buruknya, badan jadi berat! Montot jadi berat! Semuanya berat.. Redhaaaaaaa :') I dulu main wakil negeri taw.. Bukan MSSM taw, tapi sukan sekolah-sekolah agama.Yer, I sekolah agama dulu.. :)
Rindu zaman jadi hot netballers dulu. Hahahahah. Nak jugak kan kau ni Izza.. Hammbeekkkkkk ;p
Jadinya hari tu masa di Kampung Jeruju, ada netball game. Mula-mula malas nak main, jenuh aku tanya orang sana sini sapa nak ganti. Hahaha. Penakot macam tak reti main je ;p. Tapi yerlah, I dah lama gila kot tak main. Serius pancetttt.. Tapi, redah je la. Bukan serius sangat nak main kan.. Just for fun. And this is the result of 'just for fun'..
Berselut macam kerbau berkubang dalam bendang!! Padang kampung tu tak bagus. In fact, apa yang bagus ye kat situ? I don't know, you figure it out..
Bau busuk jangan cakap. Hahahahaha. Serious macam kerbau ;p
Tapi busuk-busuk pun, berbaloi ohh.. We all managed to get second place. Itupun we all tak usaha sungguh-sungguh nak dapat first place, sebab dah terlampau penat dan waktu tu tengah hari terik. Dua hari kat Kampung Jeruju, dua hari jugak lah aku dok telan panadol. Which is I know not good right :(

Best! Best!! Best!!!!
Miss netball so much.. Jom kawan-kawan kita turun padang petang-petang nak? Hihihi
By the way, congrats to our team because of the good performance walaupun kita ni cuma main-main aje ;p

Tak Best

Morning all..

Pagi ni dimulakan dengan mood aku yang macam haram. Macam $^%^&_. Minggu ni teambuilding module. Module yang paling tak best sekali kat sini. Takpe, aku malas tulis lebih lebih kat sini, jap lagi orang tak sepatutnya baca, aku jugak yang susah. Kita buat protected entry lah kali ni, dah lama tak keluar protected entry kan ;p




Sekian sesi membebel pagi ini. Mari mulakan balik hari anda dengan senyuman :)

Sunday, November 15, 2009

Carnival Day updated!

Update.. Update!! :)

Hari ni Ahad ek? Seronok betul bila sekali sekala dapat cuti hari Ahad.. tapi malam ni dah start aktiviti balik.. Takpelah, janji dapat jugak berehat. Sakit sakit badan ni T__T

Jumaat lepas, seperti diberitahu.. GEMS HSH 03 akan berkampung di Homestay Kampung Jeruju, Jerlun selama 2 hari 1 malam. Thanx God it's just one night. Hahaha.. Jadi, pagi Jumaat kami bertolak dari Sungai Petani pada pukul 7 pagi. Aktiviti yang dijalankan di sini adalah karnival dan juga khidmat masyarakat. Sampai sana, kitorang pun mula set up kedai.Menang best decoration okay stall kitorang.. Syabas Ena selaku head of decoration :)Masa ni masing masing hyperaktif lagi. Yerlah, kan pagi lagi.. Bukan ada buat aktiviti apa pun lagi..Salah satu produk kami. Jambu dengan asam = RM1 je.. Lakuuuuuuuuuuu~I just love being part of GEMS :) Serious fun melainkan tersangatlah busy dan penat :(

Saturday, November 14, 2009

Leganya dah balik Harvard. Dua hari di Kampung Jeruju yang tersangat penat. Dua hari kat sana, dua hari lah jugak aku terpaksa ambil panadol. Tak tahan. Badan lenguh lenguh ni. Dah lama tak turun padang, sekali turun main netball.. Saket badan kaki tangan semua. But, I do miss netball so much.. Nasib baik turun main.. Managed to get second place. Tak terdaya dah nak lawan masa final tu.. Takpelah, I'll update everything later.. Now I just want to sleep :)

Goodnite!

GEMS HSH 03 Carnival Day

*Sticky mode darlings, please scroll down for new updates, if any :)

Halo :)

Esok free.. yeay!! Tapi bukan free semata mata duduk mengangkang tidur je kat bilik ek.. Banyak kerja.. Kenapa beliau kata muka saya tak bermaya???? Kenapa beliau kata muka saya muka mengantuk?? Kenapa :(

Mungkin saya perlukan vitamin tambahan. Atau saya perlukan kacip Patimah??

Too much to be done.. Kena berfikir secara banyak jugak sekarang ni.. Hmm.. Saya kena siapkan business plan untuk gerai kami. Gerai apa???? Ha, meh sini semua orang.. meh meh mehhhhhh.. Ni la yang nak bagitaw ni.. Take note ye.. Sapa yang takde buku nota tu, cepat I bagi masa 3 minit pergi lari ambil sekarang!

Oh~ before tu.. I noticed that I ada few readers dari Kedah, right? Orang orang Kedah, tolong angkat tangan sekarang!! (takde sapa sudi angkat tangan.. Tsk.. T_T)

Untuk orang orang Kedah, especially yang duduk area Sungai Petani, Alor Setar, Gurun dan sewaktu dengannya, jemput lah datang beramai ramai ke karnival kami. GEMS HSH 03 Carnival Day..
The details as below :

Date : 13 dan 14 Nov
Venue : Homestay Kampung Jeruju, Jerlun, Kedah.

Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas dan terang, sila klik gambar di bawah.Sorry lah dapat tunjuk invitation card saja. Siapa yang rasa nak mendapatkan kad ini secara peribadi, boleh save dan pergi print di kafe internet berhampiran ye. Hihi. Saya gurau saja lah ;p. Jangan marah..

Meh la datang meriahkan lagi karnival ni. First outdoor project kitorang. Datang lah support ye. Kot ada bloggers Kedah nak datang jumpa pun, meh meh.. Leh kita hye hye bye bye kat sini :)

Our company also opens a booth there. Gerai nombor 6, Fast Lane Sdn Bhd. Ada promotion taw, beli satu dapat 1.. Beli dua, dapat 2.. Hihi.. ;p

Friday, November 13, 2009

Thanx kawan kawan!!

Phewwwwwwwwwwwww~ Kasik chance I nak tarik nafas, hembus nafas panjang panjang dulu. It was a long long long long night!

First time sepanjang join GEMS ni, aku tidur lambat begini. And tomorrow morning have to wake up real early ; 5 am!! No kidding~

Saat saat kritikal ni lah tiba tiba banyak sangat kerja datang menimbun. Printer kat lab pun time ni jugaklah kau nak habis ink kan. Nasib baik ada kunci office secretariat, time kaseh Kak Rok!! ;p

Thanx untuk kawan kawan yang temankan saya buat kerja sampai habis malam ni. Tolong mana yang patut. Kerja saya tak siap, mereka pun sama bersengkang mata. Habislah kami semua bermata panda menjual esok. Hahahaha. Time kaseh~ I owed you guys a lot!

Okaylah, I nak kena tidur ni. Esok pagi akan bergerak ke Kampung Jeruju pada pukul 6 pagi. Menaiki bas. Saya teruja. Lama tak naik bas buat rombongan begini ;p. Will be there until Saturday evening.

Goodnite sweethearts!

Thursday, November 12, 2009

Random

Okay. Kepala dah mula pening. Otak dah mula jammed. Mata dah mula mengeluarkan bayang bayang RM, RM, RM.. Toink toink toinkkkkkkk~

Sumpah ngantuk. Hahaha. Oi, apa ni lari tajuk pulak. Ngantuk ni takde kena mengena dengan segala simpton di atas.

Siapa pernah ada pengalaman handle stalls ni? Boleh share tak? I before ni tak pernah handle betul betul dari bawah, taw taw aje stalls dah siap, jadi tukang jaga je.. Hmmmmm.. Nak decide nak jual apa pun satu masalah besar. Haiyaaa~ Praying hard that we can make profit tomorrow because if not, we have to pay RM200 to GEMS.. because they loaned us the modal to start the business..

But basically, until now.. the items that we are going to sell are ;


1. Jagung bakar
2. Kerang bakar/rebus special
3. Air jagung

4. Grilled frankfurter
5. Buah potong


Itu pun duk berbelah bagi lagi macam mana. Hailaaaaa~ macam mana ni.. Saat kritikal dah ni!! Sampai satu tahap, I just duduk diam.. tak larat untuk berkata kata dah. Hahaha.

Kenapa duit mengalir laju seperti air paip ha??

Tuesday, November 10, 2009

1 Malaysia

I can't remember when the activity has been done.. but definitely I want to blog about it because it's my first experience doing "Kolam".. :)

Great and enjoyable moments.. I love being here.. walaupun stress dan sangat penat dengan schedule dia.. but the environment and friends here are awesome!!! ;D

The Indian committee has organised this Kolam creation competition..Before the game starts.. One company send 5 representatives included one Indian as our guidance angel ;p. She only can instruct us, but can't help doing it.. T_TSemangat, semangat!! Sejam je masa yang diberi.. Kelam kelibut lah kami. Dah la semua takda experience kan.. Tapi it was fun..Supports from the company :). Walaupun korang semua ni datang lambat, takpe.. Sebab aku pun selalu ngelat pergi support korang kan.. Sorry, selalu tertidur T_T. Next time tak buat lagi.. ;p

Nak tengok the outcome tak??? But promise me, don't laugh okay..

Promise first!!!









Guess.. guess.. guess.. What is his name??

Barney!! Who knows this cartoon character?? :D. Cute tak? Cakap cute sekarang, kalau tak sumpah I kecil hati.. merajuk dengan semua orang.. Hahaha. Sekarang suka main paksa paksa orang pulak ek.. Ishhh.. Not good..

Lari tema kan pergi buat cute kolam pulak.. Hihi.. Ingatkan takmau la streotype.. tapi rupanya memang kena ikut Indian tema.. Macam kena ada peacock, butterfly and whatsoever..

We didn't win.. but we have give our best.Tapi frust la jugak, because the judges like our kolam.. Tapi dah kata tema tak berapa nak kena.. what to do? ;( Balik office, muka masing masing monyok je.. Hahaha.. tapi sekejap je la.. Apa kes nak down pasal tak menang pulak kan.. ;P

Lagi sekali I nak tanya, cute tak "Kolam" kami?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...