Thursday, April 21, 2011

KFC Online Voucher

Selamat tengahari semua~

Lunch apa hari ni? Hari ni saya cuba KFC Chicken Chop yang baru ni.

Tengok rupanya macam sedap eh?

Lagi best sebab ada online voucher tau. Tu lah yang saya nak share ni. Ingat saya buat entry semata-mata nak bagitau korang yang hari ni saya lunch KFC ke? :P

Kalau korang nak makan set ni jugak, apa kata korang print voucher ni dulu.

Boleh click gambar ni untuk print voucher

Dengan adanya voucher ni, bolehlah korang upgrade potato wedges tu kepada cheesy wedges nyum nyumss~

P.s Ini bukan iklan. Hehe.

<--- Nang if you LIKE

Kawan Lama

Hi.

Malam tadi, saya berjumpa seorang kawan lama. Kawan lama yang baik dan kemudiannya bergaduh. Dan akhirnya setelah beberapa tahun tak jumpa, saya dapat panggilan dari beliau ajak berjumpa malam semalam.

And, surprisingly I said yes.

Saya pernah memberitahu diri sendiri, selepas peristiwa dulu jangan ada hubungan langsung dengan beliau. Mungkinkah saya dah jadi seorang yang pelupa sekarang ? T__T

Tapi tak apa, benda yang lepas biarlah lepas. Tak payahlah nak diungkit-ungkit lagi kan :)

Dan benda ni membuatkan aku terfikir. Aku dah mula berfikir secara matang ke? Haha. Memang tak lah kot, perangai masih macam budak-budak. Kuat merajuk, panas baran, cepat naik angin. Itu semua yang buruk-buruk itu akulah. Sebab tu en tunang kata perangai buruk aku ni, dia sorang saja boleh tahan :)

Aku bukan jenis yang suka cari pasal dengan orang. Aku jenis suka menyendiri, buat hal sendiri je. Dan tak suka berkawan. Booooooo, kera sumbang !

Memang pun. I don't mind being alone. As long as I have all my sweethearts with me

Tapi pantangnya kalau orang yang cari pasal dengan aku. Hoih, memang selagi kau tak mintak maaf dengan aku, sampai tu lah aku tak maafkan. Ha, sapa ada buat salah dengan aku tu. Meh sini salam cepat !

:P

Minta maaf ye kalau ada terbuat salah kat korang. Kalau betul saya yang salah, for sure saya akan mintak maaf. Tapi kalau dah terang-terang engkau yang salah, memang tak adalah saya nak mintak maaf nak berdamai melainkan kau seorang yang sangat istimewa dalam hidup saya ni.

OK. Hari ni saya isytiharkan sebagai hari berbaik-baik :)

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, April 20, 2011

Asam Pedas Daging

Helo. Selamat hari Rabu ! Weehu, sat je eh dah sampai Rabu.

Dah lunch ? Hari ni pagi-pagi kena keluar pergi bank. Balik ofis je muka rasa berpasir, panas oh kat luar tu T__T

Hari ni saya lunch makan asam pedas daging. Sedap. Sebelum ni pernah makan sekali kat rumah en tunang. Hari ni tiba-tiba teringin.

Ini asam pedas daging ke asam pedas bendi ni ? Kehhh. Hakikatnya banyak daging dalam tu, tenggelam belaka. Pekat gilos kuah dia, tersedak-sedak saya makan tadi.

Yeay, dah tak diet dah. Hahaha. Boleh sebat nasi, dalam seminggu tu kita kasilah dalam 2-3 kali makan nasi :)

Pagi tadi kan, timbang berat. Turun 1kg lah. Hati gumbira sebab kan dah tak diet. Tapi masih jaga makan lah, idaklah pulak mementang tak diet aku pegi sebat semua makanan. Tidak.

Dah lunch ke ? Siapa teringin asam pedas jugak, mintak maaf awal-awal dulu sebab terbangkitkan nafsu kamu yek. Kih kih.

<--- Nang if you LIKE

Si Pemalas

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!

Fuh ! Puas hati dapat jerit. Walaupun kat blog aje. Karang kalau jerit bebetul kat ofis ni karang, semua orang terkejut pulak T________T

Help me.

Tolong saya.

Semenjak dua menjak ni, saya tak ada mood untuk buat apa-apa pun. Datang kerja pun separuh hati. Tapi balik kerja dengan sepenuh hati. Hehehe.

Dan telah menjadi si pemalas secara maksimum. Kain berlonggok malas nak lipat. Pandang je, boley? Sanggup saya pergi campak kain-kain tu kat bawah katil dulu. Huwaa, kalau dulu lepas angkat kain je. Terus lipat sebab mata semak tengok. Tak tahan. Sekarang, rasa malas nak peduli.

Entahlah kenapa.

Dan saya juga tiada mood nak bercakap dengan orang. Kesian housemate saya asyik dok tegur tapi saya senyum je. Sorrylah geng, gua takde mood lah.Diorang tengok tv, saya lepak dalam bilik atas katil sambil online. Golek-golek. Lepas tu jap lagi dah azan Isyak, amik air sembahyang sekali dengan cuci muka terus. Solat, terus tidur.

Tidur pukul 9 malam pun, bangun pukul 6 pagi masih terasa malas.

Salah satu sebab saya berasa malas untuk ke ofis setiap hari, mungkin sebab dah tak ada hati nak kerja kot? I want a new job pleasee. Preferably in Shah Alam.

Saya berasa cepat panas hati dengan semua orang.

Cepat berasa jengkel. Ataupun berasa jengkel tak tentu hala. Apa masalah lah kau ni.

Oh, dan berasa sangat sukar sekali mengawal nafsu makan. Damn damn damn !! Mulut asyik nak mengunyah. Penat saya pujuk nafsu ni.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau bantulah aku. Bantulah aku untuk membuang segala perasaan negatif ini. Kau serapkan lah perasaan positif di dalam diri ini Ya Allah. Permudahkan lah segalanya untuk kami Ya Allah. Amin..

P.s Maaflah pagi korang dimulakan dengan membaca bebelan ini. Hehe. Maaf ye ! Semoga hari ini lebih baik dari semalam, amin.

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, April 19, 2011

Make Malaysia The FB Capital Of The World

Wah, orang Malaysia ni memang kaki Facebook lah korang ! Korang tau tak, orang Malaysia mempunyai jumlah kawan terbanyak secara puratanya di Facebook ! Dan juga, paling banyak menghabiskan masa di Facebook. Kui kui.

Apa korang takde kerja lain ke pagi petang siang malam dok ngadap Facebook ni weyyyyyy?

Eh, rileks rileks. Bawak bertenang dulu. Jangan marah sama aku. Hehe.

Dah alang-alang korang, ehemmmm.. KITA menghabiskan masa begitu saja kat Facebook tu, ada eloknya jugak kalau kita support DiGi Party For All ni.

They want to make a super duper large petition using our pictures to get Facebook to acknowledge Malaysia the Facebook capital of the world ! Lets support them !

Show your support by add your profile picture to the Movement gallery and allow the application. It will be a super duper huge petition that Facebook cannot ignore us !

Ha, lagi satu. If you are lucky enough, you can get 2 exclusive tickets to go to DiGi Live FB Party !!

Support the petition by clicking this sentence ;)

<--- Nang if you LIKE

Kereta Pinjam

Sehari dua ni kan, saya telah menjadi pemandu kereta Kancil. Pinjam kereta lama en tunang. Sebab kereta saya, adik pinjam.

Yang nak ceritanya di sini, Kancil tu turbo wohhh. Saya yang jakun ni kejap-kejap bawak laju, pastu main lepas minyak lalu ber kachingggggggg lah enjin kereta tu. Kih kih.

Jakun.

Eh tak sayang, main sikit-sikit je. Nanti ada kena tegur pulak, jangan asyik main turbo tu. Nanti minyak cepat habis :P

Lagi satu, kereta tu gearnya auto. Fuh, seronok rupanya bawak auto ni. Saya sebelum ni mana pernah bawak kereta auto. Pinjam orang punya, bawak kejap-kejap tu adalah kan.

Okay, itu saja nak cerita. Saya takde modal sebenarnya ni, tapi kesian tengok blog tak diupdate dua hari :P

Tata.

<--- Nang if you LIKE

Sunday, April 17, 2011

Cukur Jambul Aryyan Rifzain

Salam semua.

Semalam gigih lepas kerja terus pecut ke rumah Mama Aryyan. Ada majlis cukur jambul.

On the way.

Comel kan katil si Aryyan ni. Dengar cerita ni hasil kerja orang lelaki ni. Hihihihi :P

Ye, tiba-tiba aku nampak macam pregnant pulak. Hantu betul. Hahaha. Eh, waktu en tunang nampak aku pakai begini, dia cakap.. "Baju apa hang pakai niiiiiiiiii. Macam baju mengandung je" Cakap depan mama dia pulak tu. Hampeh kan. Hampeh. Pastu bila dah jalan-jalan, boleh pulak dia cakap, "Abg suka lah syg pakai baju ni. Longgar." :P

Tak sangka ko dah ada baby Ayein T_T Dalam 5 tahun je, macam-macam dah jadi ek. Hehe.

Si comel. Mata asyik pandang atas je. Melilau je mata dia. Pastu kaki tangan dia, ya ampunnn kuat menendang. Tak berani auntie nak pegang tau tak. Dia macam aktif, dahlah kecik lagi. Seriau.

Tapi tak kira, auntie nak pegang jugak :P

Kaku semacam. Kih kih.

Oh syg, tinggal 4 bulan 2 minggu je lagi. Tiba-tiba nervous!!

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...