Saturday, May 14, 2011

Idea : Guest Book



Hi, lama tak membebel pasal hal kahwin kan? Hee, 3 bulan 2 minggu adalah satu jangka masa yang takdelah lama sangat. Pejam celik pejam celik, tup tup dah sampai pun our big day :)

Tadi adik saya tweet offer nak design guest book saya. Terus saya rasa hari ni nak menceceh pasal guest book lah. Sejujurnya saya belum betul-betul ready lagi untuk majlis ni. Banyak lagi benda nak disiapkan ni. Tsk, harap sempat. Tak sempat pun kena bagi sempat jugak !

Soooo.. Kat mana kita tadi?

Ohh, guest book.

Hari tu kan masa bincang dengan mak andam saya, beliau ada bagi idea untuk buat guest book tree. Cara beliau cakap, saya dah dapat bayangkan macam mana rupanya. Macam pokok yang kita guna gantung kad raya tu, tapi kali ni kita gantung kad ucapan kecik-kecik comel-comel dari kawan kita :) Idea ni sangat menarik ok. Saya suka sangat. Jadi, saya google tadi..

Jumpa ini.

Credit kepada website ini.

Menarik kan, kita sediakan pasu.. Letak ranting pokok. Dan sediakan kad kecik comel sekali, so tetamu datang.. Tulis dan gantung. Akhirnya di penghujung majlis, pokok kad kita dah berbuah lebat.

Walaupun saya teramat sangat suka gila idea guest book tree ni, tapi rasanya tak praktikal kot dengan majlis saya. Kenduri di kampung, siapa nak sign guest book saya? Kawan-kawan tak tau lah ramai ke tidak datang, musim raya kan.. Dan adakah kena letak seorang penunggu untuk jaga pokok tersebut supaya tidak dikacau oleh budak-budak kecik? Hmm.

Credit kepada sini.

Rasanya mungkin akan stick kepada guest book yang biasa kot. Boleh guna untuk kedua-dua side :)

Tak sabar nak bincang design guest book dengan Nyna. Yeay :D

<--- Nang if you LIKE

#TDDMKA

Hi !

Yaaa, akhirnya blogger ni okay pun. Sabar je lah lama gila buat maintenance. Tertekan jiwa kitorang para blogger ni tau :P

Semalam duk mengular je lebih, melayan video oh yeah kat youtube. Sama la plak macam Ceera ni. Ahaks. Aku tengok orang asyik tangan di dada, mata ke atas.. Tak paham lawak tu, jadinya laju-laju tengok oh yeah kat youtube.

Bukan oh yeah sentap je aku layan semalam, macam-macam lagi aku tengok. Sinetron Spa' U pun aku habiskan sampai 7 episod tau. Haha.

Nak share satu video oh yeah sentap yang paling kelakar pada aku. Gelak sampai keluar air mata. Empat kali tengok pun, gelak gitu jugak.



Layannnnn, selamat berhujung minggu ;)

<--- Nang if you LIKE

Thursday, May 12, 2011

Emosi

Hi, morning ;)

Sihat ke korang ? Saya tak sihat. Going to see the doctor this afternoon T_T

Saya nak share cerita sikitlah. Sebenarnya saya lebih pada nak melepas geram ni. Hehe.

Hmm, macam mana nak mula ye. Saya kan, cepat emosi lah bila orang-orang kesayangan diganggu ataupun disakiti oleh orang lain. Emosi gila lah. Siap marah sampai rasa nak confront je orang yang buat onar tu.

Kisah 1

Kawan baik saya, seorang pensyarah. Pensyarah muda kan. Ada sekumpulan budak perempuan dalam kelas beliau memang tak hormat dan kurang ajar dengan beliau. Dari hari pertama lagi, mulanya diorang mengejek sebab kawan saya kata beliau dari KL. Siap keluarkan soalan, memang mak ayah dari KL ke. Atuk nenek? Adakah salah kalau dia tu memang duk KL? Mangkuk sangat ok diorang tu.

Oh, btw kawan saya ni mengajar di Teluk Intan.

Budak-budak perempuan ni pulak umurnya tak jauh beza pun dengan dia. Beza setahun je but still.. Lecturer and student kan? Eeee, panaslah hati saya dengar cerita student dia yang kurang ajar dan biadap ni. Sedarlah sikit mana letak duduknya awak tu. Nak menuntut ilmu kot, tak payahlah nak bawak perangai bodoh sombong tu sangat.

Banyak lagi lah cerita lain. Assignments tak buat. Kelas tak datang. Datang kelas lambat. Siap update status kat FB kutuk pensyarah tak ada telinga lah, berlakon baik lah.. Hmmm, kita pun pernah jadi student jugak kan. Pernah je rasa tak suka pensyarah, hehe. Tapi tak payahlah jadi sampai kurang ajar pulak kan.

Apa yang patut buat nak ajar student yang macam ni ye? Yang disebabkan beza umur cuma setahun, nak jadi kurang ajar pulak. Saya cakap pada dia jangan layan, biarkan je dorang nak cakap apa. Kalau layan dorang tu, dah jadi macam budak-budak pulak kan. So setakat ni memang buat tak layan je lah. Hati sakit memang sakit kan.

Ok. Tu je saya nak share buat masa ni.

Okbai.

P.s Sebenarnya ada kisah 2, tapi saya malas nak menaip panjang-panjang.

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, May 11, 2011

Panas

Hi, lately ni cuaca sangat panas kan. Terutamanya hari Ahad yang lepas.

En Tunang bawak saya pergi Nilai 3. Konon nak shopping apa yang patut. Tapi sebab cuaca terlampau panas walaupun masa tu dah pukul 5, saya takde mood !! Panas sampai pening kepala, boleh bayang tak ? Dengan orang ramainyaa.. Hadehhh.

Pastu kan pastu kann.. Nampak ni

Ada beca lah ! Ajak En Tunang naik. Haha. Orang ajak datang shopping, dia nak ajak naik beca pulak. Tengah-tengah panas terik pulak tu. Of courselah permintaan aku tu tak dilayan kan :P

Kenapa panas sangat ye? Saya dah tak sihat ni. Sakit tekak dan nak demam T_T

Korang jaga diri ye, minum air mineral banyak-banyakkk..

P.s Kesimpulannya pergi Nilai 3 hari tu tapi tak ada shopping apa pun. Lain kali aje lah, at least dah tengok apa yang patut (kononnya)

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, May 10, 2011

Lelaki Sekarang Sudah Pandai Mengkritik

Aku ada tebiat, asal pakai baju lain macam sikit fesyen dia. Suka nak ambil gambar lepas tu MMS pada En Tunang. Jadi, hari tu pakai skirt ni.. Gatal tangan MMS pada dia.

"Sayang, skirt dah comel. Tapi kenapa pakai tudung warna biru jugak. Macam tak kena je. Lain kali pakai hitam lagi cantik tau"

T____T

P.s Apesal pipi aku bulat semacam. Dah nak sama bulat dengan kipas tu haaa. Adakah sejak aku diet yang yong ni badan sudah berisi kembali ????

<--- Nang if you LIKE

Makan Time

Yeah, entry yang ditunggu-tunggu oleh kakak kesayangan kitewwwww ni :P

Entry makan di Bagan Lalang !!

Oh, entry bawah ni.. Dapat agak tak dekat mana ?? Ye, rujuk ayat sebelum ni.. Di Bagan Lalang. Orang lain dah pergi lama, aku ni kena merengek-rengek dulu baru dapat pergi. Ahaha. Siap efek hentak kaki lagi. Kesian tak? Tapi takyah nak kesian sangat, sebab dah dapat pergi dah hari tu :D

Nasib baik kakak kite ni suka pergi sana, so tanya dia je macam mana nak pergi sana dan kedai mana yang best. Kitorang pergi kedai 1st tepi padang tu. Memang ramai gilak orang. Takde tempat ok. Melilau mencari sekali waiter tu kata amik order dulu, nanti dia carikan tempat.

Ni aku cerita untuk orang yang macam aku, yang baru pertama kali ke sana.. Yang dah expert tak payah masuk campur. Ahahaa, garang siot :P

Kat situ dia bukak satu wet section.. Pilih lah barang basah apa ko nak. Ikan apa ko nak, sotong ketam lala kepah kerang dan sebagainya. Lepas dah pilih tu, bagitau lah dia ini nak masak apa, itu nak apa.. Kitorang pilih ikan cencaru, sotong dengan siakap hari tu.

Cencaru sumbat bakar sampai dulu. Kuah dia best.

Satu je kurangnya sini, lama gilak tunggu baru makanan sampai.

Muka orang lapar tunggu makanan lama sangat :P

Kalau ko order bakar-bakar je, Insya Allah lah cepat sampainya. Kalau order macam kitorang ni, bermacam-macam.. Ya ampun, dekat 45 minit okay tunggu. Muka masing-masing dah macam apa. Haha. Makanan sampai jer, macam piranha. Terkam, nak amik gambar pun lupa :P Jadi hasilnya, gambar yang diambil selepas diterkam piranha adalah tak berapa nak cantik.

Siakap stim.

Sotong goreng tepung yang sedap gilak. Suka berganda.

Pastu kan korang, makan ni risau jugak. Cemane kalau mahal gila karang. Yelah, kata sotong besar gila amik. Ikan pun besar gila. Kalau makan kat Sekinchan ni, mau cecah ratus kan. Sekali masa brader tu bagi bil, RM50 je. Aku pandang En Tunang, En Tunang pandang aku.. Serentak cakap, murahnya.. Biar betul !

Jadi lepas ni, memang boleh pergi lagi layan seafood kat Bagan Lalang :D

<--- Nang if you LIKE

Monday, May 9, 2011

Iim ♥ Izza


Jiwang tak? Jiwang tak? Ingat korang je boleh jiwang, gua pun boleh jiwang jugakkkk :P Tetibe. Hahahaha.

Dia yang jiwang, bukan saya. Ahaks. Takdelah, saya yang tulis lah. Tapi sengaja tuduh dia yang tulis lepas tu. Saya tau kalau dia yang tulis takdenya Iim ♥ Izza. Mesti akan jadi Izza ♥ Iim. Ahahaha. Standard lah kan, semua taknak mengaku dia sayang orang tu lebih :P Oh, tengok bentuk-bentuk love ni, baru teringat cincin kahwin saya belum engrave lagi. Asyik lupa. Nak buat I ♥ I . Cukup jiwang tak ?

Senja-senja pergi pantai. Nak tengok sunset tapi tak sempat. Tskkkk. Sampai-sampai je, matahari pun sudah hampir terbenam..

Subhanallah, cantik kan pemandangan ni..

And I am one very happy lady ;) Sangat bersyukur atas segalanya.

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...