Monday, May 9, 2011

When You Have Too Much To Tell

Helo, hi ;)

Monday blues ? Aku, hari-hari pun blues. Haha. Tapi hari ni berjaya sampai ofis awal, yippieee ! How's your weekend ? Mine was awesome. I have a lot to tell, but don't know where to start.

Err, let me start with this ..

The best satay kambing I've ever taste ! Sedap !!!

I'm not sure which picture is more convincing so I decided to put both. Ahaha. Can ? Best, best, best tengok gambar pun dah rasa teringin nak pergi lagi. Dia ni gerai je, dekat area Galaxy Ampang tu. Err, ke Kampung Pandan ek ? Excuse me, aku memang failed bab jalan ni. Wherever it is, ia adalah memang sedap ! En Tunang kata ini makanan Jawa tulen ni. Betul ke ? Satay kambing served with white rice. Eh yang hitam-hitam itu bukan hangus ye, itu kuah kicapnya. Pergilah rasa tau, pergi tauuu (suruh orang pergi rasa, tapi direction bagi pun failed. Ahaks)

<--- Nang if you LIKE

Sunday, May 8, 2011

Malu Nak Ucap Sayang, Kenapa ?

Hi, salam ;)

Saya ni kan, bila hari Ahad je.. mesti akan bercita-cita nak tidur sepuasnya. Tapi paling-paling pun pukul 8 lebih saya akan terjaga T_T Baguslah heh, orang dah biasa bangun awal.. Tak boleh dipaksa bangun lambat. Hehe.

Oh, hari ni hari Ahad 8 May. Hari Ibu. Untuk pengetahuan, Hari Ibu disambut setiap Ahad kedua dalam bulan May. Saya pun tak ketinggalan untuk mengambil kesempatan ni untuk cakap terima kasih pada emak dan cakap jiwang-jiwang dengan emak. Hehe.

Bukanlah maknanya hari ni je kita sayang emak. Bukanlah maknanya hari ni je kita cakap terima kasih pada emak. Tapi saya tak tahu kenapa nak cakap sayang pada emak secara face to face, jadi malu. Kenapa ye? Saya sorang je ke macam tu? Saya memang tak pandai nak cakap perkataan sayang pada emak dan ayah, tapi akan tunjuk melalui perbuatan. Cium diorang, peluk diorang, baring-baring atas riba diorang dan sebagainya. Hehe. Begitulah antara cara-cara saya tunjukkan saya sayang mereka.

Masa kecik-kecik dulu, emak saya garang. Kalau ada subjek yang dapat B, mesti kena marah lepas tu kena denda buat latihan banyak-banyak-banyak-banyakkkkk baru boleh keluar main. Tapi rasanya emak paling garang dengan saya kot, anak sulunglah katakan. Hehe. Waktu dulu kan, PMR saya dapat 5A.. Emak saya mengamuk dengan saya. Stress gila waktu tu. Rasa emak tak faham saya, tapi lama-lama saya faham emak kecewa sangat dengan saya waktu tu. Emak ada harapan yang tinggi pada saya.

Jadi, bila waktu SPM saya belajar sungguh-sungguh.. Berjaya dapat 7A, hati rasa puas sangat walaupun bukanlah straight A's kan. Tapi dah namanya emak dan ayah, anak-anaknya berjaya ataupun kurang berjaya.. Mereka akan tetap bagi sokongan. Bila mengadu exam susahlah, tak boleh buatlah.. Emak ayah mesti bagi sokongan. Lagipun kejayaan sebenar bukanlah diukur dari segi berapa A kita dapat. Definisi kejayaan tu sendiri subjektif.

Semasa hari konvokesyen pula, waktu turun dari pentas.. Mata saya melilau cari emak ayah di tempat duduk tu. Sekali ternampak, saya rasa nak nangissss. Rasa sebak. Dan gembira sangat.

Tanpa emak dan ayah, takkan saya jadi siapa saya hari ni. Terima kasih emak ayah, atas setiap sokongan yang emak dan ayah berikan. Makin saya dewasa, makin saya rapat dengan mereka. Tsk, rindulah pulak.

Saya suka tau bila masuk dapur bersama emak. Suka masak dengan emak. Saya nak masuk dapur secara solo, belum lulus lagi T____T Jadinya, jadi pembantu emak lah. Sambil masak sambil emak turunkan tips cara-cara basuh ayamlah, itu ini nanti dah kahwin masak untuk suami, simple-simple je pun tak apa. Jangan asyik makan luar je. Hehe.

Rasa janggal pula bila cakap soal kahwin dengan emak dan ayah. Wah, kalau saya nak tulis semua dalam hati ni.. Memang jadi makin panjang entry ni.

Kat sini saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu untuk emak saya yang tercinta, Puan Khariah.. Kak sayang emak sangat-sangat!

<--- Nang if you LIKE

Saturday, May 7, 2011

Obsesi

Hi, salam ;)

Hari ni kan, gua terbeli korset baru. Hmm, bukan terbeli lah sebenarnya. Memang dah lama nak beli baru, memandangkan korset lama dah longgar. Apa petandanya, saya pun tak pasti. Longgar pasal kualiti dia tak elok ke, pasal badan saya dah makin kurus ke, ehemmmmm :P

So, duit nak buat beli no plet sudah lari ke korset. Ucapkan selamat tinggal kepada 3379, ada umur kita jumpa lagi. Ahaks. Eh, En Tunang tak tau lagi ni aku sudah gunakan duit tu untuk tujuan lain, tapi karang dia baca blog ni, dia taulah.. Tak marah kan sayang?

Bila aku pakai korset baru tu, memang pinggang nampak kecik sangat. Pada pandangan sayalah, karang korang kata saya perasan sorang-sorang pulak. Hehe. Jadi, bila tengok cermin rasa macam "eh keciknya pinggang aku, selama ni memang macam ni ke? Aku nak kurus tahap mana lagi ni.." Tiba-tiba ada rasa macam kena tamparan je masa tu tau, saya rasa macam kenapa saya tak bersyukur, dah cukup kurus dah sekarang ni.. Dah jadi macam satu obsesi pulak. Padahal tak sedar tu, dah ala-ala nak menjurus pada tak sihat.

Okaylah, mulai saat ini.. Saya taknak terlalu obses pada badan yang kurus sekeping cantik macam model tu. Akan bersyukur dengan apa yang ada sekarang, dan akan cuba maintainkan aje badan macam ni sampai kahwin nanti.. Tak mau stress-stress lagi, nanti jerawat naik banyak :P

Tata.

P.s Kena buat nota ni, jap lagi semua orang kata saya beli PB. Haha. Takde duit lah nak beli PB tu. Lagipun kan saya cakap duit nak beli no plet dah guna beli PB, duit no plet tu berapa ratus je pun :D
<--- Nang if you LIKE

Friday, May 6, 2011

Firzara Collection First Giveaway…Jom Join!

Helo, hi, salam semua ;)

Ini first time saya nak join contest @ giveaway ni. Hehe. Okay, untuk join giveaway ni.. penganjur dah tetapkan beberapa soalan untuk dijawab.

a) Adakah anda suka shopping online? dan nyatakan sebabnya.

Ye, memang saya suka shopping online ! Sebab biasanya barang yang ada dalam butik online tu susah nak jumpa di luar. Dan adakalanya lebih mahal. Dah kalau gitu, baik kita buat online je kan. Duduk depan pc, klik sana sini. Buat payment, esok lusa dapatlah barangan tu. Best kan :D

b) Saya suka blogshop yang menjual………

Saya suka blogshopt yang menjual long sleeves maxi dress. Sebabnya sekarang ni sedang kegilaan memakai maxi dress. Hehe. Dan, malas nak pakai berlapis-lapis. Jadi bila ada yang lengan panjang kan senang :) Lagi satu, saya suka sangat blogshop yang jual skirt dan juga harem & palazzo pants. Suka tengok style sebegitu.

c) Saya suka shopping di Firzara Collection kerana…… (perkataan Firzara Collection pada permulaan harus disertakan dengan link blogshop ini)

Saya suka shopping di Firzara Collection kerana ownernya peramah dan reply emel secepat mungkin. Takdelah kalau orang emel tu berhari-hari baru nak reply kan. Lagi satu, saya kan pernah beli maxi dress di sini. Best sangat sebab labuh. Saya ni tinggi orangnya, pernah beli dress online juga sebelum ni tapi singkat. Kali ni, bila owner kata don't worry, dress tu memang labuh.. Maknanya memang boleh percayalah :)

Ini gambar saya memakai maxi dress yang dibeli di Firzara Collection ;)

<--- Nang if you LIKE

Thursday, May 5, 2011

Rude Driver

Hi, salam ;)

Semangat berblogging sudah hilang, buat sementara rasanya. Sebab saya dalam keadaan yang tak berapa nak bersemangat. Hehe. Buat semua benda tak bersemangat, kecuali yang melibatkan soal kahwin :P Gila kau kalau yang itu tak semangat. Hehehe.

Nak cerita satu kejadian ni, baru je jadi petang tadi. Depan mata saya.

Pergi Jusco Maluri tadi, mengidamkan Tako Tao nyums nyums tu. Lepas tu masa tengah cari parking, ada lah kereta depan saya ni tengah reverse untuk masuk petak parking. Sekali bamm dia tergesel kereta belah kanan petak parking tu. Saya tengok kereta dia dah calar. Lepas tu dia ke depan lagi, dan reverse semula. Lagi sekali, kereta di petak kanan menjadi mangsa.

Minah tu memang gila agaknya bila dah kena kali kedua, dia tetap nak cuba kali ketiga. Kali ni bumper depan dia hentam Exora yang parking dekat tepi tu. Erm, paham tak ada kereta parking kat belah-belah tepi parking tu kan. Ada petak parking rasanya, cuma ruang tu agak terhad lah kalau anda nak buat reverse parking. Sebab depan belakang ada kereta. Tapi itu bukanlah alasan nak hentam kereta orang kan.

Saya perhatikan bumper depan dia dah renggang, maknanya dia hentam kuat jugaklah kan. Saya tengok je dia. Dia buat muka selamba, ke depan dan reverse lagi. Kena lagi Exora tu kali kedua. Muka masih selamba, dan masih nak mencuba masuk parking. Gila kah minah ni?

Saya rasa bengang sikit sebab cuba bayangkan kalau kereta kita kena macam tu. Parking elok-elok alih-alih orang nak masuk parking hentam kereta kau kan. So bila dia ke depan, saya pun ke depan jugak.. Cucuk kereta dia supaya jalan terus, tak payah nak cuba-cuba masuk parking lagi. Itupun saya tau sebenarnya dia nak cuba masuk lagi, sebab lampu reverse dia menyala. Haih. Gilakah orang begini, takde perasaan ke apa?

Kereta si pesalah yang buat muka tak bersalah.

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, May 4, 2011

Ini Cara Orang Malas Update Blog

Hi, salam ;)

Takde idea pulak nak menulis kat sini. Nak kata busy, tak jugak. Senang kata, malas lah :P Kat ofis malas, kat rumah malas. Apa yang dia ni rajin pun entahlah :P

Okay, quick update tentang persiapan majlis saya..

1. Baju sanding

Hari tu dah bincang dengan Edi, dah try test semua tapi belum fitting lagi. Kaler merah hitam. Yang ni takde masalah rasanya.

2. Baju nikah

Ini bikin gua risau. Ayein cakap akak tu tak start jahit baju aku lagi. Err, mungkin akak tu tau kot dia buat apa.. Tapi sekarang dah bulan 5 kak. Risau saya dibuatnya. Kena follow up selalu dengan Kak Sal ni.

3. Pelamin

Hari tu dah ukur tapak, dah lakar semua. Dah dapat gambaran kasar macam mana Edi nak design. Aku ikutkan aje. Mana yang dia rasa ok, baik. I follow je. Jangan serabut sangat sudah. Pelamin kaler pastel dan merah.

4. Photographer

Pun dah setel. Kitorang amik pakej nikah, sanding dan bertandang sekali. Harapnya okay, hari tu tengok sample album pun, hati rasa senang jugak :)

5. Bilik tidur

Eh, ni paling penting ni :P Kih kih. Perabut bilik tidur dah beli, tinggal nak pergi tempah satu cermin besar nak tampal kat dinding je. Eh, cadar pun tak beli lagi. Nanti esok-esoklah pergi beli.

6. Kad kahwin

Haha, baru nak tempah kad kahwin ok. Lepas tu elok aku tertinggal pulak sample kad kat rumah. Dah kena lakar peta sendiri. Ingatkan nak cilok je peta jiran tu lepas tu adjust sikit.

7. Dokumen

Hmm, ini kena tanya cik abang aku. Apa lah progress dia ye. Tapi susah jugak, belum boleh buat lagi permohonan berkahwin tu sebab cuma sah pakai 3 bulan je. Bulan 6 nanti baru boleh buat kot. Tapi HIV test dah boleh buat, sebab sah pakai 6 bulan. So, saya sudah set appointment untuk HIV test 12hb ni :)

8. Katering + Kanopi

Masak secara bergotong royong. Kanopi pulak sewa 7 khemah kalau tak silap. Pasal penanggah ni, tengah berfikir-fikir.. Nak buat rozek ke atau T-shirt? Just untuk tetamu kenal dorang yang mana. Any idea?

9. Bunga pahar

Baru je confirmkan order, tak sabar nak tunggu hasilnya. Hehe.

10. Bunga telur/souvenirs/doorgifts

Nak kena pergi Nilai 3 ni. Belum pernah pegi sana lagi shopping tau!

Okay, itu je yang teringat nak update. Sekarang sedang merencana cuti, macam mana aku nak plan cuti supaya cuti ngam-ngam tanpa perlu amik unpaid leave. Tapi kalau dah terpaksa tu, nak buat macam mana kan. Cuti gua 10 hari je, mau tak meroyan aku nak susun masa. Kalau dah cuti tu, cuba nak utilize seoptimum mungkin. Kalau tak, rasa sayang je amik cuti.

Ok, bye.

<--- Nang if you LIKE

Monday, May 2, 2011

Busy

Hi, salam semua ;)

Minggu yang sangat busy untuk saya. Balik kampung minggu ni, dan masih di kampung la ni. Balik hari Sabtu hari tu, lepas balik kerja.. Sampai rumah dalam pukul 8.30 malam, mak andam dah sedia menunggu kat rumah. Asalnya berjanji nak jumpa malam Ahad tapi ada hal-hal tertentu, maka jumpalah malam Sabtu hari tu..

Penat, sampai-sampai je rumah.. Barang pun tak keluarkan lagi.. Terus ambil buku nota, ambil majalah Pengantin, ambil laptop. Bersila dekat hall berbincang dengan mak andam. Mak andam ambil ukuran tapak pelamin semua, tengok bilik tidur. Bincang-bincang sampai pukul 12.30 malammmm, huwaaaa gua rasa dah nak pitam masa tu..

Mak andam balik je, terus mandi. Makan sikit, terus pengsan sampai ke pagi..

Hari Ahad, dating dengan Mr Photographer pulak. Tengok-tengok album. Belek sana sini, takde bincang apa pun. Saje suka berborak :P Hehe.

Lepas tu, semalam telah selamat membeli katil pengantin. Ahaks. Yeay, dah ada katil yeay yeayy !! :P Aku ni seorang yang simple dan moden. Tak suka jenis hiasan serabut sangat ni. Jadi masa berbincang tu, membebel mak andam aku sebab aku dah cakap bilik nanti nak simple je, nak ada jambangan bunga je. Tak mau gantung-gantung kain ke hape. Bising dia :P

Dalam sibuk-sibuk tu, masih sempat membuat sesuatu..

Tadaaaa !! Puding roti dan sos kastard. Walaupun rupanya nampak seperti sedih, tapi nak upload jugak :P Tengok gambar ni aaa dah teringin balik!

Have a nice day you all, kerana aku di sini hari ni tersangat malas dan takde mood nak buat apa-apa :|

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...