Thursday, February 14, 2013

44 Hari

Almost. 2 days more :D tapi habis pantang bukan bermakna merdeka. Saya pun kurang pasti apa istilah habis pantang ni. Bezanya cuma masa berpantang tu bertungku kot. Yang lain lain, macam pantang makan semua tu masih on.

Sebenarnya saya dah di rumah sendiri ni. Baru sampai Shah Alam semalam. Cuti masih berbaki lebih kurang lagi 2 minggu. So, sempena habis pantang ni emak ayah saya buat sikit majlis kesyukuran. Buat majlis simple aje, ajak saudara mara dan kawan kawan terdekat aje.


Kasih pakai dress Auntie N bagi. Ingatkan masih longgar sekali cantik aje Kasih pakai, hihi sukanya. Thank you Auntie !


New mommy. Takdan nak make up lelebih pun :p

Majlis berjalan lancar, menu hari tu mi kari, bihun goreng, pulut kuning, rendang ayam, karipap, teh susu dan kopi o. Apa yang saya boleh makan cumalah kopi O dan juga karipap. Syukurlah ada juga benda boleh makan T___T saya masih pantang makan ayam ni sebab emak kata Kasih tak tahan masa saya try makan ayam hari tu. 

Dan hampir 44 hari berlalu, saya masih belum dapat berat sebelum pregnant. Aiyoma, why so hard t__t tapi takpe, saya tak putus asa.. Banyak masa lagi ;)




Tuesday, February 5, 2013

1 Month Old Baby

2 February 2013, our baby dah berusia satu bulan. Sekejap aje rasanya masa berlalu :) 2 ni memang angka yang istimewa lah dalam hidup saya. 2 Oktober - ulangtahun pertunangan. 2 September - ulangtahun pernikahan. 2 January - kelahiran Kasih. Life is a bliss, syukur alhamdulillah.

Tadi, bawak Kasih pergi buat check up dia yang pertama. Berat 3.7kg, naik sekilo dari berat masa lahir. Lain lain semuanya ok kecuali berat mama dia ni yang taknak turun turun ni, degil benar ye lemak lemak di badan ni huhu. Saya ni kan penakut jarum, kalau kena cucuk memang tak pernah pandang. Alih alih time anak kena cucuk, rupanya omaknya ha kena pegang kan. Adoi, kesiannya tengok anak nak kena cucuk. Nurse tadi risau saya pitam hahaha sampai dia tanya nak mintak emak pegangkan anak ke. Saya cakap saya ok je, cuma taknak pandang. Nanti dah habis cucuk, bagitau. Kesian Kasih, nangis sampai merah merah muka dia tadi. Sakit ye sayang :( tapi sekejap je nangisnya, dodoi dodoi sikit dah lena dah.. Good girl :)




Bayi 34 hari :)

Acik Na, tenkiu headband tu.. Hihi tu pakai kejap je tu sebab tak muat betul pun lagi. Longgar, saje bagi dia test pakai. Suka, tak sabar nak tunggu Kasih muat pakai gaun dan skirt semua tu ^__^



Friday, February 1, 2013

Nursing Pillow

Ikut pengalaman saya setakat ni, nursing pillow ni sangat membantu untuk breastfeeding mommy. Senang takpayah nak pangku pangku sangat, kot anak nak menyusu tengah malam letak je atas tu takdelah kita pangku sambil terlelap kan hehe bahaya tau pangku anak sambil terlelap takut terlepas ke apa kan..

Kasih pulak kalau dah atas nursing pillow, sedap betul dia tidur. Kadang nak tidurkan dia pun, guna nursing pillow.



Thank you girlfriend sebab hadiahkan nursing pillow yang bukan saja comel gila tapi banyak membantu !


Wednesday, January 30, 2013

Cabaran #1 : Mandikan Kasih

Minggu ni bermulalah minggu yang agak mencabar untuk saya. Berpantang tanpa pemantauan orang tua. Yelah, emak saya kan kerja. Cuma dapat tengokkan saya di waktu malam je lah. Sebelum ni opah yang jaga saya, mandikan Kasih, bakarkan tungku semua. Jadi, semalam bermulalah cabaran pertama untuk saya ; mandikan Kasih.

Sumpah nervous uols.

Hish, takut sangat rasanya nak carry dia bawa ke bilik air lepas tu nak pegang pun tak berapa reti. Takut tergelincir terlepas anak ke apa nauzubillah. Apapun, nasib baik adik adik saya ada kat rumah. Memang diorang lah tolong saya. Nak mandikan sorang sorang, memang tak boleh agaknya. Masih kekok dan tak reti. Itupun kesian Kasih, sebab mamanya takut.. mandi main curah curah air gitu je hahah. Mandi koboi anak saya ni, shiannn dia. Tunggu Tok Mak balik dari office nanti baru mandi main sabun ye sayang :p


Budak suka mandi. Kakinya dah kuat melonjak, tu yang saya seriau sikit nak pegang bagi mandi tu. Memang kena pegang kuat.


Dah siap mandi :) tapi Kasih ni sabar je lah tebiat yang satu ni, masa mandikan saya dah suruh pee pee, tak mau dia. Elok naik, letak atas changing mat.. Tengok tengok towel dah basah. Ayoyoyooo tiap kali mandi, tiap kali nak bertukar towel ye sayang..


Sapu minyak, lotion semua. Pakai barut. Barut ni kalau nak tahu, warisan dari kitorang adik beradik dulu tau. Hehe. Emak masih simpan lagi.. Barut ni pulak ayah saya yang jahitkan. Zaman dulu semua nak berjimat kan, elok pulak ayah saya ni tangan memang pakar DIY. Reti aje ayah ni. Emak cerita kitorang zaman dulu pun pakai napkin, tak pakai pampers ni semua. Tapi saya tak dayalah nak pakaikan Kasih ni napkin / cloth diaper. Sebelum deliver hari tu ada lah jugak tanam niat nak pakaikan CD kat anak. Tapi bila Kasih dah keluar ni, rasanya tak termampu kot saya :p salutelah mommy mommy yang cekal pakaikan CD untuk anak tu.


Okay, dah siap cantik cantik. Ready nak menyusu, lepas tu tidur time :)


Monday, January 28, 2013

Kasih Safiyya

Tak sempat nak update panjang panjang jadi saya cuma nak share beberapa keping gambar terbaru Kasih kesayangan cinta hati kami ni <3 p="">

Dah makin bulat dia, dagu berlapis sudah ahahah. Sekarang dah berumur 27 hari, poo poo pun dah tak sekerap 2 minggu pertama kelahiran. Berjaga malam tu dah pasti kan. Sekurang kurangnya saya akan bangun dua kali dalam satu malam. Hujung minggu adalah paling seronok sekali sebab suami balik sini dan saya akan ambil peluang untuk berehat, hihi. Bagi peluang papa bonding dengan Kasih pulak :p

Suara Kasih pun dah makin kuat. Kalau lambat menyusu, mula la high pitch dia keluar kadang stress juga bila Kasih asyik menangis tapi saya tak tahu kenapa dia menangis. Time ni lah emak dan opah banyak tolong. Kadang sebab perut dia kembong, lapar tapi kalau lapar tu saya dah tahu signal. Masalah perut kembong je saya tak berapa reti lagi nak tangani. Sedar tak sedar dah nak dekat sebulan dah awak dilahirkan sayang :)










Love you so much Kasih. Thank you Allah.


Wednesday, January 23, 2013

Forgive & Forget ?

Orang cakap, maaf memang senang diucapkan. Tapi untuk orang memaafkan dan melupakan, it take times. Kadang kadang bertahun lamanya, luka di hati masih berbekas. Kalau setiap kali terkenang, hati terasa sakit.. Adakah itu maknanya kita sudah memaafkan ?

Saya ada banyak pengalaman kisah lampau yang menyakitkan hati berkenaan dengan perhubungan. Tak kiralah sesama kawan ataupun percintaan. Putus kawan baik, putus cinta. Saya pernah melalui itu. Sejujurnya tak ramai manusia dari zaman lalu yang saya bawak sehingga ke masa kini. Tambah lagi yang ada pengalaman pahit, lagilah saya tinggalkan jauh jauh. Awalnya, memanglah sakit hati ni bila hubungan renggang dan terputus. Ini bukan saya cakap pasal percintaan saja ye, saya cakap secara umum.. hubungan sesama manusia. Sakitnya rasa bila dari kawan baik menjadi strangers. Dari kekasih menjadi stranger. Kita manusia, biasalah. Mana nak mengaku sangat salah sendiri, masa tu kita menuding jari kat oranglah. Salahkan orang lain sebagai punca.

Tapi bila kita dah semakin matang, kita pun dah mula boleh menerima kekurangan diri, dah mula boleh mengaku kesalahan diri.. Sendiri pun sedar hubungan yang berakhir dulu bukannya salah sebelah pihak. Lagipun, ada hikmah di sebalik semua itu. Jujurnya sekarang, hati saya dah tenang. Perasaan pun kosong aje. Sikit pun takde teringat dah kisah lalu. Sikit pun takde rasa nak ambil tahu hidup mereka.

Saya dah maafkan mereka semua. Dan dah lupakan semuanya, saya dah move on. Saya juga mintak maaf pada mereka atas semua salah silap saya di masa dulu. Marilah kita move on, tak perlu lagi kita kenang kisah 5-6 tahun yang dulu. Semuanya dah saya lupakan. You have done your part, I've done mine. Sekarang, kita seri.


Wednesday, January 16, 2013

Goodbye Ace

Semalam suami bagitau saya, Ace dah ada tuan baru. Alahai, rasa sedih pulak.. Kalau tak silap, dah 8 bulan dia bersama dengan kami. Hal ni saya dan suami dah bincang lama dulu lagi.. Sebab Ace ni ada masalah keguguran bulu. Agaknya kucing yang bulu panjang ni, bulu gugur memang tak dapat nak dielakkan. So, lepas dah ada baby.. Rasanya bahaya untuk baby lah kalau bulu kucing merata ni. Saya kira saya memang dah ready untuk lepaskan Ace pada tuan yang baru. Lagipun yang jaga Ace sebenarnya ialah suami saya, bukannya saya.

Bila suami bagitau dah bagi Ace pada tuan yang baru, terus saya tanya pada dia.. Sayang ok ke.. Risau saya. Saya tau suami sayangkan Ace. Balik kerja, belai belai Ace dulu. Check makan minum, litter box dia semua. Belikan treats, belikan makanan semua tu kerja suami. Taip macam ni, saya pulak yang rasa sebak. Nak pulak tadi suami call cakap, kan best kalau balik rumah.. ada orang yang tunggu :( alaaa sayang, sabarlah.. Lebih kurang lagi 5 minggu je nak habis pantang dah.. Pejam celik pejam celik kejap je dah sampai masa tu, sabar ye..

Apapun, saya dan suami kena kuatkan hati demi Kasih. Memang kita sayang Ace, tapi dalam masa yang sama kita pun taknak ambil risiko bela kucing berdekatan dengan baby. Tapi bila dah bela dari kecik ni, time nak letgo memang rasa sayang sangat. Sedih. Lepas ni, saya dah taknak bela apa apa, sebab rasa sedih bila terpaksa berpisah dengan diorang tu adalah sangat tak best :( kalau saya pun rasa begini, mesti suami rasa lebih sedih dari saya kan :(

Ace, we are sorry.. Bukan dah taknak jaga awak, tapi ni untuk kebaikan semua jugak. Kesian jugak kat Ace, sekarang suami saya dah jarang balik rumah.. takde sapa nak layan Ace main semua. Lebih baik serahkan dia pada orang yang boleh jaga dia lebih baik dari kami jaga, harapnya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...