Sunday, January 19, 2014

Klinik Wangsa Sdn Bhd

Assalamualaikum,

Post kali ni saya nak buat luahan perasaan dan complaint sikit. Berbuku rasa dalam hati ni tahan geram.

Dua tiga harini Kasih batuk berkahak. Saya nak try jumpa Dr Nadir Khan yang famous dengan rawatan kahak dia yang dikatakan berkesan sangat tu. Cer korang Google dia, memang penuh dengan good reviews from the patients. So saya nak cubalah.

Dr Nadir cuma ada hari Ahad pagi, Isnin dengan Khamis kot. Saya tak surelah pasal hari lain tu tapi harini (Ahad) confirmed dia ada pagi saja. Kitorg suami isteri terlewat sampai tadi. Pukul 1 petang baru sampai, jammed teruk pulak dekat area Batu Caves tu. Lupa masih ada sambutan Thaipusam. Dr Nadir pulak ada sampai 12.30 aje.

Saya dan suami fikir dah alang alang sampai ni jom jelah kita check paru paru Kasih ok ke tidak. Ubat kami tak mahu sebab baru dua minggu sudah paeds Dr Meghana prescribed Kasih dengan ubat batuk kahak. Cuma nak consultation je kali ni. Kalau perlu nak neb tapi suction mintak maaf saya tak willing lagi kalini.

So syif petang kat Klinik Wangsa ni ialah Dr H. Masa jumpa bukan main peramah mula mula, jabat tangan suami siap. Lepas tu ambil suhu Kasih. Old skul sangat guna yang macam lekat kat dahi tu. Saya tak rasa kepala Kasih panas pun tapi Dr H kata Kasih demam, 38 almost nak 39. I'm sorry but I really doubted you Mr Doctor.

Saya : mintak tolong check dia ye. Tapi saya taknak ubat, saya dah ada ubat paeds bagi haritu.

Dr H : so u nak apa sebenarnya ni (sarcastic tone)

Saya : just nak mintak checkkan paru paru dia okay tak

Dr H : memang tak oklah, ada bunyi kan (senyum perli)

Saya : so macam mana ye. Nak neb ke apa ke

Dr H : haa neb dengan suction lah.

Saya : suction saya tak willing la. Neb je boleh tak

Dr H : habis tu awak nak macam mana. Up to u la

Saya : hmm. Buat tepuk ke? (Teringat Dr Nadir is also famous for his percussion technic)

Dr H : ikut suka u la. Nak neb ke tepuk ke

Obviously dia langsung tak consult us. Lepaskan bulat bulat kat kami nak buat keputusan. Kalau kami ni reti sangat tak payahla pegi klinik mintak advise. Obviously dr ni narrow minded. Dengar kami taknak ubat je terus sarkastik.

And no we didn't take neb pun tadi. Sumpah tak yakin dan hati pun rasa sakit dengan layanan dia. And we paid rm25 just for the above conversation yang langsung tak convincing dan menyakitkan hati ni.

Parents sekarang memang mudah nak akses maklumat. Semua kat hujung jari je and people keep on sharing things yang kadang kadang menjadikan kita paranoid parents (or specifically, moms). Salahkah for us untuk tanya atau share benda atau perkara tu dengan yang lebih arif ? Saya dah banyak kali tanya isu isu kedoktoran ni dengan Dr Meghana,  tak pernah sekali pun beliau sarkastik. Sepatutnya sebagai seorang doktor, ayat "so u nak apa sebenarnya ni?" Tak patut diucapkan pun.

Receptionist pun tahu saya tak puas hati, mintak datang balik esok untuk jumpa Dr Nadir. Tak apalah, saya prefer paeds Dr Meghana lagi. Rasa bazir sungguh la bayar rm 25 for nothing !! Condition anak pun tak tahu, hati pun sakit pulak !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...